Thursday, February 10, 2011

Sports and KRS and Debate and Pingpong =='

Hmm. Ohh Asalamualaikum :D
Minggu yang agak memenatkan. Pening kepala gila, berat sangat macam tembikai tua. Adoi, letih macam hell. =='

Isnin haritu ada latihan rumah sukan, aku la rumah sukan Syed Jan berwarna hijau dan orang panggil Syed Jan si Loser. Sebab selalu kalah. Tapi entah kenapa aku tak kisah sebab kami dapat kalahkan yang lebih loser, Raja Muda. Jangan marah eh ahli Raja Muda. :D

Alhamdulillah sempat habis semua acara hari Isnin tu. Mula mula pompuan semua kena buat 100 meter dulu. Lelaki pi lompat jauh. Cikgu panggil nama weh masuk track. Aku mula mula no hal laa. Tengok tengok cikgu panggil Manpreet sekali. Hadoi. Peluang nak menang 100 meter ni tipis beb! Aku tak boleh kalahkan Manpreet. Dia tu tinggi, kaki panjang, tenaga banyak, rajin exercise. Aku ni pendek (sedar diri rupanya) , kaki pendek, tenaga sikit, baloq liat nak exercise.

Masa 100 meter tu aku dapat number 2. Alah nasib ja kot ? Manpreet 1st, aku 2nd, Tanoushini 3rd, Wan 4th. Lepastu lontar peluru. Aku dah pasti kalah kan , sapa taktau. =='

Lepas tu 400 meter. Ah yang ni aku lari tak bersemangat langsung sebab lenguh tangan lontar peluru. (?) Tapi cikgu ambik 7 orang untuk 400 meter. Aku tempat ke tujuh. Hmm not bad kan ? Eh perasan :D

Lompat jauh aku takmau try. Kaki sakit sangat. Terus singgah surau sembahyang Asar lepastu balik rumah. Malam tu tusyen pulak. Nasib baik kerja seni ja. Kalau ada banyak kerja aku dah malas nak pi sekolah Selasa tuh. =='

KRS pun tak seronok. Ikhwan takdak, Syaqib takdak, aku sedih dan bosan :'( Cikgu pun cikgu baru. Ustaz Halid tak habih habih laa cerita pasal PKBM. Tension aku dengar , kata nak kawad. Tapi hampeh :P

Audition debate aku tak dapat. Lagipun aku pi audition tu pun pasal Syamira ajak ja, sebelum ni mana aku berminat nak join. Aku gabra sikit. Kalau spontan memang otak beku macam ais. Berat macam batu, idea sikit. Aku suka tersasul. Sebab tu aku prefer menulis daripada bercakap. Aku suka tulis cerpen, novel dan yang seangkatan. Thats why aku tak kisah masa tak dapat join debate team tu. Tahniah Hafizah ^^ !

Aku tak pi pun pingpong haritu. Masa tunggu bas nak balik aku jumpa dia. Mula mula aku malas nak cakap dengan dia, tak dapat dinafikan aku masih marah gila bangang dan geram tahap karma dengan dia. Tapi aku dahaga ! Aku perlu duit nak beli air :') Tak pa aku pun mintak la kat dia :

Aku ; Weh hg cukup modal tak nak belanja aku ?
Dia ; Sat nak tengok
Aku ; Kalau tak cukup tak pa
Dia ; Nak berapa ni ? *Tak mesra nya . Aku sangat terasa fyi :'(
Aku ; Ada ka duit ?
Dia ; Hmm ada la 50 sen , ambik la
Aku ; Tenkiu
Dia ; Hmph , habis dah duit aku bagi kat hg
*Aku lebih terasa dari tadi. Rasa macam nak bagi balik ja duit tu.

Aku ; Hey ikhlas tak ni ?
Dia ; Ya la kot ?
Aku ; Malas layan hg

Tak mesra ? Mungkin dulu aku kisah. But now who cares .

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...