Saturday, December 11, 2010

Cinta Kita - episod dua :D

Heyyy :D
Kembali menemui aku lagi! Hmm, aku dah sediakan EPISOD DUA untuk hampa semua. Harap episod dua lagi syok dari episod satu. Biasalah, permulaan selalunya membosankan. Aku faham ==”

Okey, inilah episod dua :)

EPISOD DUA.

Suasana di dewan besar Sekolah Menengah Seri Melati sungguh meriah dengan kedatangan para pelajar atas jemputan ke majlis reunion mereka. Ramai yang dapat menghadirkan diri. Ada yang muda dan ada yang sudah berusia. Para guru juga turut hadir bersama bagi memeriahkan lagi majlis.

Di celah-celah kesibukan ramai, jelas kelihatan Farah sedang melantak dengan sepinggan salad buah yang tersedia di setiap meja. Di sebelahnya, pasti Amy.

“Weh, laju kau makan? Tak rindu aku ke?” aju Amy melihat Farah yang gelojoh. Aduhh, hilang sudah ciri-ciri gadis melayu terakhir.

“Rindu la. Kau harap aku nak buat apa bila jumpa kau?”

“Kot la nak peluk ke, cakap I MISS YOU kuat-kuat ke,”

“Ah, putus fius la kau. Ingat aku ni pompuan macam mana nak excited macam gila lagi,” Farah bersuara selamba. Amy mencebik geram. Nampak sangat kalau tak jumpa aku pon dia bahagia, desis Amy.

“Weh, tu Qayyum kan?” Farah terus tersedak apabila Amy menyebut nama Qayyum. Sungguh! Dia memang alergik dengan nama itu. Kalau boleh taknak jumpa dah sang punya nama itu. Haish, tak sangka di sini jugak berjumpa!

“Ya la kot. Mana aku tau. Lupa dah muka dia,” Farah masih mengekalkan mood selamba.

“Eh cepatnya lupa? Kau tau tak sekarang aku kerja dengan dia? Bos baikkk punya!” Amy menunjukkan muka ceria dan two thumbs up kepada Farah. Farah menjuihkan bibir sebelum menjawab,

“Ye ke baik? Muka macam penjenayah, ada hati nak jadi bos. Heyy, kalau bapak aku percayakan aku untuk ambik alih syarikat dia, aku akan lawan dengan syarikat dia kau tau,” beriya-iya Farah meyakinkan Amy bahawa dia boleh mengalahkan Qayyum.

“Apa-apa je la. Aku tau kau tu mana sebulu dengan Qayyum. Now, apa kata kau sokong tindakan aku untuk pergi tegur Qayyum?”

“Kenapa pulak kau nak pergi tegur dia? Aku kan ada. Tegur aku dah la,”
“Ala, tegur kau takde makna. Contohi lah aku, pekerja baikkk punya! Kalau jumpa bos, lebih afdhal kalau kita pergi tegur dia. Dapat pahala jugak,” Amy terus meninggalkan Farah yang terpinga-pinga. Kalau nak tegur bos yang macam tu, aku rela tak dapat pahala, bisik Farah perlahan.

Sementara itu di sudut yang berdekatan tandas… *Kenapa mesti tandas?

“Kau Qayyum kan?”
Spontan Qayyum berpusing apabila ditegur oleh satu suara garau. Baru sahaja dia bersembang dengan Amy sebentar tadi, ada pula yang lain menegur. Wah, tak sangka aku ni famous jugak, gumam Qayyum.

“Yes. And you?” balas Qayyum.

“Hey! Takkan lupa? Ni Arash la! Amboi, aku yang tua ni pulak ingat siapa kau ya,” ceria benar suara Arash. Sememangnya Arash tua tiga tahun daripada Qayyum. Namun sebenarnya Arash boleh dikategorikan sebagai muda la. Baru 27 tahun.

“Ohh! Wah, rasanya dulu kau tak la hensem sangat. Sekarang dah macam Tom Cruise beb!” Qayyum berbicara dan akhirnya mereka tertawa sesama. Entah kenapa, Arash rasa selesa berbual dengan Qayyum walaupun mereka berbeza umur. Selalunya umur sebaya Qayyum ni layak dibuat adik namun lain pula jadinya kepada Qayyum dan Arash. Dalam mereka bergelak tawa dan berkongsi cerita, tiba-tiba satu soalan alah terpacul di mulut Arash.

“Kau kenal tak Farah Qistina? Kalau kau tak kenal takpe la, saja tanya. Lagipun, dia bukan sama form dengan kau,”

Qayyum terdiam seketika. Macam mana Megat Arash Shazrique, seorang jejaka kacak lagi macho dan bergaya boleh kenal dengan minah rempit entah dari mana tu? Tak boleh jadi ni! Qayyum pura-pura menggaru kepala kononnya berfikir sebelum menjawab,

“Macam pernah dengar ah nama tu. Entah, tak ingat pulak minah mana tu. Kenapa? Eh jangan-jangan kau berkenan kat dia tak?” Qayyum membuat tuduhan melulu. Arash langsung menggeleng.

