Sunday, February 27, 2011

Sunday yang bernama ahad :D

Ahad, 27 Februari 2011.

1) Aku sampai awai pagi ni tapi lewat pi perhimpunan pengawas PSS sebab jam rosak =='

2) Kali pertama Puan Soon panggil aku sebab qeja math tak lengkap. Ada latihan tertinggal masa aku absent haritu. Hish, tu la pasai aku benci bila tak pi sekolah.

3) Ustaz Shukri macam nak attack aku sekali kalau tanya soklan apa-apa. Dia actually selalu attack Dalia. Tapi entah kenapa tadi Ustaz dok tengok aku. Ketaq bak hg.

4) Masa rehat, Abang Hensem Seluaq Londeh (AHSL) senyum kat aku! Oh how I love him! < 3 !

5) Cikgu Siti Azura tak mai masa kelas sains. Oh heaven! Tapi aku perabis qeja BM yang tak siap lagi. Dah hilang semangat meronda sekolah =='

6) Waktu BM paling tak syok sekali. Cikgu qeja dok suruh kami buat qeja. Buku rujukan pon takdak ! Ish ish anak pakcik Fazil ni pemalas betoi :D

7) Wan tak hantaq buku Composition/Summary sebab dia TAK BAWAK. Sengal la pompuan tu, macam mana buku yang sebegitu besar boleh tak bawak ?

8) Aku hantaq buku Composition/Summary lambat 10 minit sebab qeja tak siap. *Kehkehkeh, kata orang dia pun sama :D

9) Sivik-the worst subject. Tambah pulak cikgu dia yang errr. Heii geram betoi, rasa nak ponteng jaa =='

10) Balik tadi tak sempat makan sebab memang tak cukup masa. Kurang asam betoi, LAPAQ tau dak =='

11) Kami nasyid tadi. Cewahhh, aku naik stage la! Terima kasih semua warga SMKI yang hadir tadi lepastu dengar kami nyanyi :D Tenkiu tenkiu :D

12) Kami tak menang pon nasyid tadi. Nevermind, who cares. *Acehhh, tipulah. Actually nak kata what the fishhhhhhhh !

13) Aku tak bawak baju PJ untuk salin. Dah la balik naik bas pukui 7 malam. Tak guna betoi.

14) Mr. DevilYou try nak communicate dengan aku tapi aku lari. Tak boleh tengok muka dia. Bak kata Syamira yang naib johan syarahan agama tadi, MUKA MINTAK PENAMPAQ !

15) I really love my shawl :D Ngehngeh, syiok sendiri la pompuan ni =='

Thursday, February 24, 2011

formspring.me

Ask me anything http://formspring.me/farhanafaz

Sinopsis Gangster Gedik

Ini sinopsis nya :-
Konflik kekeluargaan yang melanda menjadi begitu rumit apabila generasi muda mencungkil rahsia segala-galanya.

Perjalanan hidup Tengku Difzad :-

Tengku Difzad seorang gangster. Ya, dia memang gangster. Banyak mangsa yang mengadu dibuli olehnya terutama para junior. Keluarganya cukup disaster. Ayah yang tidak pernah memahami, ibu tiri yang penyibuk dan entah dari mana asal usulnya, Tengku Daniel, abang yang tidak pernah puas hati dengannya malah sanggup membenci dirinya. Namun dia tetap ada Tengku Dalia, kakak yang sangat penyayang dan baik untuk menjaganya.

Di sekolah, dia tidak pernah tersenyum gembira. Hanya mata yang redup dan tajam itu lincah mencari mangsa. Dia tidak menghiraukan sesiapa kecuali tiga orang rakan baiknya.

Perjalanan hidup Qia Sara Raisya :-

Qia perempuan gedik. Cukup gedik. Setiap kali dia menunjukkan sikap angkuhnya, semua yang memandang pasti menyangka inilah contoh seorang anak yang terlalu bahagia di dalam hidup. Dilimpahi kemewahan secukupnya dan dijaga penuh prihatin oleh body guard sendiri. Qia sentiasa tersenyum gembira selepas menjadi sombong. The truth is, she's alone in life! Ayahnya sudah lama meninggalkannya, ibunya pula kerap menghilangkan diri entah ke mana. Dia tiada kakak, abang atau adik.

Setiap malam dia hanya mampu menangisi nasibnya. Kesedihan itu tiada siapa pernah cuba mengorek. Safia? Hanina? Semua yang berkawan dengannya hanya kerana harta!

