Wednesday, December 15, 2010

Cinta Kita - episod enam :D

Heyy =)
Hmm, perut aku tersangat kenyang dan aku boleh menulis dengan selesa! Selamat membaca!

EPISOD ENAM.

“Kenapa awak diam Amy? Awak tak percaya?” Arash merenung mata bundar Amy. Amy kaku. Dia tak dapat menjawab pertanyaan Arash.

“Amy, saya tak paksa awak beri jawapan sekarang. Tapi bila awak dah buat keputusan, inform saya. Saya ingat nak masuk meminang terus,” mata Amy membulat. Ya rabbi, gila ka apa? Aku rasa dia ni buta sikit la, aku yang tak comel sangat ni boleh dia suka? Tapi kalau jejaka sekacak ni suka aku, maksudnya aku comel jugak la kan?, Amy sempat perasan lagi. ==”

“Tapi saya tak mungkin kecewakan Farah. Dia kan suka awak,” balas Amy.

“Amy, saya yakin Farah takkan sedih kalau awak bahagia. Lagipun awak sendiri yang cakap Farah macam dah jatuh hati pada Qayyum?”

“Tu saya rasa je. Saya tak tanya Farah pun sebab takut dia marah. Saya…,” belum sempat Amy menghabiskan kata-katanya, tiba-tiba Farah menguak pintu bilik kerja mereka.

“Kau ni selalu propa ja lebih. Betul kata kau aku dah tak minat pada Arash lagi. Tu semua zaman budak-budak la Amy. Aku dah dengar semuanya tadi. Kau patut terima je Arash,”

Arash dan Farah tersenyum bangga. Amy pula malu-malu kucing. Farah sedar, semenjak Amy menjadi setiausaha Arash, Amy juga kelihatan aneh.

“Baiklah. So,… bila awak nak masuk meminang?” Amy terus bertanya tanpa segan silu. Arash tersengih-sengih.

“Bila-bila masa,”

“Okey! Aku keluar dulu, semoga berbahagia weh!” Farah terus keluar dan sempat memberikan senyuman yang menawan buat dua rakannya itu.

Petang itu…,

“Weh, kau ingat Nisa tak?” soal Farah tiba-tiba.

“Nisa? Nisa mana ni?” Amy berfikir-fikir.

“Ala, kau ni pelupa betul. Nisa la! Bestfriend kita dulu dari masa Form 2 dengan Form 3. Time Form 4 dia pindah luar negara. Ingat tak?”

“Oh! Ingat! Nisa yang perasan Puan Sri tu kan? Aish, macam mana aku boleh lupa minah kepoh tu? Hmm, tu la. Dia tu kaya, boleh la pergi belajar kat luar negara. Kenapa kau tiba-tiba tanya pasal dia?”

“Entah. Tiba-tiba aku teringatkan dia. Rasa macam akan jumpa dia,” perlahan suara Farah.

“Ah putus fius la kau! Mana kau tau akan jumpa dia? Entah kat negara mana dia tinggal kau mana tau,” Amy membuat andaian.

“Mana la tahu dia balik sini! Lagipun ni kan tempat dia lahir! Hish, suka hati ja aku yang putus fius. Bukan selalu kau ke yang putus fius,” Farah mencebik. Amy menjuihkan bibirnya. Akhirnya mereka sama-sama ketawa.

DUA TAHUN KEMUDIAN…

Hmm, tahun sudah berganjak. Semuanya sudah berubah. Arash dan Amy sudah mendirikan rumah tangga malah sudah dikurniakan seorang cahaya mata. Syarikat ZamQay Holdings semakin maju dan rezeki melimpah ruah bak durian runtuh. Dato’ Zamri dan Datin Aisya bangga dengan kejayaan Qayyum dan abangnya kerana berjaya mengusahakan syarikat keluarga mereka di dalam dan luar negara.

