Tuesday, February 22, 2011

Pengenalan Gangster Gedik.

Salam.
Okay, Gangster Gedik ni tajuk untuk drama baru tu. Sekali lagi, drama ni akan bernaung di bawah FARHANA SENOI PRODUCTION SDN. BHD. Dan kali ini membawa penonton semua bertemu dengan dua direktor yang berjaya dan baru dalam persada seni ni :-

Wan Nurnisa Atikah Wan Ahmad dan Nurul Dalia Liyana Abdul Jamil !

Kiranya, Gangster Gedik ni karya aku bersama manusia berdua tu lah. Kami akan pastikan drama ni menjadi gempak segempak-gempaknya ! Hmm, drama Gangster Gedik ni sebenarnya bertemakan konflik kekeluargaan. Kenapa aku tak buat cerita cinta? Sebab ramai lelaki yang tak berapa suka kisah cinta ni. Its okay, aku betul-betul faham. Aku pun ada adik lelaki. Ngeh ngeh :D

Tapi ramai pulak budak perempuan yang nak kisah cinta. Sebab depa kata kalau aku tulis kisah cinta, bila baca jadi sweet like sugar. Hahha, merapu betoi. Aku ada selitkan sikit pasal kisah cinta, harap yang lain tak kisah nak baca.

Ini watak utamanya :

1) Tengku Difzad bin Tengku Fairuz
- Berketurunan Melayu-Inggeris, kulitnya cerah, mata redup berwarna coklat cair, bibir yang merah merekah, rambutnya pula berwarna coklat gelap yang semulajadi dan mempunyai tubuh badan yang tegap.
- Berasal dari keluarga yang kaya-raya tetapi tidak sombong. Dia tidak suka orang memanggilnya dengan gelaran Tengku. Hanya nama Difzad sudah cukup untuk mengenali dirinya.
- Gangster sekolah dan mempunyai banyak masalah disiplin. Namun pengetua sekolahnya tidak boleh mengeluarkannya dari sekolah itu kerana dia seorang murid yang berjaya di bidang pelajaran dan sukan. Tiada sesiapa yang berani mendekati Difzad hanya kerana dia menyandang jawatan GANGSTER SEKOLAH. Hanya tiga orang teman rapatnya yang setia.
- Sangat membenci ibu tirinya, Shaza Sulaiman.

2) Qia Sara Raisya binti Dato' Raziq
- Berketurunan Melayu asli, kulitnya cerah sekali, mata bundar yang cantik berwarna hitam pekat, bibir yang sihat dan merah, rambutnya mencecah pinggang sudah pasti di-rebonding-kan
- Juga berasal dari keluarga yang kaya-raya. Namun dia tinggal sendirian di sebuah banglo dan ditemani bibik-bibik yang sudah diupah ibunya supaya menjaganya. Ayahnya, Dato' Raziq, sudah meninggal dunia sejak dia berusia 6 tahun.
- Di sekolah dia seorang pelajar yang gedik, sangat gedik malah lebih gedik daripada direktornya.*Pembohong besaqq :P Sesiapa pun tidak berani melawan katanya. Qia sangat popular di kalangan pelajar lelaki.
- Sangat membenci Tengku Dalia.

3) Tengku Dalia binti Tengku Fairuz
- Berketurunan Melayu-Inggeris, wajahnya sangat mirip akan adik bongsunya itu,Tengku Difzad. Tengku Dalia merupakan anak sulung kepada Tengku Fairuz dan Daniella, seorang wanita Inggeris.
- Dia sangat popular di kalangan pelajar lelaki dan perempuan di sekolah swasta itu, tetapi sangat dibenci tahap karma oleh Qia Sara Raisya kerana jawatan Miss School telah jatuh ke tangan Tengku Dalia kerana Tengku Dalia merupakan anak emas para guru di situ.
- Tidak pernah membenci Qia Sara Raisya kerana dia tahu, Qia bukanlah perempuan yang jahat.

Watak sampingan :

1) Tengku Daniel bin Tengku Fairuz (anak kedua Tengku Fairuz dan Daniella)
2) Tengku Danish bin Tengku Fairuz (anak ketiga Tengku Fairuz dan Daniella)
3) Safia binti Suhaimi (rakan pengampu Qia Sara Raisya)
4) Hanina binti Ali (rakan pengampu Qia Sara Raisya)
5) Aidil, Izzad dan Amsyar (rakan baik Tengku Difzad)
6) Raja Nisa Natasha binti Raja Ahmad (kawan baik Tengku Dalia dan telah ditunangkan dari awal dengan Tengku Danish oleh pihak keluarga)

Sekian :D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...