“Pastu? Macam mana kau kenal dia?” soal Qayyum lagi. Arash tersengih. Selepas itu dia membuka cerita 12 tahun yang lalu di mana Amy terjerit memecahkan rahsia Farah di sebelah Arash dan girlfriendnya. Qayyum terus ketawa terbahak-bahak mendengar kisah lampau itu. Nampaknya ini peluang bagus untuk mengenakan Farah.

“Budak tu kejam sikit bro! Ayat dia kalau kau dengar, fuh! Macam sambal belacan masakan Mak Miah aku la. Pedas gilaa! Tak payah layan la dia tu, muka ja lawa. Otak bukan boleh pakai sangat pon,” Qayyum ternyata kurang puas hati apabila nama Farah disebut oleh pemuda kacak zaman sekolahnya, Megat Arash Shazrique. Budak tu tak boleh famous lebih dari aku, keluh Qayyum sendiri.
“Lagi satu dia tu aku tengok macam tak bermoral sikit la. Malam-malam pergi merempit!” tambah Qayyum lagi. Sesungguhnya itu semua bohong tapi apa nak buat kan? Orang dah meluat..

“Ya ka? Hmm, kau kata tak kenal dia. Ni macam mana boleh tau dia merempit pulak? Jon aku ka?” Wah, soalan ini benar-benar menjerat Qayyum. Itulah, menambah yang merepek-repek. Sekarang dah jadi macam ni siapa yang tanggung?

“Ehh. Aku rasa je dia merempit. Hehe,” tersengih-sengih Qayyum memandang Arash yang sudah mencerlung matanya.

“Cepat la cakap. Kau nampak macam kenal dia je,”

“Kau nak tau pasal dia tu kenapa? For your information Mr Arash, dia tu musuh nombor satu aku,”

“Aku bukan nak tau pasal dia. Aku nak tanya dia pasal best friend dia tu!”

“Hah? Maksud kau Amy?”

“Oh nama dia Amy ke?”
Qayyum menepuk dahinya sambil menggangguk mengiyakan tentang Amy.

“Kalau nak tau pasal Amy, tanya aku lagi senang la beb! Aku ni kan sepupu dia! Dan sekarang, dia kerja dengan aku. Secretary aku,”

“What?! Kenapa aku baru tau sekarang? Kau cakap Era tu cousin kau. Ni Amy pulak?”

“How come you don’t know Amy and Era are twins?”

“Hah?! Wahhhh, kenyataan memang menggemparkan. Patutla ada iras sikit-sikit. Aish, kenapa tak perasan kan,” Arash menggeleng kepalanya berulang kali.

“So kau kata dia kerja dengan kau kan?” ulang Arash.

“Yeah. Dan sekarang ada satu idea menarik untuk kau tengah melintas kat otak aku,” balas Qayyum sambil tersenyum. Belum sempat Arash bertanya apa-apa, Qayyum menyatakan ideanya.

“Apa kata kau kerja kat tempat aku? Kau arkitek jugak kan? Malah lagi berpengalaman dari aku. Nanti, aku letakkan Amy jadi secretary kau. Okey bro?”

“Tu kan company bapak kau? Dia tak marah ke kau ambik pekerja sesuka hati, tukar secretary la?”

“Tak. Sebab sekarang ni, company tu milik aku. Abang aku uruskan company kami di luar negara. Family dia pon tinggal sana. Dia balik hari raya puasa dengan raya haji dan kalau ada emergency case,” terang Qayyum panjang lebar.

“And, kelebihan kau kerja kat tempat aku. Kau boleh la mesra-mesra dengan papa Amy, Uncle Hazwan. Kalau kau nak jumpa mama Amy, Aunty Rena, kau datang je rumah aku. Dia tinggal kat rumah aku sekarang,” Qayyum menambah. Arash sedikit keliru lalu dia bertanya lagi,

“Maksudnya Amy pon tinggal kat rumah kau la?”

“Tak. Dia tinggal dengan Uncle Hazwan sebab senang nak pergi kerja. Aunty Rena dengan Uncle Hazwan dah cerai la,” barulah Arash faham setelah Qayyum habis bercerita. Kemudian mereka berjalan menuju ke ruang makan dah menjamu selera.

Pada masa yang sama, di sudut kecil tepi dewan…

“Era! You ni suka buat-buat tak nampak kitaorang. You sibuk buat apa tu?” dua orang gadis mendekatkan diri dengan Era.

“Hei! Mia, Jue! Lama tak jumpa you guys! You all pergi mana?” Era kelihatan terkejut dengan kehadiran kawan-kawan lamanya, Mia dan Jue.

“I dengan Jue kan macam kembar. Mana aje kami pergi mesti la bersama. Sekarang I dengan Jue kerja kat syarikat modelling. You?” Mia bercerita tanpa disoal. Era membulatkan matanya apabila mendengar dua rakannya itu berjaya di bidang modeling.

“I..err.. I kerja dengan papa I… Tapi I bukan buat apa pon,” gagap Era menjawab pertanyaan Mia dan Jue. Ya, dia sungguh malu kerana tidak sesukses dua rakan baiknya itu. Tidak sesukses Amy, kakak kembarnya. Dia bekerja sebagai secretary bapanya namun kelihatan seperti semuanya diuruskan sendiri oleh bapanya itu.

“You tak buat apa? Maksud you, goyang kaki kat syarikat sendiri?” soalan Jue agak pedas oleh itu dia menerima satu cubitan di lengannya oleh Mia.