Oh ya, apa jadi dengan hubungan Farah dan Qayyum? Korang mesti tak sabar kan nak tahu apa yang jadi dengan Farah dan Qayyum? Surprise! Mereka hampir bertunang! Semuanya kerana malam itu, dua tahun yang lalu,

“Aunty Aisya! Era dah penat dengan semua ni! Bila Qayyum bersedia nak kahwin dengan Era?” Era datang menyerbu di banglo tiga tingkat itu. Semua ahli di rumah itu yang sedang bersantai di ruang tamu terkejut dengan kehadiran Era. Dato’ Zamri terus bangun,

“Apa bising-bising ni? Apa kena dengan kamu?” tempik Dato’ Zamri atas kelakuan biadap Era.

“Uncle! Saya datang ni sebab nak jumpa Qayyum, uncle dan aunty. Bila saya akan kahwin dengan Qayyum?” Era semakin membara. Ya, dia sudah penat menunggu. Sudah hujung tahun, namun Qayyum masih tidak memberikan sebarang jawapan. Malah, Qayyum semakin dingin dengannya. Semua ini kerana Farah! Qayyum seperti melebihkan Farah dalam apa pun hal.

“Apa you merepek ni? I? Kahwin dengan you?” Qayyum terus bangun. Nada suaranya memang nampak seperti akan mengamuk.

“Ya! I tunggu jawapan you dari dulu sampai sekarang! Mana jawapan you? You semakin menjauhkan diri dari I. I takut you akan tinggalkan I. Ni semua sebab perempuan ni kan?” jari telunjuk Era tepat di muka Farah. Tersentak Farah dengan tuduhan Era yang langsung tak berasas itu. Memang dia rapat dengan Qayyum namun mereka sekadar kawan, tiada yang lebih.

Ya, kawan. Mungkin itu bagi Farah namun tidak pada Qayyum. Semenjak Farah tinggal bersama keluarga Qayyum, Qayyyum berasa bahagia. Entah kenapa, dia menyenangi semua sikap Farah. Kalau tiada Farah, dia terasa kosong. Perasaan apa ni? Akhirnya Qayyum memutuskan bahawa perasaan itu adalah cinta. Dia cintakan Farah!

“Hei! Jaga mulut you! Jangan salahkan Farah! Oh, you nak jawapan? Jadi you datang serang family I macam ni sebab nak jawapan? Okey, I boleh bagi. I say no!” Qayyum meninggikan suaranya. Mukanya kemerah-merahan tanda marah sekali.

“You….you.. you tak boleh buat I macam ni! Sepanjang masa I fikir pasal kita! Mana perikemanusiaan you?!” jerit Era. Air matanya menitis. Dia hampa dengan Qayyum.

“Kenapa you nak kena kaitkan jawapan I dengan sifat perikemanusiaan? I fikirkan kebahagiaan I! I berhak menentukan siapa pasangan hidup I. Dan I dah jumpa orang tu,”

“Siapa?!”

“Kenapa you tanya? You nak pergi bunuh dia? Sudah la Era, you balik la. I yakin ada lagi lelaki yang lebih baik daripada I untuk you. Jangan buang masa you tangiskan segalanya Era. I tak cintakan you sebab tu I taknak kahwin dengan you. I harap you faham,” Qayyum memberi penjelasan yang cukup padat kepada Era. Era masih tersengguk-sengguk menangis di ruang tamu rumah saudaranya.

“Tapi I cintakan you. I tak cintakan orang lain,” Era masih berkeras.

“Era please.. Dah lewat malam ni. I rasa you tak lupa kan mana pintu keluar. Kalau lupa, suruh Mak Miah tunjukkan. Good night Era, Asalamualaikum,”

Qayyum bergegas naik ke atas begitu juga Dato’ Zamri. Farah mengikut Mak Miah ke dapur. Hanya tinggal Datin Aisya di ruang tamu itu kerana terasa bersalah dengan sikap Qayyum terhadap Era. Walaubagaimanapun, Era tetap sebahagian dari keluarga mereka.

“Era, jangan menangis ya. Aunty memang nak tolong tapi Aunty tak boleh paksa Qayyum. Kalau itu jawapan Qayyum, Aunty takboleh nak buat apa-apa. Era balik ya,”

Tanpa berkata apa-apa, Era terus mendengus marah lalu berjalan keluar. Kenapa Qayyum menolaknya mentah-mentah? Ini tak lain tak bukan, mesti sebab perempuan tak sedar diri tu! Aku pasti akan buat dia menyesal!

