Saturday, December 11, 2010

Cinta Kita - episod dua :D

Heyyy :D
Kembali menemui aku lagi! Hmm, aku dah sediakan EPISOD DUA untuk hampa semua. Harap episod dua lagi syok dari episod satu. Biasalah, permulaan selalunya membosankan. Aku faham ==”

Okey, inilah episod dua :)

EPISOD DUA.

Suasana di dewan besar Sekolah Menengah Seri Melati sungguh meriah dengan kedatangan para pelajar atas jemputan ke majlis reunion mereka. Ramai yang dapat menghadirkan diri. Ada yang muda dan ada yang sudah berusia. Para guru juga turut hadir bersama bagi memeriahkan lagi majlis.

Di celah-celah kesibukan ramai, jelas kelihatan Farah sedang melantak dengan sepinggan salad buah yang tersedia di setiap meja. Di sebelahnya, pasti Amy.

“Weh, laju kau makan? Tak rindu aku ke?” aju Amy melihat Farah yang gelojoh. Aduhh, hilang sudah ciri-ciri gadis melayu terakhir.

“Rindu la. Kau harap aku nak buat apa bila jumpa kau?”

“Kot la nak peluk ke, cakap I MISS YOU kuat-kuat ke,”

“Ah, putus fius la kau. Ingat aku ni pompuan macam mana nak excited macam gila lagi,” Farah bersuara selamba. Amy mencebik geram. Nampak sangat kalau tak jumpa aku pon dia bahagia, desis Amy.

“Weh, tu Qayyum kan?” Farah terus tersedak apabila Amy menyebut nama Qayyum. Sungguh! Dia memang alergik dengan nama itu. Kalau boleh taknak jumpa dah sang punya nama itu. Haish, tak sangka di sini jugak berjumpa!

“Ya la kot. Mana aku tau. Lupa dah muka dia,” Farah masih mengekalkan mood selamba.

“Eh cepatnya lupa? Kau tau tak sekarang aku kerja dengan dia? Bos baikkk punya!” Amy menunjukkan muka ceria dan two thumbs up kepada Farah. Farah menjuihkan bibir sebelum menjawab,

“Ye ke baik? Muka macam penjenayah, ada hati nak jadi bos. Heyy, kalau bapak aku percayakan aku untuk ambik alih syarikat dia, aku akan lawan dengan syarikat dia kau tau,” beriya-iya Farah meyakinkan Amy bahawa dia boleh mengalahkan Qayyum.

“Apa-apa je la. Aku tau kau tu mana sebulu dengan Qayyum. Now, apa kata kau sokong tindakan aku untuk pergi tegur Qayyum?”

“Kenapa pulak kau nak pergi tegur dia? Aku kan ada. Tegur aku dah la,”
“Ala, tegur kau takde makna. Contohi lah aku, pekerja baikkk punya! Kalau jumpa bos, lebih afdhal kalau kita pergi tegur dia. Dapat pahala jugak,” Amy terus meninggalkan Farah yang terpinga-pinga. Kalau nak tegur bos yang macam tu, aku rela tak dapat pahala, bisik Farah perlahan.

Sementara itu di sudut yang berdekatan tandas… *Kenapa mesti tandas?

“Kau Qayyum kan?”
Spontan Qayyum berpusing apabila ditegur oleh satu suara garau. Baru sahaja dia bersembang dengan Amy sebentar tadi, ada pula yang lain menegur. Wah, tak sangka aku ni famous jugak, gumam Qayyum.

“Yes. And you?” balas Qayyum.

“Hey! Takkan lupa? Ni Arash la! Amboi, aku yang tua ni pulak ingat siapa kau ya,” ceria benar suara Arash. Sememangnya Arash tua tiga tahun daripada Qayyum. Namun sebenarnya Arash boleh dikategorikan sebagai muda la. Baru 27 tahun.

“Ohh! Wah, rasanya dulu kau tak la hensem sangat. Sekarang dah macam Tom Cruise beb!” Qayyum berbicara dan akhirnya mereka tertawa sesama. Entah kenapa, Arash rasa selesa berbual dengan Qayyum walaupun mereka berbeza umur. Selalunya umur sebaya Qayyum ni layak dibuat adik namun lain pula jadinya kepada Qayyum dan Arash. Dalam mereka bergelak tawa dan berkongsi cerita, tiba-tiba satu soalan alah terpacul di mulut Arash.

