Friday, January 28, 2011

This is the ending guys!

HEY :)
Selamat malam dan selamat pagi. Skema takk? Skema kan? Aku tau, tak payah bagitau. =='

This is the ending guys! Jujur, aku dah penat nak tulis drama aku tu. Kan aku dah kata aku suka buat kerja separuh jalan. Dah la stop dekat babak yang suspen semacam. Setiap hari aku pi sekolah, ada ja yang tanya : Bila hg nak sambung beb?

Aku dah malas dengaq! Malas! *Cewahh feel habih! :D

Sekarang ni aku dah sediakan ending dia untuk hampa. So tak la hampa rasa macam nak tikam aku sejuta kali bila tau yang aku liat dah nak sambung drama tu. Daripada sambungan episod 12, yang menjerit tu actually Farah. Bila dia tau anak dia mati, dia rasa macam dah tak dak guna dia hidup. Kerja dia setiap hari, menangis, menjerit macam orang gila, memecahkan barang-barang. Alia yang dah sedaq kesilapan dia, ambik Farah tinggai dengan dia. Dia rasa bersalah sebab bunuh anak sendiri, Adryy. Tapi dia tak pernah bagitau Farah tentang kematian Adryy.

Qayyum pulak lebih rasa bersalah. Dia punca utama kemurungan Farah. Dia banyak kali solat hajat, mintak tolong dengan Allah supaya permudahkan hubungan dia dengan Farah kelak. Akhirnya dia putuskan untuk kahwin dengan Farah. Sebab? Sebab dia masih cintakan Farah semestinya. Lagi satu, dia nak tebus kesalahan dia terhadap Farah. Mula mula Farah tolak mentah-mentah. Ya la, sapa yang nak kahwin dengan pembunuh anak sendiri right?

Tapi Farah tak dapat tahan air mata bila tengok Datin Aisya merana. Qayyum takkan balik ke banglo tiga tingkat yang mewah tu selagi Farah tak setuju untuk jadi isteri dia. Datin Aisya semakin mendesak dari hari ke hari. Farah yang sayang dengan Datin Aisya tak mampu untuk teruskan hidup sambil melukakan hati Datin Aisya. Dia setuju dan terima lamaran Qayyum.

Episod lawak bermula di sini. Farah pada mulanya langsung tidak mahu menerima kehadiran Qayyum sebagai suami. Tapi dia still hormat dan jaga kebajikan Qayyum walaupun tak searah. Tapi lama mana dia nak bermasam muka, berdiam diri dengan Qayyum? Hati seorang wanita, jika dilayan sebaik mungkin pasti cair. Tambah tambah Qayyum cinta pertama Farah.

Bersambung lagi.. *Mengantuk :D

Sunday, January 23, 2011

Sunday :D

Oh hari ni sungguh memenatkan. Hoi ingat apa jadi student form 3 ni? Muka habih tak terjaga bila kena buat homework tak kira masa. *Eh ada kaitan ka muka dengan homework? =='

Aku ingat hari ni adalah hari yang just fine sebab selalu hari ahad aku sentiasa indah dan baik dan berbunga. Oh yes semalam aku jumpa Afif kat Hasani. Aww tak sia sia aku pakai comei comei semalam. *Ei perasannya pompuan ni ==' Teruih senyum macam sial sampai ke malam, masuk mimpi segala :D

Okay teruskan cerita tentang hari ahad, iaitu hari ni. Haritu makjang kata dah tolong iron uniform aku. So semalam aku pulun la buat kerja sekolah tanpa tengok kat almari baju aku sama ada betui ka baju aku dah di iron. Aku suruh Afiq check ada tak baju aku. Dia kata ada, aku pun okay. Hadomakk bangun pagi ni lepas mandi baru terperasan kain dengan tudung takdak! Oii Afiq penipu betoi, tak sedaq ka dia dah menyusahkan aku pepagi buta ni?!

