Monday, December 20, 2010

Cinta Kita - episod sembilan :D

Heyy =)
Hurm tadi aku baru habis tengok Kepok Dan Nisan kat TV3. Best jugak cerita dia, lawak. Sorry sebab lambat, mak aku suruh baca buku. ++”Okeh, ini dia episod sembilan!

EPISOD SEMBILAN.

“Hah, apa hal you nak jumpa I?” kata Mia setelah melabuhkan punggungnya ke kerusi restoran mewah itu. Era dengan lagaknya masih bermain hujung rambutnya.

“Hai sorang je ke? I panggil you dengan Jue. Mana Jue?”

“Jue ada show malam ni. Dia tak boleh datang. So kenapa you panggil ni?” Mia terus memesan minuman untuk dirinya.

“I nak minta tolong sikit je dengan you,” Akhirnya Era bercakap setelah 30 minit berlalu. Dia sebenarnya malu untuk meminta bantuan Mia. Dia tidak mahu kelihatan dalam kesusahan di hadapan Mia atau Jue. Dia ingin kelihatan hebat dan bebas dari masalah. Dia mahu jadi yang terbaik!

“Hei you nak mintak tolong? Peliknya, selalu you berlagak sangat,” Mia tersenyum sinis memandang Era yang kelihatan buntu.

“Mia please. I tahu you marahkan I dari dulu but not this time. I nak minta tolong sikit aja. Takkan itupun you susah nak tolong I?” Era hampir mengamuk. Perempuan ni memang mencabar kesabaran aku. Kalau bukan aku nak minta bantuan dia, dah lama kena sembur.

“Itu aje ke yang you boleh cakap? Kenapa susah nak tolong you konon…you know how much I hate you since sekolah lagi?” Nada suara Mia sedikit meninggi.

“Hei kalau you taknak tolong I, pergi berambus la!” Akhirnya Mia dihalau Era. Semua manusia yang berada di restoran itu memandang ke arah Era. Selepas menjeling sedikit kepada manusia yang memandang, Era terus meninggalkan restoran mewah itu.

Argh! Apa lagi yang aku boleh buat supaya Qayyum percaya yang aku lebih baik dari Farah? Setakat aku tak kena tangkap basah tu kira baik la!, getus hati Era.

“Kan I kata jangan muncul depan I kalau you tak ada bukti,” kata Qayyum selamba apabila Era masuk ke dalam bilik kerjanya di rumah.

“I boleh buat air macam dia jugak,”

“I tak suruh you jadi macam dia. I suruh you buktikan yang you lebih baik dari dia. Sudah lah Era, I tahu you tak boleh. So please, jangan ganggu I,” Qayyum menghalau Era keluar. Sekali lagi Era gagal menurut apa yang dimahukan oleh Qayyum. Kadang-kadang dia terfikir juga apa lagi yang Qayyum tidak puas hati dengan dirinya? Dia begitu terukkah untuk Qayyum?

Di apartment Adryy…

“You nak keluar ke?” tegur Farah apabila melihat suaminya seperti bersiap-siap.

“Ya. Nak kerja la. Kenapa? You tanya ni macam tak nak bagi I pergi ja?” Adryy duduk di birai katil.

“I takut la tinggal sorang-sorang. You selalu balik lambat,” Farah sudah menjadi manja. Adryy bekerja dengan sepupunya di sebuah bengkel kereta. Walaupun gajinya tidaklah seberapa, Adryy masih mampu menampung Farah dan membayar sewa apartment ini.

“Ala you ni. Muka ja ganas tapi hati kecil penakut. You takut apa? Okay malam ni I janji balik awal,”

“Alaaaa. Tak nak la macam tu,” Farah sudah merajuk.

“Hmm… pastu you nak macam mana lagi? Kalau I tak kerja, you nak makan apa?”

“Apa kata malam ni I ikut you? Boleh I jumpa sepupu you sekali?” Farah kelihatan sungguh beriya-iya. Adryy pula bertukar wajah.
“Tak boleh. I tak suka you ikut I pergi situ,” Wajah Adryy sangat serius. Farah mengerutkan dahi tanda hairan.

“Kenapa?”

