Friday, December 24, 2010

Cinta Kita - episod sebelas :D

Heyy :)
Episod 10 ramai orang tak baca lagi tapi takpa la. Aku post ja episod 11. Harap aku tak cepat sangat ya? Sebab esok aku nak pi Penang. Hee :D

EPISOD SEBELAS.

“Hah Azrul? Macam mana? Budak tu dah mati?” Azrul iaitu anak buah kekasih Alia mengangguk laju.

“Dia mati bos! Isteri dia pengsan lepas tu doktor bawak pergi,” Mendengar kata-kata Azrul, Era terus ketawa terbahak-bahak.

“Kau takkan tinggal hospital macam tu je? Tak check ke kenapa dia pengsan?” Alia bertanya tiba-tiba. Era dan kekasihnya hanya menggeleng melihat sifat bodoh Alia.

“Mestilah dia terkejut! Tak dapat terima kenyataan! Apalah aunty ni. Perkara yang mudah pun tak boleh nak fikir!” Era mendengus kecil.

“Pengsan itu umum. Yes mungkin dia terkejut tapi mana tahu dia pengsan sebab lain? Azrul kau pergi tengok lagi,” arah Alia. Namun kekasihnya sempat menahan Azrul dari pergi ke hospital semula.

“Kenapa dengan you ni? Pelik betul I tengok you sejak Adryy mati?” tanya kekasihnya.

“I bukan apa. Farah pun boleh merosakkan rancangan kita,”

“Perempuan selemah dia? Apa yang dia boleh buat? Yakinkan Qayyum yang dia diperangkap pada malam itu pun tak mampu, ada hati nak gagalkan rancangan kita. Aunty ni boleh berfikir ke atau otak aunty dah berhenti berfungsi?” Tajam kata-kata Era. Alia menjadi baran.

“Yang kau sibuk-sibuk kenapa? Aku pun ada peranan penting dalam rancangan ni, aku tahu apa yang aku buat!” Tempelak Alia. Era merengus marah.

“Apa yang aunty buat tu boleh memusnahkan lagi rancangan kita! Kalau Azrul pergi ke hospital berulang kali, orang akan sedar dengan sikap dia mencurigakan tu. Dah la kematian Adryy dikategorikan bukan kemalangan, aunty nak Azrul kena tangkap ke?” Jelas Era. Lelaki separuh umur itu mengangguk setuju. Alia yang sudah merajuk masuk ke dalam bilik. Pintu bilik dihempas kuat.

“Kenapa dengan Aunty Alia ni?” Era yang marahnya mula mengendur duduk di sofa.

“Ala, dia biasa macam tu. Dah jangan peduli. Nanti dia okey la tu. Okey apa rancangan seterusnya?”

Di hospital…

Farah membuka matanya perlahan-lahan. Dia memandang sekeliling. Hmm ini pemandangan hospital.

“Puan Farah dah sedar?” seorang jururawat masuk ke dalam wad itu bersama seorang doktor wanita.

“Puan Farah, saya Doktor Hana. Semalam suami saya Doktor Hafiz memberitahu saya bahawa puan pengsan di pintu Unit Rawatan Rapi. Puan ingat?” Doktor Hana cuba mengembalikan ingatan Farah. Farah mengangguk lemah.

“Macam mana dengan jenazah suami saya?” Mata Farah berkaca-kaca. Doktor Hana mengambil tempat di sebelah Farah. Dia menepuk bahu Farah perlahan-lahan.

“Pagi tadi seorang lelaki dan wanita datang mengambil jenazah suami puan. Wanita itu bernama Alia. Puan kenal ke?” tanya Doktor Hana. Farah mengangguk sebelum berkata,

“Alia ibu suami saya,” Doktor Hana tersenyum kepada Farah.

“Baiklah puan. Kalau puan dah rasa sihat sikit, boleh inform saya. Jaga kandungan puan baik-baik ya,” ujar Doktor Hana. Farah kaget. Kandungan? Cepat-cepat dia menahan Doktor Hana.

“Kandungan? Maksud doktor?” Farah keliru. Doktor Hana ikut terkejut.

“Puan tak tahu ke puan mengandung? Dah masuk minggu ke-4,” ujar Doktor Hana selamba. Farah menggeleng.

“Betul ke puan tak tahu sebelum ni? Takkan tak ada tanda?” aju Doktor Hana lagi.

“Tak ada pula. Haid saya memang lambat datang jadi saya tak kisah sangat,” Mendengar jawapan Farah, Doktor Hana terus menggeleng.

“Lain kali jangan buat tak kisah. Bahaya. Okey lah saya keluar dulu. Puan berehat ya,” pesan Doktor Hana. Selepas beberapa minit Doktor Hana berlalu, Farah menitiskan air matanya.
“Adryy… Macam mana Farah nak jaga baby ni seorang diri? Farah tak kuat, Farah perlu abang… Kenapa abang tinggalkan Farah..,” lirih suara Farah sambil menangis teresak-esak. Sementara itu, Farah tidak sedar yang ada seorang manusia yang sedari tadi mendengar perbualannya dengan Doktor Hana.

