Sunday, December 12, 2010

Cinta Kita - episod tiga :D

Heyy =)
Aku semakin bahagia menulis! Hahah, teruskan membaca!

EPISOD TIGA.

“Mulai hari ini, Encik Arash akan bekerja di syarikat kita, ZamQay Holdings. Encik Arash, harap anda dapat memberi kerjasama yang terbaik dengan pihak kami,” itulah kata-kata terakhir Qayyum sebaik sahaja mesyuarat pagi itu habis. Kesemua ahli mesyuarat menyalami Arash sambil beransur-ansur meninggalkan bilik mesyuarat. Kini yang tinggal hanya Qayyum, Arash, Amy, Era dan Uncle Hazwan.

“Era? You tunggu apa lagi? You boleh beredar sekarang?” jelas Qayyum. Era bagai tersedar dari mengelamun terus berkata,

“Tak apa la. I keluar dengan you okay? I tunggu you..,” lemah lembut bak jeli suaranya. Qayyum yang mendengar pon terasa jadi jeli.

“Amy, mulai sekarang. You akan jadi secretary Arash, bukan I lagi. Faham?” tegas suara Qayyum. Dahi Amy berkerut,

“Kenapa? Bukan tak boleh cari secretary baru untuk Arash?”

“Ala, takpa la. I lebih selesa kalau tak ada secretary. Kalau I rasa I perlukan secretary, baru I cari. But not now,” jawab Qayyum. Fuh, lancar jugak. Semalaman dia berlatih di hadapan cermin untuk menjawab segala pertanyaan Amy yang sesuai menjadi polis soal siasat.

“Ohh. Tapi skop kerja I tetap sama kan?” tanya Amy lagi. Mungkin belum puas hati.

“Yes, of course. Okay, semua balik tempat. Meeting kita dah habis, so shall we? Uncle?” Qayyum sebagai anak saudara yang masih menerapkan sifat sopan mengajak bapa saudaranya yang sedari tadi diam keluar dari bilik mesyuarat itu.

Amy mengikut Arash ke bilik yang disediakan untuk eksekutif baru. Qayyum pula beriringan dengan Uncle Hazwan dan Era. Tiba-tiba Uncle Hazwan bersuara,

“Qayyum, boleh uncle datang rumah malam ni?”

“Hmm? Nak datang? Boleh ja. Kenapa? Uncle nak jumpa Aunty Rena ke?” ayat terakhir Qayyum diselang-selikan dengan sengih gatal.

“Eh. Takda la. Sengaja la datang, nak jumpa parents Qayyum. Lama tak melawat kan,”

“Oh. Sila lah. Kenapa kena tanya boleh datang ke tak. Uncle kan sebahagian dari keluarga kami,” senyum Qayyum lalu dia terus meninggalkan Uncle Hazwan. Era kekal mengikutinya dari belakang. Qayyum yang baru menyedari dirinya diekori Era terus berpaling.

“You ikut I ni buat apa?”

“Errr… ala, saja je. You nak pergi mana ni?” Era tergagap-gagap.

“I nak pergi ambil mug. Nak minum air. Kenapa?”

“I buatkan kopi?”

“Tak payah. Orang tua-tua kata air masak bagus untuk kesihatan,” balas Qayyum lalu terus berjalan ke dapur. Era kekal terpinga-pinga di situ.

Argh! Satu apa pon tak jadi! Qayyum tu macam takde feeling je? Tak nampak ke aku yang selalu ikut dia pergi mana-mana? Tak perasan ke yang aku suka dia?, Era sebal dengan sikap dingin Qayyum kepadanya. Tapi tengoklah! Malam ini, Qayyum pasti takkan menolak!

Petang itu, di rumah Farah…

“Weh, aku kena tukar bos beb,” kata Amy sebaik sahaja bibik Farah meninggalkan mereka berdua di halaman rumah yang agak besar itu.

“Hah? Kenapa? Qayyum tak bertamadun tu tak suka ke cara kau kerja?” Amy tergelak kecil apabila mendengar gelaran Farah kepada sepupunya.

“Bukan tak suka la. Ada eksekutif baru kat syarikat kami. Qayyum suruh aku jadi secretary dia. Guess who?” Amy menjungkit keningnya sambil memandang Farah.

“Mana la aku tau. Hish kau ni sengal sikit la. Takpayah buat suspen okey?”

“Hahah, okey okey. Abang Megat Arash Shazrique kau la!”

Farah membeliakkan matanya. Betulkah ini? Arash? Jejaka pujaan hatinya? Tapi tak mungkin lah Farah akan menemuinya dek kerana malu.

“Terkejut tak?” kata Amy.

“Tak pon.. Ala, dia kan arkitek muda lagi berjaya dan hensem. Lagipun Qayyum tak bertamadun tu kan kawan Arash, senang la dapat kerja. So amacam? Kau kerja bawah Arash sekarang okey tak?”