Perjalanan hidup Tengku Difzad dan Qia Sara Raisya berubah serta merta apabila mereka bertemu. Bertambah disaster? Ya, pasti! Bayangkanlah bagaimana seorang gangster yang hensem tetapi ganas dan biadap bertemu dengan perempuan yang cukup sifat gediknya, ohh pasti huru-hara!

Apa yang pasti mereka tidak bercinta, sama sekali tidak. Hanya mencungkil rahsia yang selama ini tidak pernah dirungkaikan. Coming soon , Gangster Gedik.

Selamat membaca nanti :D

Wednesday, February 23, 2011

Tired tired and tired.

Oh my godness, letih macam hell gila kena stayback tiap hari. You know why ? Sebab tetiba ja KRS SMK Ibrahim yang playful, sporting, tak serius, giggling masa kawad, terpilih untuk mewakili SMKI ke MSSD ! Oh seems so great ya ? Huh, tolonglah. Aku admit, aku suka jugak kawad kaki ni. Tapi kalau sampai peringkat pertandingan ni tak berani ar beb! Salah langkah, go die :P

Seperti yang semua dah tau, aku ni pendek. So masa kawad kena duduk tengah. Fuh ! Nampak cukup ketara dari jauh. Ish ish tak guna betoi. =='

Lagi satu aku dengan budak kelas aku masuk nasyid. Kahkahkah :D Lawak kan? Budak pompuan 3a7 yang rempit, tudung singkat masuk nasyid ? Oh tolonglah ! Memang la kami rempit, rock tapi kami tak ada la teruk sangat sampai nak bernasyid pun tak boleh. We are not that bad la ngeng :P

Sebenarnya kami masuk nasyid tu bila dengar ustazah kata hadiah lumayan disediakan kepada pemenang. Kami bukan nak pun bernasyid ni. Ngeh ngeh ngeh :D

Haritu aku dengar macam ustazah kata pertandingan nasyid ni terbuka untuk Form 1 sampai Form 3 jaa. Tapi tetiba aku terbaca kat wall Afif Mahayudin, dia tulis dia masuk nasyid. *Actually kat post tu dia nak berlagak, dia tekong. Cehhh :P

So budak form 4 dengan form 5 pun ada ? Tak boleh blahhh. Aku terasa nak tarik diri. Sebab aku takut Mr.DevilYou tiba-tiba masuk nasyid. Entah la, aku gabra la kalau dia tengok. Dah la aku duduk depan sekali, ada part pulak aku nyanyi soreng. Ngekngok :P

Haih letihnya. Harap semua keletihan aku ni tak sia-sia. Aku harap KRS menang pertandingan kawad. Dan tak lupa dapat hadiah lumayan masa nasyid nanti. Pray for us :)

Tuesday, February 22, 2011

Pengenalan Gangster Gedik.

Salam.
Okay, Gangster Gedik ni tajuk untuk drama baru tu. Sekali lagi, drama ni akan bernaung di bawah FARHANA SENOI PRODUCTION SDN. BHD. Dan kali ini membawa penonton semua bertemu dengan dua direktor yang berjaya dan baru dalam persada seni ni :-

Wan Nurnisa Atikah Wan Ahmad dan Nurul Dalia Liyana Abdul Jamil !

Kiranya, Gangster Gedik ni karya aku bersama manusia berdua tu lah. Kami akan pastikan drama ni menjadi gempak segempak-gempaknya ! Hmm, drama Gangster Gedik ni sebenarnya bertemakan konflik kekeluargaan. Kenapa aku tak buat cerita cinta? Sebab ramai lelaki yang tak berapa suka kisah cinta ni. Its okay, aku betul-betul faham. Aku pun ada adik lelaki. Ngeh ngeh :D

Tapi ramai pulak budak perempuan yang nak kisah cinta. Sebab depa kata kalau aku tulis kisah cinta, bila baca jadi sweet like sugar. Hahha, merapu betoi. Aku ada selitkan sikit pasal kisah cinta, harap yang lain tak kisah nak baca.

