Friday, December 31, 2010

Happy New Year !

Hai hai :D

Uh sedar tak sedar, aku dah Form 3 tahun depan. Dan jangan lupa PMR menanti. Fuh tekanan yang agak dahsyat bila awal tahun ni mak aku kena charge dekat ward :'0

Haih dah dah. Aku tak buleh cakap pasai ni, satgi aku nengeh banjir keyboard :') Okay bermula tahun baru ni aku takmau dah terhegeh sana sini, gelak hareii punya kuat, tak ikut peraturan sekolah dan segala semua menda kureng baik untuk kesihatan. (?)

All I want to do in 2011 are :-

1. Jadi budak baik. Kemana saja mesti bawak buku sebagai teman. Al maklumlah calon PMR. *Semangat ja lebih aku rasa =='

2. Aku akan cuba cover mulut bila gelak. Tak la tertonjol gigi aku yang tak lawo tu dan lagi satu nampak la sopan ayu dan molek sikit untuk aku yang macam Pompuan Melayu Terakhir ni. *Lepas ni kalau jumpa aku sila tampaq :D

3. Aku tak bawak liquid paper kesayangan aku, handphone yang akan kembali dirampas selepas mak aku operation tukar injap dan sikat waktu pj. Alo aku pakai tudung oreng bukan nampak rambut serabut serabai semua tu. Kenapa dari dulu tak terfikir macam ni? Otak lembab bengap macam ni laa :')

4. Aku takmau bawak tudung hitam kecuali kalau rasa perlu. Jadi la budak yang dengaq cakap cikgu sikit, Jangan bawak tudung hitam sebab diharamkan di sekolah. Pakai tudung putih yang kosong atau tudung sekolah :')

5. Kerja sekolah kena siapkan di rumah. Haha kalau dulu kalut dok buat kat sekolah kerja BI sampai Wan penat laa beleter Okay hg buat apa kat rumah ? Semalam aku call kata tak busy tengok tengok ni tak siap lagi. Haihhhh :D Takpa Wan, tahun depan aku cuba siapkan di rumah. Takpayah bazir ayaq liur beleter kat aku dah. :D

6. Tumpu perhatian betui betui masa belajaq terutama time Geografi.

7. Ulangkaji pada waktu malam kalau rajen. *Aku rasa tiap tiap malam tak rajen XD

8. Jangan tidoq siang sebab nanti terlepas waktu Asar.

9. Tak buleh miss Spongebob kat Nickelodeon (taktau pukui berapa) dan kat TV9 pukui 5 petang. *Ini termasuk dalam PMR kan ? Hahah :D

10. Dengar cakap mak, jangan menjawab :D

11. Baca newspaper tiap hari atau tengok Buletin Utama 8 malam tuh sekurang-kurangnya empat kali seminggu supaya kepala hotak di update dengan news. *Selalu pukui 8 tu dah mula gatai tangan sentuh button on kat CPU =='

12. Jangan lupa minum susu pagi pagi dan cuba makan something sebagai sarapan. *Selalu kalau aku makan pagi pagi asyik muntah. Perut reject sarapan :D Kalau rehat pukui 9 pagi tu selalu hentam ayaq teh ais ja. Mana aku makan.

13. Beli siap siap food suply macam Wan untuk makan dalam kelas masa cikgu tak masuk. Sebab aku mula rasa lapar pukui 12 tengah hari macam tu :')

14. Buat kerja sekolah yang mana sempat dalam kelas masa pertukaran cikgu. Selalunya aku bergosip dengan Wan jaa. Tak pun pi hingaq depan kelas atau conteng papan hitam. Bila cikgu masuk kata taktau taktau anak sapa la conteng ni =='

15. Tunjuk muka baik dan comel depan budak Form 1. Err adakah aku comel ? =='

16. Rajin rajin kan la diri pi bertugas kat PSS supaya tak dapat surat amaran macam tahun 2010 ni. Huh aku taktau kenapa aku ni tak malu betui bila nama terpampang dekat papan kenyataan PSS tak datang perhimpuan sebanyak lima kali, tak bayaq yuran PSS bulanan dari bulan May sampai September, tak ganti bertugas petang dan pagi sebanyak tiga hari. *Fuh dahsyat kau Farhana :D

17. Jangan bukak mulut bila tengah dengaq budak laki cakap pasai apa apa sebab aku memang akan gabai. Tuu la dok menyampuk lagi, dah taktau dok senyap. Hahaa XD

18. Senyum elok elok masa ambil gambar untuk majalah sekolah. Pebetui tudung jangan bagi senget, check gigi kot kot ada cili ka apa dan paling penting ... pakai la lipbalm ! *Bibir aku memang sungguh kering tak bermaya =='

19. Kemas bilik selepas bangun tidoq. Aman sikit pemandangan bila balik sekolah tengok bilik macam heaven. *Okay ini tipu :D

20. Jangan tunjuk gedik depan Afif takut dia tak suka :D Jangan mengelamun kat Afif masa tengah belajaq Sejarah supaya pelajaran tak terganggu. Kalau nak mengelamun pun tunggu habis kelas pi jumpa dia teroih. Cakap Imissyou kalau berani. Kalau lagi berani cakap Iloveyou teroih. *Jangan baca yang ni, sumpah bangang =='

21. Masa sukan nanti amik acara lari batton 4 by 100 meter dan 100 meter pecut. Cuba untuk lari 400 meter sebab aku bukannya tak buleh. Haritu number empat, beza sikit ja dengan oreng number tiga tuh. Kalau usaha senaman dan semangat pasti boleh ! Go Syed Jan !

22. Berhenti makan makanan ringan dan mi segera yang hakikatnya amat menyelerakan =='

23. Try cepatkan langkah masa merentas desa nanti sebab tahun lepas (2010 laa) dapat number twenty something tau. Ish harei betui nak dekat dah. Geram aku grr !

24. Jangan mintak nak out sebelum jawab kertas ajaib PMR. Hahaaa :D

25. Jangan kutuk cikgu macam dulu. Kalau tak suka cara dia ajar kutuk dalam hati. Err kutuk jugak la kan ? *Bodohnya makcik ni =='

26. Pakai bedak sejuk sebelum tidoq. *Actually aku selalu lupa.

27. Ikut jadual sebelum tidoq untuk mengelakkan kalut di esok hari. *Buruk betui tabiat dia ni kan ?

28. Iron baju untuk lima hari teruih memandangkan baju sekolah aku sudah di upgrade ada lima helai :') Terharu pulok. Terima kasih mak :D

29. Sembahyang biar la penuh ya Cik Farhana. Jangan tidoq sampai terlepas waktu sembahyang.

30. Jangan cepat percaya dan menangis dengan apa yang berlaku. Siasat betui betui kalau sedih baru nangeh. Hahah *Ni pengajaran lepas kena tipu dengan Aqil sampai menangis teresak-esak. :D Terima kasih Aqil sebab bagi aku menangis untuk kali pertama dalam Form 2. (I think laa)

Okay cukup la sampai 30 jaa. Bak kata Syamira putuih jari tulis banyak banyak. Semua kat atas ni bukan la aku nak ikut sangat. Ada yang semangat saja lebih, bila bukak sekolah nanti semangat turun jadi seciput :D

Thursday, December 30, 2010

Dia hensem kan ?

Okay tajuk kedengaran macam pompuan yang stress takdak pakwe walaupun dia sendiri takmau ada pakwe. Hahah :D Saja jadi gatai sikit untuk post kali ni sebab aku memang gataiiii =='









Teruskan Farhana. Okay oreng pertama yang aku panggil hensem ialah ayah aku. Tadaa :-












Photo dari : Sayaa sendiri :)




Tak clear sikit gambar ni. Hensem tak ? Seksi tak ? *Merapu merapu ==' Haha takpayah la kutuk. Aku tau bukan hensem mana pun tapi tak salah kan puji bapak sendiri ? :D




Oreng kedua yang aku kata hensem ialah Afif ! Sirius laa dia kiut oh. Hensem pun ada. Dah la baik, pandai jaga hati pompuan pastu lawak ! *Okay aku tau ni senoi =='










Photo dari : Facebook Afif. *Woih Afif aku curi tau, halal nah ?



Comel kan ? Hensem kan ? Kalau tak, takpa. Aku tak kisah sebab lain oreng lain pendapat kan ? To me, dia memang kiutttttttt sangatttt ! Jangan tengok lama lama weh, tampaq satni =='



Huh sudah sudah. Aku ni kalau sembang pasai dia macam macam la puji. Dia pernah kata woi dah la satgi aku kembang ! Alo bukan pasai aku suka dia, aku puji dia macam hareii lagi. Dah tu hakikatnya, buat apa tipu pandangan sendiri right ?



Oreng ketiga ialah Bruno Mars ! Hensem gilo dia nih ! Aku paling suka lagu dia yang Grenade tuu. Kesian dia, pompuan tu mainkan cinta dia :') Tengok la lirik dia sekarang, macam nak nangeh ja. *Aku laa, oreng lain taktau la pulok =='






Photo dari : Google.


Sungguh kiut kan ? Suara dia top gilo, best dengar banyak kali :') Harap dapat jumpa dia satu hari nanti. *Hah bajet kaya la minah ni =='


Okay oreng terakhir. Haha see, bukan senang aku nak kata seseorang hensem dan comei. Oreng yang terakhir ni lagiii hensem :D



Kiut giloooooo ! Yes aku memang minat dengan dia. Kalau tengok spongebob, aku memang tunggu watak dia keluaq. Sebab dia lawak dan bangang sikit. Susah paham bahasa, kebudak-budakan, comel, cool macam aku ! *Okay sila tampaq aku :D

Oh okay. Aku nak pi serbu facebook aku. Kesian, notification selungguk. Biasa la oreng femes. *Bajet bajet bajet :P

Wednesday, December 29, 2010

Mommy .. :'(

Heyy.

Alo ni yang tak syiok ni. Mak aku kena pi Hosp Penang untuk operation. *Aku kureng tahu apa tujuan operation tu =='

Actually mak aku tunggu call hospital tu masa cuti dua bulan ni. Aish tengok tengok depa call time ni, suruh masuk ward 2 Januari 2011. Nasib kita sekolah 3 Januari. Hisy aku malas la nak jaga rumah. Nasib baik Abah tak jaga mak dekat hospital sebab nak jaga kami 3 beradik kat rumah.

Tapi hakikatnya, aku nak abah aku jaga mak aku kat hospital. Entah aku rasa mak lebih perlukan abah lepas operation, bukan kami. Aku dah 15 tahun, takkan satu benda pun tak reti buat. Belajar la sikit sikit, sampai bila nak harap mak kan ? *Wah statement insaf dari Nur Farhana Fazil ! XD Rakam rakam !

So tadi mak aku call Mak Adawiyyah untuk bagi kami semoa berhenti tusyen untuk Bulan Januari. Februari baru start. :'( Agak sedih tapi tak pa laa. Tadi aku usha dalam bilik, mak aku tengah sob sob sob :'(

Aku ; Alo mak ni jangan la menangeh. Takpa la, awal tahun lagi baguih. Kalau depa panggil hujung tahun nanti lagi kalut. Kakak dengan Afiq dua dua exam. Lagi busy, baik mak pi sekarang.
Mak ; Mak bukan apa. Tak syok la nak tinggal hampa awai awai ni.
Aku ; Lerr tak payah risau la. Abah kan ada.

*Actually aku nak cakap macam ni ; Takyah risau, kakak kan ada. Satgi mak aku balas camni pulok ; Hg tu buleh ka diharap ?! =='

Hisy, dah la. Berserah dengan takdir jaa :') Allah lebih mengetahui kan ?

Nak out nak out nak out :')

Hello :')

Huh mak aku sikit pun tak kisah dengan mogok aku. Bak kata Wan, kureng garam betoi. Mogok kenapa ? Okay berkumpul sekarang aku nak cerita. Hee :D

Tadi dalam pukul 5 petang macam tu laa, aku mintak permission adik aku nak on fb. *Bodohnya bila kena mintak permission nak guna komputer padahal ni komputer sendiri yg punya ==' Lepas tu tetiba ja rasa bosan semacam, raba raba muka. Ehh apa ni ? Bijik apa ni ? Kasarnyaa muka !

Teruih masuk dalam bilik untuk tenung cermin. Tiba tiba terpandang henpon kat ataih katil. Uh ? 3 miscalled ? Mula mula ingat takmau layan dah. Tapi bila tengok number ni macam kenai jaa. So tarik nafas check suara terus tekan button hijo. *Cehh sekarang tak kisah dah pasal kredit! Maklum la pakai line :) Tu yg buleh belagak suka hati nii.

See ? Kan aku kata aku kenai number ni. Kak Amal laa ! Okay ini sejarah percakapan aku dengan Kak Amal :-

Aku ; Ni sapo ni ?
Kak Amal ; Farhana eh ? Ni Kak Amal la.
Aku ; Ohh, Kak Amal kaa. Kenapa call ?
Kak Amal ; Besok free tak ?
Aku ; Tak kot. Ehh free. Ehh tak ! Awat pasepa ? *Teruk la aku ni =='
Kak Amal ; Macam ni, esok akak (masih muka normal), Kak Nabilah (masih muka normal), Syaqib (masih muka normal), Mad (masih muka normal) dengan Afif (mata teruih terbeliak, semangat pastu teruih berdiri!) ..
Aku ; Ya ! Nak pi mana ? *Senoi =='
Kak Amal ; Err nak pi VM, pukui 12 tengah hari. Buleh ?
Aku ; Hmm esok tu memang free tapi nanti Farhana confirm lain nah ?
Kak Amal ; Okey okey. Confirm esok pagi pun takpa. Harap Farhana buleh pi la sebab esok Kak Amal dengan Kak Nabilah ja pompuan.
Aku ; Alo haritu Farhana soreng ja pompuan keluaq dengan depa takdak pa pun. Hahah XD
Kak Amal ; Hahha XD Okey la, ni Afif kata kalau Farhana buleh pi, ajak Syamira sekali nah ?
Aku ; Pasti! Insyaallah ya. Bye.
Kak Amal ; Bye.

Itu keseluruhan perbualan aku dengan Kak Amal. :D Bila aku pi dapur mak aku tanya kakak cakap dengan sapo ? Aku jawab laa cakap dengan soreng akak senior ni. Depa ajak keluaq esok pi VM pukui 12 . Fuh tak dan aku tanya lagi buleh dak aku nak join , mak aku kata takpayah ikut laa ! Duk rumah ja tolong mak.

Hush aku ada la pujuk sikit sikit. Akhirnya kena lebih teruk jawapan mak muktamad ! Tak buleh tak buleh dan tak buleh !

Aku amik keputusan untuk mogok makan. Aish mak aku buat tak kisah jaa ? Alo mogok makan 30 minit ja sapo nak kisah ? ==' Ceritanya berakhir bila aku pi melantak bihun goreng yang ada bawah tudung saji :')

Okay sekarang nak pi text Kak Amal cakap sorry sebab tak buleh join :'( Bye.