“Tu bukan syarikat papa I okay! Tu syarikat Qayyum. Sekarang dia bos. I mana reti buat kerja tu semua. Lagipun, you ingat I suka ke duduk situ? I pergi kerja situ pun sebab I nak dekati Qayyum,” Mia dan Jue tersenyum kelat mendengar. Sejak azali lagi, Era memang selalu bercerita kepada mereka tentang kisah syok sendirinya kepada Qayyum. Kononnya apabila sudah dewasa, Qayyum akan mengajaknya bertunang, seterusnya berkahwin.

Mana? Cincin pon tak nampak! Mia dan Jue sudah masak dengan perangai Era yang over dalam semua hal. Semua dia yang lawa, dia yang gorgeous, dia yang kaya, dia la yang the bestest ever.

“Kalau you tak reti buat apa-apa, macam mana you boleh diterima kerja kat situ?” Mia pula menyoal. Jue mengangguk meminta jawapan.

“Ala. Tak susah la. You guys tanya ni macam tak tahu apa yang I boleh buat. Hello, ini Era la. Papa I kan ada, suka hati dia la nak masukkan I dalam syarikat tu,” ayat terakhir Era sengaja dikuatkan di hadapan Mia dan Jue untuk menunjukkan betapa agungnya Encik Hazwan.

“Bagus la. You patut bersyukur tau dapat papa yang ikut cakap you. Kalau nak harap you cari kerja sendiri, I rasa sampai sekarang pon you menganggur tau,” Jue berkata. Dia sudah tidak tahan. Sejak dahulu, apa sahaja yang Jue pakai, semuanya dikritik Era. Katanya, takdak jenama la, fashion disaster la, low class la, semua cukup. Era mencerlungkan matanya kepada Jue. Belum sempat dia membuka mulut, Mia menambah perasa,

“I rasa you better kerja baik-baik ya kat syarikat tu kalau you sedar yg tu bukan syarikat bapak you. Bye, see you soon. By the way, nice to meet you old friend,” perkataan ‘bapak’ sengaja ditekan oleh Mia. Biarlah dia nak terasa, itu masalah dia, fikir Mia. Kemudian Mia dan Jue hilang dari pandangan mata Era yang sudah membahang.

Manakala di luar dewan pula…

“Just wait mama. Adryy dah atur semuanya. Pasti berjalan lancar punya. Ini anak mama kan?” Adryy meyakinkan seorang wanita di corong telefon bimbitnya. Mama? Mama dia kot.

“Ma, Adryy masuk dewan dulu. Mama tunggu call dari pihak hospital je okay?” selepas mengucapkan ayat ini, Adryy terus ketawa tak ingat dunia.

Berjayakah Arash memikat Amy? Adakah Qayyum dan Farah akan terus berperang? Apakah pula tidakan Era untuk meyakinkan Mia dan Jue bahawa Qayyum boleh menjadi miliknya? Rancangan apa yang Adryy aturkan? Temui segalanya dalam episod akan datang!

EPISOD AKAN DATANG…

“Pleaseeeee! Wake up!” jeritan Farah bergema di rumah semi-d milik keluarganya. Air matanya merambu-rambu keluar sedari tadi…

Friday, December 10, 2010

Cinta Kita - episod satu :D

Heyy :)
Aku agak tension ah semenjak buat drama tu.Hee,sorry to say ah yg tu.Btw tkpa, aku bgga jugak sebab ada org baca. Kalau tkdak org nak baca, aku nak cancel ja. Dan FARHANA SENOI PRODUCTION SDN BHD takkan berkembang lagi. Hahah, macam sedih je kan?Apa apa pon, dah jgn buang masa. Here come episod satu!

EPISOD SATU.

Pagi itu, di banglo tiga tingkat milik Muhammad Ilman Qayyum Dato’ Zamri…opss, sorry sikit. Itu banglo bapak dia ye :D

Setelah lengkap berpakaian sekolah, Qayyum turun ke bawah. Sunyi. Itu yang dapat Qayyum gambarkan mengenai suasana rumahnya pada waktu pagi. Yang bising hanya Mak Miah yg sibuk membuat sarapan di dapur dan bunyi deruman enjin kereta oleh Abang Alif. Qayyum mengeluh lagi.

“Haish,bila la aku nak besar dan ambik alih syarikat papa? Setiap hari Uncle Hazwan yg uruskan. Papa selalu lambat pergi ofis. Kalau syarikat papa maju, aku rasa tu semua kredit Uncle Hazwan,” Qayyum bersuara perlahan.

Setiap hari ayahnya akan pergi ke ofis jam 10 pagi. Entah kenapa susah sangat nak bangun awal, Qayyum sendiri tidak pasti. Selesai mengutuk ayahnya tanpa menghiraukan dosa, Qayyum menggalas beg lalu menaiki kereta. Selepas 30 minit perjalanan, Qayyum bersuara,

“Abang Alif, kenapa datang sini? Qayyum kena pergi sekolah la, bukan rumah Aunty Rena. Haish, tak sangka Abang Alif mimpi lagi pagi-pagi ni. Mesti nak pi ngorat Bibik kat rumah Aunty Rena kan?” Qayyum tersengih.

