Sunday, November 28, 2010

Langkaweeeeee!

Heyyy :)
Sorry kalau aku lambat sikit update sebab aku pi LANGKAWEEEE! Bangga sikit sebab ni first time. (menyedihkan kan?) Hahah,dak la.Selama ni ayah aku dok keja sana.Aku tak pernah ikut.So why not kalau aku ikut time cuti ni kan?Boleh shopping dan shopping.Akhirnya poket aku kering.. =="

Okey,aku teruskan cerita pasal trip pi sana.Kami pi satu family + cousin aku yg ngek sikit tu,Izzati.Hahah,memang rezeki dia la tu.Okeh,kami bertolak pukul 9 pagi hari Jumaat.Huwah,malam sebelum tu bukan boleh tidoqqq pun.Asyik dok teringat Langkawi sampai pagi.Hahah,terok betoi :D Sampai jeti tu,aku keliru sikit.Pasepa la orang orang kat situ usha kami semua?Awat,tak pernah tengok orang ka?Baju aku lawa ka?Cousin aku cun ka?Mak aku macam Nia Ramadhani ka?Ayah aku macam Ronaldo ka?Adik laki aku macam Hirtik Roshan ka?Adik pompuan aku serupa Erin Malek ka?

Haish,tak paham aku.Tapi takpa,tak kisah pun.By the way,sebenarnya kami cun jugak.(perasan sikit sikit takpa kot nohh)Hee :D Time nek ferry tu aku bebai sikit ja.Aku nak duk sebelah abah aku,Afiq kalot nak jugak.Tumbok satni.Tapi aku dapat dok tepi tingkapp.Syokkk :)

Aku sempat tidoq lagi dalam ferry tu.Ler,aku ingat ka nak journey dia tak sampai 10 minit pun,padahal nahhhh.. sejam setengah baru sampai.Aiseh,penat tunggu gila.Bila sampai kat sana,kami pi sewa kereta then pi check in hotel.Excuse me,bukan hotel but resort.Resort Kampung Tok Senik.Sebelum cita pasai resort tu,aku nak bebai sikit pasai kereta sewa.Harei betoi,dia bagi Iswara ja!Diulangi ISWARA!Dah la tadak radio.Diulangi TADAK RADIO!Speaker dia rosak :( Tak boleh dengaq apa apa lagu time on da way pi mana mana.Senoiiii!

Orang tu patut paham,kami ni 6 orang.Bukan 4.Yang senoi sangat pi bagi kereta Iswara yg sempit tu pasepa.Terokkk ==" Nak duduk pun tak selesa,kalau nak take a nap lagi la tak selesa.Hish.Tak tau la nak jadi pa.Resort dia lawa,tenang dan mendamaikan jugak.Dia reka cara suasana kampung gituu.Nama nama chalet pun guna nama orang melayu lama.Kami dok kat RUMAH OMAR 1061. *cehh,ingat lagi tu!

Ada satu famili Indon ni sewa RUMAH OMAR 1062.Aku tengok ramai laki ja. *Gataiii.
Hahah,tempat first yang kami pi is rumah kawan ayah aku kat Padang MatSirat.Dia ajak kami makan tengahari sekali.Sedap jugak sup ayam isteri dia.Anak sulung dia sama umur dgn aku.Tapi lelaki.Kiut gak aku ushaa. *Dasar pompuan gatai.

Hurm lepas tu kami pi Beras Terbakar.Best siot,macam macam menda ada.Aku nak beli sun glass dengan hat.Aku ada jumpa satu hat ni,lawa wehh.Kaler biru jeans dan harga dia agak berpatutan tapi bila pikiaq balik,for what aku beli hat ni?Kalau pi pantai lawa la pakai,lagipun aku pakai tudung.Hodoh ngat eh.Hahah,senoi sikit jaa.Last last,aku beli keychain dengan gelang ja.Keychain aku amik 5 ja.Ikut bajet la,satu untuk Afif surely.Dan diikuti untuk Wan,Syamira,Adawiyyah Super dan Dalia Dungu tu.

Lepas pi Beras Terbakar,kami singgah Kota Mahsuri.Macam macam ada kat situ,semua pasai sejarah dia la.Kesian aku usha kisah dia.Pastu depa bagi berkenalan dengan generasi dia yang ketujuh la.Kiut tapi aku lagi kiut rasanya.Huaha.Farhana sudaa perasan :)

Pastu kami balik chalet.Uh,mandi segar segar then MAKAN ! Yeaa,aku hentam chicken chop pastu nasi goreng biasa sepinggan.Lapaq gila pastu makan macam setan lagiii.Terokk I ni.Okay,lets talk about the second day!Aku pi Cenang Beach,Pasir Hitam Beach pastu main air kat pantai tu.Best tapi kejap ja sebab mak aku bising.Aiseh,mat saleh ramai kat situ.Hensem hensem,cun cun semoaaa !

Dalam pukul dua lebih camtu,kami singgah Idaman Suri.Mak aku nak beli teko la apa la.Macam macam la mak aku.Tapi yg sure aku pi bahagian coklat dengan cousin aku.Aku beli Kisses dengan Mars.Uhh,sedap tak terkira.