Sekolah rendah dan menengah :D

Hey :)

Dulu dan sekarang, aku berbeza gilo. Tak sama langsung walau sikit. Okay sini sini berkumpul aku nak cerita :D

Time sekolah rendah :-

1. Aku tak pakai tudung.
2. Kalau out pun pakai shorts dgn t-shirt jaa.
3. Loqlaq lebih.
4. Gelak mmg tk boleh kawal. Sapa pon nk lawan kena makan Strepsils dulu, takut sakit tekak XD
5. Cukup tk malu. Hahahha ini mmg fakta. Fakta yg tepat dn benar. Penting dn bermakna. Ada sebab dn akibat. *Hasil baca Sejarah dan Kita semalam :D
6. Mmg mulut tempayan. Rahsia baik toksah cerita kt aku, buat lingkop jaa. Tk percaya, tanya member-member. Kesian depa :')
7. Kuat layan tv. Hisy cerita apa pun semua tengok, tk kisah bosan ka tk. Yg penting, masa terisi dgn tgk tv. *Sumpah aku bangang =='
8. Aura buat lawak sentiasa ada. Sampai oreng kata ; Weh Farhana hg pi dok jauh jauh. Satgi kerja aku tk jadi dok dengaq hg cakap jaa.
9. Aku tk layan soreng pun budak laki. Sungguh! Semua aku anggap kawan baik ja, langsung tk terfikir nk kapel. *Budak budak kan ?
10. Kalau oreng kutuk aku pun aku mesti kata ; Hah betoi ka ? Kureng asam betoi ! Biaq pi kat dia, tak guna lawan dengan oreng macam dia !

Time sekolah menengah ni :-

1. Aku pakai tudung dah. Start dari bulan March 2009.
2. Kalau out tu pikiaq dua tiga kali nk pakai baju ketat. *Insaf XD
3. Ke-loqlaq-kan aku dah kureng. Makin besaq makin reti bahasa. Baguih la kan ?
4. Dapat control gelak supaya tk kuat sangat. Sesuai dengan keadaan laa. Tapi kadang kadang tu terlepas jugak.
5. Entah bila dah besaq ni tau jugak aku nak malu kalau tertumpah kuah laksa sikit. Dulu kalau tumpah satu mangkuk pun still buleh kata ; Aku kisah apa ?
6. Aku buleh simpan rahsia, supaya tk mengaibkan oreng. Ya la tk baik kan ? Kesian member :)
7. Aku dah jarang tgk tv kecuali ada cerita bersiri yg best. Tu pun kdg kdg miss. Tk tringin pun nak cari alternatif nk tgk ulangan dia. Tanya oreng lain yg tgk sudah laa.
8. Aku rasa aku dah tak kelakar la sekarang. Macam biasa ja normal. Tk tau la kot kot ada lagi member kata aku still melawakkan. XD
9. Boleh kata layan jugak tapi aku layan yg aku suka ja. Terutama Pacikkk Afif ! Hahah :D
10. Kalau ada oreng kutuk aku sekarang, tk sah kalau tk balas. Mesti balas walau satu perkataan, Hareii !

Hahah :D Actually banyak lagi perbezaan. Tapi aku tulis sepuluh jaa. *Aku dah tk larat menulis. Okay sampai di sini ja. Aku nak tengok Sinetron Bukan Diriku kat Astro Ria. Best gilo cerita tu, aku suuuukaaa :)

Tuesday, December 28, 2010

Cinta Kita - episod dua belas :D

heyy :D
Aku baru balik dari Thailand. Hahah, ekspidisi mencari beg sekolah. Aku beli Levis, kaler merah. Dan semestinya bukan original. Ya la miskin kan ? Okeh sila baca episod 12. Mintak maaf sebab aku rajen lengahkan benda ni. Dah la nak dekat bukak sekolah dah. Dan aku tak sure boleh habeh dalam masa cuti ni jugak. Aku semakin busy dari hari ke hari. :’)

EPISOD DUA BELAS.

“Okey Qayyum cukup tak faham dengan abang ni. Kenapa beriya-iya nak ajak Farah tinggal di rumah kita?” Pertanyaan Qayyum cukup tegas apabila Qalishan menyatakan hasratnya ingin membawa Farah tinggal dengan mereka semula. Dato’ Zamri bagai tiada masalah, Datin Aisya pula bagai sudah bersedia menerima Farah kembali. Begitu juga dengan Aunty Rena. Kecuali Qayyum.

Qalishan hanya tersenyum mendengar kata-kata Qayyum yang dihamburkan kepadanya tadi. Kerana apa ? Kerana dia berasakan bahawa Qayyum tidak pernah membenci Farah. Jika ya, mana perkataan ‘perempuan’ yang Qayyum gelarkan kepada Farah ? Inilah peluang terbaik untuk menyatukan kembali adiknya itu dengan Farah.

“Aku rasa dia patut tinggal di sini. Kau patut rasa penderitaan dia Qayyum. Suami dia pergi ke rahmatullah. Siapa nak jaga dia? Mestilah kita sebagai keluarga angkat dia,” Qalishan memberi pendapatnya. Datin Aisya terus mengangguk setuju lalu dia menambah,

“Petang ni mama nak pergi pujuk dia. Mesti dia nak!”

“Mama sokong la anak kesayangan mama tu! Semua dia buat mama setuju. Papa pun sama! Seorang pun tak pernah faham apa yang Qayyum nak. Kadang-kadang Qayyum tak pernah rasa macam anak mama dengan papa tau tak?!” Ayat terakhir Qayyum membuatkan Qalishan terkejut. Adakah selama ini Qayyum tidak ikhlas memanggilnya abang? Qalishan selalu sedaya upaya membuat Qayyum berasa selesa tinggal di rumah ini, dia sentiasa mengalah dan menurut sahaja apa yang Qayyum suka.

“Kenapa kau cakap macam tu? Aku rasa kau ni dah lupa diri! Jadi selama ini kau tak pernah ikhlas ke anggap aku abang kau?” Qalishan meninggikan suaranya.

“Kalau aku kata ya macam mana? Memang aku tak suka dengan kau dari dulu lagi. Kau ingat aku tak tau apa yang kau buat belakang aku? Baru sehari kau balik Malaysia, dah kacau-kacau Farah. Kau ni memang abang tak guna,” Qalishan menggeleng kepalanya mendengar. Dato’ Zamri hendak memarahi Qayyum namun Qalishan sempat menahan.

“Come on Qayyum. Farah tu macam adik aku ja! Kenapa dengan kau ni? Ada masalah apa? Aku dah ada isteri. Aku sayang Nisa lebih dari aku sayang nyawa aku. Aku akan jaga dia sebaik mungkin sehingga akhir hayat aku. Aku takkan curang!” jelas Qalishan bersungguh-sungguh. Kalaulah Nisa berpeluang mendengar kata-kata suaminya sebentar tadi, pasti pengsan sehingga berdarah-darah hidung. XD

“Okey kalau macam tu kenapa dia perlu balik dan tinggal di sini? Kenapa kau beriya-iya sangat nak ajak dia? Penting ke Farah tu dengan keluarga kita? Dia bukan ada apa-apa pertalian pun dengan kita! Macam kutip anak jalanan!” Sebiji penampar singgah di pipi putih Qayyum. Tamparan itu daripada Datin Aisya. Sungguh mengejutkan semua yang ada.

“Jangan nak kurang ajar, mama tak pernah ajar Qayyum cakap macam tu! Kalau nak ikutkan, Qayyum la anak jalanan! Selama ni mama rasa betul merahsiakan perkara ni daripada Qayyum supaya Qayyum tak tersisih berada dalam rumah ni. Tapi apabila melihat perkara yang terjadi hari ni, mama salah besar! Mama tak sangka Qayyum boleh bongkak, lupa diri kerana harta yang ada,” suara Datin Aisya mula mengendur. Matanya sudah berkaca-kaca dan bertukar merah memandang Qayyum. Qayyum diam tanpa bicara.

“Farah memang bukan keluarga kita tapi papa bangga akhlak dia lebih terpuji daripada kau! Ya, kau memang bukan anak kami. Berat hati aku nak cerita semua ni tapi kalau aku tak cerita rasanya kau takkan pernah sedar,” Dato’ Zamri memegang kedua-dua belah bahu isterinya dan menyuruh isterinya bertenang.

“Kami jumpa kau dengan seorang lelaki tua di bahu jalan. Kami percaya lelaki tu ayah kau sebab dia nak sangat anak dia hidup bahagia. Dia kata dia dah tak ada hala tuju hidup tapi dia taknak anak dia pun hidup menderita macam dia. Jadi dia bernekad untuk meninggalkan kau di situ tapi Qalishan yang baru umur 5 tahun keluar dari kereta. Dia cakap jangan la tinggal baby kat sini. Kesian nanti hujan baby sejuk. Dia pujuk papa dengan mama bawak kau balik sebagai adik dia,” Dato’ Zamri mengelap air matanya yang mengalir. Mata Qayyum sudah menjadi merah dan berkaca-kaca. Seketika selepas itu, dia menangis tersengguk-sengguk sambil duduk melutut.

“Macam mana kau boleh kata Qalishan ni abang tak guna? Hei kau ni fikir pakai otak ke tak?” Dato’ Zamri menunjal kepala Qayyum dengan kasar. Qayyum hanya diam tanpa bersuara. Qalishan menahan tangan ayahnya dari terus menolak kepala Qayyum.

“Sudah la papa. Jangan seksa Qayyum macam ni. Kita …,” Belum sempat Qalishan menghabiskan ayatnya, Qayyum bangun menuju ke pintu depan dan terus mencapai kunci keretanya. Pintu depan dihempas kuat sekali dan selepas beberapa minit deruman enjin keretanya lesap.

Di apartment Farah…, *automatic jadi apartment Farah. Hahaha XD

Farah yang sedang mengelamun jauh terkejut mendengar pintu apartmentnya di ketuk dengan kuat. Selepas itu pintu tidak berdosa itu di tendang pula. Farah bingkas bangun. Siapa la manusia yang tak sabar-sabar ni. Nak bagi pintu kesukaan aku roboh ka?, keluh Farah. Dia membuka pintu depan itu.
“You? Nak apa ni? Ketuk serupa nak bagi roboh?” marah Farah. Terkejut dia dengan kehadiran Qayyum yang tidak disangka-sangka.

“Apa I kisah. Ikut I sekarang!” Qayyum terus menarik lengan Farah. Farah tidak berdaya melepaskan dirinya dari genggaman Qayyum. Tenaga wanitanya tidak mampu menolak Qayyum apatah lagi dia sekarang berbadan dua.

Farah ditarik kasar masuk ke dalam kereta Lamborghini mewahnya.

“Hei you nak bawak I pergi mana ni?” keras suara Farah. Pelik benar tingkah laku Qayyum kali ini.

“Diamlah! Bising tau tak!” Hanya itu yang keluar dari mulut Qayyum. Dia terus memandu dengan laju, selaju yang mungkin. Farah mula seram sejuk melihat Qayyum memandu begitu laju. Pada pandangannya, muka Qayyum yang merah itu menandakan dia sedang marah. Baran dia sudah sampai di tahap maksima namun Farah masih tidak tahu sebabnya.

“You marah dengan siapa ni? I? Qayyum, berhentikan kereta ni! Kalau you memandu dalam keadaan marah, banyak perkara buruk boleh berlaku!” Farah menjerit di muka Qayyum. Dah la dia bawak aku entah kemana lepas tu pandu pulak laju-laju. Dia ingat aku ni patung ke takdak perasaan takut, desis Farah kecil.

Qayyum masih tidak menoleh ke arah Farah apatah lagi menghentikan keretanya. Malah dia memandu semakin laju daripada sebelumnya. Farah sudah naik angin. Muak dia dengan sikap panas baran Qayyum. Farah yang sudah tidak terkawal itu menolak tangan Qayyum yang memegang stereng, lalu dia memusingkan ke arah lain.

Mereka berebut dengan teruk di dalam kereta itu sehingga tidak tumpu di jalan raya. Keadaan pemanduan sudah tidak terkawal dan kedua-dua mereka malah lebih teruk bergaduh. Tiba-tiba tanpa mereka sedari kereta Qayyum itu menghalang sebuah lori yang besar di jalan. Farah yang terpandangkan kelibat lori itu sempat menjerit sebelum kereta Qayyum merempuh penghadang jalan dan terperosok ke bawah lori itu.

Farah yang bertubuh kecil dan ringan terus terpelanting keluar menembusi cermin kereta di hadapan. Cermin kereta hadapan itu pecah semuanya.Tubuh kecilnya dipenuhi darah dan dia dalam keadaaan separuh sedar. Seketika kemudian dia terasa ada cecair mengalir di celah pahanya dan matanya terus terpejam.Manakala Qayyum parah di bahagian kepala akibat terhantuk, kakinya terperosok di bawah lori. Dia tidak sedarkan diri.

Di banglo tiga tingkat itu…

“Farah tinggal la di sini nak.,” pujuk Datin Aisya sambil memeluk erat foto Farah yang ada dalam simpanannya.

“Qalishan, pergi cari adik kamu tu. Papa..,” Qalishan terus memotong percakapan ayahnya,

“Papa.. Qalishan rasa he needs time. Berilah dia peluang untuk berubah pa. Jangan paksa dia,” ujar Qalishan lemah. Dia masih terkesan dengan kata-kata Qayyum dimana Qayyum tidak menyukai dirinya sejak dahulu lagi.

Dato’ Zamri masih menenangkan Datin Aisya. Qalishan pula terduduk lemah di samping ibu saudaranya, Aunty Rena. Tiba-tiba Datin Aisya bersuara,

“Qalishan.. Call Arash. Tanya dia ada tak Qayyum pergi rumah dia? Mama risaukan Qayyum jugak,” Qalishan yang mendengar memandang Dato’ Zamri. Dato’ Zamri mengangguk setuju. Qalishan mengeluarkan telefon bimbitnya lalu nombor Arash didail secepat mungkin.

“Asalamualaikum. Ada apa call ni ?” Kedengaran suara Arash di hujung talian.

“Aku nak tanya adik aku ada pergi rumah kau tak ?”

“Tak ade pulak. Kenapa ? Kau bergaduh dengan dia ke ?” Ternyata tekaan Arash tepat.

“Ada la masalah sikit. Hmm kau boleh tolong aku tak ? Cari dia kat mana-mana boleh ?”

“Insyaallah lagipun aku tak ada kerja sekarang,”

“Terima kasih. Family kami risau la, dah nak dekat pukul 12 malam ni dia still tak balik,”

“Okey nanti aku try cari,” Qalishan mengangguk lega mendengar persetujuan Arash. Begitu juga Datin Aisya, Dato’ Zamri dan juga Aunty Rena.

Apakah yang akan terjadi nanti? Dapatkan Farah menerima bahawa anaknya bersama Adryy sudah tiada? Bagaimana pula dengan Qayyum? Adakah dia akan berasa bersalah terhadap Farah? Saksikan segalanya dalam episod akan datang !

EPISOD AKAN DATANG…

“Aku tak kenal siapa kau! Pergi!” Bergema jeritannya di situ…

Monday, December 27, 2010

Tak sukaa :(

Heyy :)
Okay ini cuma iklan sementara untuk tunggu episod 12 siap. Fuh tak larat aku nak tulis. Haish ingat senang ka? *Okey tak payah kisah sangat sebab ni masalah aku ==" Lama aku tak tulis bebas kan? Aww I miss this moment :D Okey sekarang cakap pasal benda siapa apa yg aku taksuka gilo!

1. Aku tak suka dengan orang yg cakap besaq. Buat macam dia ja yg ada benda bagoih, aku takdak. Sebab tu kalau aku sembang dgn oreng yg cakap besaq, aku suka besaqkan benda yg aku ada. Takpaham? Macam ni ;-

Dia : Syok gila kami pi shopping Midvalley semalam!
Aku : Oh.. Kami pon pernah pi. Beli macam macam, Blackberry pon kami beli!