Qayyum dan Farah semakin hari bagai belangkas. Kemana sahaja mereka pergi pasti bersama. Dan akhirnya pada suatu hari,..

“Jadi kamu nak kahwin dengan Farah?” tanya Dato’ Zamri. Qayyum terus mengangguk, Farah di sebelahnya tersenyum.

“Kami dah bincang pa. Sekarang cuma restu papa dan mama,”

“Hmm. Papa ikut saja kalau itu pilihan kamu. Tapi Farah, kamu pakai wali apa? Nak wali hakim ke?”

“Tak. Saya dah telefon pak su saya dan dia kata dia boleh jadi wali Farah,” Farah menjawab dengan yakin.

“Farah, mulai harini. Kamu jangan panggil kami Dato’ dengan Datin lagi tau? Panggil mama dengan papa. Sebab tak lama lagi kamu dengan Qayyum akan berkahwin. Ya?” Datin Aisya tersenyum kemudian memeluk Farah yang bakal menjadi menantunya. Dia sangka hubungan Farah dan Qayyum hanya setakat abang dan adik. Namun lain pula jadinya.

KEMBALI KE ALAM NYATA…,

“You kata you ada abang kan?” tanya Farah semasa mereka duduk berdua di taman. Wah, bahasa pun dah tukar. I you nampak?

“Yes. Kenapa tanya ni?” aneh Qayyum melihat sikap Farah.

“Mana dia? You tak pernah cerita pun,”

“Dah tak tanya,” Farah melempar bunga kemboja yang sedang dipengangnya dari tadi ke arah Qayyum. Mereka ketawa.

“I tanya elok-elok ni,” Farah menggesa. Qayyum akhirnya membuka cerita,

“Abang I, Qalishan sekarang tinggal di UK. Dia urus syarikat kami di sana. Dia dah kahwin tapi belum ada anak. Isteri dia orang melayu jugak. Tak salah I umur isteri dia sama dengan you. Model terkenal di sana dan bila dah kahwin Abang Qalishan tak bagi dia jadi model dah. But now dia buka syarikat modelling di sini dan UK. Ada partner dia yang uruskan syarikat modelling dia sini. Dia kata ‘usahawan jutawan’ gitu,”

“Usahawan jutawan? Macam pernah dengar je perkataan tu. Ah by the way, pandai abang you cari isteri ya. Dia.. tak balik sini ke?”

“Dia kata dia akan balik sini masa majlis bertunang kita nanti dan tinggal di sini sampai kenduri kahwin kita. Dia kata dia takkan balik selagi tak tengok I pakai baju pengantin dan bakal adik ipar dia,” Qayyum tergelak kecil, begitu juga Farah.

“Bagus la macam tu, I teringin nak jumpa abang you dan isteri dia,” ujar Farah. Dia dan Qayyum terus berbual mesra…

Seminggu selepas itu, Qalishan dan isterinya tiba di rumah setelah dijemput Dato’ Zamri dan Datin Aisya.

“Mama, mana Qayyum?” Qalishan laju sahaja bertanya soal adiknya.

“Ada, dekat dapur. Farah pun ada sekali. Bersembang la mereka berdua tu. Mesra sungguh mama tengok. Tikah, masuk la sekali kalau nak jumpa Farah,” Datin Aisya menjemput menantu sulungnya masuk. Wanita yang dipanggil Tikah itu tersenyum lalu masuk menyusul suaminya ke dapur.

“Hoi pakcik! I’m home!” Farah yang sedang merasa sup ayam yang dimasaknya tersentak mendengar suara Qalishan menegur.

“Err.. Qayyum ada di bilik air,” Farah menjawab. Apabila isteri Qalishan sampai di dapur, Farah terus terkejut.

“Nisa?!” hanya itu yang terpacul di mulut Farah.

“Eh kau Farah? Jadi kau yang akan kahwin dengan Qayyum?” Nisa atau nama penuhnya Nisa Atikah sudah terbeliak matanya melihat Farah, rakan baiknya.

“Jadi korang ni kenal la?” tegur Qayyum sebaik sahaja dia keluar dari bilik air.