Hmm,bnyak kenangan jugak pi sana.Oh yes lupa cerita.Aku kena marah dengan pekerja resort tu atas satu salah paham.Hish,cerita dia camni.Pagi tu aku keluar dengan kazen aku dan Afiq duk kat anjung chalet tu.Saja la hirup udara segar kan? *Cesh,habaq la nak usha sorang mamat indon kat sebelah tu!

Pastu tetiba ada van resort berhenti depan chalet kami.Aku terus masuk dalam sebab ingat van tu datang nak amik pinggan yang dia hantar semalam time kami order nasi goreng biasa tu.Pastu dia cakap pa taktau kat aku,tak paham.Last last,dia hempas pintu van then turun.Dia rampas pinggan dari tangan aku sambil kata :

NO NEED TO CALL ME FOR THIS! JUST PUT THESE PLATES HERE!

Aku bebai gak ar.Tapi aku ni bengong sikit,tak balas dia cakap apa.Hesh,mekngot betoi.Aku masuk dalam pastu tutup pintu.Lepas 10 minit camtu,dia datang lagi ketuk pintu chalet kami.Mak aku bukak.

Dia:Ada panggil ke tadi?
Mak:Tak pun.Tadi pun kami tak panggil.Budak budak ada bagitau yang depa kena marah tadi.
Dia:Oh ingat ka ada call tadi.Saya tinggal customers banyak sebab nak datang sini dulu.Dak,sebab customers yg len tu dari foreign country.Kena la layan.
Mak:Pastu kami bukan customer la?Nasib baik saya ni orang islam,ada kesabaran jugak.Kalau dak ni saya pi report jugak kat orang besaq.Awak tak boleh layan customer macam ni.

Pastu aku taktau dia kata pa.Hahah,kena marah dengan mak aku teroih.Padan muka.Hurm, aku dah sakit tangan tulis.Lagipun aku nak pi hentam coklat lagi.Daaaa :D

Thursday, November 25, 2010

Bad taste dearie..

Hey guys :D
Uh,aku dah selamat dari sakit perut yang kritikal tu.Terima kasih kepada minyak balm CNI.Hee :) Dan kepada mak aku jugak.Hmm,tak sangka aku dah masukkan 10 entry dalam bulan November ni.Entry ni yang ke sebelas.Selalunya setiap bulan ada lebih kurang 3 atau 4 or worst,satu ja.==" Sungguh menyedihkan.

Okay,dalam entry ni sepatutnya aku hot.Bukan hot=menggoda,hot=marah! Yala,selama ni aku tak pernah dengar orang kata camni kat aku.Member kat aku ni bad taste!Dan semua taste aku sungguh ketuaan.Its mean taste aku untuk orang yang tua dan matang.Urgh!Buktinya depa tengok dari:-

1.Baju.
Aku suka pakai cardigan labuh dengan dress.Dan member kata baju camtu selalunya orang pregnant ja yang pakai.Omg,aku rasa suck gila!Tapi untuk ubah style aku tu memang mustahil,aku suka cardigan!And aku suka dress!Huh,tapi pada pendapat aku la,kalau pandai bergaya dengan baik,kita takkan nampak tua.But member still kata camtu.Kadang kadang aku biar ja pastu kata : so what? Aku suka baju ni :)



2.Warna.
Member kata warna warna feveret aku semua untuk orang yang tua dan matang.Ish ya ka?Aku suka coklat gelap,kuning,hijau dan merah.Ada satu hari ni,masa tu kami exam BI.Tapi sebab kami dah study untuk tu dan ingat kami pandai sangat,so kami sembang pasai kahwin.Tetiba Syazani tanya aku : Farhana,nanti hg kahwin nak pakai baju kaler apa?Aku jawab la coklat gelap.Pastu dia kata : What?! Farhana,it is so ketuaan!



3.Kasut.
Aku suka wedges.Dan aku tengok semua macik macik dan para cikgu kat sekolah semua pakai wedges!Uh,Wan kata camni : Haha, Farhana ada taste macik!
Huwah,gabai teroih aku.Tapi aku tak kisah sangat pasal kasut ni.Sebab wedges ada banyak style dan design.So aku boleh la pilih design yang keremajaan.Bukan ketuaan.Hee :)



Haha,gambar gambar ini semua not mine okay :D Daa,bye :)

Tuesday, November 23, 2010

This is life :D

ello :)
Uhm,sebenarnya aku bukan larat sangat nak tulis tapi aku ada satu menda best nak kongsi.*Well bukan syok sangat actually.
Aku tengah sakit perut dengan agak parah tapi gatai tangan jugak nak tulis blog.Yes,I'm bored so aku on fb dan tulis blog.Aku rindu kerja sekolah :'(

Okey,teruskan kepada tips yang aku nak bagi.Bukan dari aku sebenarnya,dari MAJALAH ja pun :) Tajuknya KALAU INGIN DISUKAI LELAKI,ANDA PERLU...
Hahak,pasal ni ja pun.Taktau la kot kot hampa dah baca menda nih.Masa aku tengah main gunting-gunting gambar model dari majalah dgn adik aku,aku jumpa artikel ni.Terus baca dan aku agak tertarik dengan menda nih memandangkan aku ni seorang budak pompuan yg terhegeh hegeh. =="

Oh aku dah lupa pasal tips tu.Okey aku tulis sekarang,maaf kerana melengahkannya :)

1.Sikap keibuan.
Komen aku:Ya ya,mungkin jugak.Lelaki maybe akan suka kalau pompuan yg rajin layan bebudak.Tapi tak salah aku ada jugak budak laki yang tak suka budak budak.Ish ish,kesian kan?Kepada budak laki,bayangkan ni:-
Kau tengah date dengan gelfren kau kat shopping mall.Masa saat romantik kau tengah nak sembang dengan dia tetiba dia hilang.Rupa-rupanya dia pergi tolong sorang budak kecik beli lolipop.Kau marah tak?Kau dah practie depan cermin untuk bagitau gelfren kau yang kau sangat cintakan dia.