Ini watak utamanya :

1) Tengku Difzad bin Tengku Fairuz
- Berketurunan Melayu-Inggeris, kulitnya cerah, mata redup berwarna coklat cair, bibir yang merah merekah, rambutnya pula berwarna coklat gelap yang semulajadi dan mempunyai tubuh badan yang tegap.
- Berasal dari keluarga yang kaya-raya tetapi tidak sombong. Dia tidak suka orang memanggilnya dengan gelaran Tengku. Hanya nama Difzad sudah cukup untuk mengenali dirinya.
- Gangster sekolah dan mempunyai banyak masalah disiplin. Namun pengetua sekolahnya tidak boleh mengeluarkannya dari sekolah itu kerana dia seorang murid yang berjaya di bidang pelajaran dan sukan. Tiada sesiapa yang berani mendekati Difzad hanya kerana dia menyandang jawatan GANGSTER SEKOLAH. Hanya tiga orang teman rapatnya yang setia.
- Sangat membenci ibu tirinya, Shaza Sulaiman.

2) Qia Sara Raisya binti Dato' Raziq
- Berketurunan Melayu asli, kulitnya cerah sekali, mata bundar yang cantik berwarna hitam pekat, bibir yang sihat dan merah, rambutnya mencecah pinggang sudah pasti di-rebonding-kan
- Juga berasal dari keluarga yang kaya-raya. Namun dia tinggal sendirian di sebuah banglo dan ditemani bibik-bibik yang sudah diupah ibunya supaya menjaganya. Ayahnya, Dato' Raziq, sudah meninggal dunia sejak dia berusia 6 tahun.
- Di sekolah dia seorang pelajar yang gedik, sangat gedik malah lebih gedik daripada direktornya.*Pembohong besaqq :P Sesiapa pun tidak berani melawan katanya. Qia sangat popular di kalangan pelajar lelaki.
- Sangat membenci Tengku Dalia.

3) Tengku Dalia binti Tengku Fairuz
- Berketurunan Melayu-Inggeris, wajahnya sangat mirip akan adik bongsunya itu,Tengku Difzad. Tengku Dalia merupakan anak sulung kepada Tengku Fairuz dan Daniella, seorang wanita Inggeris.
- Dia sangat popular di kalangan pelajar lelaki dan perempuan di sekolah swasta itu, tetapi sangat dibenci tahap karma oleh Qia Sara Raisya kerana jawatan Miss School telah jatuh ke tangan Tengku Dalia kerana Tengku Dalia merupakan anak emas para guru di situ.
- Tidak pernah membenci Qia Sara Raisya kerana dia tahu, Qia bukanlah perempuan yang jahat.

Watak sampingan :

1) Tengku Daniel bin Tengku Fairuz (anak kedua Tengku Fairuz dan Daniella)
2) Tengku Danish bin Tengku Fairuz (anak ketiga Tengku Fairuz dan Daniella)
3) Safia binti Suhaimi (rakan pengampu Qia Sara Raisya)
4) Hanina binti Ali (rakan pengampu Qia Sara Raisya)
5) Aidil, Izzad dan Amsyar (rakan baik Tengku Difzad)
6) Raja Nisa Natasha binti Raja Ahmad (kawan baik Tengku Dalia dan telah ditunangkan dari awal dengan Tengku Danish oleh pihak keluarga)

Sekian :D

Friday, February 18, 2011

DSLR or guitar ?

Oh tolong aku pilih boleh ?

Aku, Nur Farhana binti Fazil, seorang budak form 3 yang langsung tak ada pendirian dan jenis yang tak reti buat keputusan. =='

Ayah aku bagi offer , nak apa lepas PMR nanti ?

a) DSLR
b) Guitar

Dan kalau dapat 8A PMR ni tambah lagi satu hadiah, handphone baru ! *Tapi kena tunggu slip 8A la. Haih :/

Okay berbalik pada offer tadi. Sila tolong aku pilih di ruang komen :D

Thursday, February 17, 2011

Hilanglah anda dari fikiran saya , tolong !

Mr. DevilYou, seorang makhluk Allah yang hidup kat muka bumi ni dan bersekolah di SMK Ibrahim jugak. Aku tau dia wujud lama dah cuma baru terperasan kewujudan dia tahun lepas selepas dia gedik gedik menonjolkan diri , Aku wujud !

=='

Okay la, dia tu mengganggu gila. Tapi tak dak la selalu, sebab kami pun jarang jumpa. Tapi kalau aku terjumpa dia, aku rasa macam nak mati pastu hidup balik untuk ambik PMR. Adoi, takmau tengok muka dia! Kalau dia pun nampak ja batang hidung aku, ada ja menda dia nak kacau nanti. Sesak nafas tau aku dengar! Kadang-kadang aku nak balas, tapi aku taktau kenapa mulut aku tak terbukak ? Idea nak bagi dia sakit hati tu ada, penuh lagi padat di minda, tapi tak tercakap !