“Itu okey la. Tapi aku segan beb! Dia suka usha aku macam nak telan,”

“Lerr. Putus fius la kau. Lupa ke dulu kita selalu main usha-usha orang? Kau lagi terer meng-usha daripada aku tau! Mana kehebatan kau? Mana?” suara Farah bergema kecil di halaman rumah itu. Sengaja dikuatkan, itulah kesan dramatik. (==”)

“Entah. Tak berani aku usha dia,” itu sahaja jawapan Amy. Farah mencebik.

“Weh, blah dulu ah! Nak dekat pukul 7 dah ni. Chow, asalamualaikum!” ucap Amy sambil berlari terkocoh-kocoh ke pintu pagar hitam milik rumah Farah. Farah tersenyum melihat gelagat kalut rakan baiknya itu.

Malam itu, di meja besar banglo tiga tingkat milik keluarga Qayyum…,

Meja yang kosong tadi kini sudah terisi dengan kehadiran Era, Uncle Hazwan dan Amy. Era sengaja mengambil tempat kosong di sebelah Qayyum. Padahal itu tempat Amy. Amy yang terkejut apabila Era tiba-tiba menolak tubuhnya ke tepi hanya membiarkan. Baginya, sebelah siapa pon no problem la. Asal boleh duduk sudah.

“Hazwan! Lama kamu tak datang sini kan? Alhamdulillah malam ni sudi jugak datang. Ada apa ni?” Dato’ Zamri memulakan bicara. Isterinya iaitu ibu kepada Qayyum, Datin Aisya mengangguk sambil tersenyum.

“Oh. Ada la sikit hajat,” balas Uncle Hazwan pendek.

“Hajat apa ya Hazwan?” Datin Aisya pula bertanya.

“Emph. Saya kalau boleh nak timang cucu cepat-cepat sebelum tutup mata ni haa. Amy dah putuskan tak mahu kahwin awal. Jadi saya ada tanya Era, manalah tahu dia berkenan pada sesiapa,” Uncle Hazwan terhenti di situ. Era senyum tersipu-sipu kononnya malu.

Alah! Tak jadi pon lakonan kau Era oii! Tak nampak ciri gadis melayu pon. Ada ka patut pergi duduk sebelah Qayyum sampai nampak macam melekat dengan Qayyum?, marah Amy dalam hati.

“Oh.. macam tu ya. Jadi siapa pilihan Era?” Datin Aisya bagai teruja hendak mengetahuinya.

“Mestilah Qayyum, Aunty Aisya,” jawab Era sendiri. Bapanya terkejut mendengar Era menjawab. Tidak sangka Era akan menyampuk perbualannya. Sudah dipesan berkali-kali masih juga mengulanginya. Oleh itu, bapanya memberi isyarat mata agar Era menutup mulut dalam perbincangan ini.

Qayyum pula takpayah cerita. Ternganga habis luas dibuatnya. Jadi Uncle Hazwan datang ke sini untuk berbincang hal alah ni? Kalau lah aku tau tadi, takkan aku benarkan Uncle Hazwan datang malam ni!, Qayyum berbicara di dalam hati.

“Oh! Jadi sekarang macam mana? Bertunang terus la ya?” Dato’ Zamri bersuara.
“HAH?!!! Eh, wait wait! Qayyum belum ready la papa!” jerit Qayyum jelas sambil berdiri.

“Hahah, kamu ni belum ready pulak. Macam la kamu pengantin perempuan. Dah la pihak perempuan yang datang rumah kita, tak malu ke? Lain kali, Qayyum terus terang la dengan papa. Boleh papa pergi rumah Era,” jawab Dato’ Zamri sambil ketawa besar diikuti Datin Aisya dan Uncle Hazwan. Era dan Amy tersenyum sahaja.

“Maksud Qayyum, Qayyum taknak kahwin lagi buat masa ni. Lagipun papa baru je bagi syarikat tu dekat Qayyum. Bagilah masa untuk Qayyum menstabilkan keadaan syarikat. Lagipun, Era…er.. Qayyum tak rapat sangat dengan Era. Boleh kami berkawan dulu?” Qayyum tegas dengan pendiriannya. Dia tidak mungkin kahwin pada usia ini, 24 tahun. Sekarang dia hanya mahu menumpukan perhatian dalam kerjayanya.

“Kawan? Hai, dah kerja sekali kat ofis pon tak rapat lagi ke?” perli Dato’ Zamri. Qayyum kaku di tempat duduknya. *Actually dia berdiri.

“Baiklah. Kalau macam tu, korang berdua berkawan la dulu. Qayyum, ingat ya. Kalau kamu bersedia nak kahwini Era, inform mama dengan papa. Mama takboleh nak paksa kalau itu kemahuan Qayyum. Kan Amy, Rena?” Datin Aisya akhirnya memutuskan segalanya. Qayyum menarik nafas lega kerana ibunya sanggup bertolak ansur. Melihat cara ayahnya sebentar tadi, memang dia akan terpaksa bertunang juga dengan Era.

