Friday, December 17, 2010

Cinta Kita - episod tujuh :D

Heyy =)
Aku minta maaf sebab lambat update cerita ni. Result final exam aku sampai semalam and I really hope all of you can understand how bad my Sejarah’s mark. Hee :D
Okay, selamat membaca :) *Ini post aku yang ke-50!

EPISOD TUJUH.

Malam Sabtu itu, Farah dan Adryy diijabkabulkan. Alia tersenyum bangga melihat impiannya untuk menghancurkan Farah semakin berjalan lancar. Adryy pula diburu rasa bersalah. Bukan dia yang merancang segalanya, bukan dia! Entah kenapa dia bersetuju dengan ibunya pada malam itu. Kini Farah memang menjadi miliknya namun kenapa dia tetap rasa tidak selesa? Bukankah ini yang dimahukannya?

Farah masih sinonim dengan air mata sejak malam itu lagi. Dia tidak dapat menahan rasa sedih dengan nasib yang menimpa dirinya. Mula-mula, ibu bapanya pergi. Syarikat keluarganya hangus terbakar dan pihak polis masih tidak mengetahui puncanya. Kini, dia ditangkap khalwat kerana perangkap Adryy. Apa pula nasib aku lepas ni ya Allah?,keluh Farah.

“Farah..,” tegur satu suara lunak dari arah belakangnya. Farah bingkas menyeka air matanya lalu berpusing ke arah belakang. Datin Aisya, Dato’ Zamri, Qalishan dan Nisa masuk ke bilik itu. Farah membisu. Tidak dia rela memandang wajah suci mereka semua. Walaupun ini bukan salahnya, namun dia tetap rasa bersalah kepada mereka.

“Farah, jangan menangis. Mama tahu Farah tak buat. Mama kenal Farah,” ujar Datin Aisya sambil teresak-esak. Dia kenal dengan Farah. Tidak mungkin Farah akan melakukan semua itu. Entah kenapa Qayyum, anaknya masih tidak mempercayai Farah. Jika cintanya telus terhadapFarah, dia patut lebih mempercayai Farah daripada orang lain. Namun mengapa dia,suaminya dan Qalishan serta Nisa yang lebih mempercayai Farah?

“Farah, aku minta maaf banyak-banyak. Aku yang salah Farah. Aku tak dapat tolong kau, aku minta maaf,” Nisa juga tersengguk-sengguk menangis kerana menyesal tidak dapat membantu Farah. Bukti apa lagi yang boleh menyelamatkan Farah? Dia tiada di rumah Adryy pada masa itu! Sekadar mempercayai Farah tidak cukup untuk meyakinkan pihak jabatan agama Islam yang mereka tidak melakukan apa-apa.

“Farah, bawak besabar ya. Abang yakin, Farah boleh tangani semua ujian ni,” pesan Qalishan pula. Kasihan betul dia melihat nasib yang menimpa Farah.

“Mana Qayyum?” Farah akhirnya bersuara. Semua memandang sesama sendiri. Tidak sanggup mereka memberitahu apa yang Qayyum katakan kepada Datin Aisya petang tadi sebelum mereka semua berangkat ke apartment milik Adryy.

‘Qayyum takkan pergi jumpa perempuan tu ma. Dia dah hancurkan segalanya. Qayyum tak sangka dia macam tu, selama ni kita jaga dia dengan baik. Macam ni ke dia repay kita ma? I don’t understand her stand at all. Hati Qayyum dah tertutup untuk dia ma. Qayyum tak pernah kenal perempuan bernama Farah Qistina sejak dia ditangkap khalwat pada malam tu. Tolong jangan sebut nama perempuan tu depan Qayyum lagi,’

“Mama? Kenapa Qayyum tak datang?” lamunan Datin Aisya terhenti. Dia hanya menggeleng kepala memandang Farah. Farah yang memahami maksud Datin Aisya itu hanya tunduk memandang lantai. Ya, Qayyum pasti tidak akan datang pada hari ini. Dia tahu itu.

“Kami balik dulu ya Farah. Jaga diri,” Dato’ Zamri akhirnya memberi kata terakhir buat Farah. Mereka berempat meninggalkan Farah di dalam bilik yang dihias serba putih itu, begitu juga baju kurung yang dipakai Farah. Tiba-tiba pintu itu dikuak lagi. Amy masuk bersama Arash dan anaknya.

“Salam Aunty Farah, Tasha,” ujar Amy kepada anak perempuannya itu. Budak perempuan yang berumur lebih kurang setahun itu menyambut tangan Farah. Sejuk hati Farah melihatnya.

