Sunday, October 24, 2010

Persepsi aku (part one)

Aku malas nak tulis panjang panjang la kali ni, tengah tension dengan keyboard ni. sticky, payah tekan. Aku dah suh ayah aku tukaq tapi taktau la, macam tak berhasil ja pujukan aku tu. heii, geram tak sudah.

Untuk entry kali ni aku nak cakap pasal persepsi awal aku terhadap budak budak melayu kelas aku tahun lepas, 1A7. Kami sepuluh orang ja, terdiri daripada aku, Wan, Hafizah, Farhana Amir, Mariam, Anis, Aqil, Iqbal, Arif dengan Zaki.

Okey bermula dari Wan Nurnisa Atikah Wan Ahmad.
Dia ni masuk SMKI lambat sikit, bulan Feb kot. Tempat dia kat line belakang aku, tengah. Kalau boleh aku nak cakap kat dia “Woih, awat hang nampak sombong hah? Macam tension ja. Huh, padan la setakat ni takdak orang tegur hang lagi. Hesh, peramah la sikit!”
Tapi akhirnya aku jugak yang jadi kawan bek dia sampai sekarang. Takpa la. Well actually dia pandai, bek la jugak, murah hati tapi mata duitan. ISH ==”

Kemudian beralih kepada Hafizah Ahmad.
Dia comei gila! Sebelum kena tukar kelas 1A7, aku kelas A5. Hafizah ni pun sama la. Entah la, bila aku pandang dia, dia mesti sengih sengih sampai ke telinga. Nak tergelak jugak, yalah aku tak pernah jumpa orang yang pemurah senyuman sampai macam tu sekali.
Anyway dia sangat baik, pemurah,peramah,mulia, suci dan semua yang baiklah! Dah la cute. Hesh, kekalkan kecomelan hg !

Seterusnya tentang Farhana Amiruddin.
Aku suka kawan dengan dia sebab nama kami sama. Hehe, perangai kami pun sedikit sebanyak yang sama. Okeyla kan. Oleh kerana kami berkenalan dalam kelas Ustaz Halid, aku terasa nak cakap kat dia
“Hampa suka Ustaz Halid tak? Dia suka buli kami tau dak. Huhu..”

Lets talk about Anis Syuhada!
Aku berkenalan dengan dia masa lepas lumba lari untuk rumah Syed Jan. Semua macam ni ..
Aku: Hampa lari nombor berapa tadi?
Anis: Satu. Hampa?
Aku: Nombor dua. Kami Farhana.
Anis: Ohh, nama kami Anis. Hampa kelas mana?
Aku: 1A7. Hampa?
Anis: Eh, sama la! Kenapa tak perasan ah? Hahah…
Lepas tu kami dua dok syok pasai kelas sama. Dulu ja cakap hampa kami, sekarang, apa barang cakap hampa kami. Budak budak ja, hang aku la stai.

Mariam pulak!
Dia ni cun ah. Jenis pendiam so aku tak cakap banyak dengan dia. Senyum senyum gitu je la. Kalau hampa nak tau , dia sangat lucah actually. Haha, takdak la. Sikit sikit ja. Anyway aku pun sama. Haha! :D
Okey, aku stop sini dulu. Sebenarnya aku nak pi makan nasi. Nanti aku buat part 2 untuk bebudak laki. Daaa, asalamualaikum :)

Friday, October 15, 2010

aku redha apa pun yang jadi ...

Asalamualaikum. aku dah taktau macam mana nak cakap lagi. aku memang dah kelu sangat. actually cerita dia macam ni, pukul 8 lebih malam tadi, aku dapat call dari Azil yang guna phone Afif. mula mula aku seronok tahap gaban jugak sebab Afif yang call, aku betoi betoi rindu Afif. bila Azil yang on call, hancur hati terok kot. tapi takpa aa, Azil tu kan kawan aku jugak. :)