“Kau kenal tak Farah Qistina? Kalau kau tak kenal takpe la, saja tanya. Lagipun, dia bukan sama form dengan kau,”

Qayyum terdiam seketika. Macam mana Megat Arash Shazrique, seorang jejaka kacak lagi macho dan bergaya boleh kenal dengan minah rempit entah dari mana tu? Tak boleh jadi ni! Qayyum pura-pura menggaru kepala kononnya berfikir sebelum menjawab,

“Macam pernah dengar ah nama tu. Entah, tak ingat pulak minah mana tu. Kenapa? Eh jangan-jangan kau berkenan kat dia tak?” Qayyum membuat tuduhan melulu. Arash langsung menggeleng.

“Pastu? Macam mana kau kenal dia?” soal Qayyum lagi. Arash tersengih. Selepas itu dia membuka cerita 12 tahun yang lalu di mana Amy terjerit memecahkan rahsia Farah di sebelah Arash dan girlfriendnya. Qayyum terus ketawa terbahak-bahak mendengar kisah lampau itu. Nampaknya ini peluang bagus untuk mengenakan Farah.

“Budak tu kejam sikit bro! Ayat dia kalau kau dengar, fuh! Macam sambal belacan masakan Mak Miah aku la. Pedas gilaa! Tak payah layan la dia tu, muka ja lawa. Otak bukan boleh pakai sangat pon,” Qayyum ternyata kurang puas hati apabila nama Farah disebut oleh pemuda kacak zaman sekolahnya, Megat Arash Shazrique. Budak tu tak boleh famous lebih dari aku, keluh Qayyum sendiri.
“Lagi satu dia tu aku tengok macam tak bermoral sikit la. Malam-malam pergi merempit!” tambah Qayyum lagi. Sesungguhnya itu semua bohong tapi apa nak buat kan? Orang dah meluat..

“Ya ka? Hmm, kau kata tak kenal dia. Ni macam mana boleh tau dia merempit pulak? Jon aku ka?” Wah, soalan ini benar-benar menjerat Qayyum. Itulah, menambah yang merepek-repek. Sekarang dah jadi macam ni siapa yang tanggung?

“Ehh. Aku rasa je dia merempit. Hehe,” tersengih-sengih Qayyum memandang Arash yang sudah mencerlung matanya.

“Cepat la cakap. Kau nampak macam kenal dia je,”

“Kau nak tau pasal dia tu kenapa? For your information Mr Arash, dia tu musuh nombor satu aku,”

“Aku bukan nak tau pasal dia. Aku nak tanya dia pasal best friend dia tu!”

“Hah? Maksud kau Amy?”

“Oh nama dia Amy ke?”
Qayyum menepuk dahinya sambil menggangguk mengiyakan tentang Amy.

“Kalau nak tau pasal Amy, tanya aku lagi senang la beb! Aku ni kan sepupu dia! Dan sekarang, dia kerja dengan aku. Secretary aku,”

“What?! Kenapa aku baru tau sekarang? Kau cakap Era tu cousin kau. Ni Amy pulak?”

“How come you don’t know Amy and Era are twins?”

“Hah?! Wahhhh, kenyataan memang menggemparkan. Patutla ada iras sikit-sikit. Aish, kenapa tak perasan kan,” Arash menggeleng kepalanya berulang kali.

“So kau kata dia kerja dengan kau kan?” ulang Arash.

“Yeah. Dan sekarang ada satu idea menarik untuk kau tengah melintas kat otak aku,” balas Qayyum sambil tersenyum. Belum sempat Arash bertanya apa-apa, Qayyum menyatakan ideanya.

“Apa kata kau kerja kat tempat aku? Kau arkitek jugak kan? Malah lagi berpengalaman dari aku. Nanti, aku letakkan Amy jadi secretary kau. Okey bro?”

“Tu kan company bapak kau? Dia tak marah ke kau ambik pekerja sesuka hati, tukar secretary la?”

“Tak. Sebab sekarang ni, company tu milik aku. Abang aku uruskan company kami di luar negara. Family dia pon tinggal sana. Dia balik hari raya puasa dengan raya haji dan kalau ada emergency case,” terang Qayyum panjang lebar.

“And, kelebihan kau kerja kat tempat aku. Kau boleh la mesra-mesra dengan papa Amy, Uncle Hazwan. Kalau kau nak jumpa mama Amy, Aunty Rena, kau datang je rumah aku. Dia tinggal kat rumah aku sekarang,” Qayyum menambah. Arash sedikit keliru lalu dia bertanya lagi,

“Maksudnya Amy pon tinggal kat rumah kau la?”

“Tak. Dia tinggal dengan Uncle Hazwan sebab senang nak pergi kerja. Aunty Rena dengan Uncle Hazwan dah cerai la,” barulah Arash faham setelah Qayyum habis bercerita. Kemudian mereka berjalan menuju ke ruang makan dah menjamu selera.