Kalut la makcik sorang ni meng iron kain dengan tudung. Nasib kemeja ada, kalau tak lambat jugak la aku pagi tadi. Baru ingat aku bertugas pagi ni, sapu sampah. Hish baru ingat nak buat kerja sivik yang tak siap. Aih kacau daun betui :/

Semua fine ja sampai la waktu balik. Kami sepatutnya balik pukui 2.10 tapi sebab cikgu sivik tak mai sekolah an, kami buleh balik 1.30. Yeah syok sebab aku bukan buat pun kerja sivik. Harap kerja sains pun teragak-agak nak buat, ni kan kerja sivik yang tak masuk exam langsung. ==' Calon PMR yang sungguh bijaksana :D

Memandangkan aku terlalu gembira sebab balik 1.30, sambil berjalan kat koridor nak turun tangga, aku nyanyi lagu Grenade dengan Wan tapi Wan nyanyi tak kuat macam aku. Ohhhh nyanyian aku yang indah tu stop tiba-tiba dengan kehadiran seorang jejaka perasan macho dan suka perli aku dari dulu lagi, Ahmad Uzair Daumi. Siapa dia? Anak Pakcik Daumi la! Senior Form5 yang berlagak macho dan hensem dan suka hati dia ja nak ajuk apa aku cakap. Dah la tak kenai aku pun lepastu suka hati kepala hotak dia ja mengutuk aku. Eh melampau kan?

Tapi kali ni dia tak perli aku tapi straight cakap dengan aku, "Weh aku dengaq hg nyanyi tadi. Sat gi aku rasa hujan turun la kot," Geram tak? Geram kan? Aih aku berikrar takkan nyanyi lagi! Wan balas,"Haram! Perli terok!" Aku balas,"Weh Wan, mamat ni dari dulu dok ajuk kita kan?"

Tau apa si Uzair tu cakap? Dia balas :-

"Weh stalker betui!"

Ewah ewah mamat ni. Sengaja buat aku naik darah ni. Haih, dia tak rasa lagi ni penangan Farhana yang hebat dan ada kuasa bak bateri baru di cas! *Pulun aih merapu! =='
Ingat dia hensem sangat ka sampai aku nak stalk dia? Hey tak rasa ka hg yang stalk aku? Pervert! Uzair pervert!

Lepastu ada SPBT. Aiseh pasepa Wan tetau dok buat forum perdana pulok dengan geng Akak Nanda pasai Afif. Macam la Afif ada kaitan dengan SPBT. Hisy Wan nih, dah la tak bawak whole buku maths tadi. Jenuh cover laa depan Puan Soon. Taktau la kalau kantoi an. Yang dia ingat, kuih pau yang tak berinti tu. Haha :D

Masa kemaskini buku buku untuk proses pelupusan buku lama, Akmal pulak sengaja mencabar aku. Aiseh kenapa ada lagi mamat yang sengaja cari masalah dengan aku hari ni selain Uzair pervert tu? By the way, siapa Akmal? Dia junior Form2 yang kecik dan okay la aku mengaku dia kiut. *Aku kiut lagi :D Kami lawan siapa kira paling cepat dia menang. ==' Wan label aku lebih childish daripada Akmal. Oh tidak! Sat sat, aku cakap dia kecik serupa macam aku tak kecik sama hahah :D

Waktu petang. Aku tunggu bas tapi tak tunggu lagi kat bus stop tu. Agak agak la, budak Convent keluaq pukui 6.45 petang pastu aku nak tercongok kat situ pukui 6 apa hal kan? Aku jalan jalan kat tempat pakguard tu. Syed Nasri dok perli perli aku. Pendek la apa la. Hisy dah lali la woih. Aku sedaq diri. *Cehh :D Syed Nasri cabar aku, masukkan duit kertas dalam mesin air tin tu. Memang duit kertas buleh masuk tapi selalu susah ar. Kadang kadang dia reject. Aku dengan bangga menerima cabaran Syed Nasri. Cewahh memang duit aku masuk dua ringgit beb!

Aku cakap la,"Hahh woih tengok ni. Stai tak masuk kot duit aku! Huh bukan macam hg tak reti," Alih alih bila pusing belakang, Syed Nasri hilang. Harei betoi dia tinggai macam tu ja. Aku pulak nampak macam noob mana mai, cakap sorang sorang depan mesin air tin. =='

Menyedihkan kan? :D

Monday, January 17, 2011

Dia terlalu sibuk untuk itu :')

Kan best kalau dia care pasai aku. Alo toksah tipu la kalau kita tak seronok oreng amik kisah pasai kita. Tapi kalau oreng yang ambik kisah yang dah sampai tahap penyibok antarabangsa tu memang dah lama tunggu penampaq kan? Ahahha :D

Hari aku akan jadi indah bak taman permai aman damai ...