“Eh, pa hal pulak? Eei, abang mana minat kat minah indon. Kau tu merapu semua pandai. Ni haa, Tuan Besar suruh saya jemput Cik Amy dan jiran dia,” balas Alif sambil menumpukan perhatian di jalan.

“Ohh, papa suruh? Hmm, kenapa dia tak suruh amik semua budak SM Seri Melati di Bandar Afansa tu?”

“Ala, kau ni. Biar la papa kau tu nak tolong Cik Amy. Sepupu sendiri pon berkira, teruk la kau,”

“Heh, kalau Amy ja takpa. Ni pehal pulak nak angkut segala jiran dia? Melambatkan perjalanan adalah,”

“Kedekut la kau ni. Bukan kau yang bawak kereta, aku yg bawak. Bising la, jiran dia bukan ramai pon. Sorang je,”

Qayyum terus diam kerana malas, nanti Abang Alif tetap menyalahkannya atas sebab kedekut. Apabila kereta Lamborghini berhenti di hadapan rumah semi-d itu, kelihatan Amy dan Farah menghampiri lalu pintu kereta dibuka ke atas. *Aku in love dengan kereta ni!
“Abang Qayyum! Thanks ya sebab nak tumpangkan Amy. By the way, ni Farah Qistina. Jiran Amy. Farah, ni cousin aku. Ilman Qayyum. Dia pon sekolah kita jugak, Form 2. Hensem kan?” ujar Amy lalu menarik tangan Farah untuk menaiki kereta Lamborgini itu. Farah hanya mengikut kehendak Amy dan sempat memberikan senyum senget kepada Qayyum.

Begitu juga Qayyum. Namun apa yang pasti, ada satu persoalan yang berlegar di fikiran Farah dan Qayyum.

Fikiran Farah : Eh, hensem ke? Biasa je aku tengok. Standard la.
Fikiran Qayyum : Ye ke aku hensem? Amy ni memang,suka ja nak bodek aku pagi pagi buta ni. Minah sebelah tu lawa jugak. Tapi macam sombong je. Nak kasi senyum pon senget senget ja?

Akhirnya mereka tiba di sekolah :)

“Farah, jom la pergi makan. Kan kau baru kat sini. Boleh la kita tour around. Jom?” ajak Amy.

“Malas la. Aku ingat lepas makan, nak duduk je kat kerusi rehat bawah banggunan kita ni. Lain kali la kau bawak aku tour. Ni kan hari first aku, so bagi la peluang aku menikmati suasana indah kelas aku. Ye?” kata Farah. Padahal, lihat sahaja rupa kelasnya, muntah hijau pon boleh keluar.

Kerusi meja tidak tersusun langsung, papan kenyataan bagai dirobek-robek, lantai kelas berlubang-lubang, tong sampai terburai dan banyak lagi yang teruk. Inikah suasana INDAH yang dimaksudkan Farah? Memang buta tuli betul!

Dalam perjalanan ke kantin, Farah dan Amy bertembung dengan Qayyum. Amy juga lah yang memulakan perbualan.

“Abang Qayyum nak pergi mana?” ujar Amy. Lagaknya bak perempuan desprate yang tak pernah berbicara dengan lelaki.

“Abang on the way nak pergi library,” pendek sahaja jawapan Qayyum.

“ABANG! Bawak Farah sekali. Dia kata nak pergi tengok library sekolah kita!” jerit Amy. Farah menepuk dahinya kuat. Ya rabbi, bila masa aku nak pergi library ni? Kalau aku nak pergi pon, aku taknak pergi dengan mamat tu. Muka macam nak culik aku je, keluh Farah di dalam hati. Lagi satu, perlukah Amy menjerit sekuat itu? Harapannya, semoga Qayyum berkata tidak. Namun itu semua tinggal harapan..

“Boleh la. Dah jom,” Qayyum berkata. Farah menuruti langkah Qayyum. Sebenarnya dia boleh saja dia menolak namun entah kenapa, terdetak juga hatinya untuk bercakap dengan Qayyum.

Sesampai di perpustakaan…

“Woi, kau nak usha pa kat sini? Kot kot aku boleh tolong,” Qayyum menjungkit keningnya. Farah memandangnya pelik lalu membalas, “Hmm. Takpa. Aku bukan nak datang sini pon sebenarnya. Amy tipu je,”

“La! Penat aku ja!” Qayyum tiba-tiba menghamburkan kemarahannya kepada Farah. Farah agak terasa, bibirnya diketap.

“La, dia yang tipu kenapa aku pulak yang kau marah?!”

“Sama ja aku tengok kau berdua. Kiranya kalau dia tipu, kau pon kira tipu jugak. Dalam kata lain bersubahat. Paham?”

“Woi! Teori mana kau percaya ni? Dasar manusia tak bertamadun. Betullah persepsi aku kat kau masa aku jumpa kau pagi tadi,”

Qayyum boleh kata berasap juga dengan Farah. Amboih, sedapnya mulut dia kata aku ni manusia tak bertamadun. Entah entah dia yang tak bertamadun, Qayyum berkata di dalam hati.

“E’eleh. Blah la kau. Aku pon ada kerja nak buat. Go away sekarang. Bingit aku dengar suara kau. Muka ja lawa,bila cakap macam hantu,” balas Qayyum. Farah mencebik lalu keluar dari perpustakaan.