“I tak setuju you ikut I pergi sana. Kalau you nak jumpa sepupu I tu pun lagi I tak setuju. Dia tu kaki perempuan la. I takut bila dia tengok you nanti lain pulak jadinya,”

“Kenapa you takut sangat? I kan isteri you, pandai la I jaga batas I. Kalau I tak layan mesti dia takkan ganggu I,”

“You tak kenal dia,” Adryy masih serius.

“Ala boleh la I pergi? I takut duduk rumah,” Akhirnya Adryy mengalah melihat Farah. Kasihan pula kalau dia betul-betul takut tinggal di dalam rumah.

Di rumah semi-d usang milik Alia…

“Apa ni? Anak you dah melampau! Bila dia nak suruh isteri dia tandatangan dokumen tu?” Lelaki yang separuh usia itu menjerit tepat di wajah Alia.

“Sayang jangan mengamuk kat sini. I tak tahu nak buat apa lagi,” Alia sungguh resah. Dia tidak tahu lagi bagaimana memujuk Adryy mengikut kehendaknya.

“Itu ja yang boleh you kata, tak tahu? You ugut dia!”

“Ugut pasal apa?”

“Lembabnya you ni. Ugut la, kan you yang suruh dia bunuh Maesya dan Khuzairi. Kalau you bagitau Farah tentang ni, tak mustahil Farah akan benci Adryy kan?” cadang lelaki itu. Wajah Alia sudah bersinar semula.

“Ah kenapa sebelum ni I tak terfikir kan,” selamba Alia berkata demikian. Lelaki separuh usia itu mencebik sedikit melihat kebodohan Alia. Nasib baik Alia akan membawa kekayaan kepadanya. Kalau Alia tidak ada sedikit pun harta, jangan harap dia akan berada di sini, menjadi kekasih Alia.

Alia pula masih tidak menyedari bahawa lelaki yang berada di sebelahnya itu seorang penipu.

Di banglo tiga tingkat itu…

“Weh aku nak cakap sikit dengan kau,” ujar Nisa kepada Qayyum semasa dia ke dapur untuk minum air.

“Apa?”
“Kau tak rasa bersalah ke buat Farah macam tu?”

“Rasa bersalah? Kenapa pulak? Dia yang pilih jalan macam tu, aku nak buat apa lagi?” Qayyum tersenyum sinis. Nisa merenung Qayyum pelik.

“Lelaki ke kau ni? Kau sanggup buat Farah menderita. Padahal dia tu gadis yang kau cinta kan? Tapi sekarang aku bahagia. Walaupun dulu aku pun sama membenci Adryy namun sekarang aku boleh kata yang aku yakin Adryy akan membahagiakan Farah,”

“Jangan mimpi lah lelaki macam tu boleh bahagiakan kawan baik kau tu! Adryy tu pengecut. Kalau nak Farah, tak boleh ke rebut cara baik?”

“Kalau dia rebut cara baik pun aku pasti kau akan bertindak gila,” Nisa menyindir Qayyum.

“Dah la sekarang aku rasa takda faedah langsung cakap pasal perempuan tu,” Qayyum baru sahaja ingin beredar dari dapur. Nisa menahannya,

“Aku percaya kau masih cintakan dia,” Kata-kata Nisa kali ini berjaya membuat Qayyum berpusing arah.

“Aku tak pernah cintakan dia lagi!” Mata Qayyum tajam melihat Nisa. Nisa tiba-tiba gerun. Apahal ah dia ni? Aku cakap yang tu pun marah macam hantu, gerutu Nisa.

“Okay tapi kau tak payah la marah sangat. Orang kata kalau marah tu maksudnya betul. Tak tahu la, bukan aku kata. Orang yang kata,”

Qayyum membiarkan kakak iparnya itu bersendirian di dapur. Dia menjadi pelik mengapa semua orang di rumahnya dan di pejabatnya selalu mengaitkan yang dia masih mencintai Farah? Sakit kepalanya memikirkan perkara itu. Ya! Dia memang mencintai Farah lagi namun egonya mengatasi segalanya.

Sesampai di bengkel itu…

“Meet my wife, Farah Qistina,”Adryy mendahului bicara. Farah hanya mengangguk.