2.Keanak-anakan.
Komen aku:Hurm,tapi kalau over boleh buat lelaki menyampah weh.Sikit sikit dah la,keanak-anakan yang dia maksudkan maybe macam ceria dan happy sentiasa.

3.Menghargai.
Komen aku:Yes,kita kena hargai lelaki tapi takyah la lebih lebih sangat.Kalau takat boyfie bagi coklat satu bar,apa kes lu nak belagak dengan kawan : Pakwe aku bagi coklat :D
*Wait,adakah aku terlalu merepek?

4.Jaga penampilan.
Komen aku:Ini semestinya!Laki mana mau pompuan yang pi date pakai dress yang terkena kuah laksa+gulai+icecream?

5.Pandai berbicara.
Komen aku:Yes.Kita kena pandai cakap tapi make sure sopan dan bagi peluang untuk laki tu cakap jugak!Satgi hampa pulak melebih lebih.Terokkkkk =="

Okey aku patut berhenti.Sakit perut aku dah teruk gila.Doakan aku baik nanti.By the way,good luck yeah? :)

Myself ;D

Okayyy,memandangkan aku dah melawat blog Syamira : www.nursyamira96.blogspot.com
dan blog Kak Nanda : www.owggilasaja.blogspot.com , dan aku dah baca entry depa pasal diri sendiri. jadi aku bertekad nak tulis pasai diri aku sendiri. Tapi aku taktau banyak pasal diri aku.(?)

Whatever la!Farhana,teruskan!Okeh.

1.Aku ni sebenarnya pulun dan penyibuk sikit.
2.Suka melebih lebih dalam hal yang aku taktau.Hish,aku ingat nak hindari perangai ni tapi sekarang aku rasa lebih teruk.
3.Kadang-kadang aku salahkan orang lain atas apa yang aku dah buat untuk selamatkan diri sendiri.
4.Rasa tersangat bodoh bila gabai depan budak laki.
5.Suka kata orang gila padahal aku la paling gila.
6.Selalu nak menang dalam apa jua pertandingan walau dengan cara paling kotor pun.*Ish ish.
7.Suka cari pasal dengan orang padahal orang tu tak kenai aku pun. =="
8.Pompuan bermasalah dengan TINGGI nya.
9.Aku suka kumpul duit syiling 50 sen pastu taktau nak buat apa.Last last,pi tukaq jugak duit tu jadi not kertas.Senoi sungguh =="
10.Suka dengan emotikon : ==" dan :D
11.Minat mendalam dengan bidang penulisan tapi kerja selalunya terbengkalai.*Dasar mekngot.
12.Tak makan semua jenis sayur kecuali tomato.*Tu pun lepas mak aku kata tomato tu bagi kulit cantik.
13.Obses dengan baju.*Kalau boleh semua baju aku nak ada dalam almari.Terukkk :D
14.Aku taktau pasepa aku jadi stalker dengan amik tau pasai Afif.
15.Suka terhegeh hegeh bila bercakap tentang boys.*Ini fakta,tak pecaya tanya Wan.
16.Actually aku masih tunggu seseorang hadiahkan aku Barbie Doll or Baby Alive tu.
17.Addicted dengan shawl :)
18.Malas kemas bilik tapi suka buat buat rajin bila ada orang nak mai rumah. =="
19.Suka berlagak pandai depan adik adik padahal aku ni bodo bodo jugak.
20.Tak boleh control gelak bila duduk dalam geng pastu gossip pasai orang len.*Aku rasa aku boleh menang award gelak paling kuat.
21.Mempunyai mulut yang sangat jahat kalau temper dah high.
22.Rajin buat benda yang memalukan pastu bila orang tau,menyesal habeh!
23.Never let anybody pecahkan rahsia aku kecuali kalau aku sendiri yang pecahkan.*Tapi kalau dah terpecah nak buat camna kan. =="
24.Sungguh tak faham kenapa budak pompuan minat dengan artis kpop.Sirius aku tak minat langsung.*Tapi depa hensem :)
25.Dan lagi tak faham kenapa sesetengah kawan aku obses dengan Justin Bieber.Okey,dia hensem,cute dan lagu dia best.But takyah la obses sangat.*Super jangan marah aku noh?
26.In love dengan camera dan guitar.*Taktau pasepa.
27.Aku suka cakap tapi kadang kadang aku pun tak paham apa yang aku cakap.
28.Suka masak tapi malas. =="
29.Meluat tengok orang bercinta cintan kat FB.Ni bukan jeles ka apa.Just tak paham kenapa kena tulis kat status : Sayang , thanx sebab date kita best tadi ! I rindu youuu , nanti jumpa lagi . Saayanggg you ! : macam nak bagitau yang depa baru habeh date.*Well,agak jeles sebenarnya. =="
30.Aku suka diri aku :)

Monday, November 22, 2010

It just a weird post so I think you can just ignore it.

