Thursday, February 24, 2011

Sinopsis Gangster Gedik

Ini sinopsis nya :-
Konflik kekeluargaan yang melanda menjadi begitu rumit apabila generasi muda mencungkil rahsia segala-galanya.

Perjalanan hidup Tengku Difzad :-

Tengku Difzad seorang gangster. Ya, dia memang gangster. Banyak mangsa yang mengadu dibuli olehnya terutama para junior. Keluarganya cukup disaster. Ayah yang tidak pernah memahami, ibu tiri yang penyibuk dan entah dari mana asal usulnya, Tengku Daniel, abang yang tidak pernah puas hati dengannya malah sanggup membenci dirinya. Namun dia tetap ada Tengku Dalia, kakak yang sangat penyayang dan baik untuk menjaganya.

Di sekolah, dia tidak pernah tersenyum gembira. Hanya mata yang redup dan tajam itu lincah mencari mangsa. Dia tidak menghiraukan sesiapa kecuali tiga orang rakan baiknya.

Perjalanan hidup Qia Sara Raisya :-

Qia perempuan gedik. Cukup gedik. Setiap kali dia menunjukkan sikap angkuhnya, semua yang memandang pasti menyangka inilah contoh seorang anak yang terlalu bahagia di dalam hidup. Dilimpahi kemewahan secukupnya dan dijaga penuh prihatin oleh body guard sendiri. Qia sentiasa tersenyum gembira selepas menjadi sombong. The truth is, she's alone in life! Ayahnya sudah lama meninggalkannya, ibunya pula kerap menghilangkan diri entah ke mana. Dia tiada kakak, abang atau adik.

Setiap malam dia hanya mampu menangisi nasibnya. Kesedihan itu tiada siapa pernah cuba mengorek. Safia? Hanina? Semua yang berkawan dengannya hanya kerana harta!

Perjalanan hidup Tengku Difzad dan Qia Sara Raisya berubah serta merta apabila mereka bertemu. Bertambah disaster? Ya, pasti! Bayangkanlah bagaimana seorang gangster yang hensem tetapi ganas dan biadap bertemu dengan perempuan yang cukup sifat gediknya, ohh pasti huru-hara!

Apa yang pasti mereka tidak bercinta, sama sekali tidak. Hanya mencungkil rahsia yang selama ini tidak pernah dirungkaikan. Coming soon , Gangster Gedik.

Selamat membaca nanti :D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...