1. Kalau dia kata ehh hg free tak esok? Kalau ya nak ajak pergi tengok cita Khurafat.

2. Kalau dia datang jumpa dan kata oihhh tak jumpa hg pagi pagi rasa tak segaq nak belajaq.

3. Kalau dia pesan balik nanti tunggu kat bawah pokok tu tau. Nanti aku singgah kalau sempat. Kalau nak balik dulu balik la, kesian pulak nanti tertinggal bas.

4. Kalau dia tegur aku masa aku tengah pebetoi tudung takpayah pebetoi dah la. Senget senget pun hg tetap comei. Cehhh :D

5. Kalau dia text pagi pagi sebelum pi sekolah jangan lupa sarapan nanti sakit perut.

6. Kalau dia serbu aku awal pagi lepas perhimpunan untuk tanya pengsan tak masa perhimpunan tadi?

7. Kalau dia jumpa aku time balik dia soal siasat hari ni budak mana kacau hg? Mai nak pi tabuh buang dalam longkang.

8. Kalau aku cakap nak stayback dia akan balas nak aku teman hg ka? Stayback kenapa? Dengan sapa? Duit cukup tak, kalau tak cukup nak tambah.

9. Kalau dia kata macam mana pelajaran hari ni? Ada yang susah eh? Mai nak tengok, insyaallah buleh tolong.

10. Kalau dia cakap Zohor dah masuk ni. Hg buleh semayang tak? Kalau buleh, jom semayang sekali.

Tapi ni imaginasi ja. Kalau betoi rasanya dunia memang dah akhir zaman. Ahahha :D Sebab apa ya? Sebab dia terlalu sibuk untuk buat benda benda bodo kat ataih ni :')

Sunday, January 16, 2011

Cerita lama takpayah la ungkit, I malu :')

Asalamualaikum :D

Emph tak banyak masa nak update ni. Sebab bukan bantai busuk yang melambai mesra, tapi karangan bm yang tak siap lagi tu yang melambai mesra. Aih dah la besok PJ, kena datang padang awai sebab banyak kelas PJ besok termasuk 4SN2. Cehhh Wan kembang setalam la bila tau ***** dia PJ sekali. Aku pulak tak selesa duk lari tergedik gedik kat padang sambil direnung pelik oleh Zeckri. Siapa Zeckri? Okay la tu nama glamour dia. Nama dia Ibnu Zeckri Mocktar.

Aku tak pernah sebut dia kan dalam blog? Okay sini nak cerita kenapa dia ada dalam blog aku kali ni. Aku cerita pasai dia ni sebab tetiba teringat dekat dia. Aih gediknya ==' Dia kelas 4SN1 dan PJ sekali hari Isnin esok bersama 4SN2. Selepas Dzul kutuk aku dengan teruk dulu, aku rasa macam loser gila mengharap kat dia. So aku nak hilangkan feel loser tu, aku saja usha budak laki lain yang cute cute. Baru terpandang Ibnu, aku kata dalam hati : Banyak kali dah aku nampak dia, dari form 1 lagi. Tapi nama dia apa eh?

Cara paling senang, apa lagi? Pakcik Afif kesayangan kan ada! Afif la bagitau nama dia Ibnu Zeckri. Stai kan nama dia? Aku suuuka :D *Nama ja ehh bukan orang dia.

Lepas tu aku selidik habih latar belakang dia, kawan kawan dia, budak kelas dia dan akhirnya aku ambik kesempatan untuk tanya best friend dia tentang dia. Aku tanya Akmal Zuhairy. Dia pun comei jugak. *Semua comei last last sorang pun tak dapat :') Salah aku jugak, pi tanya kat wall Akmal. Banyak orang baca terutama kakak kakak yang dalam kelas dia. Heboh lagi pasal aku dengan dia pulak. Aku tengok Ibnu macam tak kisah langsung. Macam nothing happen. Dia sungguh tenang. Aku puji :')

Bila Dzul campur tangan, musnah semua! Ibnu benci gila kat aku. Dulu laa, taktau kot sekarang dia macam dah takmau gaduh kan. Bila terpandang kat aku, teruih pusing muka. Kalau tak sempat pusing muka, aku dapat jelingan beb! Fuh panas :D Baru aku tau lelaki comei dan kecik macam dia pun ada aura yang urgh! *Err pada aku dia still comei :D

