Wednesday, October 27, 2010

Persepsi aku (part two)

Heylo helo, aku dah kembali. Hehee, kenyang gila. Nasi aku hentam dua pinggan, dan sekarang aku sedar yang aku dah gemok sikit. Ish, aku harapkan ketinggian, bukan kegemokkan. Tapi actually salah aku jugak, dah la baloq liat nak senaman, memang la gemok. Tapi aku harap gemok ni tak berkekalan sebab I hate lemak. (ceh, hate lemak konon)

Okey okey. Tutup cerita pasai gemok dan lemak. Aku nak cerita pasai persepsi aku part two pulak. Ni pasai bebudak laki yang aku gelar 4 ekoq tu. Actually nama geng depa WHITE CROWS. Tapi taktau kenapa aku rasa nama 4EKOQ lagi sedap. Hish, mungkin sebab nama tu aku yang cipta kot. = =”

Mulakan dengan Iqbal.
Dia ni hensem sebenarnya. Comei la jugak. (Bad hg toksah kembang sangat). Tapi jahat sikit, kasar pulak tu. Awal awal aku tengok dia aku teringin nak cakap “Woih,hg ni memang kena cakap kuat kuat pon kan? Hesh, tak reti slow slow sikit ka?” but Iqbal ni friendly jugak, peramah tak kena tempat, lawak, dan erm, boleh tahan la gentlement dia. Kalau dalam pelajaran tu aku tengok okey la. Bawah sikit ja dari aku. Fine aku admit yang dia terer Geo lagi. Huhu.

Seterusnya Arif.
Arif ni comei jugak sebab dia tembam. Wooh, tak sangka aku kata Arif comei. Tapi sirius la, aku ikhlas ni. Hehee, dia duduk depan aku, tengah.(Tahun lepas) Sebab tu aku rajin gak sembang-sembang dengan dia. Best jugak sebab dia sporting dan paling aku suka sebab dia sangat sangat celik IT dan lawak gila :D Aku terpaksa admit ni jugak, aku sungguh berbangga dapat jadi kawan dia. Huahua :D

Jom bercakap tentang Aqil pulak!
Kalau orang tanya aku pasai Aqil, aku teringin nak cakap camni, “Dia tu gatai taudak,” tapi tahap kegatalan dia tu setakat suka sembang dengan pompuan ja. Takdak la terok sangat, aku ja yang dok buat terok. Buahahhaha! (ketawa jahat Wan). Entah, Aqil ni baik sebenarnya, tapi ada jugak budak kelas aku tahun ni tak suka dia. Nak buat cena, lain orang lain ragam. Dia sangat ngokngek, tahap ke-ngokngek-kan dia lebih kurang dengan Wan la tapi rasanya Wan terok lagi kot.

Akhirnya kita berbicara mengenai Zaki.
Huh, aku jadi tension sikit bila cakap pasai Zaki. Bukan la dia jahat ka apa, dia baik dan gentlement. Tapi aku rasa nak bedebush dia bila dia buat aku macam TALK SORENG- SORENG. Faham maksudnya? Dia buat tak dengar ja bila orang tanya. Kalau dengar pun jawapan dia adalah TAK TAU. Tapi dia ni baik la, hensem jugak, kuat perasan kadang kadang. Oh yes ada satu lagi. Aku taktau kenapa dia pandai sangat. Aku baru ingat nak culik dia pastu bawak dia pi check berapa IQ dia. Nanti aku siasat Cikgu Halimahton, tanya dia bagi makan apa. Aku berbangga jugak sebenarnya ada kawan sekelas macam dia ni. Boleh kata perfect la kot?

Sunday, October 24, 2010

Persepsi aku (part one)

Aku malas nak tulis panjang panjang la kali ni, tengah tension dengan keyboard ni. sticky, payah tekan. Aku dah suh ayah aku tukaq tapi taktau la, macam tak berhasil ja pujukan aku tu. heii, geram tak sudah.

Untuk entry kali ni aku nak cakap pasal persepsi awal aku terhadap budak budak melayu kelas aku tahun lepas, 1A7. Kami sepuluh orang ja, terdiri daripada aku, Wan, Hafizah, Farhana Amir, Mariam, Anis, Aqil, Iqbal, Arif dengan Zaki.