“Qayyum, ni la kawan baik I dengan Amy, Nisa. I tak sangka Nisa ni isteri abang you. Kenapa you tak cakap nama dia haritu?” Farah memandang Qayyum.

“Dah tak tanya,” Qayyum berseloroh lagi. Betullah, Farah yang tidak bertanya!

“Apa bising-bising ni dekat dapur? Dah jom pergi depan. Farah, nanti suruh Mak Miah angkat sup kamu tu,” Datin Aisya menarik tangan Nisa dan Farah manakala Qalishan dan Qayyum menyusul.

Dua hari selepas itu, Farah telah menerima satu panggilan telefon daripada Adryy yang mengajaknya berjumpa. Pada mulanya Farah agak keberatan kerana dia tidak pernah mempercayai Adryy seumur hidupnya. Adryy seorang kaki perempuan dan pemabuk. Farah tidak sangka dia boleh berkawan dengan seorang umat Islam yang minum air kencing syaitan itu. Farah menggeleng kepalanya berkali-kali.

Farah akhirnya meminta pendapat Nisa,

“Weh patut ke aku pergi jumpa Adryy? Aku takut,” Farah memandang Nisa sedalam-dalamnya.

“Ikut kau la. Kalau kau rasa nak jumpa dia, pergi aje la. Kalau taknak, takpayah pergi. Lagipun Qayyum kan takde kat rumah, esok baru dia balik. Aku rasa tak payah la pergi. Kalau orang jumpa macam mana, kau tu dah la bakal tunang orang,”

“Tapi dia bukan ajak aku sorang je. Mama dia yang suruh invite aku. Katanya itu rumah mama dia. Party apa entah,”

“Sebab itula aku kata ikut suka kau. Aku bagi cadangan pun bukan kau ikut kan?” balas Nisa sambil menumpukan perhatiaannya kepada televisyen.

“Hmm. Aku pergilah! Tak baik buruk sangka macam tu kat dia. Entah-entah niat dia memang baik. Apa kata kau hantar aku?” Farah menjungkit keningnya kepada Nisa.

“Ala, sinetron ni baru start!”

“Bukan sekarang la makcik! Malam nanti!”

“Ada Asmara!”

“Takpayah tipu. Asmara habis minggu lepas nah. Lagipun aku nak merasa kereta kau la. Fuh, berkilau je aku tengok dari jauh!” Nisa sudah kembang semangkuk mendengar pujian Farah. Terus dia berjanji akan menghantar Farah pada malam itu.

Pada malam itu…,

“Weh aku boleh hantar sampai sini je. Qalishan call tadi. Dia sakit perut la apa la. Aku balik dulu,” Nisa memberhentikan keretanya di depan sebuah rumah semi-d yang agak usang itu.

“Okey. Pergi jaga laki kau tu merangkap abang ipar aku. Aku rasa dia bukan sekadar sakit perut tu,” usik Farah. Nisa sudah menampar kecil tangan Farah.

“Okey okey. Drive baik-baik. Aku pergi jumpa dia dulu,” kereta mewah Nisa terus meluncur laju meninggalkan Farah di situ. Farah berjalan dengan bersemangat lalu mengetuk pintu rumah Adryy.

“Hei bagus la you tak sesat cari rumah ni tadi. Masuk la,” Adryy terus menarik lengan Farah. Cepat-cepat Farah melepaskannya sambil tersenyum kelat.

“Mana mama you?” Farah duduk di sofa. Begitu juga Adryy.

“Mama I pergi beli ais ketul. Tunggu la, nanti dia balik. Oh yes, I have something to show you. Come,” ajak Adryy ke dalam bilik tidur utama. Farah agak curiga lalu menolak ajakan Adryy.

Adryy yang mahu memastikan Farah masuk ke perangkapnya malam ini tiba-tiba terus menarik Farah untuk mengikutnya. Menurut mamanya, pelan ini harus berjaya pada malam ini juga. Adryy bersetuju dengan mamanya kerana tidak sanggup melihat Farah bertunang dengan Qayyum atau sesiapa sahaja. Niatnya untuk memiliki Farah semakin membara.