Azil:Asalamualaikum,boleh cakap dengan Farhana?
aku:Wasalam,ni Farhana.Kenapa call?
Azil:Oh,bagus la ni Farhana. erm, ni Azil tau. Aku guna phone Afif jap.
aku:ohhh,cakaplah cepat.
Azil:Betoi ka Syamira suka Syaqib?
aku:whatt? betoi ka? aku taktau pun. sapa yang bagitau hg?
Azil:aku pun tak sure la. kan hg yang kata?
aku:aku kata? heii,apa hg mengarut ni?
Azil:dahtu kenapa Shaik guna nama hg? Shaik bagitau kami yg hg buat statement Syamira suka Syaqib.
aku:Hesh! mana ada! suka hati ja si Shaik tu, memang nak kena la dia tu hari ahad nanti.
Azil:tak payah la. jangan inform apa apa kat Shaik pasal ni. kita dua ja yang tau ya?
aku:hmph,ya la tu. tapi kalau Syamira suka Syaqib sekalipun, apa masalahnya sekarang?
Azil:buat taktau pulak. Afif la masalah nya sekarang. Jeles gila dia. cemburu kuat!
aku:haa? cemburu? Afif.. still suka.. Syamira ka?
Azil:ya la kot. hmm, okey la. kredit si Afif ni bukan banyak. Dia pun tak tau yang aku guna phone dia. ingat, rahsia tau benda ni. aku takmau shaik dengan Afif tau ya?
aku:yaa..bye.

Aku dapat rasa retaknya hati aku bila Afif cemburu. Kalau ada cemburu mesti ada cinta. Dan aku sedih sangat bila rasa cinta dia tu bukan untuk aku. Jadi lepas habis sembang dengan Azil, burger yang aku tengah makan aku tinggal ja kat ruang tamu. Semua pompuan mesti menangis kan kalau dalam situasi macam ni? Aku pun macam tu tapi aku tak menangis pun tadi. Cuma air ja bertakung dalam mata.

Aku fikir jugak, buat apa aku menangis? Ada faedah ka? Adakah lepas aku teruk teruk menangis melayan remuk redam hati aku, Afif akan datang pujuk, Afif akan terima cinta aku? Tak mungkin kan? Aku tau dalam umur macam ni aku tak layak bercakap soal hati,perasaan dan cinta. Tapi ini fakta, semua orang ada perasaan tak kira lapisan usia.

Takkan aku nak mengharap Husaini? Bukan aku nak cakap Husaini tu langsung tak berbekas dekat hati aku, tapi aku mampu ka nak menagih rasa kat sorang budak lelaki yang aku layak panggil adik? Aku faham cinta tak kira usia tapi usia macam ni ka yang dimaksudkan? Aku tak lepas PMR lagi, Husaini pulak even UPSR belum lepas. Apa ni?

Aku tak pernah salahkan Afif sebab dia buat keputusan macam tu. Aku lagi tak pernah langsung salahkan Syamira sebab dia jadi pompuan yang Afif suka. Syamira tak pernah benci aku pun, siap kata aku kawan baik dia lagi. Kalau aku nak benci dia jugak, kira durjana gila la aku ni kan? Hmm, aku rasa dah tiba masanya kot aku lepaskan perasaan ni kat Afif. Insyaallah aku akan terus cuba. Mungkin aku tak patut halang kebahagiaan lelaki yang aku suka.

huh, Aku dah teruk melalut ni. Okey la. Kat follower follower aku yang baca post ni, aku harap takpayah ungkit isu ni kat sekolah okey? Aku tengah cuba lupakan kesedihan ni. Anggap ja post yang hampa baca ni tak pernah wujud kat blog aku. Aku minta maaf jugak kat orang yang baca ni. Mungkin aku mengganggu atau aku terlalu jiwang dalam menulis ayat. Tapi apa yang aku coret ni memang terbuku kat hati aku.

Aku dah taktau nak luahkan kat sapa. Aku taksuka membebankan kawan kawan aku dengan masalah yang macam ni. Tak penting. Takpa la, sekarang ni hampa bolehkan doa untuk aku supaya aku mampu lupa perasaan sedih ni?

Thursday, October 7, 2010

majlis penghargaan PSS =="

asalamualaikum aku dahulukan ! yo!

fuh fuh. aku takot gila. awat la Kartini ni, sesuka hati dia ja masukkan nama aku dalam senarai budak yang nak buat persembahan masa majlis penghargaan nanti(12 oktober 2010)? pelik jugak, bukan suruh bersajak ka,berpantun ka atau bersyair? tapi dia suruh aku nyanyi!

nasib ada 9 orang walaupun aku consider tu sebagai bilangan yang sikit sebab tak sampai 10 orang.(even satu ja lagi=.=") aku ingat nak masukkan Ain Fatihah untuk penuhkan kuota. Haha, biaq padan muka dia! tapi aku tak boleh buat camtu, sebab dia AJK Sambutan yang akan sambut cikgu terutama pengetua di pintu gerbang Hotel Swiss Inn(rasanyalah).