Dia dah remove aku sebagai friend dia tahun lepas. Even kakak dia sendiri pun tau pasai aku. Ahhh bangga sikit tapi tak syiok la dia tak searah pulok :'( Takpa la, aku bukan taste dia. Ya la, lelaki baik macam dia takkan pilih pompuan yang terhegeh-hegeh macam aku. Ya kan ? Betoi la dia dengan Dzul kata, aku memang pulun dan gedik. Sapa kata salah? Aku admit aku pulun dan gedik :D

Sekarang dia dah delete FB dia. Kalau dia baca blog aku, sila tau yang ;- I'm so sorry. Aku harap hg delete FB bukan pasal aku nah. Kalau ya sila buat balik FB. Sorry tau, tak berniat nak kacau hg. Ikhlas ni weh, doakan aku dalam PMR tau kalau sudi :D

Okey la, karangan bm dah menangeh tunggu aku tak kunjung tiba. Cehh :D

Friday, January 14, 2011

Don't ever look for trouble again.

Salam sejahtera :D *Cikgu Jum punya style.

Okey anda tertanya-tanya kenapa tajuk dia Don't ever look for trouble again ? Cepat buat perhimpunan, baris elok elok sini, nak kasi story sikit :D

Hari Khamis lepas, 13 Januari 2011. Kami keluar kelas lewat sikit sebab cikgu BM kami tuu, ala malas nak kutuk. Ingat azam! *Cehh pulun :P Now aku nak tanya, sapa tau port rehat Hanawana Gang ? Okay sapa tau terima kasih kerana tidak mengganggu ketenteraman kat situ. Sapa yang taktau tu mai nak habaq. Erm yes yes dekat hujung kantin, dekat dengan single sink kat kafe tuh. Tau? Kalau tak sure lagii yang mano satu, Isnin ni mai la tengok sendiri :)

Memandangkan kami lambat sikit hari tu, bila sampai kat port kami, ada oreng duduk. Ada laa botoi ayaq 3-4 biji. Ada jugak fail pendaftaran I think kat atas meja tuh. Aku dah start :-

Aku ; Weh Wan, ada oreng la :'(
Wan ; Hisy, kita beli makanan ringan dah la?
Aku ; Jom.

Tetiba Syazani dengan lenggang lenggoknya yang super stai mai kat kami. Besa la dia selalu tunggu Farihin dengan kami. Lepaih Farihin mai, dia blah ar. Syazani teruih kata,

Syaz ; So what ? Duduk ja la. (sambil tolak semua botoi botoi ayaq tadi pi kat hujung meja)

Cehhh stai kan Syaz? Aku kagum! =='

Aku, Wan dengan Farhana Amir pun duduk buat selamba ikut suka hati kami ja. Cehh dah senior duk buat pulun kan? Itu la kami ==' Farhana Amir ambik fail pendaftaran tu lepaih tu dia bukak satu page ke satu page. Baru la kami tau ni geng budak form 1 yang ambik tempat kami ni.

Farhana Amir ; Weh aku kenai budak ni. Raja Farah. Dia junior aku kat convent dulu ah. Gedik sikit, pulun dan semua yang berkaitan la.
Aku ; Uhh, memang padan la kalau kita buli macam ni kan?
Wan ; Hahahaha. Okey okey kita tunggu depa mai.

Aku semangat terok nak buli nih! Maklum la selama ni punya baik tahap karma tak pernah buli budak junior. *Tipu tipu tipu. :D Ceh bila depa mai kami sengaja gelak kuat kuat buat bodo ja macam tak nampak botoi ayaq budak budak tu. Gedik pulak bila teringat balik, tapi takpa la. Rasanya depa gedik lagi kot.

Fizah, Pikah dengan Sorfina takmai lagi so ada tiga la tempat kosong lagii. Depa teruih duduk jugak, buat tak nampak kami. Juga buat benda yang sama dengan kami gelak kuat kuat macam nothing happen. Terutama Raja Farah tu la. Sungguh mencari pasai. Tibai satni ==" *Err tak rasa ka macam kami yang cari pasai?

