Friday, December 10, 2010

Cinta Kita - episod satu :D

Heyy :)
Aku agak tension ah semenjak buat drama tu.Hee,sorry to say ah yg tu.Btw tkpa, aku bgga jugak sebab ada org baca. Kalau tkdak org nak baca, aku nak cancel ja. Dan FARHANA SENOI PRODUCTION SDN BHD takkan berkembang lagi. Hahah, macam sedih je kan?Apa apa pon, dah jgn buang masa. Here come episod satu!

EPISOD SATU.

Pagi itu, di banglo tiga tingkat milik Muhammad Ilman Qayyum Dato’ Zamri…opss, sorry sikit. Itu banglo bapak dia ye :D

Setelah lengkap berpakaian sekolah, Qayyum turun ke bawah. Sunyi. Itu yang dapat Qayyum gambarkan mengenai suasana rumahnya pada waktu pagi. Yang bising hanya Mak Miah yg sibuk membuat sarapan di dapur dan bunyi deruman enjin kereta oleh Abang Alif. Qayyum mengeluh lagi.

“Haish,bila la aku nak besar dan ambik alih syarikat papa? Setiap hari Uncle Hazwan yg uruskan. Papa selalu lambat pergi ofis. Kalau syarikat papa maju, aku rasa tu semua kredit Uncle Hazwan,” Qayyum bersuara perlahan.

Setiap hari ayahnya akan pergi ke ofis jam 10 pagi. Entah kenapa susah sangat nak bangun awal, Qayyum sendiri tidak pasti. Selesai mengutuk ayahnya tanpa menghiraukan dosa, Qayyum menggalas beg lalu menaiki kereta. Selepas 30 minit perjalanan, Qayyum bersuara,

“Abang Alif, kenapa datang sini? Qayyum kena pergi sekolah la, bukan rumah Aunty Rena. Haish, tak sangka Abang Alif mimpi lagi pagi-pagi ni. Mesti nak pi ngorat Bibik kat rumah Aunty Rena kan?” Qayyum tersengih.

“Eh, pa hal pulak? Eei, abang mana minat kat minah indon. Kau tu merapu semua pandai. Ni haa, Tuan Besar suruh saya jemput Cik Amy dan jiran dia,” balas Alif sambil menumpukan perhatian di jalan.

“Ohh, papa suruh? Hmm, kenapa dia tak suruh amik semua budak SM Seri Melati di Bandar Afansa tu?”

“Ala, kau ni. Biar la papa kau tu nak tolong Cik Amy. Sepupu sendiri pon berkira, teruk la kau,”

“Heh, kalau Amy ja takpa. Ni pehal pulak nak angkut segala jiran dia? Melambatkan perjalanan adalah,”

“Kedekut la kau ni. Bukan kau yang bawak kereta, aku yg bawak. Bising la, jiran dia bukan ramai pon. Sorang je,”

Qayyum terus diam kerana malas, nanti Abang Alif tetap menyalahkannya atas sebab kedekut. Apabila kereta Lamborghini berhenti di hadapan rumah semi-d itu, kelihatan Amy dan Farah menghampiri lalu pintu kereta dibuka ke atas. *Aku in love dengan kereta ni!
“Abang Qayyum! Thanks ya sebab nak tumpangkan Amy. By the way, ni Farah Qistina. Jiran Amy. Farah, ni cousin aku. Ilman Qayyum. Dia pon sekolah kita jugak, Form 2. Hensem kan?” ujar Amy lalu menarik tangan Farah untuk menaiki kereta Lamborgini itu. Farah hanya mengikut kehendak Amy dan sempat memberikan senyum senget kepada Qayyum.

Begitu juga Qayyum. Namun apa yang pasti, ada satu persoalan yang berlegar di fikiran Farah dan Qayyum.

Fikiran Farah : Eh, hensem ke? Biasa je aku tengok. Standard la.
Fikiran Qayyum : Ye ke aku hensem? Amy ni memang,suka ja nak bodek aku pagi pagi buta ni. Minah sebelah tu lawa jugak. Tapi macam sombong je. Nak kasi senyum pon senget senget ja?

Akhirnya mereka tiba di sekolah :)

“Farah, jom la pergi makan. Kan kau baru kat sini. Boleh la kita tour around. Jom?” ajak Amy.

“Malas la. Aku ingat lepas makan, nak duduk je kat kerusi rehat bawah banggunan kita ni. Lain kali la kau bawak aku tour. Ni kan hari first aku, so bagi la peluang aku menikmati suasana indah kelas aku. Ye?” kata Farah. Padahal, lihat sahaja rupa kelasnya, muntah hijau pon boleh keluar.