“Hei apa ni! I kata taknak, taknak la. Kenapa dengan you ni?” Dalam usahanya melepaskan lengannya dari tangan Adryy, tiba-tiba dia jatuh tersungkur dan menyebabkan badannya terlekap di tubuh sasa Adryy. Wajah mereka begitu hampir pada saat itu.

“Hentikan semuanya! Anda berdua ditangkap kerana berdua-duaan di tempat sunyi. Sila ikut kami,” Seorang lelaki berserban putih menyerbu rumah itu. Dia diiringi seorang pegawai polis dan seorang lagi lelaki yang juga lengkap berserban serta jubah.

“Tapi saya tak buat apa-apa!” Farah menjerit kepada pegawai polis wanita yang memegang lengannya ke belakang. Pegawai polis wanita itu menampar pipi Farah.

“Awak dah ditangkap di rumah jantan, masih tak mahu mengaku! Kami nampak semuanya! Kenapa masih ada perempuan seperti awak di muka bumi ni?” pegawai polis wanita itu kelihatan marah sekali dengan Farah.

“Tapi puan, saya tak salah!”

“Sudah! Jalan!” Adryy juga dibawa oleh lelaki berserban tadi.

Selepas Qayyum pulang dari Pahang iaitu tapak pembinaan projek mereka yang baru, pada malam itu..,

Pap! Satu tamparan singgah di pipi Farah. Qayyum sudah tidak waras lagi apabila mendengar apa yang disampaikan keluarganya. Farah yang jatuh tersungkur di kaki Qayyum mula menangis teresak-esak.

“Aku tak sangka kau macam ni! Baru pergi sekejap kau dah melayan jantan lain! Aku ni tak cukup ke?!” Qayyum menengking Farah. Nafasnya naik turun dengan laju menandakan dia sungguh marah dan kecewa dengan Farah. Dato’ Zamri dan Datin Aisya serta Aunty Rena yang turut berada di situ tidak dapat berbuat apa-apa.

“Tapi saya tak buat semua tu,” jawab Farah dalam esakan yang masih bersisa.

“Tak buat?! Hei pompuan! Kau ni memang tak sedar diuntung tau tak! Aku lega Tuhan dah tunjuk perangai kau yang sebenar sebelum kita bertunang,” Tangisan Farah semakin kuat.

“Kenapa awak tak percayakan saya? Awak kenal saya. Nisa pun tahu apa yang terjadi. Kan Nisa?” Mata Farah yang berair terus memandang Nisa yang berdiri di sebelah Qayyum dan Qalishan. Nisa tidak mampu menjawab pertanyaan Farah. Dia memang kasihankan Farah namun apakan daya, bukti tak cukup kuat kerana dia tidak menemani Farah masuk ke dalam.

Qalishan pula terasa bersalah dengan kata-kata Qayyum terhadap Farah. Terus dia menarik tangan Farah untuk bangun daripada melutut.

“Betul ke Farah tak buat apa-apa?” soal Qalishan lembut.

“Betul! Saya tak buat apa-apa!” jeritan Farah langsung tidak berbekas di hati Qayyum.

“Saya tak buat apa-apa. Saya takkan curang sebab saya cintakan Qayyum. Abang tolong pujuk Qayyum, saya taknak kahwin dengan orang lain selain Qayyum,” Farah tersengguk-sengguk menangis di hadapan Qalishan dan Nisa. Qayyum yang mendengar kata-kata Farah terus mendengus,

“Hei! Pergi mati la! Aku menyesal sebab pernah cintakan perempuan macam kau ni! Dah, malam Sabtu ni kau berambus dengan jantan tu! Kau suka dia kan? Sampai kau sanggup datang rumah dia untuk buat perkara yang terkutuk tu?” sindir Qayyum dengan lantang. Farah menggeleng berkali-kali. Kenapa susah untuk Qayyum mempercayai dirirnya?

Bagaimanakah kehidupan Farah selepas ini? Adakah dia akan menemui kebahagiaan bersama Adryy? Apa pula akan terjadi kepada Qayyum? Saksikan semuanya di episod akan datang!

EPISOD AKAN DATANG…

“Ni semua rancangan you kan?!” tempelak Farah…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...