Padahal Blackberry pun ayah aku tk bagi sentuh tau! Hahah ini memang kejam hipokrit tapi ni la aku. Biaq la dia nak terasa.

2. Aku tak suka menyidai kain baju etc etc. Sirius aku malaih gilo nak buat kerja ni. Kalau suh yg len tkpa asal jgn sidai baju. Ish segan la oreng tengok aku yg lawo lawo duk menyidai kain pakai shorts dgn t-shirt labuh :') *Perasan perasan :P

3. Aku tak suka dgn org yg mengungkit. Dak, kalau ungkit benda hat lawak dan kiut ja untuk tatapan masa besaq tkpa jugak. Ni pi ungkit hat seluaq telondeh la apo la. Buat malu keturunan betoi, dah tu ungkit depan crush aku. Huh memang kena semboq teruih la kawan aku soreng ni. Kesian dia tapi nak buat macam mana, aku patut lebih dikasihani weh!

4. Aku tak suka ikan. Apa jenis ikan pun aku tak sentuh kecuali ikan sardin. *Ikan sardin tu ikan jugak kan? ==" Jadi aku bertekad takkan masak apa pon masakan yg guna ikan. Geli gilo gilo. Busuk pulak tu. Haish, anak dara zaman sekarang.. =="

5. Aku tak suka bila org tulis apa apa yg macam ni ;-

Bwat apew tuee ? arquwh nx joinx leyh xx???

Sumpah geli. Lebih geli daripada ikan tu. XD Macam melebih lebih pulok. Guna la bahasa yg betoi sikit. Bahasa jiwa bangsa bro!

6. Aku tak suka layan oreng oreng yang kacau number aku. Kalau depa miscall ka apa aku buat taktau dah la. Kalau betoi dia nak cakap benda penting dengan aku, mesti dia akan call balik satgi. Kalau tak call dah tu memang hasrat dia nak kacau la tu. Hoi buang kredit la kacau minah macam aku ni ! Takkan balas punya ! Pi kacau minah minah rempit hat duk kat kedai topup baru jalan !

7. Aku tak suka bila ada oreng salah tekan number kita. *Ni related dengan yg number 6 tu. Aish, kalau aku kta wrong number tu troih depa letak takpa. Ni ada jugok yg tkpaham bahasa ;-

Mamat ; Boleh cakap dgn Sheela ?
Aku ; Sheela ? Ah sorry la wrong number ni.
Mamat ; Hah ? Bukan Sheela ke ?
Aku ; Bukan... *dah nak tekan button merah tetiba dgr dia cakap something.
Mamat ; Tapi haritu dia bgi number ni kt saya ?
Aku ; Salah tekan kot. Ni bukan Sheela laa..
Mamat ; Pastu kalau bukan Sheela, ni sape ek? *Suara gataii

Aku terus letak. Hareii betoi dah la tak paham bahasa buleh dok mengorat lagi. Tampaq satni.

8. Aku tak suka bila ada oreng kutuk kawan kawan baik aku dan crush aku dan semestinya adik beradik aku serta parents aku. Yes aku tau setiap oreng berbeza pendapat tapi ini la aku. Aku tak boleh tahan telinga dengaq semua yg aku sayang kena semboq habeh. Tak pasai pasai satgi aku pi mengamok takdak hala tuju XD

9. Aku tak suka bakaq diari lama lama. Sebab itu kenangan, semoa memori kita catat kt situ kenapa kena bakaq? Berikut adalah temu ramah aku bersama mak aku ;-

Wartawan Farhana ; Kenapa Puan Fazilah suka bakar diari lama lama dan surat surat?
Puan Fazilah ; Sebab mak tak suka laa simpan. Satu sebab buat penoh stok, dua sebab tkpa walau kita bakaq pon, semua dh terpahat dlm ingatan kita.
Wartawan Farhana ; Kalau Puan Fazilah lupa?
Puan Fazilah ; Ada di hati. Sat yg hg ni pasepa dok panggil mak macam ni. Tak mau mengaku mak sendiri ka?
*Serta merta gambaran wartawan tadi hilang.
Aku ; Alo mak ni nak melawak pon tak boleh =="

10. Aku tak suka sangatt laptop sebab aku rajen bagi masuk virus. Aku lebih sayang komputer.

11. Aku tak suka hantar greetings apa apa pakai text jaa. Tak syok sebab nanti memori penuh kena delete. Kalau yg biasa biasa takpa tapi kalau yg lawo lawo tu sayang la nak delete. Sebab tu aku suka kad! Boleh simpan berkurun kurun pun tak kisah :')

Friday, December 24, 2010

Cinta Kita - episod sebelas :D

Heyy :)
Episod 10 ramai orang tak baca lagi tapi takpa la. Aku post ja episod 11. Harap aku tak cepat sangat ya? Sebab esok aku nak pi Penang. Hee :D

EPISOD SEBELAS.

“Hah Azrul? Macam mana? Budak tu dah mati?” Azrul iaitu anak buah kekasih Alia mengangguk laju.

“Dia mati bos! Isteri dia pengsan lepas tu doktor bawak pergi,” Mendengar kata-kata Azrul, Era terus ketawa terbahak-bahak.

“Kau takkan tinggal hospital macam tu je? Tak check ke kenapa dia pengsan?” Alia bertanya tiba-tiba. Era dan kekasihnya hanya menggeleng melihat sifat bodoh Alia.

“Mestilah dia terkejut! Tak dapat terima kenyataan! Apalah aunty ni. Perkara yang mudah pun tak boleh nak fikir!” Era mendengus kecil.

“Pengsan itu umum. Yes mungkin dia terkejut tapi mana tahu dia pengsan sebab lain? Azrul kau pergi tengok lagi,” arah Alia. Namun kekasihnya sempat menahan Azrul dari pergi ke hospital semula.

“Kenapa dengan you ni? Pelik betul I tengok you sejak Adryy mati?” tanya kekasihnya.

“I bukan apa. Farah pun boleh merosakkan rancangan kita,”

“Perempuan selemah dia? Apa yang dia boleh buat? Yakinkan Qayyum yang dia diperangkap pada malam itu pun tak mampu, ada hati nak gagalkan rancangan kita. Aunty ni boleh berfikir ke atau otak aunty dah berhenti berfungsi?” Tajam kata-kata Era. Alia menjadi baran.

“Yang kau sibuk-sibuk kenapa? Aku pun ada peranan penting dalam rancangan ni, aku tahu apa yang aku buat!” Tempelak Alia. Era merengus marah.

“Apa yang aunty buat tu boleh memusnahkan lagi rancangan kita! Kalau Azrul pergi ke hospital berulang kali, orang akan sedar dengan sikap dia mencurigakan tu. Dah la kematian Adryy dikategorikan bukan kemalangan, aunty nak Azrul kena tangkap ke?” Jelas Era. Lelaki separuh umur itu mengangguk setuju. Alia yang sudah merajuk masuk ke dalam bilik. Pintu bilik dihempas kuat.

“Kenapa dengan Aunty Alia ni?” Era yang marahnya mula mengendur duduk di sofa.

“Ala, dia biasa macam tu. Dah jangan peduli. Nanti dia okey la tu. Okey apa rancangan seterusnya?”

Di hospital…

Farah membuka matanya perlahan-lahan. Dia memandang sekeliling. Hmm ini pemandangan hospital.

“Puan Farah dah sedar?” seorang jururawat masuk ke dalam wad itu bersama seorang doktor wanita.

“Puan Farah, saya Doktor Hana. Semalam suami saya Doktor Hafiz memberitahu saya bahawa puan pengsan di pintu Unit Rawatan Rapi. Puan ingat?” Doktor Hana cuba mengembalikan ingatan Farah. Farah mengangguk lemah.

“Macam mana dengan jenazah suami saya?” Mata Farah berkaca-kaca. Doktor Hana mengambil tempat di sebelah Farah. Dia menepuk bahu Farah perlahan-lahan.

“Pagi tadi seorang lelaki dan wanita datang mengambil jenazah suami puan. Wanita itu bernama Alia. Puan kenal ke?” tanya Doktor Hana. Farah mengangguk sebelum berkata,

“Alia ibu suami saya,” Doktor Hana tersenyum kepada Farah.

“Baiklah puan. Kalau puan dah rasa sihat sikit, boleh inform saya. Jaga kandungan puan baik-baik ya,” ujar Doktor Hana. Farah kaget. Kandungan? Cepat-cepat dia menahan Doktor Hana.

“Kandungan? Maksud doktor?” Farah keliru. Doktor Hana ikut terkejut.

“Puan tak tahu ke puan mengandung? Dah masuk minggu ke-4,” ujar Doktor Hana selamba. Farah menggeleng.

“Betul ke puan tak tahu sebelum ni? Takkan tak ada tanda?” aju Doktor Hana lagi.

“Tak ada pula. Haid saya memang lambat datang jadi saya tak kisah sangat,” Mendengar jawapan Farah, Doktor Hana terus menggeleng.

“Lain kali jangan buat tak kisah. Bahaya. Okey lah saya keluar dulu. Puan berehat ya,” pesan Doktor Hana. Selepas beberapa minit Doktor Hana berlalu, Farah menitiskan air matanya.
“Adryy… Macam mana Farah nak jaga baby ni seorang diri? Farah tak kuat, Farah perlu abang… Kenapa abang tinggalkan Farah..,” lirih suara Farah sambil menangis teresak-esak. Sementara itu, Farah tidak sedar yang ada seorang manusia yang sedari tadi mendengar perbualannya dengan Doktor Hana.

Era mengenggam tangannya geram. Jadi Adryy sempat meninggalkan zuriatnya? Tidak mustahil Farah bangkit menuntut kematian Adryy.

“Aku tak kan biarkan dia dan anak dia hidup!” Era berteriak kuat di dalam hatinya. Dia tidak puas hati selagi Farah hidup di muka bumi ini. Jika Farah masih ada, Qayyum sudah pasti tidak menjadi miliknya.

Aku kena beritahu Aunty Alia dengan pakcik, desis Era kemudian dia cepat-cepat beredar dari wad yang Farah ditempatkan.

Petang itu di kawasan perkuburan…

Farah menyiram air ke pusara Adryy. Kemudian dia duduk bersimpuh di tepi pusara suaminya, Surah Yasiin mula dibaca.

Selepas habis membaca Surah Yasiin, dia memeluk batu nisan di pusara Adryy. Sekali lagi dia menangis…

“Macam mana Farah nak hidup tanpa abang? Farah minta maaf bang… Farah tak sangka jadi macam ni.. Kenapa abang tinggalkan Farah..Farah masih perlukan abang. Bangun la abang…,” rintih Farah perlahan walaupun dia tahu Adryy tidak mungkin bangkit lagi. Adryy sudah tiada, Adryy pergi meninggalkannya.

“Farah…,” tiba-tiba terdengar satu suara menegurnya dari belakang. Farah menyeka air matanya di pipi dan terus menoleh.

“Abang Qalishan?”

Qalishan hanya mengangguk. Dia duduk di sebelah Farah.

“Abang baru dapat berita kematian Adryy. Mama dengan papa tak ada kat rumah jadi abang aje yang melawat. Farah sabar ya. Kuatkan semangat,” ujar Qalishan. Dia menghulurkan sapu tangan kepada Farah. Farah tidak menyambut huluran Qalishan.

“Dah nasib Farah macam ni bang. Takpa la. Farah balik dulu. Abang pun pergi la balik,” kata Farah.

“Farah balik naik apa? Drive ke?”

“Tak. Teksi je. Kereta rosak,” jawab Farah acuh tidak acuh.

“Abang hantar Farah balik?”

“Tak apalah abang. Farah dah call teksi tu. Abang balik la. Kirim salam Farah pada mama dengan papa,” Farah terus menunggu di seberang jalan. Selepas beberapa minit menunggu, teksi yang ditelefon datang menjemputnya. Setelah pasti Farah betul-betul selamat di dalam teksi itu, barulah Qalishan menaiki keretanya.

Risau juga kalau-kalau terjadi apa-apa kepada Farah. Malam ini dia harus memberitahu ibu bapanya mengenai Farah. Pasti ibu bapanya akan setuju jika Farah diajak tinggal di banglo mereka lagi.

Pada malam itu…

“Jadi Farah mengandungkan cucu aunty?” Alia bertanya. Nada suaranya seperti seorang nenek yang gembira kerana akan mendapat cucu. Era menjadi pelik dengan sikap Alia.

“Aunty ni kenapa? Macam seronok aje?” Era memandang ayah saudaranya yang setuju dengannya.

“Yalah. You ni kenapa? Suka ke yang Farah tu mengandungkan cucu you?” Lelaki separuh usia itu.

“Taklah… I tak rasa apa pun,” sembunyi Alia. Hakikatnya, dia benar-benar gembira, seronok dan bangga. Bagai sudah lupa semua dendamnya kepada Maesya dan Khuzairi. Dia bangga kerana akan mendapat cucu. Ikutkan hatinya, mahu sahaja dia memeluk Farah sebagai menantu dan menjaga Farah serta bayi di dalam kandungan Farah itu.

Namun dia terperangkap dalam dendam yang tidak berasas ini. Dia benar-benar menyesal kerana mencipta dendam yang gila ini. Maesya tiada salah dengannya. Hanya dia yang cemburu buta. Sejak zaman kolej lagi, Alia mencintai Khuzairi. Namun kehadiran Maesya sebagai salah seorang pelajar baru di institut itu mengubah segalanya.

Akan tetapi Maesya tidak pernah menyakiti Alia. Hanya Alia yang berhati jahat, bersifat pendendam. Akhirnya Maesya dan Khuzairi mati. Dan kini anaknya, Adryy juga mati. Semua kerananya!

Adakah Alia akan insaf? Bagaimana pula dengan reaksi Era dan kekasih Alia? Mampukah mereka menerima Alia yang separuh berubah itu? Mungkinkah Qalishan mencintai Farah memandangkan dia begitu mengambil berat? Temui segalanya dalam episod akan datang!

EPISOD AKAN DATANG…

“Farah tinggal la di sini nak.,” pujuk Datin Aisya…

Wednesday, December 22, 2010

Cinta Kita - episod sepuluh :D

Heyy :)
Huh baru episod 10. Aku ni lembab sikit kalau nak tulis, kena ikut mood. Kalau aku tak post lagi tu maksudnya mood aku takdak. Mood aku mempengaruhi jalan cerita sama ada menarik atau tak. Kalau kureng menarik tu, maksudnya aku takdak mood dan idea tak dak dalam otak. Okeh! Ini episod 10 =)

EPISOD SEPULUH.

Sebulan kemudian…

“Hei Alia! You ni dah jalankan tugas you ke belum?!” Sekali lagi Alia ditempik kekasihnya itu kerana gagal membuat Adryy menurut cakapnya. Alia tunduk memandang lantai.

“Bukan I tak cuba, tapi tak berhasil. Adryy…,” belum sempat Alia menghabiskan kata-katanya, lelaki itu memotong,

“Lagi-lagi pasal anak you yang degil tu! You ni kadang-kadang je pandai tapi kadang-kadang lembab! Tak boleh nak fikir penyelesaian yang mudah!” sembur lelaki itu. Alia tidak berani melawan.