“Aku tak tahu nak cakap apa Farah. Bila aku dapat berita ni aku terkejut sangat. Aku tak tahu apa yang Adryy rancangkan. Maafkan aku Farah sebab tak ada masa kau susah,” Amy susah hati.

“Tak apa Amy. Kau datang ni pun dah kira baik. Aku.. tak sangka semuanya jadi macam ni. Qayyum sikit pun tak percaya dengan aku. Aku tak tahu kenapa susah untuk dia dengar penjelasan aku yang tak sampai tiga minit pun. Aku kesal dengan dia, tapi aku masih sayangkan dia,” luah Farah. Arash yang memandang wajah kusam Farah menggeleng.

“Dah la Farah. Apa-apa pun, kau tawakal. Cuba sedaya upaya kau untuk tangani semua ujian dari-Nya. Kami tahu kau boleh. Jangan menangis. Senyum la sikit,” ayat terakhir Arash diselang selikan dengan senyuman manis. Farah tersenyum hambar. Bagaimana dia boleh tersenyum pada saat ini?

Akhirnya Amy dan Arash meninggalkan Farah di dalam bilik itu. Farah kini keseorangan. Dia bangun dan bergerak ke arah bilik air selepas mencapai tualanya di dalam beg baju. Selepas mandi, dia menunaikan solat Isyak. Dia berdoa agar menjadikannya seorang isteri yang solehah dan semoga tuhan mengampunkan segala dosanya.

Farah yang sudah lengkap berbaju tidur duduk di balkoni biliknya. Tiba-tiba Adryy masuk ke bilik itu. Farah tahu itu Adryy dan dia masih membatu dan membelakangi Adryy.

“Farah, makan sikit,” tegur Adryy. Farah menjeling sedikit ke arah Adryy. Adryy sudah siap memakai baju tidur juga, mungkin dia mandi di bilik lain. Di tangan Adryy ada sepinggan nasi bersama lauk sambal ikan bersama segelas air masak.

“Farah, I tahu you marah dengan I. But please, makan sikit. I tengok you tak makan pun tadi. I taknak you sakit,” Adryy masih berusaha. Farah yang baran terus berpusing menghadap Adryy.

“You kisah apa I makan ke tak? Tak guna la you nak jaga I dari sakit kalau you dah hancurkan hati I!”

“Farah, listen..,”

“Ni semua rancangan you kan?!” tempelak Farah. Dia bergerak dan duduk di birai katil. Adryy menyusul. Dia melutut di hadapan Farah.

“You boleh marah I, you boleh tengking I. Tapi I takkan pergi dari sini sebelum you makan. I taknak you sakit. Farah please,” pujuk Adryy.

“Tolong keluar, I tak boleh tengok muka you sekarang. Tolong Adryy,” Farah bersuara perlahan. Dia terus merebahkan badannya di atas katil. Lagi air matanya mengalir membasahi pipi.

“I tinggal nasi kat sini, kalau you nak minta apa-apa, I ada kat ruang tamu,” pesan Adryy sebelum meninggalkan bilik itu. Farah memejamkan matanya, cuba untuk tidur.

Jam menunjukkan tepat pukul 5.30 pagi, bererti Subuh akan masuk sebentar sahaja lagi. Farah bangun dan melihat meja sisi. Ah, dia sudah lupa tentang nasi itu. Terus dicapai pinggan yang berisi nasi yang belum terusik itu keluar. Farah menjenguk ke ruang dapur. Dia meletakkan nasi itu di atas meja. Saat dia berjalan di ruang tamu sebentar tadi, Adryy tidak kelihatan. Mana dia ya?

“Adryy?”

“Emph. You nak apa?” Terkejut Farah melihat Adryy berada di belakangnya. Kelihatan Adryy masih mengantuk.

“Tak… I nak tanya, panadol ada?” Farah bersuara normal. Adryy sedikit lega kerana sangkanya Farah tidak akan bercakap dengannya sepanjang hari ini. Lega juga kerana riak wajah Farah seperti sudah lupa apa yang terjadi.

“Oh. Ada. You pening ke?” ujar Adryy sambil mencapai sekotak panadol dari laci kabinet dapur itu.

“Sikit ja. Nanti baik la. Tak apa la, I nak naik solat dulu. Subuh dah masuk kan tadi,” Farah terus berlalu. Adryy seraya menarik lengan Farah. Farah mengerutkan dahinya.

“You…boleh..ajar I sembahyang?” Adryy mengucapkannya perlahan sekali. Dia sungguh malu untuk memberitahu Farah yang dia sudah lupa untuk sembahyang. Dulu dia pernah sembahyang namun entah kenapa dia telah meninggalkan tabiat itu begitu lama sehingga jadi begini. Dia jadi orang yang lupa Tuhan, bongkak berjalan di muka bumi. Bagaikan duit adalah segala-galanya. Ya Allah, ampunilah aku, getus Adryy di dalam hatinya.

