Tuesday, December 14, 2010

Cinta Kita - episod lima :D

Heyy =)
Sorry sebab lambat update cerita ni, aku tengah kemas bilik aku + bilik adik aku + bilik mak dgn ayh aku. Fuh, penat-penat. Tapi takpa, aku rela berjaga tengah-tengah malam sebab nak tulis ni! Selamat membaca!

EPISOD LIMA.

Pagi itu, di banglo tiga tingkat milik keluarga Qayyum,

“Asalamualaikum semua,” ucap Dato’ Zamri sambil menuruni tangga bersama Datin Aisya. Farah dan Aunty Rena sudah berada di meja makan manakala Mak Miah pula sibuk mengurus di dapur. Qayyum masih tidak kelihatan. Hal ini membuatkan Dato’ Zamri dan Datin Aisya berasa aneh.
Selalu kalau bab-bab sarapan ni, Qayyum la sibuk sangat. Kenapa hari ini lain pula? Malu dengan Farah? Tak mungkin la, dah sebulan Farah tinggal kat sini. Sebulan jugak Farah bekerja dengan dia. Apa yang nak malu? Hubungan diorang pon okey ja. Tak bergaduh, desis Datin Aisya lama.

“Mak Miah! Kenapa Qayyum tak turun lagi?” tanya Datin Aisya. Mak Miah yang begitu sibuk di dapur, terus meluru kepada Datin Aisya.

“Entah. Dia tengah bersiap kot. Nak Mak Miah panggil ke Datin?”

“Takpayah la. Hmm Farah? Boleh tolong panggilkan Qayyum? Sorry ganggu makan ye,” Farah mulanya agak keberatan kerana dia sememangnya belum pernah menjejakkan kaki ke bilik Qayyum tak bertamadun itu. Namun apa boleh buat? Kalau kata tidak mungkin boleh dicop biadap.

Farah akhirnya bangun dan mendaki anak tangga satu persatu dengan longlai. Hish Datin ni, Mak Miah dah tawarkan diri untuk nak panggil mamat tu taknak. Aku jugak yang kena,keluh Farah. Sesampai di pintu bilik berwarna coklat gelap jenis kayu itu, Farah terus mengetuk.

“Qayyum! Cepat keluar, sarapan,” Farah menjerit kecil. Qayyum terus membuka pintu biliknya.

“Aku tau la! Lain kali ketuk la kuat-kuat lagi, biar pecah pintu ni,” kata Qayyum menyindir Farah. Farah menjuihkan bibirnya.

“Dah la, cepat turun. Kalau kau tak sarapan nanti aku jugak yang kena buat kopi di ofis. Ingat aku takde kerja lain ke selain buat kopi kat kau?”

“La, aku rasa memang itu ja kerja kau kan iaitu buat air kat aku?”

“Mana ada! Ingat sikit, aku bukan buat air kat kau ja tapi kat seluruh ahli syarikat faham?” nada suara Farah naik sedikit. Ya lah, susah kan cakap dengan orang bengap macam ni?

“Hahaha, okey okey. Takpayah la marah sangat. Tolong ambil kot aku,” arah Qayyum.

“Amboi, takkan kat rumah pon kau bos aku?” jawab Farah. Nampak macam taknak tolong ambil, tapi kakinya bergerak juga menghampiri almari. Sedar tak sedar dia sudah berada di dalam bilik Qayyum. Rupanya sama sahaja seperti di bilik tetamu namun bilik ini luas sedikit di bahagian bilik mandi.

“Yes I am. Tu la risiko tinggal kat rumah aku. Ala, kiranya kau tak ikhlas la buat kopi tu setiap hari kat aku?” tanya Qayyum. Tangannya menyabut kot hitam dari Farah.

“Ikhlas la. By the way, sedap tak? Aku dah lama tak buat kopi sebab aku tak minum kopi,” beritahu Farah. Saat ini entah kenapa seronok pula berbual dengan Qayyum walaupon tempat kurang strategik. *Hahah :D

“Sedap jugak. Tapi manis sangat weh. Entah berapa kilo gula kau guna untuk buat secawan, aku pon tak tau. Nasib baik aku bukan pesakit diabetes. Tapi rasanya kalau minum setiap hari pon boleh jatuh sakit,”

“Tapi kau kata sedap?” Farah sudah buat muka kesian. Tadi kata sedap sekarang cakap manis pulak?