“Singkirkan anak you dari rancangan kita! I taknak sebab budak mentah tu, semua rancangan kita gagal, musnah,” Akhirnya lelaki itu berkata-kata selepas 15 minit berdiam diri.

“Maksud you? Jauhkan diri I dari dia?” Alia membuat muka berani lalu memandang kekasihnya.

“Setakat jauhkan diri, anak you masih bebas membuat laporan polis atau cari bukti yang boleh sumbat you dengan I masuk penjara. You kena bunuh dia,”

“What?! He’s my son! My only son!” Alia menjerit tidak setuju. Lelaki itu mula baran dengan sikap Alia.

“You nak selamat ke tak?! Jadi you nak menyerah diri? Mana semangat you ni, tak ingat apa yang Maesya dan Khuzairi buat pada you dulu? Mana dendam yang selalu membara di diri you?” Bertubi-tubi soalan yang lelaki itu ajukan kepada Alia.

Alia terdiam seketika. Akhirnya dia setuju untuk menyingkirkan Adryy. Atas persetujuan Alia, lelaki itu terus merancang dengan anak-anak buahnya tentang satu lagi pembunuhan yang licik akan dilakukan sebentar sahaja lagi.

Alia hanya membisu di satu sudut rumah usang itu. Sebenarnya dia masih tidak pasti dengan keputusannya membunuh Adryy. Adryy merupakan anak kandungnya. Selepas suaminya meninggal, hanya Adryy setia menemaninya. Sehinggakan rancangan membunuh Maesya dan Khuzairi juga berjaya kerana Adryy. Adryy sanggup melakukannya kerana dendamnya. Tapi sekarang hanya kerana Adryy tidak mahu menurut arahannya lagi, dia harus membunuh anak kandungnya itu sendiri?

Di banglo tiga tingkat itu…

Nisa meninggalkan banglo itu dengan perasaan yang agak sedih. Dia terpaksa balik ke UK kerana ada sesuatu telah berlaku dengan syarikat modelingnya. Masalah bertimbun di sana menyebabkan dia tidak dapat tinggal di Malaysia begitu lama. Lagipun keluarganya yang tinggal di sana sudah banyak kali bertanya bila dia akan pulang UK.

“I’m so sorry sayang. I tak dapat ikut you balik rumah kita. I ada hal sikit kat sini. I janji bila hal syarikat ni dah selesai, I balik sana,” Qalishan berat hati ingin melepaskan isterinya ke UK seorang diri. Dia tidak dapat mengikut kerana terpaksa menguruskan hal syarikat di sini sementara Qayyum outstation ke Singapura selama dua bulan. Dia berlepas sebulan yang lalu. Bermakna ada lagi sebulan sebelum Qayyum pulang ke tanah air.

“Tak pe la. I tahu you ada urusan sini. Papa dah cakap. Nanti bila you nak datang UK, call I tau. I boleh jemput kat airport,”

“Insyaallah. Flight you pukul berapa ni? Jom la I hantar. I’ll miss you sayang,” Nisa tersengih kecil melihat suaminya. Mereka pun keluar dari banglo mewah tiga tingkat itu ke KLIA.

Petang itu…,

“You makan kek pandan tak?” Tiba-tiba Adryy bertanya kepada Farah semasa dia sedang bersiap ke bengkel Faris.

“Kek pandan? Tak, I tak suka. Kenapa ni?” Pelik pula Farah jadinya. Takda angin, takda ribut tiba-tiba tanya pasal kek pandan. Dah la aku dari dulu kalau tengok kek pandan mesti nak muntah, gumam Farah.

“Tak adalah. Kalau you suka, I nak beli lepas balik kerja nanti. Lepas tu you nak kek apa?” Adryy mendekati Farah lalu duduk di birai katil.

“You ni kenapa tiba-tiba tanya nak makan kek apa? I tak nak kek la. Lagipun tadi perut I tak selesa sikit. Pagi tadi pulak muntah-muntah,” ujar Farah perlahan.

“Ermm sengaja la I nak beli kek. Hari ni kan I dapat gaji. You muntah? You sakit ke?” Adryy semakin risau meninggalkan isterinya.

“Ah sakit la. Apa kata you duduk rumah hari ni?” Adryy mula menggeleng kepala apabila mendengar permintaan Farah. Hisy dia ni. Mesti sakit olok-olok taknak bagi aku pergi kerja, gerutu Adryy sambil tersengih-sengih.

“You sengih kenapa? Lawak sangat ke permintaan I tu? Boleh ya, you duduk rumah? Please,” Farah membuat muka kesian. Adryy terus meledakkan ketawanya.

“Tengok you ni! Gelak pulak! Kenapa?” Farah geram apabila suaminya tidak menjawab pertanyaannya.

“Takde la you ni macam budak-budak la. Please Farah, I pergi kerja, bukannya dating. Lagipun I dapat gaji harini, nanti you jugak nak beli barang kat dapur tu. Hah lepas tu, duit yang you guna pergi shopping dengan Nisa dan Amy tu, duit siapa? Duit I tau!” Adryy masih ketawa. Entah apa yang sungguh lucu, Farah pun tidak tahu.

“Ya la. Tapi harini I tak sihat..,” Adryy mencuit dagu isterinya sebelum berkata,

“Ala. Tak sihat mana? Okey je jerit-jerit kat I tadi? Keluar bilik air masih boleh nyanyi lagi?” Farah mencebik.

“Okeyla. I pergi dulu. Asalamualaikum sayang,” ujar Adryy dan kemudian dia mencium pipi Farah. Farah menyalami tangan suaminya. Adryy baru sahaja memulas tombol pintu, Farah memanggilnya.

“Ada apa lagi?” Adryy menoleh.

“Takda apa. Saja,” Farah terus menggeleng. Adryy tersenyum. Selepas seketika, terdengar bunyi deruman enjin kereta Adryy hilang. Farah yang masih di dalam bilik tidak dapat menyedapkan hatinya. Entah mengapa berat hatinya melepaskan Adryy pergi kerja pada hari ini. Seperti ada sesuatu akan menimpa suaminya. Farah terus bangun dan menuju ke bilik air untuk berwuduk. Selepas itu dia menunaikan solat Asar.

Dia memohon kepada Allah agar menjaga keselamatan suaminya ketika pergi dan pulang kerja. Dia sungguh risau. Hatinya, perasaannya dan fikirannya terganggu, betul-betul terganggu. Apa pun kerja yang dia lakukan semua tidak selesai kerana gagal menumpukan perhatiannya. Dia asyik memikirkan keselamatan Adryy. Akhirnya dia berserah kepada takdir. Terdengar sedikit keluhan kecil daripada mulutnya.

Pada malam itu…,

“Bagus! Alia!” Lelaki itu memanggil Alia yang masih menyendiri di dalam bilik. Alia terus menjengul kepalanya dari dalam bilik. Kemudian dia keluar dan mendekati kekasihnya itu.

“Rancangan kita berjaya lagi. Anak you yang mentah tu dah terima nasib dia,” jelas lelaki itu. Alia kaget sebentar.

“You jangan nak buat muka terkejut! You yang setuju dengan semua ni,” Lelaki itu takut juga jikalau Alia meraung memarahinya. Alia terus mengangguk perlahan.

“Dia mati ke? Korang sendiri tengok dia hembuskan nafas yang terakhir di situ?” Lelaki itu tergamak bertanya begitu.

“Err bos. Dia nampak tenat. Tapi kami tak pasti dia mati ke tak. Tapi kami rasa kalau bawak pergi hospital secepat mungkin pun takkan sembuhkan dia,” jawab salah seorang daripada mereka.

“Hmm kau Azrul! Pergi tengok, mana tahu dia belum mati dan dibawa ke hospital! Ikut dan bunuh dia lagi sekali kalau tak mati jugak,” arah lelaki itu kepada anak buahnya yang menjawab pertanyaannya sebentar tadi.

“Baik bos!” Lelaki yang dipanggil Azrul itu bergerak meninggalkan rumah usang itu. Alia pula masih berdiam diri.

“Yang you ni kenapa? Diam ja,” Baran pula lelaki itu melihat perubahan sikap Alia.

“Hisy I diam pun salah, I bising pun salah. You nak I jadi macam mana?” Alia bersuara perlahan. Lelaki itu merengus.

“Dah! Ni I kenalkan, seorang yang gantikan Adryy untuk jayakan rancangan kita,” Lelaki itu menarik lengan Era dan Era berkenalan dengan Alia.

“Macam mana you boleh kenal dia?” tanya Alia kepada kekasihnya.

“Dia ni anak adik I, Hazwan. You ingat kan I pernah bagitau you pasal Hazwan?” Alia hanya mengangguk-angguk faham. Era tersenyum-senyum bagai tiada apa yang hendak diperkatakan. Peluangnya untuk menjatuhkan Farah dan mendapatkan Qayyum semakin besar apabila mendengar tawaran ayah saudaranya itu. Lalu dia mengambil keputusan untuk mengikuti rancangan jahat mereka.

Apapun yang terjadi, Qayyum harus menjadi miliknya!, Era tersenyum sendirian.

Di apartment Adryy dan Farah….

Farah masih tidak sedap hati memikirkan tentang Adryy. Tiba-tiba dia terimbas apa yang dikatakan Adryy sebelum Adryy berangkat ke bengkel tempatnya bekerja. Kek? Kenapa pula harus beli kek?

Farah terus mundar-mandir di dapur. Tiba-tiba dia terlihat secebis kertas kecil berwarna biru dilekatkan di peti sejuk dengan magnet. Farah lantas mencapai kertas itu kerana dia tidak lihat kertas itu semalam, dari mana pula muncul ya?

Itu tulisan tangan Adryy, Farah terus membaca,

Its 12 of July. Happy Birthday to me, Isyraf Adryy!

Farah tersenyum kecil. Jadi hari ini hari lahirnya? Farah bingkas mencapai apron yang tergantung di tepi rak pinggan mangkuk dan bersiap untuk memasak.

Jarum jam menunjukkan tepat pukul 11 malam. Adryy masih belum pulang. Farah pula sudah tersengguk-sengguk mengantuk di sofa. Tiba-tiba telefon berdering. Farah terus menjawab.

“Asalamualaikum. Boleh saya bercakap dengan Puan Farah?” Terdengar suara garau di corong telefon.

“Ya saya Farah. Encik ni siapa?”

“Kami pihak Hospital Besar Kuala Lumpur. Suami puan kemalangan dan dia dirawat di sini. Jadi diminta puan datang ke hospital dengan segera,” Farah jatuh terduduk. Wajahnya pucat serta-merta. Segera dia menyalin pakaian dan terus pergi ke hospital.

Sesampai di hospital…

“Puan ni Puan Farah ke?” serbu seorang doktor yang bertugas di situ sebaik sahaj Farah tiba di hospital.

“Macam mana suami saya doctor?” Wajah Farah masih pucat.

“Saya dan doktor lain cuba untuk menyelamatkannya. Kelihatan seperti dia dibelasah dengan teruk selain mengalami kemalangan. By the way I’m Doktor Hafiz,” Farah menggeleng berkali-kali mendengar kata-kata doktor itu.

“Kepalanya terhantuk dengan kuat dan telah menyebabkan tengkoraknya pecah. Tulang belakangnya patah dan mukanya rosak teruk. Kami akan cuba untuk menyelamatkannya. Sabar puan,” ujar doktor yang bertugas itu. Dia terus berlalu.

Farah terduduk di kerusi yang disediakan. Ya Allah, dugaan apa ini? Farah menangis teresak-esak di kerusi itu. Dia tidak tahu hendak ceritakan kepada siapa. Nisa sudah berangkat ke UK. Amy menyertai Arash ke Singapura bersama Qayyum atas urusan kerja.

Akhirnya dia memutuskan ingin bersendirian sahaja menanggung apa pun derita. Biarlah semua hidup seperti biasa dan tidak dibebani masalahnya. Tiba-tiba Doktor Hafiz muncul di hadapannya dengan wajah yang sedikit gelisah. Farah sudah tidak sedap hati.

“Macam mana suami saya? Dia okey ke?” Farah bersuara lirih sambil menyeka air mata yang mengalir.

“Maaf puan. Kami…tak dapat menyelamatkan nyawa suami puan. Allah lebih menyayanginya,” Hanya itu yang Doktor Hafiz dapat ucapkan kepada Farah. Farah kaku di situ. Lututnya terasa lembik, badannya lemah. Kepalanya terasa berpinar-pinar dan pandangannya kabur. Farah rebah dan tidak sedarkan diri.

Bagaimanakah Farah akan meneruskan kehidupannya tanpa Adryy? Apa rancangan Era dan Alia untuk memusnahkan Farah? Temui segalanya dalam episod akan datang!

EPISOD AKAN DATANG…

“Aku tak kan biarkan dia dan anak dia hidup!” Era berteriak kuat…

Monday, December 20, 2010

Cinta Kita - episod sembilan :D

Heyy =)
Hurm tadi aku baru habis tengok Kepok Dan Nisan kat TV3. Best jugak cerita dia, lawak. Sorry sebab lambat, mak aku suruh baca buku. ++”Okeh, ini dia episod sembilan!

EPISOD SEMBILAN.

“Hah, apa hal you nak jumpa I?” kata Mia setelah melabuhkan punggungnya ke kerusi restoran mewah itu. Era dengan lagaknya masih bermain hujung rambutnya.

“Hai sorang je ke? I panggil you dengan Jue. Mana Jue?”

“Jue ada show malam ni. Dia tak boleh datang. So kenapa you panggil ni?” Mia terus memesan minuman untuk dirinya.

“I nak minta tolong sikit je dengan you,” Akhirnya Era bercakap setelah 30 minit berlalu. Dia sebenarnya malu untuk meminta bantuan Mia. Dia tidak mahu kelihatan dalam kesusahan di hadapan Mia atau Jue. Dia ingin kelihatan hebat dan bebas dari masalah. Dia mahu jadi yang terbaik!

“Hei you nak mintak tolong? Peliknya, selalu you berlagak sangat,” Mia tersenyum sinis memandang Era yang kelihatan buntu.

“Mia please. I tahu you marahkan I dari dulu but not this time. I nak minta tolong sikit aja. Takkan itupun you susah nak tolong I?” Era hampir mengamuk. Perempuan ni memang mencabar kesabaran aku. Kalau bukan aku nak minta bantuan dia, dah lama kena sembur.

“Itu aje ke yang you boleh cakap? Kenapa susah nak tolong you konon…you know how much I hate you since sekolah lagi?” Nada suara Mia sedikit meninggi.

“Hei kalau you taknak tolong I, pergi berambus la!” Akhirnya Mia dihalau Era. Semua manusia yang berada di restoran itu memandang ke arah Era. Selepas menjeling sedikit kepada manusia yang memandang, Era terus meninggalkan restoran mewah itu.

Argh! Apa lagi yang aku boleh buat supaya Qayyum percaya yang aku lebih baik dari Farah? Setakat aku tak kena tangkap basah tu kira baik la!, getus hati Era.

“Kan I kata jangan muncul depan I kalau you tak ada bukti,” kata Qayyum selamba apabila Era masuk ke dalam bilik kerjanya di rumah.