Itulah sejarah perkenalan Farah dan Qayyum. Tak adalah seindah mana namun ini lah permulaan kepada segalanya. Itu tidak termasuk dengan perkenalan Farah dengan jejaka pujaan hatinya, Megat Arash Shazrique.

Bagaimana mereka berkenalan? Sudah tentulah kerana mulut becok si Amy. Amy telah tergedik-gedik menjerit di padang sekolah, betul-betul sebelah girlfriend Arash. Wah, memang satu tamparan hebat buat Farah selepas ditengking oleh girlfriend si Arash. Tetapi sehebat mana tamparan girlfriend Arash kepada Farah, tamparan Farah kepada Amy si becok lebih kuat. *Itu memang pasti kan?

Sejak itulah, Arash sentiasa mengikut kemana sahaja Amy dan Farah pergi. Hasrat sebenarnya mahu berkenalan dengan Amy, tetapi minah Farah yang perasan tak tentu hala tu pulak kacau. Nak buat macam mana, dah orang perasan tetap perasan la kan?

Semenjak peristiwa di perpustakaan itu, Farah dan Qayyum memang tak sekepala. Ada sahaja yang tidak kena. Apa yang Farah buat, semua Qayyum kata salah. Segala kebaikan yang Qayyum lakukan di hadapan masyarakat dicop menunjuk-nunjuk oleh Farah. Haih, kenapa lah ada jugak manusia keras hati macam mereka berdua ni kan?

Harapan aku, semoga Farah dan Qayyum akan berbaik di masa hadapan. Tapi nampaknya aku masih hampa. Ergh! Mereka berdua nampak macam taknak berbaik la pulak. Jom aku lanjutkan cerita 12 tahun selepas itu? :)

12 TAHUN KEMUDIAN…

“Farah! Malam ni kamu kena pergi sekolah kan?” jerit Puan Maesya dari bawah.

“Yes! I’ll never say no to reunion la mama. Farah rindu Amy,”ayat terakhir Farah agak dramatik ditambah pula dengan dengan mata yang terkejip-kejip. Dramatik kan?

“Hmm. Betul jugak. Mama tengok semenjak Amy tu pindah pergi duduk dengan papa dia, kamu pon dah macam tak betul. Elok sangat la kamu pergi jumpa dia. Kang sewel pulak anak tunggal mama ni kan?” perli Puan Maesya. Farah hanya mengangguk setuju. Dah betul nak buat macam mana kan?

“Bibik mana?”Farah menyoal ibunya sebelum naik lagi ke atas.

“Cuti. Minggu depan baru bibik datang. So hari ini, kita masak berdua. Cepat ambil apron!”

“Alaaaaaa…..,”

Ya, itu lah perangai Farah Qistina Muhammad Khuzairi apabila diajak masuk dapur. Bukan tak pandai masak, malas aje yang lebih. Anak muda zaman sekarang kan? Hmm mungkin sampai di sini sahaja episod satu CINTA KITA. Hampa rasa pendek ka panjang? Kalau pendek, aku say sorry okey? Kalau terlebih panjang, say sorry jugak. Hahahh, okey. Daa , asalamualaikum :)

Tunggu! Aku nak buat saspen jap!

Apakah akan terjadi kepada Farah di reunion mereka? Adakah dia hanya akan bertemu dengan Amy? Temui jawapannya di episod akan datang!

EPISOD AKAN DATANG…

“Budak tu kejam sikit bro! Ayat dia kalau kau dengar, fuh! Macam sambal belacan masakan Mak Miah aku la. Pedas gilaa! Tak payah layan la dia tu, muka ja lawa. Otak bukan boleh pakai sangat pon,” Qayyum ternyata kurang puas hati apabila nama Farah disebut oleh pemuda kacak zaman sekolahnya, Megat Arash Shazrique. Budak tu tak boleh famous lebih dari aku, keluh Qayyum……

Nantikan ya !

Thursday, December 9, 2010

Sinopsis Cinta Kita :)

Heyyy :)
Disebabkan ada member aku iaitu Pacikk Mad yg cabar aku suh taip sinopsis ni sebelom 11.30 satni.Haih,aku rasa tak sempat kot sebab dengan keyboard aku yang sewel ni,aku pon sewel jugak.Memang takkan sempat punya.But aku still sahut cabaran Mad!Harini jugak aku post,tunggu hg!

Okayy teros pi pasal Cinta Kita dan lupakan Pacikk Mad tu. =="

Macam ni,Qayyum seorang lelaki yang cute dan lawak telah berkenalan secara tak sengaja di Sekolah Menengah Seri Melati,KL *Tak wujud pon sekolah ni. Masa tu,Qayyum Form2,Farah Form1.Yg boleh kenal tu sebab aunty Qayyum ni,iaitu mama kepada Amy dan Era duduk di sebelah rumah Farah.Aunty Rena,seorang ibu dan janda meletop di kawasan perumahan Bandar Afansa tinggal bersama anak sulung kembar mereka,Amy.Manakala Uncle Hazwan tinggal di tempat lain sesudah dia bercerai dengan Rena dan dia tinggal bersama Era.