Erm,aku taktau pa masalah komputer aku ni.Selalu jarang kena serang virus,tapi semenjak dua menjak ni rajin ngat eh kena serang.Ni kalau bapak aku tau,taktau la jadi pa.Tapi aku boleh lepas dari masalah ni kalau tuduh adik aku yang rajin download game tak tentu hala.Tapi tak bek gak noh.Whatever la.Oh yes,masa aku tengah cari cari image cute,aku jumpa satu quote ni.Taktau apa best sangat tapi aku syok. *Terokk.


Aku pun taktau kenapa aku suka word ni.Well,actually ada byk lagi yg aku nak letak kat sini.But tetiba virus menyerang.==" Sedih but nanti aku buat lagi.Guna komputer cousin aku la best sikit nak tulis.Keyboard dia baru,wuh,syok gila tekan tekan.

Okay,aku say sorry sebab post ni agak merepek dan pelik pelik.So untuk bagi elok,aku bubuh pi gambar ni walaupun aku tak dapat kenal pasti apa motif dia dan kenapa gambar ni harus wujud kat blog aku pada masa ni?



Cun tak?Aku buat masa tengah takdak keja.Hee :) Anyway menda ni simple ja,Zi Kang like gambar ni wooh!Fuh.*Taktau pasepa syok sangat.
Hmm,taun depan aku tingkatan tiga wehh.Hawaqq,takut gila.That PMR should get lost but it never go.A little sad but aku percaya diri aku.Yakin,Farhana,anda mesti yakin!
*Ceh,ayat!

Oh yea,phone aku takboleh guna.Ayah aku tak bayaq bil lagi.Nampaknya aku dah jumpa kesusahan bila pakai line.Hish ==" Nak buat apa lagi,usha dengan muka senoi ja la bila dapat msg or whatever sebab takboleh reply.Uwahhh,bila la nak dapat balik?Oh adakah aku lupa tulis kat sini yg SIM card aku kena block?

Ceritanya macam ni, pada 14 September 2010 tepat pukul 2 setengah pagi,aku tengah berdebat dengan Wan melalui msg.Dia la dok bebai kat aku pasai aku kutuk Yusri dia tu depan depan dia.Ala,aku bukan kutuk betoi betoi pun,just lawak lawak tapi dia pulak anggap sirius.Hish,whatever la.Dah lepas pun.

Tetiba Wan tak balas.Sah sah dah minah ni tidoq terkangkang.Adehh,penat aku tunggu ja.Tapi malam tu aku tak boleh tidur so tergerak jugak hati aku nak tengok semua setting phone aku.*Apa masalah pun taktau la kan. So aku pi tukar segala pincode la apa la,pastu dah kena block.Padan muka,gatai tangan sangat!Amik kau,Farhana.

Pastu sebelum final exam aku,geng Kak Ayu,Kak Rynn,Kak Wany and more ajak aku dengan Wan pi VM,makan makan.Dan ayah aku dah bagi satu SIM baru kat aku dan line tu bayar bil bukan kredit!Huwahh,impian jadi kenyataan.Tapi mula mula aku kata kat ayah aku camni:-

Aku:Abah,satu hari ja Akak guna ni.Lepas tu Akak bagi balik besok.
Abah:Hmph,boleh pecaya ka?
Aku:Abah ni,takk pecaya anak seniri :(
Abah:Okey laa.

Tapi selepas seminggu...

Aku:Abah,boleh tak nak guna lama lagi? (Muka comei)
Abah:Eleh..haritu iya iya sangat nak bagi balik.
Aku:Tu haritu.Boleh la bah?
Abah:Hmm,ya la.Kalau abah tengok bil banyak sangat,abah tarik balik.

Dan sekarang aku rasa bil terlalu melambung so ayah aku tak bayar lagi :'( Sedih jugak tapi apa nak buat,bukan aku yang nak bayaq.Tapi mak aku kata ayah aku dah beli satu SIM lagi kat aku.Mak aku kata number bil tu tak sesuai untuk aku.Huh aku tau dah.Tapi number baru ni Celcom :'( Mesti Wan takmau msg banyak banyak dengan aku.Alahai.Sedih sedih.Takpa,aku msg dengan Dalia ja.*Merepek la aku ni.

Salah baju beb!