Eii gelinya, macam rehat dengan depa pulak tapi tak nampak sesama geng. :D Yang Raja Farah tu memang dia duk jeling punya maut la dekat kami. Ala biaqla loser memang macam tu. Bila depa bangun dan jalan teruih, depa pusing belakang nak tengok kami bangun tak dari tempat tu. Ohhh untuk pengetahuan cik-cik adik sekalian, sungguh bodoh dan hodoh la bila buat macam tu.

Seriously, kakak senior yang duduk kat tempat tu pun bila nampak kami mai, teruih bangun! Okay aku maafkan kalau budak form 1 tu taktau tu tempat kami. Tapi sepatutnya depa beralah la hari Khamis tu kalau takmau cari pasai. Ni dok buat gedik sama naik jugak, memang sungguh mencari pasai kan?

Kalau Isnin ni depa ada jugak kat situ, agaknya, memang aihh. Kalau Syamira and the gang pernah nak pecahkan telur kat meja budak junior, kami pulak semestinya akan serang face to face. Kita tengok sapa berani, senoir atau junior. *Cehh belagaknya makcik ni =='

Aku admit, memang kami yang cari pasai ambik tempat tu tapi kami nak tempat tu jugak! *Ketegaqq :P

Go senior! :D

Tuesday, January 4, 2011

Sejarah :')

Okay hari ni aku liat sikit nak tulih panjang panjang sebab tajuk dia Sejarah :')

Hari ni ada subjek Sejarah. Tak ingat dah pukui berapa. 11 pagi camtu lahh. Cikgu Jumratiah ajaq kami. Lerr I thought dia ajaq BM ja. Tak sangka sungguh dia ajaq Sejarah jugok. Aku tak lupa nah azam aku nak tumpu perhatian dalam kelas Sejarah dengan Geografi. Subjek lain takdak masalah nak tumpu tapi kalau mai Sejarah dengan Geo, tak dan 10 minit cikgu cakap, fikiran dah melayang bak layang layang :)

Lepas bagi salam tu Carol duduk. Lepas tuu Cikgu Jum cakap Siapa suruh kamu duduk ? Tapi aku dengan Wan dengaq dia cakap Kenapa berdiri ? Silalah duduk :D Hahha nasib baik sempat bangun balik kalau tak kena sembur sekali :D Maklum laa sound trouble =='

Kami berdiri lama jugak, dia jalan pusing satu kelas. Sampai dekat belakang sekali dia teruih komen Sampah banyak! Kamu tak bertugas ka? Itu komen yang biasa bagi kami dari Form 1 jadi macam biasa jugok semua baru mula nak bertugas. Memang kami tak bertugas pun =='

5 minit ja kami kemaih. Cehhh lawo pulak kelas dah bersih macam ni. Cepat lagii :D Lepas tuu dia tak bagi kami duduk lagii. Aih dah lebih 15 minit ni, satgi mood aku nak belajaq Sejarah lesap. Tak pasai mengelamun jauh sampai Jepun :') *Cehh kami belajaq pasai Jepun hari ni :D

Tegur menegur. Hampir satu kelas dia tegur. Mula mula Syazani. Ah biasa la Syaz, dia suka tarik lengan baju sampai siku. Dia mai tepi Syaz lepas tu komen Baju kurung lengan panjang kan? Bukan lengan pendek. Fuh pedas ja aku dengaq. Lepas tu Zi Kang dengan Shang Xinn. Pakai tie sampai atas, button up yang atas tu. Jangan bagi tie panjang sangat. Biasa la yang ni tak pedas sangat.

Then turn Arif. Senoi laa, Arif pakai Jeans ! :') Aih tindakan berani mati oleh Mohammad Arif. Buleh pakai ka seluaq ni mai sekolah? Lepas tu dia cakap apa lagi taktau. Last aku dengaq macam ni Dah basuh, bogel la datang sekolah!

Tetiba Wan nampak ***** lalu kat blok sebelah. Dia teruih mai dekat aku, nampak macam berkepit. Kami dua sembang tapi pelan sikit aa. Nak mati ka Cikgu Jum ada dekat gila dengan kami? Lepas ***** blah, Wan tak duduk tempat dia balik, buleh duk bertenggek sebelah aku. Bila Cikgu Jum mai kat kami dia cakap Hat kamu dua ni kenapa berkepit? Kembaq? Kembaq siam?