Ok, jom cerita pasal lagu yang aku kena nyanyi. masa perjumpaan untuk audition tu aku takpi. ni semua atas nasihat Wan dan pujukan Ain Fatihah yang kejam tu. huahuahua, aku takpi jugak haritu. dan cikgu Ashida marah aku. tak la marah sangat, just ada la nada geram tu.

Jadi depa dah decide lagu tanpa tanya aku yang pro pasal lagu Inggeris ni.(cewah!!perasan gila!) Lagu Never Had A Dream by S Club 7. mula mula aku takk tau lagu ni. tapi aku dengar advice Carol supaya balik nanti cari lirik dan dengar kat youtube ja. As you know, aku dah cari. Best gila, macam kisah cinta aku dengan Afif yang tak kesampaian.(Aiseh!)

Ala,forget it. Afif tak suka aku pun. Tapi macam dalam lagu tu, ada satu part ni dia kata EVEN THOUGH I PRETEND THAT I MOVED ON, YOU'LL ALWAYS BE MY BABY. Aww, romantiknya! Hahaa, apapun jadi, dia tetap crush aku :)

Lagu yang seterusnya ialah Fifteen by Taylor Swift. Lagu ni berkurun dah. aku suka, bukan tak suka. tapi tak ke rasa lagi better nyanyi lagu Taylor yang baru punya? Lagi gempak, menarik dan da bomb! aku buat permintaan nak tukar lagu. Nanti aku beli karaoke album Mine, aku bawak kat depa. Senang cita.

Ka nak aku beli album Muse? Haha, stai kena nyanyi Neutron Star Collision sama. Ish, macam lawak ja!

Wednesday, September 29, 2010

Oii, aku main main ja!

Hesh, ok la. Aku cerita terus. Sat sat, Assalamualaikum dulu.

Lebih kurang dua bulan lepas, Anis ada tulis surat layang kat Muiz. Aku tak sure menda pa yang dia tulis tapi something like MUIZ COMEI, NAK NUMBER? Niat Anis just nak main main la dengan Muiz. Bila Muiz dapat, dia percaya. Dia cari orang yang tulis tu tapi tak jumpa. So dia putus asa. (mcm cita cinderella ja.^^)
Kisah ni hanya Anis dengan Mariam ja tau. Aku taktau. Wan lagi la taktau. <-- dia ngokngek.

Baru baru ni, aku terjumpa satu kertas A4 bawah meja aku. Mula mula aku nak conteng tapi Wan mintak. Pastu dia amik marker pen kaler hitam, tulis IQBAL HENSEM! (tu cadangan aku sebenarnya,aku suka pekena Iqbal). Atas jasa baik Ku Azreen, Aimi dengan Adriana, kejahatan aku dengan Wan dapat ditutup. (cewah!) Ala, kami pun main main jugak! Iqbal tu percaya! (sebab tu aku suka pekena dia!)

Dia cari macam nak rak! Nampak kalot terok! Tapi dia still tak jumpa. Aimi pulak dia buat buat tidoq. Pastu tulis surat layang kat Zaki. Zaki tak percaya sangat. Yala, sapa la bodo sangat nak percaya? Dah dua orang kawan dia dipermainkan, takkan dia nak tumpang sekaki?! Caih, adik si Yusri tu memang saja! :P

Aku pun nak buat la jugak! <-- pulun,haha! Haha, sapa buat menda ni dia stai! Kehkehkeh, aku pilih Mugilan sebagai mangsa. Sebab dia suka usik aku. Buahahahhah! (ketawa jahat Wan). Aku tulis pa tah, aku sendiri tak ingat. Haha, nanti jap aku rewind balik. Sebelum tu, aku nak cakap ni. Dalam kelas 2a7, aku sorang ja yang ada marker pen warna biru. Oh yes, aku tulis MUGILAN HENSEM SEBAB TU SAYA SUKA AWAK:)

Aku mintak tolong budak cina, Carol yang comel lagi baik hati bagi kat Mugilan. Dia marah la! Dia cita kat sorang lagi budak india kelas aku, Vinodthen. Time balik tu, Vinod mai jump aku. Dia tanya...

vinod:you tau tak siapa yang tulis surat kat Mugilan?
aku:I... tak tau. Mugilan cakap apa dengan you? I tengok dia macam nak nangis je.
vinod:Oh, yang tu. Dia marah sangat kat orang yang tulis surat tu. Sanggup permainkan dia. Ingat dia suka ke.
aku:Lagi? Dia cakap pa lagi?
vinod:Kalau dia jumpa orang tu, dia nak cekik kuat kuat. Dia nak kasi penampar.