Geram nya ! Dia sesuka hati cakap aku macam-macam tapi mulut aku kena gam, tak boleh balas balik! Eiiii ! :/

Selepas satu peristiwa pasal Mr. DevilYou, aku mula syoksendiri. Aku taktau kenapa aku mengharap tapi entah la, aku sendiri risau sebab aku mengharap pada orang yang salah. Pelik tapi benar, di mulut kata Dia tu bangkai bernyawa tau dak! Hei manusia tu, nak mati dengan aku! Tapi di hati Hmm boleh la, hensem gak mamat ni. So readers, jangan marah aku yang hipokrit ni :D

Waktu aku tengah sakit perut gila iaitu pada hari Rabu bertarikh 16 Februari 2011, aku terpaksa ambik MC untuk haritu dan aku tak pi sekolah. Hmm tension sikit tapi nak buat macam mana. Kalau sakit kat sekolah, menyusahkan orang lain pulak kan? Mak aku suruh tidur ja. So readers, you know what ?

Aku termimpi pasal Mr. DevilYou ! Oh mamat ni sengaja nya nak masuk mimpi aku, tak pakai tiket! Haih dah la sekarang aku tengah nafikan segala tuduhan hati aku yang aku pun syok kat dia, tiba-tiba dia masuk mimpi. Nampaknya dia semakin menghampiri. :'( Tak guna punya Mr. DevilYou.

Wan Nurnisa Atikah, besfren aku dari Form 1 lagi pun masuk mimpi aku jarang-jarang ja. Tapi dia, makhluk yang aku baru terperasan kewujudan dia, masuk mimpi aku duduk first seat! God, what is happening to me ? :/

Aku tak sampai hati nak cerita apa yang dia buat dalam mimpi aku tu. Baik sangat. Nanti hampa gelak, kata aku ni suka berangan, perasan, syoksendiri dan bla bla bla. :D Tak payah la noh ? Sebab Mr. DevilYou tu pun samar-samar ja orangnya pada penglihatan hampa so kalau aku cerita pun, tak dapat bayangkan dengan baik. Sorry :D

Jadi kepada Mr. DevilYou, aku harap hg boleh blah cepat-cepat dari fikiran aku sebab aku semak kepala hotak bila hg muncul tatkala aku tengah buat kerja sekolah. Mesti macam ni Hmm dia tengah buat kerja sekolah jugak pa sekarang ? Hah, rasa macam nak tampaq diri sendiri. Tapi kalau orang nak tampaq pun boleh gak. Sila jumpa aku kat SMK Ibrahim, 3a7. Cari Nur Farhana, penguin malaya. :D

Hilanglah anda dari fikiran saya , tolong !

Tuesday, February 15, 2011

Bruno Mars < 3 !

Situasi satu,



Unknown U : Weh hang suka Pete Hernandez tak ?

Unknown Y : Tak

Unknown U : Ohh hang suka Bruno Mars tak ?

Unknown Y : Suka gila

Unknown U : =='

Unknown Y : Kenapa beb ?

Unknown U : Hang tau tak Pete Hernandez dan Bruno Mars tu mahkluk yang sama ?



Situasi dua,



Cikgu A : Siapa tau apa maksud BM ?

Murid L : Bahasa Melayu la

Murid P : Hang jon pa , BM tu Bukit Mertajam la

Murid G : Bukan ka BM tu Bibik Malaya ?

Cikgu A : =='

Murid L,P dan G : Kenapa cikgu A ?

Cikgu A : BM tu Bruno Mars !

Murid yang lain : Cikgu jangan buat lawak bodoh , sila ajar cepat



Situasi tiga,



Unknown P : Weh hang tau kan Bruno Mars tu sapa ?

Unknown F : Tau kenapa ?

Unknown P : Sapa dia tu ?

Unknown F : Penyanyi la ngeng

Unknown P : Tapi bf aku kata dia Bruno Mars ?

