Sunday, November 28, 2010

Langkaweeeeee!

Heyyy :)
Sorry kalau aku lambat sikit update sebab aku pi LANGKAWEEEE! Bangga sikit sebab ni first time. (menyedihkan kan?) Hahah,dak la.Selama ni ayah aku dok keja sana.Aku tak pernah ikut.So why not kalau aku ikut time cuti ni kan?Boleh shopping dan shopping.Akhirnya poket aku kering.. =="

Okey,aku teruskan cerita pasal trip pi sana.Kami pi satu family + cousin aku yg ngek sikit tu,Izzati.Hahah,memang rezeki dia la tu.Okeh,kami bertolak pukul 9 pagi hari Jumaat.Huwah,malam sebelum tu bukan boleh tidoqqq pun.Asyik dok teringat Langkawi sampai pagi.Hahah,terok betoi :D Sampai jeti tu,aku keliru sikit.Pasepa la orang orang kat situ usha kami semua?Awat,tak pernah tengok orang ka?Baju aku lawa ka?Cousin aku cun ka?Mak aku macam Nia Ramadhani ka?Ayah aku macam Ronaldo ka?Adik laki aku macam Hirtik Roshan ka?Adik pompuan aku serupa Erin Malek ka?

Haish,tak paham aku.Tapi takpa,tak kisah pun.By the way,sebenarnya kami cun jugak.(perasan sikit sikit takpa kot nohh)Hee :D Time nek ferry tu aku bebai sikit ja.Aku nak duk sebelah abah aku,Afiq kalot nak jugak.Tumbok satni.Tapi aku dapat dok tepi tingkapp.Syokkk :)

Aku sempat tidoq lagi dalam ferry tu.Ler,aku ingat ka nak journey dia tak sampai 10 minit pun,padahal nahhhh.. sejam setengah baru sampai.Aiseh,penat tunggu gila.Bila sampai kat sana,kami pi sewa kereta then pi check in hotel.Excuse me,bukan hotel but resort.Resort Kampung Tok Senik.Sebelum cita pasai resort tu,aku nak bebai sikit pasai kereta sewa.Harei betoi,dia bagi Iswara ja!Diulangi ISWARA!Dah la tadak radio.Diulangi TADAK RADIO!Speaker dia rosak :( Tak boleh dengaq apa apa lagu time on da way pi mana mana.Senoiiii!

Orang tu patut paham,kami ni 6 orang.Bukan 4.Yang senoi sangat pi bagi kereta Iswara yg sempit tu pasepa.Terokkk ==" Nak duduk pun tak selesa,kalau nak take a nap lagi la tak selesa.Hish.Tak tau la nak jadi pa.Resort dia lawa,tenang dan mendamaikan jugak.Dia reka cara suasana kampung gituu.Nama nama chalet pun guna nama orang melayu lama.Kami dok kat RUMAH OMAR 1061. *cehh,ingat lagi tu!

Ada satu famili Indon ni sewa RUMAH OMAR 1062.Aku tengok ramai laki ja. *Gataiii.
Hahah,tempat first yang kami pi is rumah kawan ayah aku kat Padang MatSirat.Dia ajak kami makan tengahari sekali.Sedap jugak sup ayam isteri dia.Anak sulung dia sama umur dgn aku.Tapi lelaki.Kiut gak aku ushaa. *Dasar pompuan gatai.

Hurm lepas tu kami pi Beras Terbakar.Best siot,macam macam menda ada.Aku nak beli sun glass dengan hat.Aku ada jumpa satu hat ni,lawa wehh.Kaler biru jeans dan harga dia agak berpatutan tapi bila pikiaq balik,for what aku beli hat ni?Kalau pi pantai lawa la pakai,lagipun aku pakai tudung.Hodoh ngat eh.Hahah,senoi sikit jaa.Last last,aku beli keychain dengan gelang ja.Keychain aku amik 5 ja.Ikut bajet la,satu untuk Afif surely.Dan diikuti untuk Wan,Syamira,Adawiyyah Super dan Dalia Dungu tu.

Lepas pi Beras Terbakar,kami singgah Kota Mahsuri.Macam macam ada kat situ,semua pasai sejarah dia la.Kesian aku usha kisah dia.Pastu depa bagi berkenalan dengan generasi dia yang ketujuh la.Kiut tapi aku lagi kiut rasanya.Huaha.Farhana sudaa perasan :)

Pastu kami balik chalet.Uh,mandi segar segar then MAKAN ! Yeaa,aku hentam chicken chop pastu nasi goreng biasa sepinggan.Lapaq gila pastu makan macam setan lagiii.Terokk I ni.Okay,lets talk about the second day!Aku pi Cenang Beach,Pasir Hitam Beach pastu main air kat pantai tu.Best tapi kejap ja sebab mak aku bising.Aiseh,mat saleh ramai kat situ.Hensem hensem,cun cun semoaaa !

Dalam pukul dua lebih camtu,kami singgah Idaman Suri.Mak aku nak beli teko la apa la.Macam macam la mak aku.Tapi yg sure aku pi bahagian coklat dengan cousin aku.Aku beli Kisses dengan Mars.Uhh,sedap tak terkira.

Hmm,bnyak kenangan jugak pi sana.Oh yes lupa cerita.Aku kena marah dengan pekerja resort tu atas satu salah paham.Hish,cerita dia camni.Pagi tu aku keluar dengan kazen aku dan Afiq duk kat anjung chalet tu.Saja la hirup udara segar kan? *Cesh,habaq la nak usha sorang mamat indon kat sebelah tu!

Pastu tetiba ada van resort berhenti depan chalet kami.Aku terus masuk dalam sebab ingat van tu datang nak amik pinggan yang dia hantar semalam time kami order nasi goreng biasa tu.Pastu dia cakap pa taktau kat aku,tak paham.Last last,dia hempas pintu van then turun.Dia rampas pinggan dari tangan aku sambil kata :

NO NEED TO CALL ME FOR THIS! JUST PUT THESE PLATES HERE!

Aku bebai gak ar.Tapi aku ni bengong sikit,tak balas dia cakap apa.Hesh,mekngot betoi.Aku masuk dalam pastu tutup pintu.Lepas 10 minit camtu,dia datang lagi ketuk pintu chalet kami.Mak aku bukak.

Dia:Ada panggil ke tadi?
Mak:Tak pun.Tadi pun kami tak panggil.Budak budak ada bagitau yang depa kena marah tadi.
Dia:Oh ingat ka ada call tadi.Saya tinggal customers banyak sebab nak datang sini dulu.Dak,sebab customers yg len tu dari foreign country.Kena la layan.
Mak:Pastu kami bukan customer la?Nasib baik saya ni orang islam,ada kesabaran jugak.Kalau dak ni saya pi report jugak kat orang besaq.Awak tak boleh layan customer macam ni.

Pastu aku taktau dia kata pa.Hahah,kena marah dengan mak aku teroih.Padan muka.Hurm, aku dah sakit tangan tulis.Lagipun aku nak pi hentam coklat lagi.Daaaa :D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...