Qayyum sebenarnya memang dari dulu tidak berkenan dengan perangai mengada-ngada Era. Baginya, Amy lebih sopan dan bijak menghormati orang tua. Tambahan pula, Amy bekerja di syarikatnya kerana kelayakannya manakala Era pula kerana Uncle Hazwan. Walaupun Qayyum sedar berlaku ketidak adilan dalam syarikatnya, apa boleh buat?

Semua sudah maklum, Uncle Hazwan adalah penyumbang terbesar semasa syarikat ini hampir jatuh akibat kelalaian Dato’ Zamri dahulu.

Di dalam kereta BMW 3 series milik Uncle Hazwan…

“Papa! Kenapa papa tak tegaskan aje tadi? Papa biar Aunty Aisya yang putuskan semuanya! Mama pon, setuju aje!” marah Era. Uncle Hazwan yang memandu tunduk sedikit.

“Ala. Kau sendiri dengar apa Qayyum kata? Aunty Aisya pon takboleh paksa la. Now, apa masalah kau nak salahkan mama?” balas Amy. Meluat sungguh dia dengan perangai adik kembarnya itu.

“Kakak diamlah! Era nak cakap dengan papa, not you! Lagipun, sudah terang lagi bersuluh mama setuju apa yang Aunty Aisya cakap. Eii, geramnya!”

“Yes, mama setuju. So what? Takkan mama nak jadi orang gila kat situ, nak suruh kau bertunang jugak dengan Qayyum? Aunty Aisya, mama Qayyum sendiri boleh terima keputusan Qayyum, takkan mama kita pulak nak menyampuk? Deyyy thambi! Cakap pakai otak der!” Amy melepaskan kemarahannya. Era merenung kakaknya.

“Miss Amy Afirah. Aku suruh diam, bukan makin bercakap!” Era menjerit.

“Kau siapa nak halang aku bercakap hah?” Amy juga sudah hilang kesabarannya. Tak sangka ada juga manusia yang masih tidak faham bahasa melayu. Paling tidak sangka juga, manusia itu adalah adik kembarnya sendiri. Ya Tuhan, kenapa kami tak serupa?

Akhirnya, pertelingkahan dua beradik kembar itu dihentikan oleh bapa mereka.

Pada waktu yang sama, di rumah Farah…

“Mama, nak keluar ke?” tegur Farah apabila melihat Puan Maesya sungguh bergaya. Begitu juga papanya.

“Ya. Kami nak pergi makan kejap. Kamu takpayah ikut la, ganggu mood romantik kami je. Nak pesan makanan tak?” Puan Maesya bertanya. Farah hanya menggeleng dan menyatakan bahawa dia sudah kenyang. Kemudian pandangan kedua ibu-bapanya hilang dari matanya.

Dua jam kemudian…,

“Ya rabbi! Mana parents aku ni? Dah dekat pukul 12 tengah malam tak balik-balik lagi?” Farah mengeluh. Sekejap dijenguknya pintu hadapan, sekejap dijenguknya jam dinding. Manalah ibu bapanya pergi? Kalau nak romantik-romantik pon takkan la sampai 12 tengah malam ni? Dalam hati Farah hanya berdoa semoga kedua ibu bapanya selamat pulang ke rumah.

Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk. Farah terus berlari untuk membuka pintu. Terkejut juga dia kerana yang berdiri di hadapannya sekarang bukanlah kedua ibu bapanya tetapi dua orang pegawai polis.

“Betul ini rumah Encik Khuzairi dan Puan Maesya?” salah seorang pegawai polis tersebut bertanya kepada Farah. Farah hanya mengangguk.

“Cik ni siapa?” soal polis itu lagi.

“Saya anak mereka, Farah Qistina. Mana mama dengan papa?”

“Saya harap Cik Farah bertenang dengan berita yang kami ingin sampaikan ini,” Farah merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

“Encik Khuzairi dan Puan Maesya terlibat dalam satu kemalangan parah di lebuh raya. Mereka.. meninggal di tempat kejadian. Boleh Cik Farah ikut kami ke hospital untuk pengecaman mayat?” bergetar suara pegawai polis itu. Farah kaku. Betulkah? Perlahan-lahan air matanya menitis menuruni dari matanya.

Sesampai di hospital…

Farah sudah tidak dapat menahan emosinya apabila melihat dua kujur tubuh yang kaku diselimuti kain putih. Dia terus mendapatkan mayat kedua ibu bapanya lalu meraung,

“Pleaseeeee! Wake up!” jeritan Farah bergema di rumah semi-d milik keluarganya. Air matanya merambu-rambu keluar sedari tadi belum habis. Dia tidak dapat menerimanya dengan redha.

Apakah nasib Farah selepas ini? Adakah lagi kebahagiaan dalam hidupnya? Bagaimana Amy dan Arash akan menceriakan Farah? Apa pula peranan Qayyum dalam hidup Farah selepas ini? Nantikan segalanya dalam episod empat!

EPISOD AKAN DATANG…

“See? Musuh mama dah mati kan? Siapa hebat?!” ucap Adrry sambil mengangkat tinggi-tinggi gelas arak yang diminumnya…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...