Wednesday, October 27, 2010

Persepsi aku (part two)

Heylo helo, aku dah kembali. Hehee, kenyang gila. Nasi aku hentam dua pinggan, dan sekarang aku sedar yang aku dah gemok sikit. Ish, aku harapkan ketinggian, bukan kegemokkan. Tapi actually salah aku jugak, dah la baloq liat nak senaman, memang la gemok. Tapi aku harap gemok ni tak berkekalan sebab I hate lemak. (ceh, hate lemak konon)

Okey okey. Tutup cerita pasai gemok dan lemak. Aku nak cerita pasai persepsi aku part two pulak. Ni pasai bebudak laki yang aku gelar 4 ekoq tu. Actually nama geng depa WHITE CROWS. Tapi taktau kenapa aku rasa nama 4EKOQ lagi sedap. Hish, mungkin sebab nama tu aku yang cipta kot. = =”

Mulakan dengan Iqbal.
Dia ni hensem sebenarnya. Comei la jugak. (Bad hg toksah kembang sangat). Tapi jahat sikit, kasar pulak tu. Awal awal aku tengok dia aku teringin nak cakap “Woih,hg ni memang kena cakap kuat kuat pon kan? Hesh, tak reti slow slow sikit ka?” but Iqbal ni friendly jugak, peramah tak kena tempat, lawak, dan erm, boleh tahan la gentlement dia. Kalau dalam pelajaran tu aku tengok okey la. Bawah sikit ja dari aku. Fine aku admit yang dia terer Geo lagi. Huhu.

Seterusnya Arif.
Arif ni comei jugak sebab dia tembam. Wooh, tak sangka aku kata Arif comei. Tapi sirius la, aku ikhlas ni. Hehee, dia duduk depan aku, tengah.(Tahun lepas) Sebab tu aku rajin gak sembang-sembang dengan dia. Best jugak sebab dia sporting dan paling aku suka sebab dia sangat sangat celik IT dan lawak gila :D Aku terpaksa admit ni jugak, aku sungguh berbangga dapat jadi kawan dia. Huahua :D

Jom bercakap tentang Aqil pulak!
Kalau orang tanya aku pasai Aqil, aku teringin nak cakap camni, “Dia tu gatai taudak,” tapi tahap kegatalan dia tu setakat suka sembang dengan pompuan ja. Takdak la terok sangat, aku ja yang dok buat terok. Buahahhaha! (ketawa jahat Wan). Entah, Aqil ni baik sebenarnya, tapi ada jugak budak kelas aku tahun ni tak suka dia. Nak buat cena, lain orang lain ragam. Dia sangat ngokngek, tahap ke-ngokngek-kan dia lebih kurang dengan Wan la tapi rasanya Wan terok lagi kot.

Akhirnya kita berbicara mengenai Zaki.
Huh, aku jadi tension sikit bila cakap pasai Zaki. Bukan la dia jahat ka apa, dia baik dan gentlement. Tapi aku rasa nak bedebush dia bila dia buat aku macam TALK SORENG- SORENG. Faham maksudnya? Dia buat tak dengar ja bila orang tanya. Kalau dengar pun jawapan dia adalah TAK TAU. Tapi dia ni baik la, hensem jugak, kuat perasan kadang kadang. Oh yes ada satu lagi. Aku taktau kenapa dia pandai sangat. Aku baru ingat nak culik dia pastu bawak dia pi check berapa IQ dia. Nanti aku siasat Cikgu Halimahton, tanya dia bagi makan apa. Aku berbangga jugak sebenarnya ada kawan sekelas macam dia ni. Boleh kata perfect la kot?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...