Okey bermula dari Wan Nurnisa Atikah Wan Ahmad.
Dia ni masuk SMKI lambat sikit, bulan Feb kot. Tempat dia kat line belakang aku, tengah. Kalau boleh aku nak cakap kat dia “Woih, awat hang nampak sombong hah? Macam tension ja. Huh, padan la setakat ni takdak orang tegur hang lagi. Hesh, peramah la sikit!”
Tapi akhirnya aku jugak yang jadi kawan bek dia sampai sekarang. Takpa la. Well actually dia pandai, bek la jugak, murah hati tapi mata duitan. ISH ==”

Kemudian beralih kepada Hafizah Ahmad.
Dia comei gila! Sebelum kena tukar kelas 1A7, aku kelas A5. Hafizah ni pun sama la. Entah la, bila aku pandang dia, dia mesti sengih sengih sampai ke telinga. Nak tergelak jugak, yalah aku tak pernah jumpa orang yang pemurah senyuman sampai macam tu sekali.
Anyway dia sangat baik, pemurah,peramah,mulia, suci dan semua yang baiklah! Dah la cute. Hesh, kekalkan kecomelan hg !

Seterusnya tentang Farhana Amiruddin.
Aku suka kawan dengan dia sebab nama kami sama. Hehe, perangai kami pun sedikit sebanyak yang sama. Okeyla kan. Oleh kerana kami berkenalan dalam kelas Ustaz Halid, aku terasa nak cakap kat dia
“Hampa suka Ustaz Halid tak? Dia suka buli kami tau dak. Huhu..”

Lets talk about Anis Syuhada!
Aku berkenalan dengan dia masa lepas lumba lari untuk rumah Syed Jan. Semua macam ni ..
Aku: Hampa lari nombor berapa tadi?
Anis: Satu. Hampa?
Aku: Nombor dua. Kami Farhana.
Anis: Ohh, nama kami Anis. Hampa kelas mana?
Aku: 1A7. Hampa?
Anis: Eh, sama la! Kenapa tak perasan ah? Hahah…
Lepas tu kami dua dok syok pasai kelas sama. Dulu ja cakap hampa kami, sekarang, apa barang cakap hampa kami. Budak budak ja, hang aku la stai.

Mariam pulak!
Dia ni cun ah. Jenis pendiam so aku tak cakap banyak dengan dia. Senyum senyum gitu je la. Kalau hampa nak tau , dia sangat lucah actually. Haha, takdak la. Sikit sikit ja. Anyway aku pun sama. Haha! :D
Okey, aku stop sini dulu. Sebenarnya aku nak pi makan nasi. Nanti aku buat part 2 untuk bebudak laki. Daaa, asalamualaikum :)

Friday, October 15, 2010

aku redha apa pun yang jadi ...

Asalamualaikum. aku dah taktau macam mana nak cakap lagi. aku memang dah kelu sangat. actually cerita dia macam ni, pukul 8 lebih malam tadi, aku dapat call dari Azil yang guna phone Afif. mula mula aku seronok tahap gaban jugak sebab Afif yang call, aku betoi betoi rindu Afif. bila Azil yang on call, hancur hati terok kot. tapi takpa aa, Azil tu kan kawan aku jugak. :)

Azil:Asalamualaikum,boleh cakap dengan Farhana?
aku:Wasalam,ni Farhana.Kenapa call?
Azil:Oh,bagus la ni Farhana. erm, ni Azil tau. Aku guna phone Afif jap.
aku:ohhh,cakaplah cepat.
Azil:Betoi ka Syamira suka Syaqib?
aku:whatt? betoi ka? aku taktau pun. sapa yang bagitau hg?
Azil:aku pun tak sure la. kan hg yang kata?
aku:aku kata? heii,apa hg mengarut ni?
Azil:dahtu kenapa Shaik guna nama hg? Shaik bagitau kami yg hg buat statement Syamira suka Syaqib.
aku:Hesh! mana ada! suka hati ja si Shaik tu, memang nak kena la dia tu hari ahad nanti.
Azil:tak payah la. jangan inform apa apa kat Shaik pasal ni. kita dua ja yang tau ya?
aku:hmph,ya la tu. tapi kalau Syamira suka Syaqib sekalipun, apa masalahnya sekarang?
Azil:buat taktau pulak. Afif la masalah nya sekarang. Jeles gila dia. cemburu kuat!
aku:haa? cemburu? Afif.. still suka.. Syamira ka?
Azil:ya la kot. hmm, okey la. kredit si Afif ni bukan banyak. Dia pun tak tau yang aku guna phone dia. ingat, rahsia tau benda ni. aku takmau shaik dengan Afif tau ya?
aku:yaa..bye.

Aku dapat rasa retaknya hati aku bila Afif cemburu. Kalau ada cemburu mesti ada cinta. Dan aku sedih sangat bila rasa cinta dia tu bukan untuk aku. Jadi lepas habis sembang dengan Azil, burger yang aku tengah makan aku tinggal ja kat ruang tamu. Semua pompuan mesti menangis kan kalau dalam situasi macam ni? Aku pun macam tu tapi aku tak menangis pun tadi. Cuma air ja bertakung dalam mata.