Era mengenggam tangannya geram. Jadi Adryy sempat meninggalkan zuriatnya? Tidak mustahil Farah bangkit menuntut kematian Adryy.

“Aku tak kan biarkan dia dan anak dia hidup!” Era berteriak kuat di dalam hatinya. Dia tidak puas hati selagi Farah hidup di muka bumi ini. Jika Farah masih ada, Qayyum sudah pasti tidak menjadi miliknya.

Aku kena beritahu Aunty Alia dengan pakcik, desis Era kemudian dia cepat-cepat beredar dari wad yang Farah ditempatkan.

Petang itu di kawasan perkuburan…

Farah menyiram air ke pusara Adryy. Kemudian dia duduk bersimpuh di tepi pusara suaminya, Surah Yasiin mula dibaca.

Selepas habis membaca Surah Yasiin, dia memeluk batu nisan di pusara Adryy. Sekali lagi dia menangis…

“Macam mana Farah nak hidup tanpa abang? Farah minta maaf bang… Farah tak sangka jadi macam ni.. Kenapa abang tinggalkan Farah..Farah masih perlukan abang. Bangun la abang…,” rintih Farah perlahan walaupun dia tahu Adryy tidak mungkin bangkit lagi. Adryy sudah tiada, Adryy pergi meninggalkannya.

“Farah…,” tiba-tiba terdengar satu suara menegurnya dari belakang. Farah menyeka air matanya di pipi dan terus menoleh.

“Abang Qalishan?”

Qalishan hanya mengangguk. Dia duduk di sebelah Farah.

“Abang baru dapat berita kematian Adryy. Mama dengan papa tak ada kat rumah jadi abang aje yang melawat. Farah sabar ya. Kuatkan semangat,” ujar Qalishan. Dia menghulurkan sapu tangan kepada Farah. Farah tidak menyambut huluran Qalishan.

“Dah nasib Farah macam ni bang. Takpa la. Farah balik dulu. Abang pun pergi la balik,” kata Farah.

“Farah balik naik apa? Drive ke?”

“Tak. Teksi je. Kereta rosak,” jawab Farah acuh tidak acuh.

“Abang hantar Farah balik?”

“Tak apalah abang. Farah dah call teksi tu. Abang balik la. Kirim salam Farah pada mama dengan papa,” Farah terus menunggu di seberang jalan. Selepas beberapa minit menunggu, teksi yang ditelefon datang menjemputnya. Setelah pasti Farah betul-betul selamat di dalam teksi itu, barulah Qalishan menaiki keretanya.

Risau juga kalau-kalau terjadi apa-apa kepada Farah. Malam ini dia harus memberitahu ibu bapanya mengenai Farah. Pasti ibu bapanya akan setuju jika Farah diajak tinggal di banglo mereka lagi.

Pada malam itu…

“Jadi Farah mengandungkan cucu aunty?” Alia bertanya. Nada suaranya seperti seorang nenek yang gembira kerana akan mendapat cucu. Era menjadi pelik dengan sikap Alia.

“Aunty ni kenapa? Macam seronok aje?” Era memandang ayah saudaranya yang setuju dengannya.

“Yalah. You ni kenapa? Suka ke yang Farah tu mengandungkan cucu you?” Lelaki separuh usia itu.

“Taklah… I tak rasa apa pun,” sembunyi Alia. Hakikatnya, dia benar-benar gembira, seronok dan bangga. Bagai sudah lupa semua dendamnya kepada Maesya dan Khuzairi. Dia bangga kerana akan mendapat cucu. Ikutkan hatinya, mahu sahaja dia memeluk Farah sebagai menantu dan menjaga Farah serta bayi di dalam kandungan Farah itu.

Namun dia terperangkap dalam dendam yang tidak berasas ini. Dia benar-benar menyesal kerana mencipta dendam yang gila ini. Maesya tiada salah dengannya. Hanya dia yang cemburu buta. Sejak zaman kolej lagi, Alia mencintai Khuzairi. Namun kehadiran Maesya sebagai salah seorang pelajar baru di institut itu mengubah segalanya.

Akan tetapi Maesya tidak pernah menyakiti Alia. Hanya Alia yang berhati jahat, bersifat pendendam. Akhirnya Maesya dan Khuzairi mati. Dan kini anaknya, Adryy juga mati. Semua kerananya!

Adakah Alia akan insaf? Bagaimana pula dengan reaksi Era dan kekasih Alia? Mampukah mereka menerima Alia yang separuh berubah itu? Mungkinkah Qalishan mencintai Farah memandangkan dia begitu mengambil berat? Temui segalanya dalam episod akan datang!

EPISOD AKAN DATANG…

“Farah tinggal la di sini nak.,” pujuk Datin Aisya…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...