Monday, December 13, 2010

Cinta Kita - episod empat :D

Heyy =)
Aku seronok sebab ramai orang yang baca dan menghargai karya aku. Terima kasih atas sokongan semua!

EPISOD EMPAT.

“Sudah la Farah. Jangan menangis ya. Aku kan ada,” Amy memujuk Farah yang masih teresak-esak. Dia rasa sungguh hiba melihat sahabat baiknya menangis sebegitu. Ya Allah, kenapa engkau berikan dugaan yang seberat ini kepada Farah? Semoga dia boleh menjadi tabah dan bijak menangani segala masalah serta hindarilah dia dari sebarang malapetaka, doa Amy di dalam hati. Laju sahaja dia memeluk Farah.

“Amy… Aku taknak balik rumah. Aku takut… Aku sorang kat rumah..,” rintih Farah perlahan. Amy mengusap bahu Farah. Aunty Rena muncul di sebelah Amy lalu turut menasihati Farah.

“Farah, bawak bersabar. Ini semua dugaan,” pesan Aunty Rena. Farah masih menangis di pangkuan Amy.

“Ma, boleh mama bawak Farah tinggal dengan mama? Kesian dia duduk sorang kat situ. Orang gaji dia dah berhenti,” kata Amy kepada ibunya. Aunty Rena agak serba salah kerana dia bukan tinggal di rumahnya sendiri. Dia tinggal bersama abangnya, Dato’ Zamri. Mahukah Dato’ Zamri dan Datin Aisya menerima orang asing di dalam rumah mereka?, fikir Aunty Rena.
Tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang,
“Rena, ajaklah budak ni tinggal dengan kita. Kesian dia,” Datin Aisya bersuara. Sedari tadi dia di belakang Rena dan hanya mendengar perbualan mereka.

“Farah tinggal dengan aunty ya?” Aunty Rena memujuk Farah. Farah akhirnya akur dan mengikut Aunty Rena, Datin Aisya dan Dato’ Zamri ke banglo tiga tingkat itu tanpa mengetahui siapa anak Datin Aisya dan Dato’ Zamri.

Di Syarikat ZamQay Holdings…

“Arash! Mana Amy?” tanya Qayyum sebaik sahaja pintu bilik kerja Arash dibukanya.

“Dia MC la harini. Kau cari dia kenapa?” jawab Arash.

“Ohh. Aku nak tanya dia mana semua orang kat rumah aku kalau-kalau dia tau. Sebab tadi aku call takde orang jawab. By the way, kenapa dia MC?”

“Hmm dia pergi melawat jenazah la. Kau ingat lagi Farah Qistina? Parents dia kemalangan malam semalam. Hari ni dikebumikan,” kata Arash. Wajah Qayyum direnung.

“What? Parents dia meninggal? Hmm so family aku pergi sana la kot,” gumam Qayyum. Qayyum teus meninggalkan bilik kerja Arash tanpa berkata apa-apa.

Pada malam itu…

“Asalamualaikum! I’m home,” kata Qayyum setelah dia masuk ke dalam rumahnya. Kedengaran Mak Miah menjawab salam lalu terkocoh-kocoh menghampiri Qayyum.

“Eh lambat Qayyum balik. Dato’ dengan Datin nak jumpa Qayyum,” kata Mak Miah lalu menyambut beg kerja Qayyum.

“Mama dengan papa nak jumpa? Ada apa?”

“Qayyum naiklah, tanya diorang sendiri,”

“Kat mana?”

“Bilik tetamu,” Qayyum pelik mendengar ibu bapanya ingin berjumpa. Agaknya ada hal penting tak? Tapi kenapa di guest room?, persoalan demi persoalan timbul di fikiran Qayyum. Qayyum terus naik ke atas dengan cepat.

“Ma, pa. Boleh Qayyum masuk?” dari tadi Qayyum mengetuk pintu namun tak berjawab. Akhirnya Qayyum nekad untuk membuka sahaja. Tapi yang dilihatnya bukan kedua ibu bapanya, tetapi seorang gadis.

Wajahnya tidak kelihatan kerana gadis itu sedang membelakanginya, menghadap balkoni bilik.

“Excuse me…,” Qayyum memberanikan diri bersuara. Gadis itu bagai terkena kejutan apabila mendengar suara garau menengurnya serta-merta berpusing. Apa lagi, menjerit la mereka berdua!

“Woi kau buat apa kat sini!” Farah bertanya kepada Qayyum setelah mereka berdua habis suara menjerit.

“Aku yang patut tanya kau! Kau tu buat apa kat sini?” Qayyum bersuara. Dia terduduk di atas katil kerana keletihan menjerit sebentar tadi.