Aku fikir jugak, buat apa aku menangis? Ada faedah ka? Adakah lepas aku teruk teruk menangis melayan remuk redam hati aku, Afif akan datang pujuk, Afif akan terima cinta aku? Tak mungkin kan? Aku tau dalam umur macam ni aku tak layak bercakap soal hati,perasaan dan cinta. Tapi ini fakta, semua orang ada perasaan tak kira lapisan usia.

Takkan aku nak mengharap Husaini? Bukan aku nak cakap Husaini tu langsung tak berbekas dekat hati aku, tapi aku mampu ka nak menagih rasa kat sorang budak lelaki yang aku layak panggil adik? Aku faham cinta tak kira usia tapi usia macam ni ka yang dimaksudkan? Aku tak lepas PMR lagi, Husaini pulak even UPSR belum lepas. Apa ni?

Aku tak pernah salahkan Afif sebab dia buat keputusan macam tu. Aku lagi tak pernah langsung salahkan Syamira sebab dia jadi pompuan yang Afif suka. Syamira tak pernah benci aku pun, siap kata aku kawan baik dia lagi. Kalau aku nak benci dia jugak, kira durjana gila la aku ni kan? Hmm, aku rasa dah tiba masanya kot aku lepaskan perasaan ni kat Afif. Insyaallah aku akan terus cuba. Mungkin aku tak patut halang kebahagiaan lelaki yang aku suka.

huh, Aku dah teruk melalut ni. Okey la. Kat follower follower aku yang baca post ni, aku harap takpayah ungkit isu ni kat sekolah okey? Aku tengah cuba lupakan kesedihan ni. Anggap ja post yang hampa baca ni tak pernah wujud kat blog aku. Aku minta maaf jugak kat orang yang baca ni. Mungkin aku mengganggu atau aku terlalu jiwang dalam menulis ayat. Tapi apa yang aku coret ni memang terbuku kat hati aku.

Aku dah taktau nak luahkan kat sapa. Aku taksuka membebankan kawan kawan aku dengan masalah yang macam ni. Tak penting. Takpa la, sekarang ni hampa bolehkan doa untuk aku supaya aku mampu lupa perasaan sedih ni?

Thursday, October 7, 2010

majlis penghargaan PSS =="

asalamualaikum aku dahulukan ! yo!

fuh fuh. aku takot gila. awat la Kartini ni, sesuka hati dia ja masukkan nama aku dalam senarai budak yang nak buat persembahan masa majlis penghargaan nanti(12 oktober 2010)? pelik jugak, bukan suruh bersajak ka,berpantun ka atau bersyair? tapi dia suruh aku nyanyi!

nasib ada 9 orang walaupun aku consider tu sebagai bilangan yang sikit sebab tak sampai 10 orang.(even satu ja lagi=.=") aku ingat nak masukkan Ain Fatihah untuk penuhkan kuota. Haha, biaq padan muka dia! tapi aku tak boleh buat camtu, sebab dia AJK Sambutan yang akan sambut cikgu terutama pengetua di pintu gerbang Hotel Swiss Inn(rasanyalah).

Ok, jom cerita pasal lagu yang aku kena nyanyi. masa perjumpaan untuk audition tu aku takpi. ni semua atas nasihat Wan dan pujukan Ain Fatihah yang kejam tu. huahuahua, aku takpi jugak haritu. dan cikgu Ashida marah aku. tak la marah sangat, just ada la nada geram tu.

Jadi depa dah decide lagu tanpa tanya aku yang pro pasal lagu Inggeris ni.(cewah!!perasan gila!) Lagu Never Had A Dream by S Club 7. mula mula aku takk tau lagu ni. tapi aku dengar advice Carol supaya balik nanti cari lirik dan dengar kat youtube ja. As you know, aku dah cari. Best gila, macam kisah cinta aku dengan Afif yang tak kesampaian.(Aiseh!)

Ala,forget it. Afif tak suka aku pun. Tapi macam dalam lagu tu, ada satu part ni dia kata EVEN THOUGH I PRETEND THAT I MOVED ON, YOU'LL ALWAYS BE MY BABY. Aww, romantiknya! Hahaa, apapun jadi, dia tetap crush aku :)

Lagu yang seterusnya ialah Fifteen by Taylor Swift. Lagu ni berkurun dah. aku suka, bukan tak suka. tapi tak ke rasa lagi better nyanyi lagu Taylor yang baru punya? Lagi gempak, menarik dan da bomb! aku buat permintaan nak tukar lagu. Nanti aku beli karaoke album Mine, aku bawak kat depa. Senang cita.

Ka nak aku beli album Muse? Haha, stai kena nyanyi Neutron Star Collision sama. Ish, macam lawak ja!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...