“I boleh buat air macam dia jugak,”

“I tak suruh you jadi macam dia. I suruh you buktikan yang you lebih baik dari dia. Sudah lah Era, I tahu you tak boleh. So please, jangan ganggu I,” Qayyum menghalau Era keluar. Sekali lagi Era gagal menurut apa yang dimahukan oleh Qayyum. Kadang-kadang dia terfikir juga apa lagi yang Qayyum tidak puas hati dengan dirinya? Dia begitu terukkah untuk Qayyum?

Di apartment Adryy…

“You nak keluar ke?” tegur Farah apabila melihat suaminya seperti bersiap-siap.

“Ya. Nak kerja la. Kenapa? You tanya ni macam tak nak bagi I pergi ja?” Adryy duduk di birai katil.

“I takut la tinggal sorang-sorang. You selalu balik lambat,” Farah sudah menjadi manja. Adryy bekerja dengan sepupunya di sebuah bengkel kereta. Walaupun gajinya tidaklah seberapa, Adryy masih mampu menampung Farah dan membayar sewa apartment ini.

“Ala you ni. Muka ja ganas tapi hati kecil penakut. You takut apa? Okay malam ni I janji balik awal,”

“Alaaaa. Tak nak la macam tu,” Farah sudah merajuk.

“Hmm… pastu you nak macam mana lagi? Kalau I tak kerja, you nak makan apa?”

“Apa kata malam ni I ikut you? Boleh I jumpa sepupu you sekali?” Farah kelihatan sungguh beriya-iya. Adryy pula bertukar wajah.
“Tak boleh. I tak suka you ikut I pergi situ,” Wajah Adryy sangat serius. Farah mengerutkan dahi tanda hairan.

“Kenapa?”

“I tak setuju you ikut I pergi sana. Kalau you nak jumpa sepupu I tu pun lagi I tak setuju. Dia tu kaki perempuan la. I takut bila dia tengok you nanti lain pulak jadinya,”

“Kenapa you takut sangat? I kan isteri you, pandai la I jaga batas I. Kalau I tak layan mesti dia takkan ganggu I,”

“You tak kenal dia,” Adryy masih serius.

“Ala boleh la I pergi? I takut duduk rumah,” Akhirnya Adryy mengalah melihat Farah. Kasihan pula kalau dia betul-betul takut tinggal di dalam rumah.

Di rumah semi-d usang milik Alia…

“Apa ni? Anak you dah melampau! Bila dia nak suruh isteri dia tandatangan dokumen tu?” Lelaki yang separuh usia itu menjerit tepat di wajah Alia.

“Sayang jangan mengamuk kat sini. I tak tahu nak buat apa lagi,” Alia sungguh resah. Dia tidak tahu lagi bagaimana memujuk Adryy mengikut kehendaknya.

“Itu ja yang boleh you kata, tak tahu? You ugut dia!”

“Ugut pasal apa?”

“Lembabnya you ni. Ugut la, kan you yang suruh dia bunuh Maesya dan Khuzairi. Kalau you bagitau Farah tentang ni, tak mustahil Farah akan benci Adryy kan?” cadang lelaki itu. Wajah Alia sudah bersinar semula.

“Ah kenapa sebelum ni I tak terfikir kan,” selamba Alia berkata demikian. Lelaki separuh usia itu mencebik sedikit melihat kebodohan Alia. Nasib baik Alia akan membawa kekayaan kepadanya. Kalau Alia tidak ada sedikit pun harta, jangan harap dia akan berada di sini, menjadi kekasih Alia.

Alia pula masih tidak menyedari bahawa lelaki yang berada di sebelahnya itu seorang penipu.

Di banglo tiga tingkat itu…

“Weh aku nak cakap sikit dengan kau,” ujar Nisa kepada Qayyum semasa dia ke dapur untuk minum air.

“Apa?”
“Kau tak rasa bersalah ke buat Farah macam tu?”

“Rasa bersalah? Kenapa pulak? Dia yang pilih jalan macam tu, aku nak buat apa lagi?” Qayyum tersenyum sinis. Nisa merenung Qayyum pelik.

“Lelaki ke kau ni? Kau sanggup buat Farah menderita. Padahal dia tu gadis yang kau cinta kan? Tapi sekarang aku bahagia. Walaupun dulu aku pun sama membenci Adryy namun sekarang aku boleh kata yang aku yakin Adryy akan membahagiakan Farah,”

“Jangan mimpi lah lelaki macam tu boleh bahagiakan kawan baik kau tu! Adryy tu pengecut. Kalau nak Farah, tak boleh ke rebut cara baik?”

“Kalau dia rebut cara baik pun aku pasti kau akan bertindak gila,” Nisa menyindir Qayyum.

“Dah la sekarang aku rasa takda faedah langsung cakap pasal perempuan tu,” Qayyum baru sahaja ingin beredar dari dapur. Nisa menahannya,

“Aku percaya kau masih cintakan dia,” Kata-kata Nisa kali ini berjaya membuat Qayyum berpusing arah.

“Aku tak pernah cintakan dia lagi!” Mata Qayyum tajam melihat Nisa. Nisa tiba-tiba gerun. Apahal ah dia ni? Aku cakap yang tu pun marah macam hantu, gerutu Nisa.

“Okay tapi kau tak payah la marah sangat. Orang kata kalau marah tu maksudnya betul. Tak tahu la, bukan aku kata. Orang yang kata,”

Qayyum membiarkan kakak iparnya itu bersendirian di dapur. Dia menjadi pelik mengapa semua orang di rumahnya dan di pejabatnya selalu mengaitkan yang dia masih mencintai Farah? Sakit kepalanya memikirkan perkara itu. Ya! Dia memang mencintai Farah lagi namun egonya mengatasi segalanya.

Sesampai di bengkel itu…

“Meet my wife, Farah Qistina,”Adryy mendahului bicara. Farah hanya mengangguk.

“Farah, ni sepupu I. Faris. Dan itu girlfriend dia Jue,” Farah bersalaman dengan Jue. Muka macam kenal tapi tak ingat pula di mana. Faris tidak kelihatan seperti yang Adryy katakan. Segalanya berjalan baik sahaja sehingga malam.

“Farah! Kerja I dah siap ni. Jom balik,” ajak Adryy dari luar bengkel memandangkan Farah sedang berbual dengan Jue di dalam.

“Okey la Jue. Saya gerak dulu,” Farah meminta diri.

“Saya pun nak pergi dah ni. Malam ni ada fashion show. Kalau lambat nanti bos marah pulak,” Jue tersenyum kecil. Farah mengangguk.

“Garang nampak bos awak. Siapa dia?”

“Hmm boleh tahan la garang tu. But she’s very friendly. Nisa Atikah,”

“What? Jadi awak kerja kat syarikat Nisa?”

“Awak kenal dia ke?”

“Dia tu kawan saya!” Farah beriya-iya memberitahu. Saat itu Jue bagai teringat sesuatu.

“Are you Farah Qistina Muhammad Khuzairi?” kata Jue sebelum memeluk Farah.

Dalam perjalanan pulang…

“You tipu I ke pasal Faris?” soal Farah kepada Adryy. Mana sifat kaki perempuan Faris? Langsung tidak kelihatan!

“Takda la! Tu nasib baik ada girlfriend dia. Kalau Jue tak ada tadi mula la miang dia tu,” ujar Adryy kemudian dia kembali menumpukan perhatiannya kepada jalan.

“Oh macam tu ke. Tapi dia nampak baik je. You pulak yang nampak macam nak merosakkan nama baik dia depan I,” Farah terus ketawa. Adryy yang melihat hanya tersenyum.

“Tak da faedah tau I nak rosakkan nama dia. Hah you ni fitnah la. Dosa besar tu,” Giliran Adryy pula tertawa kecil. Tiba-tiba dengan tidak semena-mena sebuah kereta Mercedes berwarna hitam gelap melintas di hadapan kereta mereka, menahan daripada meneruskan perjalanan pulang.

Alia keluar dari kereta Mercedes itu lalu mendekati kereta Adryy di sebelah kanan, tempat pemandu.

“Mama nak cakap dengan Adryy,” katanya sambil menjeling ke arah Farah menandakan Farah harus beredar sebentar. Farah hanya menurut kata ibu mertuanya dan keluar menunggu di luar kereta.

“Ma kenapa ni? Its too late. Tak boleh ke cakap esok? Kena ke tahan kereta Adryy macam ni?” Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Adryy tanda tidak puas hati dengan ibunya.

“Jangan banyak komen. Dah buat apa yang mama suruh tu?” Alia nampak tegas.

“No. Kan Adryy kata Adryy takkan buat semua tu?”
“So Adryy masih lagi berkeras. Nak jadi baik konon! Dosa dulu bertimbun siapa nak tanggung?” sindir Alia kepada anaknya.

“Ma.. Adryy mengaku dulu Adryy jahat, kejam. Tapi semua manusia perlu berubah untuk jadi yang lebih baik. Bertaubat la mama,” ceramah Adryy. Alia mendengus tanda sedikit pun tidak terkesan dengan kata-kata Adryy.

“Jangan pandai nak ajar mama. Adryy lupa ke yang Adryy dah bunuh kedua ibu bapa Farah? Dan Adryy tak rasa jika mama dedahkan perkara ni kepada Farah, dia akan membenci Adryy seumur hidup?” ugut Alia. Adryy mula naik takut dengan ugutan ibunya. Memang benar dia yang membunuh kedua ibu bapa mentuanya tetapi itu perkara dulu!

“Ma please don’t do this. What kind of mother are you? Mama sanggup tengok kemusnahan anak sendiri!” Adryy sudah mengamuk.

“Jika kemusnahan itu benar-benar menggembirakan mama, ya mama sanggup. Lagipun this is the truth. Adryy yang bunuh Maesya dengan Khuzairi! So tanggung la,”

“What you are going to do?”

“Terpulang pada mama. Kemusnahan Adryy atau kesakitan Farah,”

“Mama, promise me you won’t do anything to Farah,” Adryy merayu bersungguh-sungguh apabila mendengar nama Farah. Dia tidak mungkin membiarkan isterinya disakiti.

“Tengoklah,” Alia terus keluar dari kereta Adryy dan menaiki keretanya semula. Tidak sampai sepuluh minit, kereta Mercedes hitam itu hilang dari pandangan mata mereka.

“Mama cakap apa?” soal Farah lagi.

“Tak da apa. Tak penting pun,” Adryy semakin buntu. Padanya, melihat muka Farah sahaj sudah menimbulkan rasa bersalah di hatinya. Farah mengangguk faham lalu tidak bertanya lanjut. Sesampai sahaja di rumah, Farah terus membersihkan diri serta menunaikan sembahyang Maghrib. Begitu juga Adryy.

Pada malam yang sunyi, Adryy masih tidak bertemu cara untuk menyelamatkan Farah dan dirinya dari apa-apa ancaman. Jika dia menyuruh Farah menandatangani dokumen harta itu, habislah mereka. Pasti merempat. Selama ini bukan dia seorang yang menampung perbelanjaan rumah, Farah juga turut membantu. Jika dia tetap berkeras dengan ibunya, pasti Farah akan membenci dirinya. Dia tidak sanggup dibenci Farah pada ketika ini. Dia sayangkan Farah, cintakan Farah.

Bukan sahaja Farah akan membenci dirinya, keselamatan Farah dan dirinya juga pasti terancam. Ibunya itu seorang yang luar biasa. Alia selalu berfikiran jauh dan pasti akan melakukan apa sahaja demi dendam. Bahkan suaminya sendiri dibunuhnya. Siapa kata Adryy tidak tahu semua itu? Adryy adalah orang yang melihat sendiri pembunuhan kejam yang dilakukan ibunya kepada ayahnya. Tetapi Adryy tidak mampu untuk memberitahu di mahkamah.

Ibunya terlepas juga dari apa-apa hukuman. Pembunuhan kedua ialah ibu Faris. Hanya kerana perkara kecil, Alia memperbesarkan segalanya. Akhirnya ibu Faris mati di tangan Alia. Setelah mengetahuinya, Adryy sungguh terkejut. Namun apakan daya, tiada bukti kukuh untuk menangkap ibunya. Pihak polis menganggap itu semua adalah kemalangan. Siapa sangka Alia begitu licik melakukan pembunuhan?

Adryy menggeleng kepalanya berkali-kali. Kemudian dia melihat isterinya di sebelah. Farah yang nyenyak tidur itu dibelai rambutnya. Setitis air mata gugur di wajah Farah menyebabkan dia terjaga.

“You tak tidur lagi ke?” Farah masih mamai. Adryy tidak menjawab dan membetulkan posisi badannya, menghadap Farah.

“Hey you’re crying. Kenapa ni?” Mata Adryy direnung. Perlahan-lahan Farah menyapu air mata Adryy.

“Maafkan I Farah,” lirih suara Adryy. Air matanya masih lagi keluar menyebabkan Farah semakin risau melihatnya.

“Kenapa you minta maaf ni? Hey what’s wrong? Are you okay?” Farah memujuk suaminya. Adryy terus memeluk Farah erat.

“I love you so much,” Adryy masih tidak menceritakan hal yang sebenar kepada Farah. Farah membalas pelukan Adryy sebelum berkata sesuatu yang belum pernah dia ucapkan kepada lelaki lain selain Qayyum,

“I love you too,”

Apakah keputusan Adryy? Adakah dia akan memberitahu Farah hal yang sebenar atau Alia yang akan bongkarkan segalanya? Temui segalanya dalam episod sepuluh!

EPISOD AKAN DATANG…

“Kepalanya terhantuk dengan kuat dan telah menyebabkan tengkoraknya pecah. Tulang belakangnya patah dan mukanya rosak teruk. Kami akan cuba untuk menyelamatkannya. Sabar puan,” ujar doktor yang bertugas itu…

Saturday, December 18, 2010

Cinta Kita - episod lapan :D

heyy =)
Sorry again sebab lambat jugak. Aku layan CityVille sampai tak sedar apa yang jadi dekat aku punya drama ni. Maaf ya :)

EPISOD LAPAN.

Era memilih baju yang baik. Hari ini dia ada makan malam istimewa dengan Qayyum. Mungkin penampilan tidak penting bagi Qayyum, namun penting bagi Era. Dia perlu kelihatan cantik pada malam ini di hadapan Qayyum. Lagipun perbualan Qayyum bersama Arash di pejabat tempoh hari masih terngiang-ngiang di telingannya.

Baguslah perempuan tu dah kahwin dengan orang lain. Nampaknya aku tidaklah perlu bersusah payah untuk mendapatkan Qayyum, bisik hati kecil Era sambil tersenyum sinis di hadapan cermin. Dia memadankan dirinya dengan sehelai short dress berwarna merah terang yang berpotongan simple. Terus dia mencapai tuala dan menuju ke bilik air dengan girang.

Di rumah Qayyum pula…

“Kenapa kau bersiap ni? Nak keluar ke?” tegur Qalishan melihat adiknya itu.
“Hmm. Makan je dengan Era,” Qalishan mencebik sedikit mendengar jawapan Qayyum. Sememangnya Qalishan tidak rapat malah tidak ingin rapat langsung dengan Era walaupun mereka sepupu. Hubungan mereka sungguh jauh bagai tidak pernah kenal. Tidak pula terjadi kepada Amy. Mungkin semua orang tahu bagaimana sifat Era dan Amy yang berbeza itu.