“Aku tinggal kat sini! Kau tu buat apa hah? Menyebok la datang sini. Dah pergi sana. Haish, nasib malang apa la yang menimpa aku ni, kena pulak jumpa dengan mamat macam kau ni,” keluh Farah.

“Wah wah. Sedapnya mulut, menghalau aku. Hoi, ni rumah aku la!” Kenyataan dari mulut Qayyum membuatkan Farah hampir pengsan. Belum sempat Farah membalas, Dato’ Zamri dan Datin Aisya serta Mak Miah terus menyerbu masuk,

“Ya Allah! Qayyum, kamu buat apa kat sini? Mama kan suruh kamu jumpa mama. Kenapa masuk bilik Farah ni?” Datin Aisya agak terkejut melihat Qayyum di bilik Farah. Namun Farah lebih terkejut mendengar perkataan ‘mama’ yang Datin Aisya gelarkan.

“Jadi Qayyum anak Datin?” Farah hanya boleh bersuara kecil.

“Ya. Eh kamu kenal Qayyum ya? Baguslah. Qayyum, selepas ini, Farah akan tinggal dengan kita. Memandangkan kamu berdua dah kenal, jadi tak payah la mama kenalkan. Anggap saja Farah ni macam adik kamu ya?” Qayyum terdiam seribu bahasa. Aish, kenapa la semua ini terjadi kepada dirinya? Menghadap muka musuh nombor satunya itu di dalam rumahnya sendiri? Argh!

Pada waktu yang sama di sebuah kelab malam…

“See? Musuh mama dah mati kan? Siapa hebat?!” ucap Adrry sambil mengangkat tinggi-tinggi gelas arak yang diminumnya dari tadi. Alia yang mabuk tahap karma tersenyum kepada anak sulungnya itu.

“Bagus Adryy. Mama bangga dengan Adryy. Biar Maesya tu mati! Baru puas hati mama,” Alia terus ketawa besar dengan kejayaan anaknya.

“So, mama nak Adryy buat apa lagi?” soal Adryy kepada mamanya. Dia tidaklah semabuk ibunya yang boleh dikatakan sudah tidak waras itu.

“Mama… nak Adryy dapatkan Farah. Not just Farah but harta dia. Itu yang paling penting. Remember, harta dia. Lepas dapatkan semua harta dia, ikut suka hati Adryy nak buat apa dengan Farah tu. You can even kill her if you want,” Adryy agak terkejut mendengar ayat terakhir ibunya. Namun itu bukan sesuatu yang dahsyat. Ibunya sudah membunuh dua insan, Puan Maesya dan Encik Khuzairi.

“Dapatkan Farah? How?”

“Marry her! Kenapa susah sangat nak fikir?” tegas Alia kepada anaknya. Takkan itu pon tak boleh nak fikir?

“Mama ingat senang ke Adryy nak dapatkan Farah, paksa dia kahwin dengan Adryy? Tambahan lagi, dia tengah sedih sekarang ni. Tell me how,”

“Just… argh! Adryy buat la apa pon asal korang kahwin,”

“Like?”

“Whatever! Rogol ke, tangkap basah ke, paksa ke. Do what you can do!” jerit Alia betul-betul di hadapan muka Adryy. Adryy hampir melatah. Rogol? Dia tidaklah jahat sangat sampai nak rogol-rogol ni. Tangkap basah? Hard to plan. Paksa? Nak paksa apa kalau dah memang tak boleh!

“Ma. Adryy tak boleh buat macam tu kat Farah. Kesian dia. Apa-apa pon dia kawan Adryy jugak. Malah, dia satu-satunya perempuan idaman Adryy. Takkan Adryy nak rosakkan hidup dia semata-mata kerana dendam mama?” Adryy akhirnya berterus-terang sahaja dengan ibunya. Dia tidak sanggup melihat Farah menderita.

“WHAT? Jadi Adryy sanggup tengok mama dihina oleh papa Farah tu? Oh macam tu. Mama baru sedar, Adryy bukannya sayang mama. Lebih sayang perempuan tu kan?” Alia yang sememangnya mabuk sudah mengarut.

“Ma, please. Adryy memang tak sanggup. Adryy..,” belum sempat Adryy menghabiskan ayatnya, ibunya menyampuk.

“Think again Adryy. Mama cuma nak Adryy bahagia, itu saja. Fikir-fikirkan la. I’m going home,”

“Ma, don’t drive. You’re drunk,” Adryy memesan kepada ibunya. Siapa tak sayang ibukan? Adryy masih di kelab malam itu, memikirkan cara untuk penuhi permintaan ibunya. Tetapi dia tidak sanggup melukai Farah. Farah Qistina. Nama itu sudah lama terpahat di hatinya sejak zaman sekolah menengah. Sudah lama Adryy ingin memiliki Farah dan inilah masanya. Namun, Adryy kurang yakin apa betulkah cara ini?