“Farah, ni sepupu I. Faris. Dan itu girlfriend dia Jue,” Farah bersalaman dengan Jue. Muka macam kenal tapi tak ingat pula di mana. Faris tidak kelihatan seperti yang Adryy katakan. Segalanya berjalan baik sahaja sehingga malam.

“Farah! Kerja I dah siap ni. Jom balik,” ajak Adryy dari luar bengkel memandangkan Farah sedang berbual dengan Jue di dalam.

“Okey la Jue. Saya gerak dulu,” Farah meminta diri.

“Saya pun nak pergi dah ni. Malam ni ada fashion show. Kalau lambat nanti bos marah pulak,” Jue tersenyum kecil. Farah mengangguk.

“Garang nampak bos awak. Siapa dia?”

“Hmm boleh tahan la garang tu. But she’s very friendly. Nisa Atikah,”

“What? Jadi awak kerja kat syarikat Nisa?”

“Awak kenal dia ke?”

“Dia tu kawan saya!” Farah beriya-iya memberitahu. Saat itu Jue bagai teringat sesuatu.

“Are you Farah Qistina Muhammad Khuzairi?” kata Jue sebelum memeluk Farah.

Dalam perjalanan pulang…

“You tipu I ke pasal Faris?” soal Farah kepada Adryy. Mana sifat kaki perempuan Faris? Langsung tidak kelihatan!

“Takda la! Tu nasib baik ada girlfriend dia. Kalau Jue tak ada tadi mula la miang dia tu,” ujar Adryy kemudian dia kembali menumpukan perhatiannya kepada jalan.

“Oh macam tu ke. Tapi dia nampak baik je. You pulak yang nampak macam nak merosakkan nama baik dia depan I,” Farah terus ketawa. Adryy yang melihat hanya tersenyum.

“Tak da faedah tau I nak rosakkan nama dia. Hah you ni fitnah la. Dosa besar tu,” Giliran Adryy pula tertawa kecil. Tiba-tiba dengan tidak semena-mena sebuah kereta Mercedes berwarna hitam gelap melintas di hadapan kereta mereka, menahan daripada meneruskan perjalanan pulang.

Alia keluar dari kereta Mercedes itu lalu mendekati kereta Adryy di sebelah kanan, tempat pemandu.

“Mama nak cakap dengan Adryy,” katanya sambil menjeling ke arah Farah menandakan Farah harus beredar sebentar. Farah hanya menurut kata ibu mertuanya dan keluar menunggu di luar kereta.

“Ma kenapa ni? Its too late. Tak boleh ke cakap esok? Kena ke tahan kereta Adryy macam ni?” Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Adryy tanda tidak puas hati dengan ibunya.

“Jangan banyak komen. Dah buat apa yang mama suruh tu?” Alia nampak tegas.

“No. Kan Adryy kata Adryy takkan buat semua tu?”
“So Adryy masih lagi berkeras. Nak jadi baik konon! Dosa dulu bertimbun siapa nak tanggung?” sindir Alia kepada anaknya.

“Ma.. Adryy mengaku dulu Adryy jahat, kejam. Tapi semua manusia perlu berubah untuk jadi yang lebih baik. Bertaubat la mama,” ceramah Adryy. Alia mendengus tanda sedikit pun tidak terkesan dengan kata-kata Adryy.

“Jangan pandai nak ajar mama. Adryy lupa ke yang Adryy dah bunuh kedua ibu bapa Farah? Dan Adryy tak rasa jika mama dedahkan perkara ni kepada Farah, dia akan membenci Adryy seumur hidup?” ugut Alia. Adryy mula naik takut dengan ugutan ibunya. Memang benar dia yang membunuh kedua ibu bapa mentuanya tetapi itu perkara dulu!

“Ma please don’t do this. What kind of mother are you? Mama sanggup tengok kemusnahan anak sendiri!” Adryy sudah mengamuk.

“Jika kemusnahan itu benar-benar menggembirakan mama, ya mama sanggup. Lagipun this is the truth. Adryy yang bunuh Maesya dengan Khuzairi! So tanggung la,”

“What you are going to do?”