Oh tidak! Adakah aku patut berlaku jujur dengan dia ?

Friday, September 24, 2010

aku tak faham.

aku tak faham kenapa gay dengan lesbian wujud kat dunia ni? best sangat ka? eei, bagi sejuta pun aku tak rela. tambah tambah kalau dengann kawan sendiri.(aku really maksudkan wan,haha) eeyiu, geli stai halal(adawiyyah dengan mila punya word).

aku tak faham kenapa perlu kapel sebab nanti break jugak. kesudahannya dapat diagak. tapi fine. remaja memang selalu dikaitkan dengan cinta. aku pun sama ja. but i wonder, kenapa aku takdak boyfie ha? huh, kalau wan dengar soklan ni, rasanya dia akan jawab cam ni ,"sebab hg gegeh,"

aku tak faham kenapa budak budak akan cakap "tak mau kawan sudah, balik balik kena ludah" hah? maksud dia ni apa? ada yang boleh bagitau? seingat aku, time aku kecik kecik, aku tak pernah sebut langsung ayat tu. tapi kalau terbukti aku ada menyebut jugak, sorry , my bad. haha!

aku tak faham kenapa pompuan dikira lemah. kenapa pulak?! bukan ka sekarang ni zaman makin maju, pompuan pun boleh pa jadi macam laki. hesh, takkan asal nampak pompuan, nampak sekali perkataan LEMAH. eeei, sapa kata camtu, aku bunuh dia.

aku tak faham kenapa pompuan jadi gedik. huh, ni la kelemahan pompuan. gedik. aku tak puas hati sebab pompuan gedik selalu dapat apa yang depa nak. aku tau, sapa kata orang gedik maksudnya dia la gedik. FINE, aku gedik juga. tapi aku tak dapat pun apa aku nak?

Monday, September 13, 2010

aku ikhlas laa .

izinkn aku bt psrah kt sini yek ? ble la , aku mmg nk ckp btpa ikhlas nya aku jdi adk dia . dn aku pn ikhlas sgt syg dia . dia mmg anggp aku adk jea , tpi smpai bila bila pn , dia ttp crush aku . tk kn brubah , smpai tua . he will forever be my crush . and hey dear , i really love you .

aku suka dia , tpi aku tk brni nk ckp . sbb aku tau dia msti mrh . msti kta aku tk malu . sah kta aku ni tk sdr dri . tpi nk bt mcm mna . aku tk mau hti aku trseksa . bila aku tny psl gf dia , dia ckp rhsia . kwn dia ckp dia ada gf dh . mmg msa tu aku tk kcau dia . ye laa , tk mau jadi prmpas plk . tpi msa tu , dia sebok layan aku . byk kli aku tolak , tpi aku tk kuat . sbb aku suka dia . dia ajk smbg , aku on je . kdg kdg , dia just tny knp tk online , aku trus ckp . " nk on la ni . tggu tau ! "

aku sggup bt mcm tu . mmg aku dpt feel yg aku over dlm melayan dia . tpi smua tu aku tolak tepi dmi kbhagiaan hti aku . jiwa aku tenang . sirius aku syg dia . dia tk mcm laki len . mmg kalu tny kwn kwn dia , dia la bangang sekali . tpi kalu tny aku , aku nk kta dia laki plg best prnh aku jmpa . dia ni cukup pakej . hensem pn ada , kaya lgi , pndai , baik sgt , suka bt lwk . smua lwk dia aku lyn smpai pecah perut . dh mmg lwk ok !

dia .. mmg bek . tpi skrg ni dia jrg lyn aku . aku tk tau kt mna silap aku . tnya spatah , jwb spatah . aku tk suka tny org lbih lbih klu depa react tk elok . tp bila dia bt mcm tu , aku rsa nk tau . aku akn tny lanjut . dia start tk suka . tension dgn aku . aku pn ckp sorry . byk kli dh jdi cmni . aku tk boleh jdi diri aku bila dgn dia . rsa lost control .
:( syg nya aku bkn org di hati dia .