Setelah 12 tahun,Farah,Qayyum,Arash,Amy,Era dan Adryy bertemu kembali dalam satu majlis reunion yang diadakan di Sekolah Menengah Seri Melati.Qayyum secara tidak sengaja telah terlepas menyebarkan keburukan Farah di hadapan Arash.Hal ini sama sekali menyebabkan Farah malu bersemuka dengan Arash dan Farah mula membenci Qayyum.

Era pula masih memendam rasa terhadap Qayyum dan merasakan inilah masanya untuk Qayyum menjadi miliknya.Era mengajak ayahnya,Hazwan untuk bertemu parents Qayyum dan mengajak Qayyum mengikat pertunangan.Namun begitu Qayyum tidak dapat menurutinya kerana Qayyum sama sekali tidak berkenan dengan sifat Era yang terlalu materialistik dan jenis yang tidak boleh menerima kenyataan.Untuk menyelamatkan maruah keluarga sepupunya itu,Qayyum mengajak Era berkawan dahulu.Mujur kedua buah keluarga itu setuju.

Arash cuba memujuk Farah untuk berbaik dengan Qayyum namun Farah tidak setuju.Akan tetapi demi tidak menghampakan perasaan Arash yg sudah cuba berulang kali,Farah akhirya setuju walaupon kurang ikhlas.Dia mula berbaik dengan Qayyum dengan meminta kerja di syarikat bapak Qayyum.Malangnya syarikat itu sudah menjadi hak milik Qayyum sepenuhnya jadi hanya Qayyum yang berhak mengambil arkitek lebih dalam syarikat depa.So bila tengok Farah yang mintak kerja,Qayyum automatik say no!Sebab dia pon bebai jugak kat Farah ni.

Sekali lagi Arash masuk campur dan akhirnya Qayyum setuju tapi Farah tidak akan jadi arkitek,cuma tukang buat air je.Farah rasa terhina namun dia tak dapat menolak permintaan Arash,jejaka pujaan hatinya yang turut bekerja di situ.Konflik turut terjadi apabila Arash terkantoi dengan Farah ketika cuba mengorat Amy.Akhirnya Farah sedar,Arash hanya untuk Amy dan mereka saling mencintai.

Mesti hampa semua teringin nak tau kan di mana karakter Adryy bermain?Huh,tunggu la.Adryy ni dipenuhi dendam terhadap Farah dan dia cuma tunggu masa ja untuk hancurkan Farah.

Okayy setakat sini dulu.Aku tau sinopsis dia tak cukup baik untuk menerangkan segalanya.But aku harap hampa selalu visit sini dan baca setiap episod noh? :)

Drama kisah cinta buatan sendiri :D Just read!

Heyy :)
Cuti sekolah ni bosan sikit so aku rajen habiskan masa aku tengok tv.Movie la,drama la,macam macam.Haish,itu tak termasuk cerita cerita yang aku tengok kat youtube.Lagu soundtrack semoa aku hafal habeh.*Ya rabbi!

So aku nekad nak buat drama sendiri.*Taktau mai mana idea ni.Terok jugak kalau fikir balik sebab aku bukan ada kamera video pon.Harap kamera biasa pon takdak.Haish,miskin kan?Hahaha,okayyy.Drama buatan sendiri ni akan bernaung di bawah FARHANA SENOI PRODUCTION SDN. BHD. Cun tak nama company aku?Aku amik 5 saat untuk fikit nama company aku.Hee :) Dan aku percaya ini yang terbaik.FARHANA SENOI ;0

Tajuk drama ni CINTA KITA.Insyaaallah kalau aku tulis saja kat blog ni tanpa video pa apa,tadak masalah kot?Yg penting bagi aku,hampa baca dan terhibur!Okeh,mari aku perkenalkan pelakon pelakon dia.Semoa pelakon ni tak wujud pon so hampa semua jgn harap nak jumpa depa nih.Hee :)

1. MUHAMMAD ILMAN QAYYUM.Laki ni senoi sikit dan super cute.Muka dia,perangai dia dan semoa keletah dia lawak gila.Semoa pompuan kasi LIKE sama dia kecuali sorang ni.Nanti aku tulis pasal dia.Dia ni berumur 24 tahun dan dalam drama ni kerja sebagai ketua arkitek di company bapak dia.

2. FARAH QISTINA.Ini la pompuan yg DISLIKE si Qayyum tu.Farah ni bukan la jahat ka apa.Dia baik dan cun pon ada.Just memang dia tak suka si Qayyum tu sebab Qayyum tu pernah kutuk dia secara tak sengaja depan jejaka idaman Farah ni.Angin satu badan teroih si Farah ni dekat Qayyum.Umur dia 23 tahun dan dia pon arkitek hebat.Dia selalu bersaing dengan Qayyum.

3. AMY AFIRAH.Ini sepupu Qayyum dan kawan baik Farah.Watak paling baik dan suci dalam drama ni.Selalu tolong Farah dalam apa jua masalah.

4. ERA UFIYA.Ni kembar Amy.Jahat dan kejam.Taktau pasepa dia berbeza dengan Amy yang mulia.Hahahh.Dia dah jatuh hati dengan Qayyum dari kecik lagi dan akan cuba buat apa saja supaya Qayyum suka dia jugak.