Mendapatkan Farah kemudian membolot hartanya? Kalau Adryy terus hidup bersama Farah, Adryy yakin Farah tidak akan bahagia. Tambahan pula, jika Farah mengetahui punca kematian kedua ibu bapanya. Adryy tidak boleh lari lagi dari hukumannya. Dia semakin buntu.


Keesokan harinya, di Syarikat ZamQay Holdings…

“Terima kasih, itu sahaja untuk harini. Mesyuarat bersurai,” Qayyum sekali lagi mengetuai mesyuarat biasa pada pagi itu. Semua ahli mesyuarat beredar ke tempat masing-masing. Baru sahaja Qayyum ingin turut beredar, tiba-tiba pintu bilik mesyuarat dikuak.

“Papa? Anehnya, kenapa datang ni?” Semenjak ZamQay Holdings diserahkan kepada Qayyum, ayahnya tidak pernah menjejak kaki ke sini lagi mahupun mengambil tahu tentang keadaan syarikat. Tapi lain pula hari ini.

“Here, come Farah,” Dato’ Zamri memanggil Farah yang berada di luar bilik mesyuarat. Farah akur. Qayyum yang melihat Farah ada di dalam syarikat mereka, terus tekejut besar.

“Papa? Kenapa dia kat sini?” Qayyum masih bertanya tujuan papanya datang. Bawa Farah lagi!

“Give her job, Qayyum. Mama yang cadangkan, papa ikut je,” kata Dato’ Zamri sambil tersenyum ke arah Farah. Farah masih tidak rela memandang wajah Qayyum yang memang nampak akan menengkingnya. Aduh, apa la nasib aku harini!, keluh Farah.

“What? Bagi dia kerja? No way papa. Dia kan ada syarikat sendiri. Takkan urus yang tu pon tak puas lagi?” sindir Qayyum. Farah mencebik geram. Kurang ajar betul mamat ni, gumam Farah lagi.

“Pagi tadi kami dapat call yang syarikat dia musnah dalam kebakaran. Tak tahu la manusia mana yang kejam sangat sampai nak bakar ni. Pihak polis masih siasat tu buatan orang atau ada punca lain. Kesian Farah,”

Qayyum terdiam. Wah, lepas parents dia mati, syarikat dia pulak hangus terbakar. Kesian jugak, terdetik sedikit rasa kasihan di hati Qayyum.

“Tak pa la Dato’. Lagipun, syarikat tu hampir muflis. Farah redha semuanya. Nak terbakar ke, terbalik ke, Farah dah tak kisah,” sayu suara Farah.

“So now. Papa harap Qayyum boleh bagi kerja untuk Farah. Dia pon arkitek terbaik di syarikat arwah ayahnya dulu,” Dato’ Zamri memandang anaknya yang sedang berfikir.

“No papa. Dah cukup pekerja okey. Hmmm, oh yes! Ada satu kerja tapi Qayyum takut dia tak setuju la,” Farah cepat-cepat memandang Qayyum.

“Apa?”

“Setakat ini, Qayyum baru realize that kita takda pembuat air. So why not? Kau boleh buat air kan?”

“Qayyum! Stop playing! Papa ikhlas nak Farah kerja dengan kita. Cuba la bertimbang rasa sikit,” pinta Dato’ Zamri.

“Yes. Qayyum pon ikhlas nak bagi dia kerja ni! Papa, remember that this is my company!” Qayyum sudah hilang sabar. Betullah sudah cukup pekerja, bukan dia sengaja untuk bagi Farah jadi tukang buat air kerana dia sudah lama memusuhi Farah.

“Not yours! But ours! Ini syarikat keluarga kita. Ingat tu!” Dato’ Zamri sudah meninggikan suaranya. Qayyum mengeluh.

“Dato’, jangan risau. Farah taknak Dato’ dan Qayyum bergaduh semata-mata kerana Farah. Farah tak kisah pon nak jadi tukang buat air kat syarikat ni. Lagipun, Farah langsung tak bersedia untuk mengendalikan projek-projek,” akhirnya Farah juga meleraikan pertengkaran dua beranak itu.

Namun lain pula di dalam hatinya ya : Tak guna punya Qayyum. Apa kelas jadi tea lady? Dia ingat aku ni pompuan jenis yang tak memberontak la? Tunggu la nasib kau. Besok aku bawak cili banyak-banyak, sumbat mulut kau. Argh! Bebai!

Apa agaknya rancangan Farah untuk mengenakan Qayyum kembali? Bagaimana dengan Adryy yang masih buntu? Amy dan Arash masih belum bersatu, Farah pula hadir menagih cinta Arash. Apa yang akan terjadi? Saksikan episod seterusnya!

EPISOD AKAN DATANG…

“Hah, rasa la air ni. Sure berasap,”gumam Farah perlahan…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...