Hey :D
Oh yes,aku tulis ni bkn nak cerita apapun.actually aku dah tadak idea nak bagi blog aku best sikit.taktau la pa nak jadi.hmm,haritu aku pi kenduri kat perak.eh bukan haritu,semalam ja pun.hee :) awal pagi tu mak aku kena jumpa dokter.amik darah tak salah aku.pastu mak aku ada la pesan something kat aku,tapi aku tak dengar.sebab aku rasa tidur lebih indah dari pesanan :D


memandangkan ada sorang cousin laki aku tidoq kat rmh aku,so aku bangun la awal sikit.ya la,dia dgn adik aku tidoq kat bilik aku,pastu aku pulak kena hambat,tidoq kat ruang tamu.kalau depa dua kluaq nak tengok tv ka apa ka,tak ka depa kena tgk pemandangan yg sungguh indah :- aku tidoq dgn terokkk :D
dan bila mak aku balik,fuh!meletup teroih rmh aku!actually mak aku suh aku :-

1)kemas rumah.
2)sidai baju.
3)bancuh air.
4)bersiap untuk pi kenduri.

dan aku hanya menjalankan amanah mak aku yg ke-4.bila mak aku mengamuk,baru la aku buat yg lain tu.time dah masuk keta tu,mak aku tanya la pasepa pakai jeans dgn kemeja ja?aku dah la dok bebai kat mak aku sbb aku kena bt jugak kerja tu,so aku anggap soalan mak aku tu satu bnda remeh yg takpatut dijawab.aku jawab hmmm camtu ja.

Nahhhh,ayah aku taktau jalan pi kenduri la pulak!aiseh,pastu kena tepon pak ndak aku suh tunjuk jalan.rumah kenduri tu kat Ijok,Perak.tudiaaa punya jauh.dahtu bila sampai,aku terkezut.aiseh,ni kenduri di kawasan pedalaman beb!apa kes lu pakai jeans ni?!adoyai,terokkkk.tak cukup dengan jeans,pakai pulak kemeja ketat kaler merah menyala,pastu dok buat rempit kat situ.adehhh,pasepa la aku ni?

aku ingat satu ja knduri,mai mai ada lagi kot kenduri.adehh,tu la pasai.aku ingat ka kenduri kesyukuran ka apa.sebabtu aku pakai suka hati aku ja.aiseh,memang la aku ni.terhegeh hegeh.sebabtu aku buat menda nih:-

Wednesday, November 17, 2010

Gaduh dan diam, itu sama :D

Hey semua! hmm oh. harini raya haji nuh,kalau raya posa bole la aku tebal tebal muka pi kutip duit raya.tapi aku usha usha kat luar, ada jugak bebudak kecik yang pakai baju kurung bling bling,subang punya la panjang,tocang rambut toksah cerita la. kalau boleh nak ikat macam reshmonu nuh! cukup bergaya tapi aku tetap consider depa tu over. come on la! ni just raya haji la,buat apa over sampai macam ni.tapi tak pa ,aku paham. sebenaqnya kecik kecik,aku pun camtu gak. kalau bedak tak tebai 2 inchi,takmau pi raya! huaha :D

okeh okeh.hmm,macam biasa kami satu famili mesti balik kampung.tapi lewat sikit la.entah kenapa la kan.(ceh,taktau konon.dia yang bangun lambat!) hehe. dalam pukul 10.30 pagi tu kami bertolak. sperti biasa jgk,aku kalau keluaq pagi pagi ni mood bukannya elok pun. so aku duk diam tepi tingkap dan tgk pemandangan smntara tggu mengantuk aku mula menguasai minda. hehe.

tapi taktau la pasaipa aku tetap tkboleh tidur tadi.yala,aku tak faham jugak kenapa kereta aku jadi bising gila tadi.mak aku takpuas hati dengan ayah aku.so depa dok bebai pa taktau.aku dengar sikit sikit. lebih kurang camni la:-

Abah: Tadi abang dah kata nak pi semayang raya. semalam pun abang dah peringat!
Mak: Tau la..
Abah: dahtu tadi awat takk gerak? hishhh...
Mak: Abang ingat leklok sikit nah. Ilah dah gerak tapi abang mamun pa taktau pastu kata takmau pi masjid! Huh!
Abah: Lain kali gerak la sekali lagi!
Mak: La, dah abang kata takmau pi, takkan la nak paksa jugak!

Hahaha. Tak faham aku.aku faham sikit sikit ja.tapi kalau hampa semua faham,bagusla. esok esok mai rumah aku,pastu solve masalah mak abah aku.bukan dapat makan bihun sup,rendang dan dapat duit raya,hampa mesti dapat penampaq paling kuat dan ayat power:HANG PI BALIK! TOKSAH KALOT MASALAH ORANG TUA TUA!
sebab tu aku tak berani cakap apa apa. heheh.

lepas tu aku terpaksa tahan telinga aku dengaq dua orang adik aku tu gaduh jugak.haih,masalah la depa dua ni.aku memang tak puas hati sikit dengan adik bongsu aku,Hidayah. pompuan tu senoi sikit,dahla suka amik barang aku pastu tuduh aku macam macam. aku tau dia pun meluat kat aku.hahah.lebih kurang camni la depa gaduh:-

Hidayah: mak! tadi mak cakap pasai sapa?
Afiq: mak cakap pasai paksu la. esok kita pi rumah paksu.
Hidayah: Yah taktanya hg pon? mak, mak cakap pasai sapa?!
Afiq: paksu!
Hidayah: mak cakap pasai sapa?!
Afiq: paksu!

depa duk ulang ulang hat tu la punya lama dan berakhir pabila mak aku jerit : HEIII TAK RETI DIAM KA?!
amik kau Afiq dan Dayah! lainkali hampa semua jadi macam aku. tukang tengok dan tukang cerita semula kat blog. hee. yala,benefitnya,kita tak kan kena marah. tapi aku tetap bernasib malang jugak..