Monday, September 6, 2010

Show off barang raya aku!

Raya! hmm, nak dekat raya ni, orang-orang tua semua sebok. ni berdasarkan apa yang aku tengok la. walaupun aku takdak nenek dah, tapi aku dapat firasat yang kalau aku ada nenek, mesti dia sebok buat kuih raya. mak aku pun sebok jugak, sebok beletiaq! maka aku bersama adik-adikku terpaksa tahan telinga dengar dia beletiaq.

mak aku marah aku pasai:
1) aku tak tolong dia pasang langsir baru.
2) aku asyik bangun lambat dan busy dengan kerja sekolah.
3) aku selalu bergayut kat telepon dengan Wan tiap tiap malam.
4) aku perabih RM250 duit mak aku untuk beli baju raya dengan kasut raya. ni tak campur tudung lagi. tu yang mak aku mengamok tu.

Oh yes, cakap pasai barang raya, ni yang syok! aku nak show off kat hampa semua sat. barang-barang yang aku dah beli ni :)



ni baju kurung aku. hari raya pertama aku pakai. mak aku yang jahitkan, well. hahaa, lawa dakk? <-- soalan tak malu.



ni pulak baju kurung aku yang kedua. nama pun kedua, mestila aku pakai masa hari raya kedua. pun mak aku jahit jugak. kekalkan tradisi orang melayu <-- mak aku kata. baru jadi pompuan melayu terakhir kalau dengan baju kurung. (walaupun baju kurung moden) :D



aku jadi rock kali ni. baju ni paling aku sayang nak pakai! suka gila, dah la warna feveret aku. grey is my favourite colour. actually jacket tu asing. aku beli kat F.O.S masa p Village Mall dengan kawan kawan tanggal 2 September hari tu. Okey ja harga dia <-- pasai pakai duit bapak aku! Pastu inner t-shirt tu beli dengan mak aku. aku pakai dengan legging panjang kaler putih :)



I simply love this kemeja! corak dia cantik, stripes. warna pun dazzling, merah putih. aku pakai dengan jeans. baju ni aku beli kat Billion dengan mak aku. Baju ni paling mahai antara semua. RM 80 something. nasib ada less. kalau dak, memang mak aku nak jerit depan kaunter bayaq.



baju ni baju pertama yang aku pegang masa aku pi Billion. warna dia attract aku. hijau kan mendamaikan jiwa. ceh! hahaa, :D aku pakai dengan legging hitam.



blouse ni sebenarnya maksu aku bagi. lama dah tapi aku tak pakai. so consider baju raya la! hehee, blouse ni old school, cantik la jugak. corak dia blossom. lagipun, aku memang takdak baju kaler pink, so untuk bagi aku ada baju pink, aku ambik la. pakai dengan jeans hitam kot.



ni sleeping dress, aku beli kat Hari Hari. Comei dak? <-- soalan bodo lagi! ^^



now it comes to accessories. aku ni gila gelang. entah kenapa, rantai yang cantik takdak aku heran. subang yang dazzling aku tak layan. gelang yang biasa biasa ni jugak aku suka. yang besar kaler putih tu aku beli kat ShopAlot masa p Village Mall hari tu. besaq sikit tapi takpa, benda tu lawa ^^



ni beg Quiksilver aku. sayang gila kat beg ni. beg ni lama dah. saja nak habaq. <-- gedik betoi. hehe :D pasai aku pakai beg ni p mana mana pun termasuk beraya!



okay, yang ni last. wedges shoes RM50 ni la yang menggegarkan kepala hotak mak aku sampai mendidih. ala, kasut ni aku shopping kat Bata. aku paling suka wedges dengan gladiator. tapi tahun ni aku bercadang nak pakai wedges. tengok la, tahun depan ka, aku beli gladiator kalau ada saiz.

aku rasa cukup sampai sini ja, dah takdak barang aku nak tunjuk. hehee, nanti kalau aku beli tudung, aku mai letak kat sini. insyaallah kalau berkesempatan.
aku ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kat hampa semua! ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...