“Betul you nak belajar? You ikhlas?” Farah yang dari tadi tersentuh mendengar Adryy ingin belajar bersolat. Dia mengukir senyuman.

“Ya. I dah lupa, Farah. I lupa semua tu. I harap you boleh bimbing I,”

“Of course. Come,” Farah menarik Adryy ke bilik air untuk mengambil wuduk.

Sebulan berlalu. Kehidupan Farah dan Adryy tidaklah seteruk yang disangka. Sebenarnya mereka bahagia juga dan saling membantu antara satu sama lain. Namun itu tidak menimbulkan kesenangan di hati Alia. Kenapa Adryy bagai lupa akan tujuan dia menikahi Farah?

“Darling, you are here. Kenapa muram aje ni?” tegur seorang lelaki yang berusia separuh umur. Alia tersenyum kelat kepada lelaki itu.

“I tak tahu apa yang merosakkan fikiran Adryy. Dia macam…lupa,”

“Lupa apa?”

“Lupa tujuan dia kahwin dengan perempuan tu. And you know what? Dia sembahyang!”

“What?! Nampaknya anak you dah berubah. You tak cakap dengan dia?”

“Petang ni I nak pergi rumah dia. I nak suruh dia paksa perempuan tu tandatangan surat pemberian harta tu. Sebentar lagi harta Maesya dan Khuzairi akan jadi milik I. Then kita boleh kahwin. Kan?” kata Alia sambil ketawa terbahak-bahak. Begitu juga lelaki separuh umur itu.

Suatu pagi di Syarikat ZamQay Holdings…

“Kerja macam tu pon awak tak boleh nak buat dengan baik! Awak ni nak kerja ke apa?” Qayyum menengking salah seorang pekerja di syarikat itu atas kesalahan yang kecil. Kalau Arash tidak campur tangan pastu teruk pekerja bawahan itu pasti dimarahi terus-terusan oleh Qayyum.

“Kau ni kenapa hah? Setiap pekerja kat sini dah masak dengan perangai baran kau! Kau selalu marah diorang atas kesalahan yang kecik. Apa masalah kau ni?” Arash akhirnya meluahkan apa yang terbuku di hati. Sudah sebulan sejak Farah berhenti kerja di sini dan keadaan Qayyum semakin teruk. Kerjanya tunggang langgang, mesyuarat dengan klien sering dibatalkan, pekerja-pekerja sering disemburnya dan dia menjadi seorang yang panas baran.

Qayyum masih diam. Jauh di lubuk hatinya dia merindui Farah. Namun dia tidak dapat menerima perbuatan Farah semasa ketiadaannya. Seperti Farah telah memijak lumat maruahnya sebagai seorang bakal tunang.

“Kenapa kau diam? Baru sedar tentang perangai kau yang baru ni? Panas baran, pemalas, tidak bertanggungjawab,” sindir Arash lagi. Dia sudah penat menguruskan segalanya. Dia bukan bos di situ! Bukan lah dia berkira atau apa namun dia tidak boleh melihat Qayyum terus menjadi begini.

“Kau…rindu Farah kan?” Arash bersuara lagi melihatkan Qayyum tidak memberi respon lain selain membisu.

“Aku tak pernah fikir lagi pasal perempuan tu!”

“Bohong! Kau masih cintakan dia kan?”

“Kau ni kenapa? Aku dah kata aku tak cintakan dia lagi! Dan tak lama lagi aku akan menjadi suami kepada Era!”

“Kenapa kau ambil keputusan yang begitu bodoh? Kau bukan tak kenal Era. Aku yang bukan sesiapa pun tahu perangai Era yang busuk hati tu. Kenapa dengan kau ni? What happen to you?” sembur Arash. Qayyum menghentakkan kepalanya di meja kerja.

“Keluar la Arash. I need time,” ujar Qayyum lemah. Arash yang memandang rakannya lesu itu terus meninggalkan ruang kerja itu. Dia tahu Qayyum tertekan namun kenapa harus menikahi Era? Tidakkah dia tahu sifat Era yang sebenar?

Adakah Adryy akan memaksa Farah menandatangani surat pemberian harta itu? Betulkah Qayyum akan mengambil Era sebagai pengganti Farah? Temui segalanya dalam episod akan datang!

EPISOD AKAN DATANG…

“Farah mungkin bukan wanita yang cukup baik tapi adakah you cukup yakin yang you lebih baik dari dia?” Era panas hati mendengar sindiran Qayyum. Dia…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...