Unknown F : ==' Aku harap hang cepat break dengan dia



=='



Weh weh kalau tak lawak takpayah gelak tau ? Sorry sebab taktau nak update menda apa :D






Hensem :D

Thursday, February 10, 2011

Sports and KRS and Debate and Pingpong =='

Hmm. Ohh Asalamualaikum :D
Minggu yang agak memenatkan. Pening kepala gila, berat sangat macam tembikai tua. Adoi, letih macam hell. =='

Isnin haritu ada latihan rumah sukan, aku la rumah sukan Syed Jan berwarna hijau dan orang panggil Syed Jan si Loser. Sebab selalu kalah. Tapi entah kenapa aku tak kisah sebab kami dapat kalahkan yang lebih loser, Raja Muda. Jangan marah eh ahli Raja Muda. :D

Alhamdulillah sempat habis semua acara hari Isnin tu. Mula mula pompuan semua kena buat 100 meter dulu. Lelaki pi lompat jauh. Cikgu panggil nama weh masuk track. Aku mula mula no hal laa. Tengok tengok cikgu panggil Manpreet sekali. Hadoi. Peluang nak menang 100 meter ni tipis beb! Aku tak boleh kalahkan Manpreet. Dia tu tinggi, kaki panjang, tenaga banyak, rajin exercise. Aku ni pendek (sedar diri rupanya) , kaki pendek, tenaga sikit, baloq liat nak exercise.

Masa 100 meter tu aku dapat number 2. Alah nasib ja kot ? Manpreet 1st, aku 2nd, Tanoushini 3rd, Wan 4th. Lepastu lontar peluru. Aku dah pasti kalah kan , sapa taktau. =='

Lepas tu 400 meter. Ah yang ni aku lari tak bersemangat langsung sebab lenguh tangan lontar peluru. (?) Tapi cikgu ambik 7 orang untuk 400 meter. Aku tempat ke tujuh. Hmm not bad kan ? Eh perasan :D

Lompat jauh aku takmau try. Kaki sakit sangat. Terus singgah surau sembahyang Asar lepastu balik rumah. Malam tu tusyen pulak. Nasib baik kerja seni ja. Kalau ada banyak kerja aku dah malas nak pi sekolah Selasa tuh. =='

KRS pun tak seronok. Ikhwan takdak, Syaqib takdak, aku sedih dan bosan :'( Cikgu pun cikgu baru. Ustaz Halid tak habih habih laa cerita pasal PKBM. Tension aku dengar , kata nak kawad. Tapi hampeh :P

Audition debate aku tak dapat. Lagipun aku pi audition tu pun pasal Syamira ajak ja, sebelum ni mana aku berminat nak join. Aku gabra sikit. Kalau spontan memang otak beku macam ais. Berat macam batu, idea sikit. Aku suka tersasul. Sebab tu aku prefer menulis daripada bercakap. Aku suka tulis cerpen, novel dan yang seangkatan. Thats why aku tak kisah masa tak dapat join debate team tu. Tahniah Hafizah ^^ !

Aku tak pi pun pingpong haritu. Masa tunggu bas nak balik aku jumpa dia. Mula mula aku malas nak cakap dengan dia, tak dapat dinafikan aku masih marah gila bangang dan geram tahap karma dengan dia. Tapi aku dahaga ! Aku perlu duit nak beli air :') Tak pa aku pun mintak la kat dia :

Aku ; Weh hg cukup modal tak nak belanja aku ?
Dia ; Sat nak tengok
Aku ; Kalau tak cukup tak pa
Dia ; Nak berapa ni ? *Tak mesra nya . Aku sangat terasa fyi :'(
Aku ; Ada ka duit ?
Dia ; Hmm ada la 50 sen , ambik la
Aku ; Tenkiu
Dia ; Hmph , habis dah duit aku bagi kat hg
*Aku lebih terasa dari tadi. Rasa macam nak bagi balik ja duit tu.

Aku ; Hey ikhlas tak ni ?
Dia ; Ya la kot ?
Aku ; Malas layan hg

Tak mesra ? Mungkin dulu aku kisah. But now who cares .

Saturday, February 5, 2011

Logik tak?

Asalamualaikum. Hoh, pelik semacam gila bangang tajuk dia. Logik tak? Hahah, sengal. Okay okay, tak payah berkias lagi. *Cehh ayat!

Tatkala cikgu mengajar...

Aku - Macam biasa. Kalau BM tak tumpu langsung. BI cukup tumpu sebab Teacher Selva suka renung aku. Math terlebih tumpu kepada Puan Soon yang macam Barbie Doll. Sains pun tumpu jugak sebab Cikgu Siti Azura lawak gila gila! Agama pun macam biasa, aku rasa kesian dekat Ustaz Shukri yang baik hati lagi suci kalau aku tak tumpu. ==' KH macam hell ja. Aku sibuk gelak dengan Wan bersama sorang lagi yang sekepala, Dalia. Cikgu Najihah nampak terang-terang, dengaq jelas-jelas kami duk gelak dan sembang pasal lain. Dah la kami duduk sebelah dia ja, depan dia! Tapi dia terus menerangkan tajuk-tajuk elektronik yang memeningkan kepala. Sejarah mesti kena tumpu! Tak tumpu nahas kau dengan Cikgu Jumratiah! Geografi pun aku tumpu jugak sebab kesian pulok dekat Cikgu Azaha yang lembut ja :D