Nakharam malu gila :/ Satu kelas gelak terkekek kekek macam tak mau berhenti. Tak guna Wan.. dia bagi aku gabai dua hari dah tahun 2011 ni. Hg tengok weh esok kalau rajen aku bagi hg gabai =='

Ramai lagi yang dia tegur. Lepas 20 minit camtu baru dia ajaq. Oh yes sebelum duduk tu dia kata sapa dapat A tahun lepas utuk Sej duduk. Cehh Wan dengan bangganya duduk. B pulok duduk. Lepas tu C dan D. Akhirnya tinggal aku, Ku Azreen dengan Muiz. Caih malu keturunan betoi. Dia tanya Azreen dulu dapat berapa. 58 kot. Lepas tu Muiz. Muiz mana ambik exam haritu. Dia absent. Kalau kamu ambik kertas Sejarah pada hari yang kamu absent tu, kamu rasa apa result kamu? Dan jawapan Muiz Saya failed.

Turn aku pulok, aku jawab punya kuat 52 cikgu! Sungguh tak malu :') Cikgu tanya folio berapa. Kuat jugak aku jawab, 15 per 20 cikgu! Cikgu angguk angguk lepas tu cakap Jadi problem kamu kertas Sejarah tu ja la ? Aku pun angguk jugak :D

Aih malunya :/

Monday, January 3, 2011

My first day as a Form 3 student :D

Hey :D
Fuh tajuk macam first day masuk universiti kan? Hahah bangang la aku ni. Okay ini apa yg terjadi pada hari ni. It was simply fun, amazing and crazy :D

Macam biasa pagi aku bangun pukul 5.30. Nasib baik tudung aku jadi pagi ni. Kalau tak nak bebai gak arr hari first tudung baru buat perangai. Tampaq satni. ==' Oh yes , I thought bas dah tukar rupa tadi. Haha nasib tak naik bas lain. Malu keturunan betui kalau salah naik bas, buat oreng gelak jaa. Baru dua bulan cuti dah jadi bengap sampai macam ni :D

Fuyoo depan sekolah penuh kereta. Tunggu kat situ 15 minit jugak baru jalan. Hisy penat sampai awai ja pukui 7 tapi tetap turun bas pukui 7.15. Macam bagus ja an. Aku baru ingat dah awal lagi pukui 7 nak la jugak masuk kelas dulu letak beg la. Aku rindu kelas tu walaupun berhabuk :')

Thank God perhimpunan pagi tak lama sangat macam tahun lepas. Aku, Wan, Dalia, Syamira dengan Ain Fatihah duk sembang banyak. Kami ambik port belakang sekali. Aku tak pernah duduk sebegitu belakang but this morning was the bestest ever! Bila masuk kelas dah bising seperti sediakala dari Form 1 sampai sekarang. Tetiba Cikgu Chew tu masuk. Semua pakat sokseh ; Adakah dia guru kelas kita ? Jawapannya ; Bukan. Dia sebenaqnya cikgu PJ budak perempuan. Lega hati aman damai bak taman indah :D

Guess what? Kami masih takdak guru tingkatan sampai sekarang! Aish kesian ketua tingkatan kan ? Siapa eh ? Iqbal ! Hahah lawak gila dia jadi ketua. Caih muka saja hensem nampak saja bertanggungjawab baju saja kemaih putih bersih, hari first dah tak pi ambik diari kelas ==' Kami pi tandas curi keluaq tanpa pas. Baguihnya calon calon PMR ni kan ?

Tak best PJ hari Isnin :'( Kena tukar baju lepas perhimpunan rasmi. Err waktu rehat pulak bosan semacam jaa. Sungguh membosankan. Tak macam tahun lepas dengan time form 1 dulu, kalau hari first macam ni mesti Afif and the gang mai bertenggek bak burung hilang arah kat meja kami. Hmm depa dah rehat lain masa beb :') Wan kata macam ni masa on the way pi kantin ; Aku nak usha ***** la satgi. Aku balas ; Hish nyanyuk ka hg ni , depa kan dah Form 4?

Lepas rehat ada seni. Grr tak guna betui. Kena bawak baju PJ la, beg seni la. Macam jadual awal tahun lepas. Aku bawak nakharam punya seguni beg sampai aku sendiri oreng tak nampak. Dari jauh nampak beg berjalan :') Ajaib kan ?