5. MEGAT ARASH SHAZRIQUE.Huwahhh.I love him much!Ini la jejakan idaman Farah.Sungguh hensem dan menawan.Kacak!Dalam diam sebenaqnya dia suka dekat Amy!Fuh,aku teringin nak jadi Amy :D

6. ISYRAF ADRYY.Laki ni hensem jugak dan suka kat Farah.Farah memang tolak dia mentah mentah sebab Isyraf ni kaki pompuan.Tapi Isyraf takkan mengalah sikit pon untuk mendapatkan Farah sebab tu amanah mama dia untuk kaut harta Farah bila parents dia mati.

Thats all about CINTA KITA. Nantikan sinopsis dan EPISOD SATU!

Friday, December 3, 2010

Suukaaa .. :)

Hey :D
Aku malas nak panjang cerita pasal permulaan dia ni.Dah,jom terus baca isi dia.

1.Aku suka tidoq pagi pagi sebab memang aku tak boleh lelap mata time pukul 10 - 11 mlm cmtu.Sedihkan?Tapi taktau pasepa aku bangga.Yeah,boleh jadi vampire lepas ni.

2.Aku suka main dengan anak patung.*Bukan teddy bear nahhh.

3.Aku suka tulis lagu dan tunjuk kat mak so that mak aku boleh komen.*Cesh,mula mula cakap la mak boleh komen apa saja I terima dengan rela.Pastu bila mak kata ala tak syokk pun,mula la nak membebel mak ni tak pandai nilai karya seni :D

4.Aku suka jadi kawan yang banyak mulut dan bijak menghiburkan orang.Rasanya aku dah jadi macam tu ke belom?

5.Aku suka main game dress up,cooking,designing,fashion dan macam macam game pompuan yg lain.*Kalau tak habaq pun orang tau noh?

6.Aku suka beli lip balm banyak banyak dan bermacam perisa.Lepas tu bila aku keluaqq pi mana mana,mesti pakai lip balm ikot kaler baju.Syok tapi pelik sikit kan?=="

7.Aku suka buat bodo bila orang cakap pasal salah aku.Sebab aku tengah merancang macam mana nak nafikannya dan buat orang tu SHUT UP.*Kejam tak?

8.Aku suka bila Wan kata aku Senoi.Sebab aku rasa aku hebatt (?)

9.Aku suka jerit sebab aku rasa memberikan jeritan tu salah satu cara nak bagi aku confident.Tapi yg jadi masalah jeritan aku tu terhambur kat orang yang salah ==" Pastu aku kena marah then muka jadi merah. *Wahhh,ada rhyme!

10.Aku suka makan Oreo,Kinderjoy,Cadbury,Ferrero Rocher,Hershey's Kisses,Mars,Chipsmore,Twisties,Potato Chips,Jack n Jill,Rostik dan tak lupa Mamee :D And I hate Cheezels.Tak sedap :(

11.Aku suka mandi laut daripada kolam dan air terjun.Sebab kolam ada klorin dan air dia clear.Orang lain nampak apa kita buat even dalam air.Kalau air terjun pulak sebab ada batu.Aku ni memang ada masalah sikit dengan batu batu kat air terjun.Asal jalan jalan kejap ja dalam air,dah luka sebab kena batu :'( Rosak kaki aku lama lama.

12.Aku suka kawan dengan lelaki yang jelly jelly sikit daripada lelaki jantan.Sebabnya,aku percaya lelaki jelly jelly daripada lelaki jantan.Yes,lelaki jelly jelly memang menggelikan but I like them.Daripada lelaki jantan yg hidung tak mancung pipi tersorong sorong.Tak tau malu,wekk :P

13.Aku suka amik tau hal orang then bila kena boikot baru la nak sedih semacam.Haish=="

14.Aku suka tumis bawang dan cabai sebab bila kita masukkan cabai dan bawang dalam kuali,dia akan keluarkan bunyi yang sungguh amazing.And I love that sound.Kalau boleh nak rakam masuk youtube =="

15.Aku suka kawan dengan pompuan yang senoi senoi dan sekepala dengan aku.Baru la boleh jadi bestfriend.Ni kalau sikit pun tak serupa perangai macam aku,boleh blah la you I tak suka. *Cehhh,pulun la aku ni.Satgi tadak kawan nangeh pulak!

16.Aku suka main ting ting sebab aku suka lompat.

17.Aku suka jeling pompuan pompuan yang known as gedik dan kurang ajar.Biaq la depa tau sapa lagi gedik dan kurang ajar.Aku ka depa? *Haih,senoinya =="

18.Aku suka buat stai tak kena tempat lepastu mesti ada orang usha pelik.Hish,tu buat aku jadi tak stai teroih. *I merepek ke?

19.Aku suka tulis blog dan aku akan tembak orang yang takdak blog kecuali Afif. *Masalah la aku ni kan?Punya pasal depa la nak ada blog ka takdak.Haish :D

20.Aku suka Afif sangat sangat. *Woohh,beraninya mengaku.Anak sapa la ni.

Thursday, December 2, 2010

Here come new songs :)

Heyyy =)
Haish.Aku baru habis tulis dua lagu baru.Aiseh,lepas berbulan bulan tak tulis lagu,aku tetiba dapat semangat balik.Taktau pasepa,maybe aku rasa tergugat bila PMR semakin menghampiri aku kot. (?)