Wan - Manusia sebelah aku ni memang kuat berangan. Sungguh! Nampak ja tumpu sepenuh perhatian kat black board bak pelajar harapan sekolah tengah menimba ilmu tapi hakikatnya, fikiran dia kosong, zero macam kain putih! Tak tau la dia fikir apa tapi yang sure, bila aku panggil dia, reaksi dia mesti :

1) Hah apa dia?
2) Hmm...
3) Oh ya ya. Hmm pa hang cakap tadi?

Logik tak kalau aku kata kat dia Weh minah, hang pilih ja. Nak penyepak ka nak aku terajang hang ?

Aqil - Dia ni orang depan aku. Kadang-kadang aku rasa dia agak mengganggu sebab tatkala cikgu mengajar, sesuka hati mak bapak dia ja nak pusing belakang, cakap dengan aku atau Wan pasal benda yang tak dak kaitan dengan apa yang cikgu cakap kat depan! Contohnya macam :

1) Weh Wan satgi hang stay tak?
2) Aku dah beli handphone tu semalam!
3) Hang dah siap Math? Mai nak tiru.

Logik tak kalau aku cekik dia dan menjerit macam minah tiga suku Encik Aqil! Sila pusing depan!

Manpreet - Dia ni pun orang sebelah aku jugak, belah kiri. Tatkala cikgu mengajar, dia pun nampak macam tumpu tapi lepas habis cikgu mengajar dan tinggal kerja, dia suka :

1) Ehh Farhana, you dengar tak cikgu suruh buat latihan yang mana?
2) Hmm cikgu suruh buat apa? Nota ke latihan?

Logik tak kalau aku kata Sila tanya Wan. (?)

Tan Yu Wei - Makhluk ni yang paling menyakitkan hati. Dia dengan makhluk sebelah dia yang diberi nama Chung Shang Xinn tu tak habis-habis bercakap! Yes aku memang tak faham apa yang depa cakap tapi haram gila kuat suara depa. Cikgu yang kat depan tu dah berbuih asid mulut tegur depa dua. Aiseh! Macam tak berhasil ja sebab aku dengan Wan baru terperasan ada ahli baru dalam geng sembang depa tu! Sapa lagi? Tan Zi Kang yang lucah dan gatai tu la! Grrr :/

Logik tak kalau aku tikam depa sorang sorang lepas tu kata Taktau taktau sapa yang bunuh!

=='

:D

Wednesday, February 2, 2011

This is the ending guys! Part Two.

Lepas Farah kahwin dengan Qayyum, mula-mula depa tak bahagia sangat. Tapi lama kelamaan Farah rasa dah tiba masanya untuk dia kuburkan kisah cinta dia dengan Adryy dan bina hidup bahagia dengan Qayyum.

Tapi yang jadi masalahnya, semenjak dua menjak ni, Qayyum kerap sangat sakit kepala. Yang paling parah, mata dia selalu kabur dan bila dia pergi check, dia menghidap kanser mata tahap pertama. Sebab tu dia kena pakai cermin mata untuk mengelak mata dia daripada sakit. Awai-awai dia nak bagitau Farah tapi bila dia balik, Farah bagitau dia satu berita gembira yang dia takkan lupa. Farah mengandung anak dia! Bahagianya hati seorang bapa sampai terlupa tentang kanser mata yang dia hidap. Terus dia tak jadi begitau Farah, sebab takut Farah akan menangis. Dia dah banyak buat Farah menangis jadi kali ni dia berikrar pada diri dia, jangan biar Farah menangis kerana dia.

Akhirnya Farah tau jugak. Sebab penyakit Qayyum dah semakin kritikal. Qayyum takmau buat pembedahan sampai anak dia lahir. Sebab dia tau, kalau nak buat pembedahan, kena ada penderma. Ya, di sini munculnya si Era yang dah insaf selepas kena rogol dengan ayah sedara dia tu. Hah baru nak jadi alim kan minah ni? =='

Era sanggup buta demi cinta dia untuk Qayyum. Lepas beberapa bulan dia meninggal sebab eksiden. Amin. Anak Farah dengan Qayyum nama Adryy Qilash. Haha, habis dah cerita :D

Suka tak ? Kalau suka komen weh :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...