Mak: Yang hg ni kakak! Pasepa diam? Tidoq la tu,hish.kira tidoq ja, kerja apa takmau nak buat.ni tak reti,tu tak reti. pastu hg reti buat pa? mesej,facebook,tengok tv? yg tu ja la? dah tu,nak goreng ikan dua tiga ekoq pun takut minyak mercik! apa la nak jadi..

adehhh,taktau la nak kata pa kan? hahah :D
dan bila aku dok sorang sorang kat kampung sebab sampai awai sangat, aku main word block cousin aku. aku berjaya bina ni:-

Tuesday, November 16, 2010

Photos of happiness XP

Perkenalkan! Ini Dalia Liyana!

Lee Zcho Yinn iaitu guru pemakanan aku dan Carol yg comel :D

Adriana cool dan Mariam si ketua kelas. Wuh, cun kan?

syazani amira yg super stai!

wan a.k.a nisa ahmad yg ngek ;P

sorfina senoi ;D

Carol and Poh Jiayi.

ini si cantik Hafizah.

Ini la Iqbal yg hensem. Huaahahahaha!

Sunday, November 14, 2010

Kursus setiausaha XP

Oh penat gila hari ni, aku tension sikit ja. Tapi syok banyak sebab dapat ponteng kelas untuk hadir kursus setiausaha tu. Hee, aku wakil KRS. Wan wakil kelab SPBT dan Dalia wakil kelab koperasi kot. Kami skip kelas dan perhimpunan pagi. Hohoh, macam bagus je.

Penceramah dia tu okey ja. Nama dia Abu Bakar kalau tak salah. Sesi satu, dia suruh semua perkenalkan diri. Aku orang terakhir sekali, gabai gila. Tapi yang paling gabai tu time aku terjerit nama Dalia. Masa tu satu dewan tengah diam, tetiba aku pi jerit. Apa la nak jadi dengan aku ni kan? Adehhh, malu gila. Tambah malu lagi bila Wan dengan Dalia tu dok kata “Wuuu, Farhana gabai gila!” Tapi Adawiyyah la penyelamat aku. Dia pi jerit sekali nama Dalia. Wuh, sayang hg super :D

Lepas tu untuk sesi dua, dia start bahagi group. Hish, tak suka aku kalau bahagi bahagi group camni. Segan la pulak nak interact dengan bebudak form 4. Kenai tu kenai tapi still segan. Satu group ada la around 12 orang. Aku group 4. Wan dengan Dalia group 5, sama dengan Zulhazim kesayangan Wan. Wan sirius nampak syokk tapi dia cover. Ceh, hg memang tak reti cover dengan aku la! Aku tau perasaan hg. Hahah (Wan takyah marah aku nah)

Aku satu group dengan Aisya, Adawiyyah, abg Naim, Syaqib, Kak Atin, Kak Syira, Kak Piqah , pastu ada lagi yang len. Dan yang paling teruk, aku sama group dengan Amirul Asyraf iaitu kawan baik si Zulhazim tu! Oh mai god, tolong aku bernafas! Tak cukup dengan satu group dengan dia, kena duduk pulak sebelah dia. Fuh, dahsyat sungguh nasib aku harini. Reaksi dia:-

Amirul: Wohh, apa ni? Hish, jangan dekat tau. Kita bukan muhrim.
Aku: Hg cakap stai aku taktau sama!
Amirul: Huh, dahla. Sat aku letak beg aku. Amik beg hg jugak, letak sini. Pemisah, pemisah!
Aku: Okeyla fine.

Pastu aku sedar dia macam usha aku lama jugak sambil tu tengok depan. Tetiba ja, dia kata:-

Amirul: Hmm, takpa la. Angkat balik beg hg tu. Semak ja.
Aku: Apa pulak beg aku semak? Cun apa beg ni!
Amirul: Angkat dah la! (Dia terus alihkan beg dia)

Okey sekarang aku sungguh tak faham. Dia pelik. Tapi kami dok sembang-sembang gak. Pasal dia mengantuk la, semalam tidur pukul berapa, satgi kita makan apa, nak koyak kertas macam mana. Macam macam jugak la. Aku pun jadi syok dok sembang dengan dia. Ya la, dah tadak kawan kan? Asal orang sebelah free, aku sembang la. Dia pun okey ja.

Lepas rehat iaitu pukul 11 pagi, Aisya dengan Adawiyyah tak masuk dewan. So memang aku boleh duduk tempat Adawiyyah atau Aisya tapi aku tak tau kenapa dengan aku yang still duduk sebelah Amirul dan sembang dengan dia. Time kami duk sembang tu, Dalia hantar mesej kat aku. Dia tanya aku tak gabai ka duduk sebelah Amirul. Masa tu aku baru sedar yang aku duduk terlalu rapat dengan dia. Aku rasa kalau ukur pun tak sampai 2 cm. Oh mai god, aku tak percaya. Dah tu bila aku pusing belakang, aku nampak tangan Amirul dekat belakang kerusi aku! Oh tidak, patut la penceramah tu asyik usha kami ja. Senoi gila aku , boleh tak sedar. Aku taktau motif dia, mungkin tak sengaja?

