Sunday, October 24, 2010

Persepsi aku (part one)

Aku malas nak tulis panjang panjang la kali ni, tengah tension dengan keyboard ni. sticky, payah tekan. Aku dah suh ayah aku tukaq tapi taktau la, macam tak berhasil ja pujukan aku tu. heii, geram tak sudah.

Untuk entry kali ni aku nak cakap pasal persepsi awal aku terhadap budak budak melayu kelas aku tahun lepas, 1A7. Kami sepuluh orang ja, terdiri daripada aku, Wan, Hafizah, Farhana Amir, Mariam, Anis, Aqil, Iqbal, Arif dengan Zaki.

Okey bermula dari Wan Nurnisa Atikah Wan Ahmad.
Dia ni masuk SMKI lambat sikit, bulan Feb kot. Tempat dia kat line belakang aku, tengah. Kalau boleh aku nak cakap kat dia “Woih, awat hang nampak sombong hah? Macam tension ja. Huh, padan la setakat ni takdak orang tegur hang lagi. Hesh, peramah la sikit!”
Tapi akhirnya aku jugak yang jadi kawan bek dia sampai sekarang. Takpa la. Well actually dia pandai, bek la jugak, murah hati tapi mata duitan. ISH ==”

Kemudian beralih kepada Hafizah Ahmad.
Dia comei gila! Sebelum kena tukar kelas 1A7, aku kelas A5. Hafizah ni pun sama la. Entah la, bila aku pandang dia, dia mesti sengih sengih sampai ke telinga. Nak tergelak jugak, yalah aku tak pernah jumpa orang yang pemurah senyuman sampai macam tu sekali.
Anyway dia sangat baik, pemurah,peramah,mulia, suci dan semua yang baiklah! Dah la cute. Hesh, kekalkan kecomelan hg !

Seterusnya tentang Farhana Amiruddin.
Aku suka kawan dengan dia sebab nama kami sama. Hehe, perangai kami pun sedikit sebanyak yang sama. Okeyla kan. Oleh kerana kami berkenalan dalam kelas Ustaz Halid, aku terasa nak cakap kat dia
“Hampa suka Ustaz Halid tak? Dia suka buli kami tau dak. Huhu..”

Lets talk about Anis Syuhada!
Aku berkenalan dengan dia masa lepas lumba lari untuk rumah Syed Jan. Semua macam ni ..
Aku: Hampa lari nombor berapa tadi?
Anis: Satu. Hampa?
Aku: Nombor dua. Kami Farhana.
Anis: Ohh, nama kami Anis. Hampa kelas mana?
Aku: 1A7. Hampa?
Anis: Eh, sama la! Kenapa tak perasan ah? Hahah…
Lepas tu kami dua dok syok pasai kelas sama. Dulu ja cakap hampa kami, sekarang, apa barang cakap hampa kami. Budak budak ja, hang aku la stai.

Mariam pulak!
Dia ni cun ah. Jenis pendiam so aku tak cakap banyak dengan dia. Senyum senyum gitu je la. Kalau hampa nak tau , dia sangat lucah actually. Haha, takdak la. Sikit sikit ja. Anyway aku pun sama. Haha! :D
Okey, aku stop sini dulu. Sebenarnya aku nak pi makan nasi. Nanti aku buat part 2 untuk bebudak laki. Daaa, asalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...