“Sedap la sebab aku suka manis! Haish, susah cakap dengan budak kecik macam kau ni. Lain kali kau letak garam pulak tau,” Qayyum berkata sambil ketawa kecil. Begitu juga Farah.

Sesampai di pejabat…,

“Kau nak minum kopi garam tak?” ujar Farah sambil tergelak kecil.

“Boleh jugak! Lagi dua minit siap okey?” Qayyum membalas lalu berjalan masuk ke bilik kerjanya. Farah berlari terkocoh-kocoh ke dapur untuk membuat kopi.

“Hah, rasa la air ni. Sure berasap,”gumam Farah perlahan selepas membancuh kopi bercampur garam itu. Kesian kau kan Qayyum, mesti masin. Tapi nak buat macam mana, kau yang kata nak tadi, Farah tergelak sambil berjalan menuju ke bilik kerja Qayyum.

“Masuk la. Lambatnya kau bancuh,” Qayyum memberi arahan. Kemudian dia tersenyum kepada klien yang berada di hadapannya. Farah terus masuk dengan sebuah senyuman yang agak menawan. Qayyum yang melihatnya tiba-tiba terusik, mungkin sudah tergoda. ==”

Qayyum menyambut cawan berisi kopi itu. Selepas diteguk sedikit dia terus tersedak teruk.

“Apa ni! Masinnya! Kau betul-betul letak garam ke?!”Qayyum menjerit betul-betul di hadapan muka Farah. Pada mulanya Farah agak terkejut kerana diserang sebegitu rupa namun selepas itu dia ketawa terbahak-bahak. Dua klien yang berada di hadapan Qayyum turut ketawa melihat muka Qayyum.

“Kau yang kata nak kopi garam kan?” Farah berbicara dalam ketawa yang masih bersisa. Wajah Qayyum dari putih bersih bertukar merah padam. Bukan malu tetapi dia marah. Kenapa Farah sanggup memalukannya di hadapan orang?

“Get out now!” Qayyum yang marah terus menghalau Farah. Farah tersentak dengan perangai Qayyum yang tiba-tiba berubah. Namun dia tidak yakin Qayyum marah. Pasti dia berlakon.
“Ala kau ni. Melawak pon tak boleh. Aku..,”

“I say now!” jeritan Qayyum bergema di bilik kerjanya. Farah terus keluar sambil menahan air mata dari keluar.

Di apartment milik Adryy…,

“It almost two month! Adryy masih tak rancang apa-apa! What happen to you?” tanya Alia kepada anaknya. Adryy tunduk membisu. Habislah kali ini, mama pasti marah, desis Adryy.

“Adryy tak boleh nak fikir ma. Please, jangan paksa Adryy untuk buat semua tu,”

“But I have to! Adryy tak boleh diam lagi. Mama dapat tahu yang sekarang Farah makin rapat dengan anak Dato’ Zamri tu. Tak mustahil kalau mereka berkahwin. Lagipun mereka tinggal sekali!”

“Tapi macam mana ma? Adryy memang nak dapatkan Farah tapi Adryy tak tahu cara yang betul!”

“Just ikut cakap mama! Come, I’ll show you how,” Alia menarik tangan anaknya ke meja. Alia yakin rancangannya pasti menjadi. Farah pasti jatuh tersungkur di kaki Adryy.

Di dapur syarikat milik Qayyum…,

“Heii. Jangan la menangis lagi. Aku rasa Qayyum tak bermaksud nak kata macam tu,” Amy memujuk Farah yang menangis akibat ditempik Qayyum.

“Hmm. Tapi dia tak patut marah macam tu. Aku melawak je,” Farah merembes air matanya ke tepi.

“Kau la melawak pon depan klien dia. Lain kali jangan buat dah. Aku rasa dia malu dengan klien la,”

“Ya la, ya la. Dah la, kau pergi sambung kerja. Nanti Arash marah pulak,”

“Okey. But I’m curios about one thing. Kenapa kau tiba-tiba menangis bila dia cuma kata get out? Bukan ke dulu dia selalu cakap lebih teruk lagi kat kau, dan kau sikit pon tak terasa,”

Farah terdiam seketika. Betul juga kata Amy, sejak bila dia terasa dengan Qayyum? Aish, apa jadi nih?

“Haa. Aku tau,” kata Amy tiba-tiba.

“Kenapa?”
“Aku rasa kau dah suka dengan Qayyum kan? Mengaku je la Farah. Kau ni kalau tipu-tipu selalu kantoi. Baik takpayah,” Amy tersengih bak kerang busuk.