“Terpulang pada mama. Kemusnahan Adryy atau kesakitan Farah,”

“Mama, promise me you won’t do anything to Farah,” Adryy merayu bersungguh-sungguh apabila mendengar nama Farah. Dia tidak mungkin membiarkan isterinya disakiti.

“Tengoklah,” Alia terus keluar dari kereta Adryy dan menaiki keretanya semula. Tidak sampai sepuluh minit, kereta Mercedes hitam itu hilang dari pandangan mata mereka.

“Mama cakap apa?” soal Farah lagi.

“Tak da apa. Tak penting pun,” Adryy semakin buntu. Padanya, melihat muka Farah sahaj sudah menimbulkan rasa bersalah di hatinya. Farah mengangguk faham lalu tidak bertanya lanjut. Sesampai sahaja di rumah, Farah terus membersihkan diri serta menunaikan sembahyang Maghrib. Begitu juga Adryy.

Pada malam yang sunyi, Adryy masih tidak bertemu cara untuk menyelamatkan Farah dan dirinya dari apa-apa ancaman. Jika dia menyuruh Farah menandatangani dokumen harta itu, habislah mereka. Pasti merempat. Selama ini bukan dia seorang yang menampung perbelanjaan rumah, Farah juga turut membantu. Jika dia tetap berkeras dengan ibunya, pasti Farah akan membenci dirinya. Dia tidak sanggup dibenci Farah pada ketika ini. Dia sayangkan Farah, cintakan Farah.

Bukan sahaja Farah akan membenci dirinya, keselamatan Farah dan dirinya juga pasti terancam. Ibunya itu seorang yang luar biasa. Alia selalu berfikiran jauh dan pasti akan melakukan apa sahaja demi dendam. Bahkan suaminya sendiri dibunuhnya. Siapa kata Adryy tidak tahu semua itu? Adryy adalah orang yang melihat sendiri pembunuhan kejam yang dilakukan ibunya kepada ayahnya. Tetapi Adryy tidak mampu untuk memberitahu di mahkamah.

Ibunya terlepas juga dari apa-apa hukuman. Pembunuhan kedua ialah ibu Faris. Hanya kerana perkara kecil, Alia memperbesarkan segalanya. Akhirnya ibu Faris mati di tangan Alia. Setelah mengetahuinya, Adryy sungguh terkejut. Namun apakan daya, tiada bukti kukuh untuk menangkap ibunya. Pihak polis menganggap itu semua adalah kemalangan. Siapa sangka Alia begitu licik melakukan pembunuhan?

Adryy menggeleng kepalanya berkali-kali. Kemudian dia melihat isterinya di sebelah. Farah yang nyenyak tidur itu dibelai rambutnya. Setitis air mata gugur di wajah Farah menyebabkan dia terjaga.

“You tak tidur lagi ke?” Farah masih mamai. Adryy tidak menjawab dan membetulkan posisi badannya, menghadap Farah.

“Hey you’re crying. Kenapa ni?” Mata Adryy direnung. Perlahan-lahan Farah menyapu air mata Adryy.

“Maafkan I Farah,” lirih suara Adryy. Air matanya masih lagi keluar menyebabkan Farah semakin risau melihatnya.

“Kenapa you minta maaf ni? Hey what’s wrong? Are you okay?” Farah memujuk suaminya. Adryy terus memeluk Farah erat.

“I love you so much,” Adryy masih tidak menceritakan hal yang sebenar kepada Farah. Farah membalas pelukan Adryy sebelum berkata sesuatu yang belum pernah dia ucapkan kepada lelaki lain selain Qayyum,

“I love you too,”

Apakah keputusan Adryy? Adakah dia akan memberitahu Farah hal yang sebenar atau Alia yang akan bongkarkan segalanya? Temui segalanya dalam episod sepuluh!

EPISOD AKAN DATANG…

“Kepalanya terhantuk dengan kuat dan telah menyebabkan tengkoraknya pecah. Tulang belakangnya patah dan mukanya rosak teruk. Kami akan cuba untuk menyelamatkannya. Sabar puan,” ujar doktor yang bertugas itu…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...