Balik kelas sebab Cikgu Bakiah tak mengalu-alukan kedatangan kami. Dia takdak kot. Sembang gila hingaq, habih lingkop azam aku tahun 2011. Aih lain kali aku ni toksah dok pakai azam kalau tak buleh ikut =='

Mathematics time! Yay Puan Soon ajaq kami lagi! Tiga tahun berturut turut aku tengok muka dia masa math. Cehhh dia semakin comel ! Malangnya aku tak bawak buku teks :') Sebab ramai yang tak bawak dan hari ni hari pertama, dia bagi peluang. Kalau tak habuannya berdiri la woih :D Dah la tadi gabai gila terok. Wan la ni hareii betui dok gelak kuat kuat taktau pasepa yang syok sangat. Macam ni, Puan Soon jalan sebelah aku. Lepas tu dia tetiba cakap Okay Farhana, go. Question number two . Ceh dengan bangganya aku bangun siap pebetui vest lagi, kolar baju bagi elok elok, tie pakai bagi ketat tapi sia-sia ja bila teacher kata No no, not you. That Farhana go :') Farhana Amir teruih bangun pi buat kat depan.

Wan gelak gilo punya kuat. Kureng ajaq betoi dia tu, oreng lain yang tengok buat bodo ja dia buleh gelak suka hati. Awai awai dah gabai apalah aku ni :D

Sains. Oh subjek yang aku rasa biasa normal formal. Aku tak suka sangat sains tapi kenapa aku tak fail ? Bukan aku baca sungguh sungguh pun, baca sat pastu tidoq ja. Mai result 86%. Ceh bangga tahap karma :D Kali ni Cikgu Siti Azura yang ajaq. Best jugak sebab dia lawak. Tapi dia tanya balik hat kami belajaq time form 1 dengan form 2. Sungguh aku tak ingat satu benda pun. Respiration tu apo taktau. *Inikah calon PMR ? =='

Time BM cikgu tak masuk. Merdeka lagi buleh sembang. Aih ruginya tak bawak buku teks. Kalau tak buleh buat kerja math dah. *Cehh ni oreng panggil semangat kental bak kentang (?)

Time balik. Hujan lebat tapi aku suka sebab basah :D *Okay I mean aku suka main hujan ;)
Tak rela aku nak minum ayaq ka makan ais krim ka sebab dah sejuk macam penguin duduk kat kutub selatan :D Aku memang nampak Afif tapi dia tengah sembang dengan budak laki lain penuh keliling. Malaih nak pi tegoq satgi kata gatai pulak. *Ingat azam number 20 :)

Tengok tengok bila lalu tepi, dia tarik botoi ayaq aku, Amboih dah tak nampak aku ka? Buat tak kenai pulak. Cehhh kembang semacam jaa aku. ==' Tak basuh dah botoi ayaq tu bekas tangan dia :D Sirius, macam mimpi ja dia pegang. Kalau dia pegang tangan aku ka tadi takpasai kena tampaq dulu. Nasib dia pegang botoi. *Aku sayang botoi tu :D

Aku kureng faham kenapa awai tahun ni ramai oreng ucap Selamat Maju Jaya dalam PMR yo! Err tak rasa awai ka woih ? Aku yang nak ambik PMR pun rasa macam awai gila. Hampa saja bagi ketaq, tembak satni. Tapi hakikatnya aku tak ketaq. =='

Although I'm not sure whether I can get straight A's or not but I still glad to take the exam :D *Broken english kan ? Minah ni =='

Selamat tinggal blog kalau aku busyyyyy :D

P/S ; Tadi aku tanya Afif, dia kelas 4sn4. :) :) :)

Sunday, January 2, 2011

Budak budak pun tahu :')

Hey :D
Uh aku sepatutnya dah ada atas katil tengah baca doa tidoq dan bersedia untuk tidoq. Tapi aku tiba tiba rindu dengan blog dan terus tekan button on kat CPU. Senang kan ?

Malam ni mak aku ada kat ward Hospital Penang. Abah kata mak kena operate rabu ni. Selasa ni abah pi Hospital Penang balik. Lepas tu ada kawan abah dengan isteri dan anak dia datang tidoq rumah aku, jaga aku dengan adik adik :D

Okay jom cakap pasal tajuk yang aku tulis kat atas tu. Budak budak pun tahu :') Budak budak kecik zaman sekarang ni lebih cerdik. Kalau tengok usia alo baru kecik kenit lagi tapi dah tau cakap BI. Normal kan sekarang ?