Pada masa yang sama, di sudut kecil tepi dewan…

“Era! You ni suka buat-buat tak nampak kitaorang. You sibuk buat apa tu?” dua orang gadis mendekatkan diri dengan Era.

“Hei! Mia, Jue! Lama tak jumpa you guys! You all pergi mana?” Era kelihatan terkejut dengan kehadiran kawan-kawan lamanya, Mia dan Jue.

“I dengan Jue kan macam kembar. Mana aje kami pergi mesti la bersama. Sekarang I dengan Jue kerja kat syarikat modelling. You?” Mia bercerita tanpa disoal. Era membulatkan matanya apabila mendengar dua rakannya itu berjaya di bidang modeling.

“I..err.. I kerja dengan papa I… Tapi I bukan buat apa pon,” gagap Era menjawab pertanyaan Mia dan Jue. Ya, dia sungguh malu kerana tidak sesukses dua rakan baiknya itu. Tidak sesukses Amy, kakak kembarnya. Dia bekerja sebagai secretary bapanya namun kelihatan seperti semuanya diuruskan sendiri oleh bapanya itu.

“You tak buat apa? Maksud you, goyang kaki kat syarikat sendiri?” soalan Jue agak pedas oleh itu dia menerima satu cubitan di lengannya oleh Mia.

“Tu bukan syarikat papa I okay! Tu syarikat Qayyum. Sekarang dia bos. I mana reti buat kerja tu semua. Lagipun, you ingat I suka ke duduk situ? I pergi kerja situ pun sebab I nak dekati Qayyum,” Mia dan Jue tersenyum kelat mendengar. Sejak azali lagi, Era memang selalu bercerita kepada mereka tentang kisah syok sendirinya kepada Qayyum. Kononnya apabila sudah dewasa, Qayyum akan mengajaknya bertunang, seterusnya berkahwin.

Mana? Cincin pon tak nampak! Mia dan Jue sudah masak dengan perangai Era yang over dalam semua hal. Semua dia yang lawa, dia yang gorgeous, dia yang kaya, dia la yang the bestest ever.

“Kalau you tak reti buat apa-apa, macam mana you boleh diterima kerja kat situ?” Mia pula menyoal. Jue mengangguk meminta jawapan.

“Ala. Tak susah la. You guys tanya ni macam tak tahu apa yang I boleh buat. Hello, ini Era la. Papa I kan ada, suka hati dia la nak masukkan I dalam syarikat tu,” ayat terakhir Era sengaja dikuatkan di hadapan Mia dan Jue untuk menunjukkan betapa agungnya Encik Hazwan.

“Bagus la. You patut bersyukur tau dapat papa yang ikut cakap you. Kalau nak harap you cari kerja sendiri, I rasa sampai sekarang pon you menganggur tau,” Jue berkata. Dia sudah tidak tahan. Sejak dahulu, apa sahaja yang Jue pakai, semuanya dikritik Era. Katanya, takdak jenama la, fashion disaster la, low class la, semua cukup. Era mencerlungkan matanya kepada Jue. Belum sempat dia membuka mulut, Mia menambah perasa,

“I rasa you better kerja baik-baik ya kat syarikat tu kalau you sedar yg tu bukan syarikat bapak you. Bye, see you soon. By the way, nice to meet you old friend,” perkataan ‘bapak’ sengaja ditekan oleh Mia. Biarlah dia nak terasa, itu masalah dia, fikir Mia. Kemudian Mia dan Jue hilang dari pandangan mata Era yang sudah membahang.

Manakala di luar dewan pula…

“Just wait mama. Adryy dah atur semuanya. Pasti berjalan lancar punya. Ini anak mama kan?” Adryy meyakinkan seorang wanita di corong telefon bimbitnya. Mama? Mama dia kot.

“Ma, Adryy masuk dewan dulu. Mama tunggu call dari pihak hospital je okay?” selepas mengucapkan ayat ini, Adryy terus ketawa tak ingat dunia.

Berjayakah Arash memikat Amy? Adakah Qayyum dan Farah akan terus berperang? Apakah pula tidakan Era untuk meyakinkan Mia dan Jue bahawa Qayyum boleh menjadi miliknya? Rancangan apa yang Adryy aturkan? Temui segalanya dalam episod akan datang!

EPISOD AKAN DATANG…

“Pleaseeeee! Wake up!” jeritan Farah bergema di rumah semi-d milik keluarganya. Air matanya merambu-rambu keluar sedari tadi…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...