“Kau nak jemput dia ke?” tanya Qalishan lagi.
“Tak. Aku suruh dia datang sini. Malas la, rumah dia jauh dari tempat yang kami nak pergi tu,”
“Apala kau ni. Tak gentlement langsung, ada ke patut suruh perempuan datang sini. Ish ish,” berkali-kali Qalishan menggeleng kepalanya. Qayyum tersengih sebelum membalas,

“Ala, this is not a special date. Aku bukan ada apa-apa pun dengan dia,”
“Aku dengar kau cakap dengan Arash hari tu. Kau nak kahwin dengan dia kan?”
“No. Masa tu aku ikut perasaan je,” Qayyum ketawa kecil. Tidak sangka Arash dan abangnya akan menganggap kata-katanya serius. Dia hanya beremosi sedikit pada waktu itu. Jadi tak mungkin dia akan membuat satu keputusan besar dalam hidupnya.
“Lain kali aku harap sebelum kau cakap, fikir dulu. Jangan lepas je. Kalau Era dengar dan bersetuju, kau nak kata apa lagi? Dia boleh kata yang kau pernah berniat nak jadikan dia isteri kau. Dan pada masa tu kau takkan dapat cari alasan untuk menafikan semuanya. Aku harap kau jangan pernah sesekali ambil keputusan tanpa berfikir. Ingat tu,” ceramah Qalishan sebelum melangkah keluar dari bilik Qayyum. Qayyum hanya merenung bayang Qalishan yang semakin menghilang itu.

Malam itu…

“Hai,” ucap Era setelah Nisa membuka pintu depan rumah banglo tiga tingkat itu. Nisa yang sudah dimaklumkan akan kedatangan Era untuk keluar bersama Qayyum menjeling Era yang merupakan musuh utamanya semasa di sekolah lagi.

“You tak jemput I masuk ke?” kata Era lagi. Dia cuba berbaik sehabis mungkin dengan Nisa kerana inilah bakal kakak iparnya. * XD

“Hai, orang dah buka pintu ni kira dah okey la tu. Takkan tak reti-reti nak masuk lagi? Nak suruh jemput macam mana lagi? Nak suruh letak red carpet ke, panggil pemberita, wartawan semua untuk mengumukan ketibaan you?” sindir Nisa tajam. Muka Era sudah berubah merah. Dia terus berjalan masuk dan sempat menolak bahu Nisa namun pura-pura tidak sengaja. Tiba-tiba Qalishan muncul di sebelah isterinya.

“Abang Qalishan! Lama tak nampak you. You tinggal sana kan. Emph, you rasa penampilan I okey ke?” Era cuba pula bermesra dengan Qalishan walau sudah perasan akan wajah keruh Qalishan sebaik sahaja dia tiba sebentar tadi.

“Apa kata you tanya isteri I? She’s a model okay. Kan sayang?” ujar Qalishan sambil memeluk pinggang isterinya yang ramping itu. Nisa tersengih kepada suaminya lalu memandang kepada Era.

“Are you sure you tak kisah apa pun komen I?” Nisa merenung Era meminta jawapan. Era mengangguk kecil.

“This dress is too outdated! Sorry to say but I memang rasa dress ni teruk! Tambah-tambah kalau you yang pakai. Eeii, just like a monster. So terokk,” komen Nisa lancang. Suaminya sudah ketawa tanpa henti mendengar kata-kata isterinya.

“Jom sayang. I pun dah tak kuasa nak duduk sini lama-lama,” Qalishan menarik tubuh isterinya lalu mereka beredar dari pandangan mata Era. Ketawa kedua-dua suami isteri itu sengaja dikuatkan agar Era semakin terbakar dan cepat-cepat meninggalkan rumah itu. Sangkaan mereka tepat, Era berlalu pergi untuk mengelakkan dirinya dimalukan lagi.

Qalishan dan Nisa terserempak dengan Qayyum di muka pintu.

“Era dah datang ke?” tanya Qayyum. Dia pasti Era sedang menunggunya di bawah.

“Entah. Aku buka pintu tadi tak nampak orang pun,” jawab Nisa. Qayyum mengerutkan dahinya tanda hairan.

Di apartment Adryy dan Farah…,

“Okey. I nak warna ni untuk bilik tidur kita. Okey tak?” Farah menunjukkan warna hijau di dalam katalog cat.

“Mana? Warna apa?” Adryy yang duduk berhadapan dengan Farah terus bangun dan mengambil tempat di sebelah isterinya.

“Kenapa hijau?” soal Adryy sambil melihat-lihat katalog itu.

“Sebab I suka hijau. Tenang je, nak tidur pun tak sempat fikir dah terlena. Kan? Kenapa you tak suka ke?”

“Tak. I suka biru. Biru lagi tenang and kalau nak tidur tu tak baring pun boleh lena,” Jawapan Adryy yang langsung tidak masuk akal itu membuatkan Farah mengerutkan dahinya.

“Eh ada ke macam tu? Mana ada, you ni suka merepek dengan I,” kata Farah. Adryy tersenyum.

“Ada. Siapa kata takda tu I geletek dia,” Adryy sudah merenung Farah.

“Okey okey. Ada,”

“Jawapan tak boleh tukar. So bersedia terima hukuman,” Farah cepat-cepat melarikan dirinya ke dapur sebelum digeletek. Adryy pula yang tahu Farah memang tidak suka digeletek terus mengusik Farah sambil mengejarnya. Mereka ketawa bahagia.

Tiba-tiba dalam mereka bergelak ketawa, loceng ditekan berkali-kali. Farah menghampiri pintu lalu membukanya. Alia terus masuk sambil menolak Farah kedalam, tanda tidak suka dengan menantunya itu. Farah tunduk sedikit.

Adryy yang sedar akan kedatangan ibunya itu terus menyalami tangan ibunya.

“Asalamualaikum mama. Duduk lah dulu,” ujar Adryy. Alia mencebik.

“Hai sejak bila belajar salam aku ni? Selalunya tak adalah hormat sangat sampai macam ni? Kau dah kena rasuk ke?” perli Alia, sengaja mengejek Farah.

“Ma, salam itukan adat kita. Sekarang why not mama duduk dulu. Farah, make some drinks,” arah Adryy. Farah terus berlalu ke dapur. Alia cepat-cepat menahan.

“Tak payah! Aku tak datang untuk minum. Aku nak cakap dengan anak aku, jadi dipersilakan kau pergi sekejap,” Alia juga memberi arahan kepada Farah. Farah hanya menurut lalu masuk ke dalam bilik tidur.

Setelah pasti Farah betul-betul berada di dalam bilik, Alia terus bersuara.

“Bila nak jalankan rancangan kita?”

“Rancangan apa?” Adryy melangut kononnya berfikir. Padahal dia sengaja buat-buat lupa.

“Adryy! Macam mana boleh lupa?!” Alia separuh menjerit. Dia sudah agak anaknya akan lupa kerana melihatkan keadaan Adryy sekarang, dia sungguh bahagia bersama Farah.

“Nah surat tu. Suruh dia tandatangan malam ni jugak. Esok Adryy jumpa mama di rumah sewa tu. Then Adryy boleh ceraikan dia. We’ll fly to London next week,” Terlopong mulut Adryy mendengar rancangan ibunya. Terus kepalanya menggeleng laju.

“No way mama! Adryy takkan pergi London. Adryy takkan ceraikan Farah dan yang paling penting Adryy tak mahu dia bagi semua harta dia kepada mama dan lelaki keparat tu! I love her, I really love her. And Adryy takkan rosakkan hidup dia. Adryy cuma nak dia bahagia!” Selepas meluahkan kata-kata itu, satu tamparan melayang ke pipi Adryy. Alia bangun dan berjalan menuju ke pintu.

“Kalau Adryy tak suruh dia tandatangan semua dokumen tu, mama takkan teragak-agak untuk musnahkan hidup Adryy,” Alia berlalu pergi.

Farah yang berada di dalam bilik, telah mendengar semua perbualan Adryy dan Alia. Air matanya mula gugur. Mungkin ini saatnya dia melupakan cintanya kepada Qayyum dan terus menyayangi Adryy, lelaki yang begitu ikhlas dan sudah berubah ini.

Di sebuah restoran biasa, tiga sahabat sedang menjamu selera…,

“Aku bahagia gila weh. Sungguh tak tipu,” ujar Farah dengan hati yang girang. Nisa dan Amy yang memandang terus tersenyum.

“Bagus la. Akhirnya kau dapat terima Adryy. Dari cara kau cerita pasal Adryy tu, aku yakin dia berubah kerana cinta dia kat kau,” komen Amy. Nisa mengangguk setuju.

“Weh kau nak tahu tak hari tu aku pergi bercuti. Pastu time aku, Arash dengan Natasha jalan-jalan kat pantai, tetiba ja sorang pompuan ni datang kat aku. Dia kata Natasha tu anak dia,” cerita Amy.

“What?! Natasha anak dia? Pastu kau bagi la kat pompuan tu?” Nisa berkata-kata bagai tidak cukup oksigen. Amy terus menjeling Nisa,

“Kau ni pusing belah mana? Kalau Natasha tu anak dia, benda apa yang dalam perut aku selama sembilan bulan tu?” kata-kata Amy disambut oleh gelak tawa Farah.

“Tu lah kan. Teruk la kau ni Nisa. Pastu apa jadi? Dia berebut Natasha dengan kau kat situ ke?” Farah bertanya dalam ketawa yang masih bersisa.

“Yes. Sampai la suami dia datang, baru dia bertenang. Actually anak diorang tu muka serupa dengan Natasha, tapi dah meninggal lima tahun lepas. Kesian jugak aku tengok, tapi nak buat macam mana,” ucap Amy.

“Hah. Mesti kau macam separuh gila kan masa tu?” kata Nisa.

“Mesti la. Natasha tu anak aku!”

“Tapi kau bersyukur la sikit weh. Nasib baik dia tak kata Arash tu pun suami dia jugak. Kalau tak merana kau,” Selepas mengucapkan ayat terakhirnya, Farah terus ketawa berdekah-dekah bersama Nisa. Amy tersengih.

“Kalau dia kata macam tu, apa kau nak buat hah?” Farah dan Nisa memandang Amy menanti jawapan.

“Aku nak kata kat dia macam ni : Apa ni? Anak I you kata anak you. Hei takkan suami I pun you nak angkut? Pastu terus tikam dia dengan parang. Dia mati dan aku bahagia,”

“Huh bahagia la kau dalam jail.Peluk la besi tiap malam,”

“Silap-silap bukan setakat masuk jail, masuk Tanjung Rambutan sekali. Betul la tu, kau memang ‘bahagia’,”

Ketiga-tiga mereka ketawa terkekek-kekek. Sudah lama mereka tidak ketawa seperti ini. Mungkin ini masanya untuk mereka bertiga temui kebahagiaan yang pasti, siapa tahu.

Di Syarikat ZamQay Holdings…

“I tak suka you datang kacau I macam ni,” Qayyum bertegas dengan Era. Secara jujurnya, dia begitu terganggu dengan kehadiran Era di pejabatnya setiap hari semata-mata untuk melihatnya. Rindu la apa la, semua cukup. Benci dia melayan sikap Era yang boelh dikatakan mengada itu.

“Kacau? Jadi selama ni I datang hanya mengacau you la?”

“Sorry to say but yes! You are disturbing me! So now, please,” Qayyum menunjukkan pintu keluar kepada Era.

“Sampai hati you. I ni kan bakal isteri you!”

“Siapa kata? You tak pernah layak!”

“Habis tu perempuan macam mana yang layak? Macam Farah tu? Oh bagus sangat la perempuan macam tu, pergi rumah lelaki lain masa bakal tunang dia takda di KL pastu kena tangkap basah. Macam tu layak la?” Qayyum terus mengangkat tangannya untuk memukul Era. Namun selepas itu, dia menghentikan niatnya.

“Farah mungkin bukan wanita yang cukup baik tapi adakah you cukup yakin yang you lebih baik dari dia?” Era panas hati mendengar sindiran Qayyum. Dia lebih lancang berkata.

“Ya! I yakin I lebih baik dari dia! Kenapa?”

“Prove it,” Itulah kata-kata terakhir Qayyum sebelum dia meninggalkan Era di bilik kerjanya itu.

Apakah bukti yang Era akan tunjukkan? Rancangan apa yang Alia aturkan untuk memusnahkan hidup Adryy? Apa pula yang terjadi kepada Farah selepas ini? Ungkap segalanya di episod akan datang!

EPISOD AKAN DATANG…

“Mama, promise me you won’t do anything to Farah,” Adryy merayu…

Friday, December 17, 2010

Cinta Kita - episod tujuh :D

Heyy =)
Aku minta maaf sebab lambat update cerita ni. Result final exam aku sampai semalam and I really hope all of you can understand how bad my Sejarah’s mark. Hee :D
Okay, selamat membaca :) *Ini post aku yang ke-50!

EPISOD TUJUH.

Malam Sabtu itu, Farah dan Adryy diijabkabulkan. Alia tersenyum bangga melihat impiannya untuk menghancurkan Farah semakin berjalan lancar. Adryy pula diburu rasa bersalah. Bukan dia yang merancang segalanya, bukan dia! Entah kenapa dia bersetuju dengan ibunya pada malam itu. Kini Farah memang menjadi miliknya namun kenapa dia tetap rasa tidak selesa? Bukankah ini yang dimahukannya?

Farah masih sinonim dengan air mata sejak malam itu lagi. Dia tidak dapat menahan rasa sedih dengan nasib yang menimpa dirinya. Mula-mula, ibu bapanya pergi. Syarikat keluarganya hangus terbakar dan pihak polis masih tidak mengetahui puncanya. Kini, dia ditangkap khalwat kerana perangkap Adryy. Apa pula nasib aku lepas ni ya Allah?,keluh Farah.

“Farah..,” tegur satu suara lunak dari arah belakangnya. Farah bingkas menyeka air matanya lalu berpusing ke arah belakang. Datin Aisya, Dato’ Zamri, Qalishan dan Nisa masuk ke bilik itu. Farah membisu. Tidak dia rela memandang wajah suci mereka semua. Walaupun ini bukan salahnya, namun dia tetap rasa bersalah kepada mereka.

“Farah, jangan menangis. Mama tahu Farah tak buat. Mama kenal Farah,” ujar Datin Aisya sambil teresak-esak. Dia kenal dengan Farah. Tidak mungkin Farah akan melakukan semua itu. Entah kenapa Qayyum, anaknya masih tidak mempercayai Farah. Jika cintanya telus terhadapFarah, dia patut lebih mempercayai Farah daripada orang lain. Namun mengapa dia,suaminya dan Qalishan serta Nisa yang lebih mempercayai Farah?

“Farah, aku minta maaf banyak-banyak. Aku yang salah Farah. Aku tak dapat tolong kau, aku minta maaf,” Nisa juga tersengguk-sengguk menangis kerana menyesal tidak dapat membantu Farah. Bukti apa lagi yang boleh menyelamatkan Farah? Dia tiada di rumah Adryy pada masa itu! Sekadar mempercayai Farah tidak cukup untuk meyakinkan pihak jabatan agama Islam yang mereka tidak melakukan apa-apa.

“Farah, bawak besabar ya. Abang yakin, Farah boleh tangani semua ujian ni,” pesan Qalishan pula. Kasihan betul dia melihat nasib yang menimpa Farah.

“Mana Qayyum?” Farah akhirnya bersuara. Semua memandang sesama sendiri. Tidak sanggup mereka memberitahu apa yang Qayyum katakan kepada Datin Aisya petang tadi sebelum mereka semua berangkat ke apartment milik Adryy.