Okay,lagu first tu tajuk dia Walk Carefully.Aku tak puas hati sikit sebab dalam lagu tu seems like laki tu tak suka kat pompuan tu tapi just nak jadi kawan ja.Memang la mula mula kawan last last kapel.Tapi aku tetap nak buat laki tu jatuh cinta pandang pertama kat pompuan tu tapi cara dia tarik perhatian pompuan tu buat pompuan tu sakit hati.Huh,sakit aih tangan =="

Lagu dia macam ni.Live aku bagi :D

First time I saw you,
I close my eyes so thight,
Hoping you will came and walk through,
Making friends or try to pick a fight.

But it was so wasted,
It doesnt even started,
Seems to cracked,
When you suddenly hit my arm,
I say,

Hey you there wait up,
You hit me but no sorry,
Don't just shut up,
Next time,walk carefully.

Second time I met you,
I saw you while break at the canteen,
You stared at me who dressed in blue,
It makes me feel that the better is green.

But it was so wasted,
It doesnt even started,
Seems to cracked,
When you again hit my arm,
I say,

Hey you there wait up,
You hit me but no sorry,
Don't just shut up,
Next time,walk carefully.

Hey you there wait up,
You crashed me but no sorry,
Don't just shut up,
Next time walk carefully.

(Instrumental)

I slowly turn my body around,
Walk step by step,
Leaving you so far,
But you stop me..and say,

Hey you here wait up,
I hit you but no sorry,
This time I'll not shut up,
Thank you I'll walk carefully.

Hey you here wait up,
I stare at you every morning dressed in blue,
I saw you when I wake up,
Try to make friend with you,
And wanna promise you,
I'll walk carefully :)

Thank you for reading this stupid and bored song.Tak okey kan? :'( Aku dah terok dalam menulis lagu :(

Wednesday, December 1, 2010

Masalah komputer =="

Haii :)
Hmm aku actually tengah bebai kat komputer aku ni haa.Gedik sangat buat masalah.Geram aku.Virus selungguk takmau nak blah,saja bagi aku kena marah dengan ayah aku.Virus ni semua mana mai ha?Bukan dari aku rasanya.Adik aku kot.Hish,whatever la!

Bukan setakat virus melambak,internet bukan boleh guna pon.Ayah aku tak bayaq lagi kot.Ni pun aku post kat rumah cousin aku.Saja stop by kat rumah dia. *Ceh buat macam dekat sangat rumah kami!

Atas virus yang masuk dan ke-tidak-boleh-guna-an internet, aku dapat macam macam kesusahan.Oh ya lagi satu,memory card yang ada dalam phone aku pon masuk virus jugak.So gambar gambar aku pi Langkawi haritu semua hilang,lagu pon hilang :’(

Yang lagu tu aku tak kisah sangat,sebab semua tu boleh download masuk komputer lagi. *Download la kau bebanyak Cik Farhana oiii,biaq virus masuk lagi.
Yang photo tu aku nak bebai ni.Tak dan upload masuk facebook dah disappear?Hesh,memang la malang nasib aku.

Jadi kepada pembaca blog aku yg dah baca post aku mengenai Langkawi tu,I’m very sorry sebab aku tak sertakan gambar.Mintak maaf ya? :’(
Jadi sekarang aku tampilkan kesusahan aku bila internet tak boleh guna,memory card masuk virus,komputer pun masuk virus :-

1.Aku tak boleh tangkap gambar sebab memory phone aku tak cukup nak tampung.Satu lagu pun dah sesak.Picture boleh capture dua ja. ==”

2.Aku tak boleh update blog sebab bila aku tulis blog kat rumah cousin aku,dia mesti bebai sebab aku tulis blog berjam-jam baru siap.Hahah,sorry ya Cik Izzati.

3.Aku tak boleh bukak facebook kecuali kalau balik rumah Cik Izzati tu.Itupun sekejap ja sebab dia pun nak bukak facebook dia dan berperang dengan bespren dia pasai boypren dia.Ish ish,budak zaman sekarang.. Muda muda dah ada boypren,aku yang tua bangka ni kenapa tadak? *Jeles la tu ==”

4.Aku tak boleh bukak youtube dan cari lagu baru serta lirik lagu Taylor Swift dengan guitar chord dia sekali.Hish,aku saja nak rujuk lagu lagu Taylor Swift sebab stai sangat la lirik lagu dia.Teringin nak buat lagu pastu buat album. *Tak rasa aku over sangat ka?

5.Aku tak boleh tulis novel baru aku dengan tenang sebab banyak notification dari antivirus tu suruh aku buang virus dari komputer aku.Haish,senoi la.Dia nak suruh aku buang tapi kena bayaq.Jadi kepada Encik Antivirus : Nama saya Farhana dan saya masih seorang kanak kanak ribena dibawah umur. Jadi kalau nak buang semua virus tak guna yang awak anti ni dari komputer saya,sila silalah menghadap my daddy untuk confirmation ya?Saya ni senoi sikit,bukan ada duit pon.Setakat Rm30 tu adalah.Tapi sorry la,saya nak outing nanti pakai duit tu.So boleh Encik Antivirus pergi dari komputer saya dan tak payah notice saya lagi?Sebab saya tau KOMPUTER SAYA MEMANG MASUK VIRUS !!!

==”

Pedulikan itu ya :D
Okay bubye.Tidoqqqqq lagi best.Daa, asalamualaikum :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...