Hish, macam mana kalau ahli len pandang serong dengan kami? Takut ngat eh! Lepas kumpulan kami bentang, kumpulan Wan pulak pi bentang. Masa tu Amirul bangun pi sembang dengan Zulhazim kat kerusi belakang berserta sorang abang form 4 yang kiut ni, abg Nazmi Syah. Comei la! Aku terdengar la sikit sikit:-

Abg Nazmi: Wei Zul awat tak pi bentang?
Zulhazim: malaih la, biaqla pompuan yang bentang. (sambil gelak-gelak)
Abg Nazmi: Amirul hg ni kenapa? Terkepit kepit.
Zulhazim: Hg stim ka weh?
Amirul: Eh mana ada!
Abg Nazmi: Takyah tipu la, muka stim ja. Ingat aku tak tau ka. Hahahahah !
Zulhazim: Nahhhhh, takkan hg stim kot duk sebelah Farhana?
Amirul: Woi pelan la sikit. Shhh..
Zulhazim: Hmph, betoi la hg stim. Awat, dia raba hg ka?

Haram betoi Zulhazim tu, ingat aku nak raba Amirul ka! Aku pun teroih pusing belakang pastu jelling sedas. Diam teroih tiga ekoq tu. Hish, apala. Kotoq betoi. Tapi aku terfikir jugak , adakah aku terlalu menggoda? Huahahahahaha ! Sudah sudah, soalan mengarut tu. Takyah layan. Hmm , kami dapat cenderahati! Taddaaa ~



Pastu kami singgah kelas jap. Komik Hari Hari Midori yang Wan bawak tu kena rampas dengan Puan Soon sebab time tu Bard tengah tengok satu scene lucah dalam komik tu. Huaha, wan jugak yang kena. Dia jeling Bard habis habisan kot! Fuh, jelingan Wan memang menggerunkan. (Ini bukan rekaan) Pastu aku amik kertas ujian seni aku. Hua, dahsyat! Aku dapat 88 markah! Markah tertinggi aku pernah dapat dari form 1! Adakah ini sebab;-

1) berkat duduk depan sekali?
2) berkat duduk sebelah Aqil dan Zaki?
3) Berkat Syaz panggil aku FAZIL?
4) Berkat duduk jauh dari Wan yang mengganggu? (hehe)
5) Atau mata cikgu Jamal masuk habuk time tanda kertas aku?

Nahhh hampa tengok sendiri la. Tadaaa~



Afif kata nak bagi seratus markah kalau dia jadi cikgu. Kembang semanguk teroih aku. Huh, Afif sungguh mulia hati , wahhahaha :)
Okey sudah sudah . selamat membaca XP

Saturday, November 13, 2010

Tumbok kang

aku rasa agak bahagia hari ni sebab apa yang aku nak tercapai juga. bershopping tanpa mak aku ! yeah , memang menda ni aku tunggu berzaman dan akhirnya tiba jua . huaha , best siot .

kalau shopping dengan mak aku , duit tu terhad tapi kalau dengan ayah aku , berjuta pun takpa kot . okey mula mula aku singgah billion tapi baju yang dicari takdak . tapi aku jumpa satu vest ni. material dia jeans. cun gila tapi aku tak suka sangat vest. aku lagi suka cardigan. pastu aku pi Zon Ria. jumpa seluar ja tapi time tu ayah aku tengah on call dengan kawan dia. pastu tiba tiba tanya aku,"kakak, takyah beli kat sini la. abah ada kerja sikit. nanti kita singgah Hari Hari ja nah?"

Bebai teroih aku. yala, ni kira tipu tau, tak tepati janji. tapi last last aku ikut jugak, ya la Hari Hari pun not bad la. tapi agak seksa jugak sebab parking takdak. ayah aku parking nun jauh gilaa. kena jalan kaki sampai berjuta kilometer (okey ini tipu) baru sampai Hari Hari. nahhh, amik kau.

cardigan yang aku cari takdak pulak! baju dah elok dah, cardigan pulak yang masalah. hish, tension. pastu time aku nak bayar, kakak tu kata pi la try dulu baju tu. aku takmau try tapi dia still paksa. adehhh, aku kata takmau tu takmau la. aku tau la baju tu sesuai dengan aku. tapi takpa la, untuk bagi kakak tu puas hati, aku masuk jugak fitting room. aku tak pakai pun baju tu.

aku duk dalam fitting room tu dalam 20 minit pastu keluar. lepas tu bayar. time nak bayar tu, kakak tu tanya lagi.
kakak Hari Hari: legging dengan baju ni beli kat sapa?
aku: saya la.
kakak Hari Hari: takkan besaq camni. meh akak cari yang sesuai sikit dik.
aku: takpa,saya suka besaq besaq.

okey sekarang aku rasa nak tembak kakak tu. suka hati aku la, baju besaq ka seluaq besaq ka. tu aku yang nak pakai. pasepa pulak org len yang nak pakai dah aku yang beli? hish sugguh senoi. takkan mak aku nak pakai pulak.
tak faham akuh dengan manusia sekarang.

Saturday, November 6, 2010

It's all about today.