‘Qayyum takkan pergi jumpa perempuan tu ma. Dia dah hancurkan segalanya. Qayyum tak sangka dia macam tu, selama ni kita jaga dia dengan baik. Macam ni ke dia repay kita ma? I don’t understand her stand at all. Hati Qayyum dah tertutup untuk dia ma. Qayyum tak pernah kenal perempuan bernama Farah Qistina sejak dia ditangkap khalwat pada malam tu. Tolong jangan sebut nama perempuan tu depan Qayyum lagi,’

“Mama? Kenapa Qayyum tak datang?” lamunan Datin Aisya terhenti. Dia hanya menggeleng kepala memandang Farah. Farah yang memahami maksud Datin Aisya itu hanya tunduk memandang lantai. Ya, Qayyum pasti tidak akan datang pada hari ini. Dia tahu itu.

“Kami balik dulu ya Farah. Jaga diri,” Dato’ Zamri akhirnya memberi kata terakhir buat Farah. Mereka berempat meninggalkan Farah di dalam bilik yang dihias serba putih itu, begitu juga baju kurung yang dipakai Farah. Tiba-tiba pintu itu dikuak lagi. Amy masuk bersama Arash dan anaknya.

“Salam Aunty Farah, Tasha,” ujar Amy kepada anak perempuannya itu. Budak perempuan yang berumur lebih kurang setahun itu menyambut tangan Farah. Sejuk hati Farah melihatnya.

“Aku tak tahu nak cakap apa Farah. Bila aku dapat berita ni aku terkejut sangat. Aku tak tahu apa yang Adryy rancangkan. Maafkan aku Farah sebab tak ada masa kau susah,” Amy susah hati.

“Tak apa Amy. Kau datang ni pun dah kira baik. Aku.. tak sangka semuanya jadi macam ni. Qayyum sikit pun tak percaya dengan aku. Aku tak tahu kenapa susah untuk dia dengar penjelasan aku yang tak sampai tiga minit pun. Aku kesal dengan dia, tapi aku masih sayangkan dia,” luah Farah. Arash yang memandang wajah kusam Farah menggeleng.

“Dah la Farah. Apa-apa pun, kau tawakal. Cuba sedaya upaya kau untuk tangani semua ujian dari-Nya. Kami tahu kau boleh. Jangan menangis. Senyum la sikit,” ayat terakhir Arash diselang selikan dengan senyuman manis. Farah tersenyum hambar. Bagaimana dia boleh tersenyum pada saat ini?

Akhirnya Amy dan Arash meninggalkan Farah di dalam bilik itu. Farah kini keseorangan. Dia bangun dan bergerak ke arah bilik air selepas mencapai tualanya di dalam beg baju. Selepas mandi, dia menunaikan solat Isyak. Dia berdoa agar menjadikannya seorang isteri yang solehah dan semoga tuhan mengampunkan segala dosanya.

Farah yang sudah lengkap berbaju tidur duduk di balkoni biliknya. Tiba-tiba Adryy masuk ke bilik itu. Farah tahu itu Adryy dan dia masih membatu dan membelakangi Adryy.

“Farah, makan sikit,” tegur Adryy. Farah menjeling sedikit ke arah Adryy. Adryy sudah siap memakai baju tidur juga, mungkin dia mandi di bilik lain. Di tangan Adryy ada sepinggan nasi bersama lauk sambal ikan bersama segelas air masak.

“Farah, I tahu you marah dengan I. But please, makan sikit. I tengok you tak makan pun tadi. I taknak you sakit,” Adryy masih berusaha. Farah yang baran terus berpusing menghadap Adryy.

“You kisah apa I makan ke tak? Tak guna la you nak jaga I dari sakit kalau you dah hancurkan hati I!”

“Farah, listen..,”

“Ni semua rancangan you kan?!” tempelak Farah. Dia bergerak dan duduk di birai katil. Adryy menyusul. Dia melutut di hadapan Farah.

“You boleh marah I, you boleh tengking I. Tapi I takkan pergi dari sini sebelum you makan. I taknak you sakit. Farah please,” pujuk Adryy.

“Tolong keluar, I tak boleh tengok muka you sekarang. Tolong Adryy,” Farah bersuara perlahan. Dia terus merebahkan badannya di atas katil. Lagi air matanya mengalir membasahi pipi.

“I tinggal nasi kat sini, kalau you nak minta apa-apa, I ada kat ruang tamu,” pesan Adryy sebelum meninggalkan bilik itu. Farah memejamkan matanya, cuba untuk tidur.

Jam menunjukkan tepat pukul 5.30 pagi, bererti Subuh akan masuk sebentar sahaja lagi. Farah bangun dan melihat meja sisi. Ah, dia sudah lupa tentang nasi itu. Terus dicapai pinggan yang berisi nasi yang belum terusik itu keluar. Farah menjenguk ke ruang dapur. Dia meletakkan nasi itu di atas meja. Saat dia berjalan di ruang tamu sebentar tadi, Adryy tidak kelihatan. Mana dia ya?

“Adryy?”

“Emph. You nak apa?” Terkejut Farah melihat Adryy berada di belakangnya. Kelihatan Adryy masih mengantuk.

“Tak… I nak tanya, panadol ada?” Farah bersuara normal. Adryy sedikit lega kerana sangkanya Farah tidak akan bercakap dengannya sepanjang hari ini. Lega juga kerana riak wajah Farah seperti sudah lupa apa yang terjadi.

“Oh. Ada. You pening ke?” ujar Adryy sambil mencapai sekotak panadol dari laci kabinet dapur itu.

“Sikit ja. Nanti baik la. Tak apa la, I nak naik solat dulu. Subuh dah masuk kan tadi,” Farah terus berlalu. Adryy seraya menarik lengan Farah. Farah mengerutkan dahinya.

“You…boleh..ajar I sembahyang?” Adryy mengucapkannya perlahan sekali. Dia sungguh malu untuk memberitahu Farah yang dia sudah lupa untuk sembahyang. Dulu dia pernah sembahyang namun entah kenapa dia telah meninggalkan tabiat itu begitu lama sehingga jadi begini. Dia jadi orang yang lupa Tuhan, bongkak berjalan di muka bumi. Bagaikan duit adalah segala-galanya. Ya Allah, ampunilah aku, getus Adryy di dalam hatinya.

“Betul you nak belajar? You ikhlas?” Farah yang dari tadi tersentuh mendengar Adryy ingin belajar bersolat. Dia mengukir senyuman.

“Ya. I dah lupa, Farah. I lupa semua tu. I harap you boleh bimbing I,”

“Of course. Come,” Farah menarik Adryy ke bilik air untuk mengambil wuduk.

Sebulan berlalu. Kehidupan Farah dan Adryy tidaklah seteruk yang disangka. Sebenarnya mereka bahagia juga dan saling membantu antara satu sama lain. Namun itu tidak menimbulkan kesenangan di hati Alia. Kenapa Adryy bagai lupa akan tujuan dia menikahi Farah?

“Darling, you are here. Kenapa muram aje ni?” tegur seorang lelaki yang berusia separuh umur. Alia tersenyum kelat kepada lelaki itu.

“I tak tahu apa yang merosakkan fikiran Adryy. Dia macam…lupa,”

“Lupa apa?”

“Lupa tujuan dia kahwin dengan perempuan tu. And you know what? Dia sembahyang!”

“What?! Nampaknya anak you dah berubah. You tak cakap dengan dia?”

“Petang ni I nak pergi rumah dia. I nak suruh dia paksa perempuan tu tandatangan surat pemberian harta tu. Sebentar lagi harta Maesya dan Khuzairi akan jadi milik I. Then kita boleh kahwin. Kan?” kata Alia sambil ketawa terbahak-bahak. Begitu juga lelaki separuh umur itu.

Suatu pagi di Syarikat ZamQay Holdings…

“Kerja macam tu pon awak tak boleh nak buat dengan baik! Awak ni nak kerja ke apa?” Qayyum menengking salah seorang pekerja di syarikat itu atas kesalahan yang kecil. Kalau Arash tidak campur tangan pastu teruk pekerja bawahan itu pasti dimarahi terus-terusan oleh Qayyum.

“Kau ni kenapa hah? Setiap pekerja kat sini dah masak dengan perangai baran kau! Kau selalu marah diorang atas kesalahan yang kecik. Apa masalah kau ni?” Arash akhirnya meluahkan apa yang terbuku di hati. Sudah sebulan sejak Farah berhenti kerja di sini dan keadaan Qayyum semakin teruk. Kerjanya tunggang langgang, mesyuarat dengan klien sering dibatalkan, pekerja-pekerja sering disemburnya dan dia menjadi seorang yang panas baran.

Qayyum masih diam. Jauh di lubuk hatinya dia merindui Farah. Namun dia tidak dapat menerima perbuatan Farah semasa ketiadaannya. Seperti Farah telah memijak lumat maruahnya sebagai seorang bakal tunang.

“Kenapa kau diam? Baru sedar tentang perangai kau yang baru ni? Panas baran, pemalas, tidak bertanggungjawab,” sindir Arash lagi. Dia sudah penat menguruskan segalanya. Dia bukan bos di situ! Bukan lah dia berkira atau apa namun dia tidak boleh melihat Qayyum terus menjadi begini.

“Kau…rindu Farah kan?” Arash bersuara lagi melihatkan Qayyum tidak memberi respon lain selain membisu.

“Aku tak pernah fikir lagi pasal perempuan tu!”

“Bohong! Kau masih cintakan dia kan?”

“Kau ni kenapa? Aku dah kata aku tak cintakan dia lagi! Dan tak lama lagi aku akan menjadi suami kepada Era!”

“Kenapa kau ambil keputusan yang begitu bodoh? Kau bukan tak kenal Era. Aku yang bukan sesiapa pun tahu perangai Era yang busuk hati tu. Kenapa dengan kau ni? What happen to you?” sembur Arash. Qayyum menghentakkan kepalanya di meja kerja.

“Keluar la Arash. I need time,” ujar Qayyum lemah. Arash yang memandang rakannya lesu itu terus meninggalkan ruang kerja itu. Dia tahu Qayyum tertekan namun kenapa harus menikahi Era? Tidakkah dia tahu sifat Era yang sebenar?

Adakah Adryy akan memaksa Farah menandatangani surat pemberian harta itu? Betulkah Qayyum akan mengambil Era sebagai pengganti Farah? Temui segalanya dalam episod akan datang!

EPISOD AKAN DATANG…

“Farah mungkin bukan wanita yang cukup baik tapi adakah you cukup yakin yang you lebih baik dari dia?” Era panas hati mendengar sindiran Qayyum. Dia…

Wednesday, December 15, 2010

Cinta Kita - episod enam :D

Heyy =)
Hmm, perut aku tersangat kenyang dan aku boleh menulis dengan selesa! Selamat membaca!

EPISOD ENAM.

“Kenapa awak diam Amy? Awak tak percaya?” Arash merenung mata bundar Amy. Amy kaku. Dia tak dapat menjawab pertanyaan Arash.

“Amy, saya tak paksa awak beri jawapan sekarang. Tapi bila awak dah buat keputusan, inform saya. Saya ingat nak masuk meminang terus,” mata Amy membulat. Ya rabbi, gila ka apa? Aku rasa dia ni buta sikit la, aku yang tak comel sangat ni boleh dia suka? Tapi kalau jejaka sekacak ni suka aku, maksudnya aku comel jugak la kan?, Amy sempat perasan lagi. ==”

“Tapi saya tak mungkin kecewakan Farah. Dia kan suka awak,” balas Amy.

“Amy, saya yakin Farah takkan sedih kalau awak bahagia. Lagipun awak sendiri yang cakap Farah macam dah jatuh hati pada Qayyum?”

“Tu saya rasa je. Saya tak tanya Farah pun sebab takut dia marah. Saya…,” belum sempat Amy menghabiskan kata-katanya, tiba-tiba Farah menguak pintu bilik kerja mereka.

“Kau ni selalu propa ja lebih. Betul kata kau aku dah tak minat pada Arash lagi. Tu semua zaman budak-budak la Amy. Aku dah dengar semuanya tadi. Kau patut terima je Arash,”

Arash dan Farah tersenyum bangga. Amy pula malu-malu kucing. Farah sedar, semenjak Amy menjadi setiausaha Arash, Amy juga kelihatan aneh.

“Baiklah. So,… bila awak nak masuk meminang?” Amy terus bertanya tanpa segan silu. Arash tersengih-sengih.

“Bila-bila masa,”

“Okey! Aku keluar dulu, semoga berbahagia weh!” Farah terus keluar dan sempat memberikan senyuman yang menawan buat dua rakannya itu.

Petang itu…,

“Weh, kau ingat Nisa tak?” soal Farah tiba-tiba.

“Nisa? Nisa mana ni?” Amy berfikir-fikir.

“Ala, kau ni pelupa betul. Nisa la! Bestfriend kita dulu dari masa Form 2 dengan Form 3. Time Form 4 dia pindah luar negara. Ingat tak?”

“Oh! Ingat! Nisa yang perasan Puan Sri tu kan? Aish, macam mana aku boleh lupa minah kepoh tu? Hmm, tu la. Dia tu kaya, boleh la pergi belajar kat luar negara. Kenapa kau tiba-tiba tanya pasal dia?”

“Entah. Tiba-tiba aku teringatkan dia. Rasa macam akan jumpa dia,” perlahan suara Farah.

“Ah putus fius la kau! Mana kau tau akan jumpa dia? Entah kat negara mana dia tinggal kau mana tau,” Amy membuat andaian.

“Mana la tahu dia balik sini! Lagipun ni kan tempat dia lahir! Hish, suka hati ja aku yang putus fius. Bukan selalu kau ke yang putus fius,” Farah mencebik. Amy menjuihkan bibirnya. Akhirnya mereka sama-sama ketawa.

DUA TAHUN KEMUDIAN…

Hmm, tahun sudah berganjak. Semuanya sudah berubah. Arash dan Amy sudah mendirikan rumah tangga malah sudah dikurniakan seorang cahaya mata. Syarikat ZamQay Holdings semakin maju dan rezeki melimpah ruah bak durian runtuh. Dato’ Zamri dan Datin Aisya bangga dengan kejayaan Qayyum dan abangnya kerana berjaya mengusahakan syarikat keluarga mereka di dalam dan luar negara.

Oh ya, apa jadi dengan hubungan Farah dan Qayyum? Korang mesti tak sabar kan nak tahu apa yang jadi dengan Farah dan Qayyum? Surprise! Mereka hampir bertunang! Semuanya kerana malam itu, dua tahun yang lalu,

“Aunty Aisya! Era dah penat dengan semua ni! Bila Qayyum bersedia nak kahwin dengan Era?” Era datang menyerbu di banglo tiga tingkat itu. Semua ahli di rumah itu yang sedang bersantai di ruang tamu terkejut dengan kehadiran Era. Dato’ Zamri terus bangun,

“Apa bising-bising ni? Apa kena dengan kamu?” tempik Dato’ Zamri atas kelakuan biadap Era.

“Uncle! Saya datang ni sebab nak jumpa Qayyum, uncle dan aunty. Bila saya akan kahwin dengan Qayyum?” Era semakin membara. Ya, dia sudah penat menunggu. Sudah hujung tahun, namun Qayyum masih tidak memberikan sebarang jawapan. Malah, Qayyum semakin dingin dengannya. Semua ini kerana Farah! Qayyum seperti melebihkan Farah dalam apa pun hal.