Kadang kadang kita sendiri buleh terpegun bila tengok budak kecik lebih geliga daripada kita yang besaq tong sampah ni tapi otak tak guna :/ Peristiwa dekat bawah ni apa yang pernah jadi dekat aku dan minta semua ambil iktibar apa yang patut. Yang tak patut tu toksah gatai buat pengajaran =='

1. Memandangkan mak aku masuk ward, abah aku pulak tak reti masak yang sodap sodap. Jadi tadi abah tanya nak keluar makan ka nak makan maggi ja ? Kot kot tak lapaq sangat sebab tadi dah makan nasi. Aku teruih keluaq dari bilik cakap okey jom makan kat luaq kejap nak pakai tudung. Adik aku yang bongsu Yaya tiba tiba cakap Takpayah la keluaq membazir duit ja. Maggi kan ada. Roti ada mushroom soup ada biskut ada. Makan la yang mano ada :D

See ? Budak budak pun tahu membazir :D Aku yang besaq ni pulok nampak macam tak reti reti nak berjimat =='

2. Haritu anak jiran jauh datang rumah aku. Kecik la lagi pompuan. Lepas tu aku tak tau la yang dia datang, teruih keluaq pakai shorts yang bawah lutut dengan t-shirt biasa. Mak aku suruh pi angkat baju kat ampaian. Pastu dia cakap macam nii kat aku Eii akak keluar pakai seluar pendek !

Mula mula tu geram jugak la budak ni tampaq kang. Tak rasa ka dia jerit tu lagi oreng tengok aku ? Mak aku letak ampaian dekat halaman rumah dahtu halaman aku tu bukan besaq mana pun. Malam malam pukui 10 adakah oreng masih nampak aku yang gelap ni walaupun sebenarnya budak kecik tu memang betui ? =='

3. Ni masa kat kampung, Afiq terkena paku dekat kusyen kayu tu. Maksu aku panggil la anak dia Irfan umur 7 tahun.

Maksu ; Adik tolong ambik martun. Mak nak ketuk paku nii.
Irfan ; Martun ? Apa tuh ?

Maksu aku tak jawab soklan anak dia pastu pi dapur ambik martun. Bila maksu aku dah ketuk paku tu dia pi la dekat anak dia,

Maksu ; Ni oreng panggil martun. Hisy yang tu pun taktau.
Irfan ; Laa cakap la ambik hammer .

=='

Hahah yang tu ja jadi pun. Bukan banyak. Tapi ada jugak aku pernah dengaq budak mana taktau cakap dengan mak dia macam ni Mak budak perempuan dengan lelaki tak buleh sentuh kan ? Dosa kan ? Ehemmm budak kecik pun tau benda ni lepas tu tak kan kita yang besaq ni tak reti lagi kot ? Jaga la batas dalam pergaulan yaa :) *Cewahh ustazah ustazah XD

Cakap pasal aurat dosa semua ni. Aku teringat laa benda ni pernah jadi dekat aku. Okay aku takmau direct teruih sebut nama dia, macam kesian pulok. Aku bagi bayangan la nuh ? Macam ni :-

Kau ada kawan lelaki nama A satu kelas dengan kau la. Lepas tu ada sekali ni kau tertampar tangan dia tanpa alas sebab tak sengaja. Dia marah kau apa main tampar tampar, kita bukan muhrim. Esok pulak kau on fb. Kau tengok gambar A dengan girlfriend dia pegang tangan peluk bahu kepit lengan. Apa reaksi kau ?

Rasa nak tampaq ja kan budak laki tu. Masa dia kata kita bukan muhrim acehh punya alim lagaknya. Bila time pegang makwe dia lupa habih nuh pasai muhrim ? Hisy taktau la apa nak jadi. Seteruk teruk aku pun, segila gila aku pun, aku masih waras untuk buat kerja macam tu kecuali kalau betui betui tak sengaja terkena. :D

Huh tutup cerita pasai tu. Malas nak ingat dah perkara sudah berlalu. Kita buang yang keruh ambil yang jernih ya ? Tahun 2011 ni aku nak ambik PMR so I need your pray. Doakan aku berjaya dalam hidup! *Semangat lebih!

Pada member member toksah gatai ambik cuti lebih. Pi sekolah esok sebab aku rindu hampa :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...