Heylo, asalamualaikum. hurm harini aku bangun awal sikit, pukul ehem.. adalah. takpayah tau. awal. ceh, konon! pagi pagi lagi mak aku dah teleng kepala aku sebab aku still tidoq dengan air liur basi (ini bukan rekaan).

kami keluaq pukul 1.30 sebab nak pi tengok cousin aku akad nikah kat masjid kulim, kedah. masa on da way pi sana aku adala posing sikit sikit. over jugak sebenarnya. tapi hasil dia bukan seksi sangat pun. apa pun, hampa ja la menilai noh. ambik :-




hahah. okey,tutup pasal pose seksi atau tak. oh yes, masa on the way pi sana, Husaini hantaq mesej kat aku. dia kata sori but dia kena clash dengan aku. aku terkejut sangat sangat sebab aku rasa kami tak kapel pun. you know what, clash yang dia maksudkan ialah takmau berhubung dengan aku dan tak kawan dengan aku. oh my god, aku pun tanya kenapa. aku tanya lembut lembut dan slow la, kalau dalam mood marah satgi dia kata aku ni pompuan tak paham bahasa pulak. dia bagi alasan dia nak belajaq dulu. okey, aku consider situation dia camni kot :- dia tak boleh study sebab dia asyik teringat kat aku. ya la, dia pun cakap , dia suka aku. oh my god, kiranya aku kena dump la?

aku nangis jugak. aku bercadang takmau nangis tapi takttau la,aku sebak la bila dia kata camtu. macam aku tak layak jadi kawan dia. wan marah tahap gaban jugak kat husaini tapi aku dah suh dia relax. wan tu bukan boleh satgi rumah husaini pun dia pi bakaq pa. lepas tu baru nak nangeh sebab rumah husaini adalah rmah yusri jugak. aiyoyo. okey, aku dah merepek ni. masa aku sampai kat masjid, ada ramai gila orang. pengantin nak kereta aku wooh! (kereta bapak aku sebenarnya). ada 3 pasangan nak akad nikah hari ni. cousin aku yang psgn ke-3. aku kena dok kat luaq sebab aku period.

cuba hampa bayangkan macam mana aku sorang sorang kat perkarangan masjid, dah la hujan. aku pulak bergaya tak kena tempat. pakai baju kurung moden dengan shawl bling-bling dan wedges. oh my god, so terokkk :D lepas tu tiba-tiba tok kadi tu menjerit marah-marah. actually dia marah kat sorang kakak photographer ni, dia masuk masjid pakai short dress kaler putih pastu tutup sikit dengan cardigan pendek. uhh, sungguh seksi tapi dia dikira takdak adab. ya la, fikir sikit boleh? nak datang masjid pakai macam tu buat apa, kan kena free dengan tok kadi tu.

aku balik rumah dah lewat sangat. dan sekarang aku online. aku masih lagi fikir pasai husaini dan kenapa aku menangis. hurm, pelik jugak noh aku ni. tak pernah nangis sampai merembes rembes air mata. kalau afif haritu just airmata menguap ja. uhh. :D selamat membaca :P

Thursday, November 4, 2010

SENOI

aku tak faham jugak kenapa aku suka word senoi ni. senoi ni kalau ikot kamus dewan, bermaksud salah satu suku kaum orang asli kat sabah or sarawak. tapi kalau untuk bebudak macam aku ni, senoi tu bermaksud bangang. haha :D Senoi senoi, takpa nanti aku cipta lagu tajuk SENOI..

erm ok aku tulis ni bukan nak cakap pasal senoi ja. ada banyak jugak aku nak cerita nih. oh yes, aku tak bagitau hampa lagi kan pasal band DBS? okey, sekarang aku story eh? band DBS ni aku, wan dgn dalia tubuhkan. DBS bermaksud
D - Dungu
B - Bodoh
S - Sengal
Haha, actually smua bermula dari wan dengan dalia. depa nuh dok gatai suh aku panggil Datin la, Puan Sri la. last last, nah amik kena dungu dgn sengal. Dalia adalah YD iaitu bermaksud Yang Dihormati ataupun Yang Dungu. Huaha!

Wan pulak adalah PS. mula mula aku ingat nak panggil pompuan senoi. Tapi she likes Pompuan Sengal much. PS tu actually Puan Sri. aku pulak depa panggil YB yang membawa maksud Yang Berhormat atau Yang Bodoh. Nasib bek bukan Babi. kalau dak, aku taboh dua ekoq tu. dehh haha !

Kami cipta lagu sendiri. banyak la jugak. sungguh tak tipu hahah! Aku tulis beberapa lagu. Semua lagu BI. ada yang syok, ada yg senoi ja. Haha. Yg paling latest, IF I LOVE SOMEONE. aku tulis tengah hari tadi masa exam sivik. dah habis awal, so syok gak ar dok tulis lagu. memang bila exam aku dapat idea. so aku rasa bek aku tunggu bila exam, so lagu aku akan bertambah. aku dah sumbangkan dua lagu aku kat afif. dia kata tk reti men lagu aku tu tapi bila aku mintak balik lirik tu dia takmau bagi pulak?

hish, semua orang pelik pelik la. aku tak faham sikit ja. okay, aku rasa takdak menda dah nak cakap. (ceh, tadi cakap macam banyak menda sangat nak story!) senoi betoi aku ni. Hahah. Bye, asalamualaikum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...