“MANA ADA!!!” jerit Farah di muka Amy. Amy terus ketawa lalu meninggalkan Farah yang berasap-asap memarahinya.

Rupa-rupanya ada juga manusia yang memandang tingkah laku Amy dan Farah di dapur tadi. Siapa lagi kalau bukan si goyang kaki, Era. Dia sememangnya ingin ke dapur untuk minum air. Tiba-tiba dia terlihat kelibat Farah dan Amy. Tambahan pula dia juga terdengar nama Qayyum di dalam perbualan mereka.

“Argh! Farah suka Qayyum? Nampaknya makin susah untuk aku mendapatkan Qayyum bila tiba-tiba ada perempuan tak sedar diri tu menyimpang! Eiii, memang dasar tak tau malu. Dah la menumpang, ada hati pulak nak miliki Qayyum. Walaupun kau kata tidak, aku yakin, jauh di lubuk hati kau, memang kau sedang mencintai Qayyum, Farah,” gumam Era perlahan. Dia mesti buat sesuatu untuk menjauhkan Farah daripada Qayyum.

Qayyum hanya milik aku!

Pada waktu yang sama di bilik kerja Arash dan Amy…,

“Awak pergi mana tadi? Puas saya cari tak jumpa pulak,” tegur Arash sebaik sahaja Amy masuk ke dalam bilik kerja mereka.

“Oh maaf la Encik Arash. Saya pergi dapur. Lepas tu terjumpa Farah. Apa lagi, sembangla. Maaf ya Encik Arash,”

“Amy, Amy. Berapa kali saya cakap? Tak perlu panggil saya encik. Tolong lah, kita kawan satu sekolah dulu kan?”

Amy tertunduk sedikit. Bukan dia tidak mahu memanggil nama, cuma entah kenapa terasa segan pula.

“Tapi awak senior saya dulu. Saya bukan kenal awak rapat sangat pon,” Amy masih berdalih.

“Haha. Awak ingat saya dah lupa peristiwa 12 tahun yang lalu? Saya takkan lupa Amy sebab haritu jugak girlfriend saya mintak break dengan saya. Saya sebenarnya sikit pon tak sedih malah berterima kasih dengan awak sebab dah cipta alasan untuk kami break. Saya bukan suka pon dia tu, dia ja yang lebih-lebih,” Arash bercerita. Amy pula sudah tergelak apabila mengimbas masa itu.

“Tapi saya tak cipta alasan Arash. Saya betul-betul maksudkannya. Farah memang dah jatuh hati pada awak tapi bukan semenjak dia tinggal di rumah Qayyum,”

“Maksud awak?”
“Maksud saya, Farah dah berubah. Kalau dulu dia selalu ambil tahu pasal awak. Sekarang dia kurang peduli. Malah dia makin seronok bercerita tentang Qayyum. Nada suara dia, riak wajah dia dan segalanya nampak lain. Macam dia.. suka..dengan Qayyum,” ayat terakhir Amy diperlahankan sedikit kerana takut Farah terdengar. Kalau Farah terdengar, tak mustahil dia akan menerima satu lagi jeritan kan?

“Bagus la. Saya pon ada terperasan dengan sikap Qayyum sejak akhir-akhir ni. Dia selalu cakap pasal Farah. Apa sahaja dia cakap, tak kira topik apa pon mesti terselit jugak nama Farah. Agaknya mereka malu tapi mahu kot?” Arash membuat andaian.

“Mungkin. Tapi awak tak kisah ke kalau betul Farah suka Qayyum? Mana la tau awak rasa tergugat, peminat dah kurang,” Amy ketawa kecil memandang Arash.

“Tak adalah. Awak ni.. Saya takda hati pon dengan Farah, cuma anggap dia kawan ja. Lagipun saya tengah berusaha pikat seseorang,” Arash berdehem sedikit. Amy kelihatan teruja terus bertanya,

“Siapa? Cakaplah, mana tau saya boleh tolong awak!”

“Hmm, betul awak nak tahu?”

“Ya la! Hish awak ni buat saspen pulak!”

“Awak la. Saya suka awak,”

Apakah jawapan Amy? Rancangan apa yang Alia aturkan untuk Adryy dan Farah? Bagaimana pula dengan hubungan Farah dan Qayyum? Temui segalanya dalam episod akan datang!

EPISOD AKAN DATANG…

“Betul! Saya tak buat apa-apa!” jeritan Farah langsung tidak…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...