“Apa you merepek ni? I? Kahwin dengan you?” Qayyum terus bangun. Nada suaranya memang nampak seperti akan mengamuk.

“Ya! I tunggu jawapan you dari dulu sampai sekarang! Mana jawapan you? You semakin menjauhkan diri dari I. I takut you akan tinggalkan I. Ni semua sebab perempuan ni kan?” jari telunjuk Era tepat di muka Farah. Tersentak Farah dengan tuduhan Era yang langsung tak berasas itu. Memang dia rapat dengan Qayyum namun mereka sekadar kawan, tiada yang lebih.

Ya, kawan. Mungkin itu bagi Farah namun tidak pada Qayyum. Semenjak Farah tinggal bersama keluarga Qayyum, Qayyyum berasa bahagia. Entah kenapa, dia menyenangi semua sikap Farah. Kalau tiada Farah, dia terasa kosong. Perasaan apa ni? Akhirnya Qayyum memutuskan bahawa perasaan itu adalah cinta. Dia cintakan Farah!

“Hei! Jaga mulut you! Jangan salahkan Farah! Oh, you nak jawapan? Jadi you datang serang family I macam ni sebab nak jawapan? Okey, I boleh bagi. I say no!” Qayyum meninggikan suaranya. Mukanya kemerah-merahan tanda marah sekali.

“You….you.. you tak boleh buat I macam ni! Sepanjang masa I fikir pasal kita! Mana perikemanusiaan you?!” jerit Era. Air matanya menitis. Dia hampa dengan Qayyum.

“Kenapa you nak kena kaitkan jawapan I dengan sifat perikemanusiaan? I fikirkan kebahagiaan I! I berhak menentukan siapa pasangan hidup I. Dan I dah jumpa orang tu,”

“Siapa?!”

“Kenapa you tanya? You nak pergi bunuh dia? Sudah la Era, you balik la. I yakin ada lagi lelaki yang lebih baik daripada I untuk you. Jangan buang masa you tangiskan segalanya Era. I tak cintakan you sebab tu I taknak kahwin dengan you. I harap you faham,” Qayyum memberi penjelasan yang cukup padat kepada Era. Era masih tersengguk-sengguk menangis di ruang tamu rumah saudaranya.

“Tapi I cintakan you. I tak cintakan orang lain,” Era masih berkeras.

“Era please.. Dah lewat malam ni. I rasa you tak lupa kan mana pintu keluar. Kalau lupa, suruh Mak Miah tunjukkan. Good night Era, Asalamualaikum,”

Qayyum bergegas naik ke atas begitu juga Dato’ Zamri. Farah mengikut Mak Miah ke dapur. Hanya tinggal Datin Aisya di ruang tamu itu kerana terasa bersalah dengan sikap Qayyum terhadap Era. Walaubagaimanapun, Era tetap sebahagian dari keluarga mereka.

“Era, jangan menangis ya. Aunty memang nak tolong tapi Aunty tak boleh paksa Qayyum. Kalau itu jawapan Qayyum, Aunty takboleh nak buat apa-apa. Era balik ya,”

Tanpa berkata apa-apa, Era terus mendengus marah lalu berjalan keluar. Kenapa Qayyum menolaknya mentah-mentah? Ini tak lain tak bukan, mesti sebab perempuan tak sedar diri tu! Aku pasti akan buat dia menyesal!

Qayyum dan Farah semakin hari bagai belangkas. Kemana sahaja mereka pergi pasti bersama. Dan akhirnya pada suatu hari,..

“Jadi kamu nak kahwin dengan Farah?” tanya Dato’ Zamri. Qayyum terus mengangguk, Farah di sebelahnya tersenyum.

“Kami dah bincang pa. Sekarang cuma restu papa dan mama,”

“Hmm. Papa ikut saja kalau itu pilihan kamu. Tapi Farah, kamu pakai wali apa? Nak wali hakim ke?”

“Tak. Saya dah telefon pak su saya dan dia kata dia boleh jadi wali Farah,” Farah menjawab dengan yakin.

“Farah, mulai harini. Kamu jangan panggil kami Dato’ dengan Datin lagi tau? Panggil mama dengan papa. Sebab tak lama lagi kamu dengan Qayyum akan berkahwin. Ya?” Datin Aisya tersenyum kemudian memeluk Farah yang bakal menjadi menantunya. Dia sangka hubungan Farah dan Qayyum hanya setakat abang dan adik. Namun lain pula jadinya.

KEMBALI KE ALAM NYATA…,

“You kata you ada abang kan?” tanya Farah semasa mereka duduk berdua di taman. Wah, bahasa pun dah tukar. I you nampak?

“Yes. Kenapa tanya ni?” aneh Qayyum melihat sikap Farah.

“Mana dia? You tak pernah cerita pun,”

“Dah tak tanya,” Farah melempar bunga kemboja yang sedang dipengangnya dari tadi ke arah Qayyum. Mereka ketawa.

“I tanya elok-elok ni,” Farah menggesa. Qayyum akhirnya membuka cerita,

“Abang I, Qalishan sekarang tinggal di UK. Dia urus syarikat kami di sana. Dia dah kahwin tapi belum ada anak. Isteri dia orang melayu jugak. Tak salah I umur isteri dia sama dengan you. Model terkenal di sana dan bila dah kahwin Abang Qalishan tak bagi dia jadi model dah. But now dia buka syarikat modelling di sini dan UK. Ada partner dia yang uruskan syarikat modelling dia sini. Dia kata ‘usahawan jutawan’ gitu,”

“Usahawan jutawan? Macam pernah dengar je perkataan tu. Ah by the way, pandai abang you cari isteri ya. Dia.. tak balik sini ke?”

“Dia kata dia akan balik sini masa majlis bertunang kita nanti dan tinggal di sini sampai kenduri kahwin kita. Dia kata dia takkan balik selagi tak tengok I pakai baju pengantin dan bakal adik ipar dia,” Qayyum tergelak kecil, begitu juga Farah.

“Bagus la macam tu, I teringin nak jumpa abang you dan isteri dia,” ujar Farah. Dia dan Qayyum terus berbual mesra…

Seminggu selepas itu, Qalishan dan isterinya tiba di rumah setelah dijemput Dato’ Zamri dan Datin Aisya.

“Mama, mana Qayyum?” Qalishan laju sahaja bertanya soal adiknya.

“Ada, dekat dapur. Farah pun ada sekali. Bersembang la mereka berdua tu. Mesra sungguh mama tengok. Tikah, masuk la sekali kalau nak jumpa Farah,” Datin Aisya menjemput menantu sulungnya masuk. Wanita yang dipanggil Tikah itu tersenyum lalu masuk menyusul suaminya ke dapur.

“Hoi pakcik! I’m home!” Farah yang sedang merasa sup ayam yang dimasaknya tersentak mendengar suara Qalishan menegur.

“Err.. Qayyum ada di bilik air,” Farah menjawab. Apabila isteri Qalishan sampai di dapur, Farah terus terkejut.

“Nisa?!” hanya itu yang terpacul di mulut Farah.

“Eh kau Farah? Jadi kau yang akan kahwin dengan Qayyum?” Nisa atau nama penuhnya Nisa Atikah sudah terbeliak matanya melihat Farah, rakan baiknya.

“Jadi korang ni kenal la?” tegur Qayyum sebaik sahaja dia keluar dari bilik air.

“Qayyum, ni la kawan baik I dengan Amy, Nisa. I tak sangka Nisa ni isteri abang you. Kenapa you tak cakap nama dia haritu?” Farah memandang Qayyum.

“Dah tak tanya,” Qayyum berseloroh lagi. Betullah, Farah yang tidak bertanya!

“Apa bising-bising ni dekat dapur? Dah jom pergi depan. Farah, nanti suruh Mak Miah angkat sup kamu tu,” Datin Aisya menarik tangan Nisa dan Farah manakala Qalishan dan Qayyum menyusul.

Dua hari selepas itu, Farah telah menerima satu panggilan telefon daripada Adryy yang mengajaknya berjumpa. Pada mulanya Farah agak keberatan kerana dia tidak pernah mempercayai Adryy seumur hidupnya. Adryy seorang kaki perempuan dan pemabuk. Farah tidak sangka dia boleh berkawan dengan seorang umat Islam yang minum air kencing syaitan itu. Farah menggeleng kepalanya berkali-kali.

Farah akhirnya meminta pendapat Nisa,

“Weh patut ke aku pergi jumpa Adryy? Aku takut,” Farah memandang Nisa sedalam-dalamnya.

“Ikut kau la. Kalau kau rasa nak jumpa dia, pergi aje la. Kalau taknak, takpayah pergi. Lagipun Qayyum kan takde kat rumah, esok baru dia balik. Aku rasa tak payah la pergi. Kalau orang jumpa macam mana, kau tu dah la bakal tunang orang,”

“Tapi dia bukan ajak aku sorang je. Mama dia yang suruh invite aku. Katanya itu rumah mama dia. Party apa entah,”

“Sebab itula aku kata ikut suka kau. Aku bagi cadangan pun bukan kau ikut kan?” balas Nisa sambil menumpukan perhatiaannya kepada televisyen.

“Hmm. Aku pergilah! Tak baik buruk sangka macam tu kat dia. Entah-entah niat dia memang baik. Apa kata kau hantar aku?” Farah menjungkit keningnya kepada Nisa.

“Ala, sinetron ni baru start!”

“Bukan sekarang la makcik! Malam nanti!”

“Ada Asmara!”

“Takpayah tipu. Asmara habis minggu lepas nah. Lagipun aku nak merasa kereta kau la. Fuh, berkilau je aku tengok dari jauh!” Nisa sudah kembang semangkuk mendengar pujian Farah. Terus dia berjanji akan menghantar Farah pada malam itu.

Pada malam itu…,

“Weh aku boleh hantar sampai sini je. Qalishan call tadi. Dia sakit perut la apa la. Aku balik dulu,” Nisa memberhentikan keretanya di depan sebuah rumah semi-d yang agak usang itu.

“Okey. Pergi jaga laki kau tu merangkap abang ipar aku. Aku rasa dia bukan sekadar sakit perut tu,” usik Farah. Nisa sudah menampar kecil tangan Farah.

“Okey okey. Drive baik-baik. Aku pergi jumpa dia dulu,” kereta mewah Nisa terus meluncur laju meninggalkan Farah di situ. Farah berjalan dengan bersemangat lalu mengetuk pintu rumah Adryy.

“Hei bagus la you tak sesat cari rumah ni tadi. Masuk la,” Adryy terus menarik lengan Farah. Cepat-cepat Farah melepaskannya sambil tersenyum kelat.

“Mana mama you?” Farah duduk di sofa. Begitu juga Adryy.

“Mama I pergi beli ais ketul. Tunggu la, nanti dia balik. Oh yes, I have something to show you. Come,” ajak Adryy ke dalam bilik tidur utama. Farah agak curiga lalu menolak ajakan Adryy.

Adryy yang mahu memastikan Farah masuk ke perangkapnya malam ini tiba-tiba terus menarik Farah untuk mengikutnya. Menurut mamanya, pelan ini harus berjaya pada malam ini juga. Adryy bersetuju dengan mamanya kerana tidak sanggup melihat Farah bertunang dengan Qayyum atau sesiapa sahaja. Niatnya untuk memiliki Farah semakin membara.

“Hei apa ni! I kata taknak, taknak la. Kenapa dengan you ni?” Dalam usahanya melepaskan lengannya dari tangan Adryy, tiba-tiba dia jatuh tersungkur dan menyebabkan badannya terlekap di tubuh sasa Adryy. Wajah mereka begitu hampir pada saat itu.

“Hentikan semuanya! Anda berdua ditangkap kerana berdua-duaan di tempat sunyi. Sila ikut kami,” Seorang lelaki berserban putih menyerbu rumah itu. Dia diiringi seorang pegawai polis dan seorang lagi lelaki yang juga lengkap berserban serta jubah.

“Tapi saya tak buat apa-apa!” Farah menjerit kepada pegawai polis wanita yang memegang lengannya ke belakang. Pegawai polis wanita itu menampar pipi Farah.

“Awak dah ditangkap di rumah jantan, masih tak mahu mengaku! Kami nampak semuanya! Kenapa masih ada perempuan seperti awak di muka bumi ni?” pegawai polis wanita itu kelihatan marah sekali dengan Farah.

“Tapi puan, saya tak salah!”

“Sudah! Jalan!” Adryy juga dibawa oleh lelaki berserban tadi.

Selepas Qayyum pulang dari Pahang iaitu tapak pembinaan projek mereka yang baru, pada malam itu..,

Pap! Satu tamparan singgah di pipi Farah. Qayyum sudah tidak waras lagi apabila mendengar apa yang disampaikan keluarganya. Farah yang jatuh tersungkur di kaki Qayyum mula menangis teresak-esak.

“Aku tak sangka kau macam ni! Baru pergi sekejap kau dah melayan jantan lain! Aku ni tak cukup ke?!” Qayyum menengking Farah. Nafasnya naik turun dengan laju menandakan dia sungguh marah dan kecewa dengan Farah. Dato’ Zamri dan Datin Aisya serta Aunty Rena yang turut berada di situ tidak dapat berbuat apa-apa.

“Tapi saya tak buat semua tu,” jawab Farah dalam esakan yang masih bersisa.

“Tak buat?! Hei pompuan! Kau ni memang tak sedar diuntung tau tak! Aku lega Tuhan dah tunjuk perangai kau yang sebenar sebelum kita bertunang,” Tangisan Farah semakin kuat.

“Kenapa awak tak percayakan saya? Awak kenal saya. Nisa pun tahu apa yang terjadi. Kan Nisa?” Mata Farah yang berair terus memandang Nisa yang berdiri di sebelah Qayyum dan Qalishan. Nisa tidak mampu menjawab pertanyaan Farah. Dia memang kasihankan Farah namun apakan daya, bukti tak cukup kuat kerana dia tidak menemani Farah masuk ke dalam.

Qalishan pula terasa bersalah dengan kata-kata Qayyum terhadap Farah. Terus dia menarik tangan Farah untuk bangun daripada melutut.

“Betul ke Farah tak buat apa-apa?” soal Qalishan lembut.

“Betul! Saya tak buat apa-apa!” jeritan Farah langsung tidak berbekas di hati Qayyum.

“Saya tak buat apa-apa. Saya takkan curang sebab saya cintakan Qayyum. Abang tolong pujuk Qayyum, saya taknak kahwin dengan orang lain selain Qayyum,” Farah tersengguk-sengguk menangis di hadapan Qalishan dan Nisa. Qayyum yang mendengar kata-kata Farah terus mendengus,

“Hei! Pergi mati la! Aku menyesal sebab pernah cintakan perempuan macam kau ni! Dah, malam Sabtu ni kau berambus dengan jantan tu! Kau suka dia kan? Sampai kau sanggup datang rumah dia untuk buat perkara yang terkutuk tu?” sindir Qayyum dengan lantang. Farah menggeleng berkali-kali. Kenapa susah untuk Qayyum mempercayai dirirnya?

Bagaimanakah kehidupan Farah selepas ini? Adakah dia akan menemui kebahagiaan bersama Adryy? Apa pula akan terjadi kepada Qayyum? Saksikan semuanya di episod akan datang!

EPISOD AKAN DATANG…

“Ni semua rancangan you kan?!” tempelak Farah…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...