Kerusi meja tidak tersusun langsung, papan kenyataan bagai dirobek-robek, lantai kelas berlubang-lubang, tong sampai terburai dan banyak lagi yang teruk. Inikah suasana INDAH yang dimaksudkan Farah? Memang buta tuli betul!

Dalam perjalanan ke kantin, Farah dan Amy bertembung dengan Qayyum. Amy juga lah yang memulakan perbualan.

“Abang Qayyum nak pergi mana?” ujar Amy. Lagaknya bak perempuan desprate yang tak pernah berbicara dengan lelaki.

“Abang on the way nak pergi library,” pendek sahaja jawapan Qayyum.

“ABANG! Bawak Farah sekali. Dia kata nak pergi tengok library sekolah kita!” jerit Amy. Farah menepuk dahinya kuat. Ya rabbi, bila masa aku nak pergi library ni? Kalau aku nak pergi pon, aku taknak pergi dengan mamat tu. Muka macam nak culik aku je, keluh Farah di dalam hati. Lagi satu, perlukah Amy menjerit sekuat itu? Harapannya, semoga Qayyum berkata tidak. Namun itu semua tinggal harapan..

“Boleh la. Dah jom,” Qayyum berkata. Farah menuruti langkah Qayyum. Sebenarnya dia boleh saja dia menolak namun entah kenapa, terdetak juga hatinya untuk bercakap dengan Qayyum.

Sesampai di perpustakaan…

“Woi, kau nak usha pa kat sini? Kot kot aku boleh tolong,” Qayyum menjungkit keningnya. Farah memandangnya pelik lalu membalas, “Hmm. Takpa. Aku bukan nak datang sini pon sebenarnya. Amy tipu je,”

“La! Penat aku ja!” Qayyum tiba-tiba menghamburkan kemarahannya kepada Farah. Farah agak terasa, bibirnya diketap.

“La, dia yang tipu kenapa aku pulak yang kau marah?!”

“Sama ja aku tengok kau berdua. Kiranya kalau dia tipu, kau pon kira tipu jugak. Dalam kata lain bersubahat. Paham?”

“Woi! Teori mana kau percaya ni? Dasar manusia tak bertamadun. Betullah persepsi aku kat kau masa aku jumpa kau pagi tadi,”

Qayyum boleh kata berasap juga dengan Farah. Amboih, sedapnya mulut dia kata aku ni manusia tak bertamadun. Entah entah dia yang tak bertamadun, Qayyum berkata di dalam hati.

“E’eleh. Blah la kau. Aku pon ada kerja nak buat. Go away sekarang. Bingit aku dengar suara kau. Muka ja lawa,bila cakap macam hantu,” balas Qayyum. Farah mencebik lalu keluar dari perpustakaan.

Itulah sejarah perkenalan Farah dan Qayyum. Tak adalah seindah mana namun ini lah permulaan kepada segalanya. Itu tidak termasuk dengan perkenalan Farah dengan jejaka pujaan hatinya, Megat Arash Shazrique.

Bagaimana mereka berkenalan? Sudah tentulah kerana mulut becok si Amy. Amy telah tergedik-gedik menjerit di padang sekolah, betul-betul sebelah girlfriend Arash. Wah, memang satu tamparan hebat buat Farah selepas ditengking oleh girlfriend si Arash. Tetapi sehebat mana tamparan girlfriend Arash kepada Farah, tamparan Farah kepada Amy si becok lebih kuat. *Itu memang pasti kan?

Sejak itulah, Arash sentiasa mengikut kemana sahaja Amy dan Farah pergi. Hasrat sebenarnya mahu berkenalan dengan Amy, tetapi minah Farah yang perasan tak tentu hala tu pulak kacau. Nak buat macam mana, dah orang perasan tetap perasan la kan?

Semenjak peristiwa di perpustakaan itu, Farah dan Qayyum memang tak sekepala. Ada sahaja yang tidak kena. Apa yang Farah buat, semua Qayyum kata salah. Segala kebaikan yang Qayyum lakukan di hadapan masyarakat dicop menunjuk-nunjuk oleh Farah. Haih, kenapa lah ada jugak manusia keras hati macam mereka berdua ni kan?

Harapan aku, semoga Farah dan Qayyum akan berbaik di masa hadapan. Tapi nampaknya aku masih hampa. Ergh! Mereka berdua nampak macam taknak berbaik la pulak. Jom aku lanjutkan cerita 12 tahun selepas itu? :)

12 TAHUN KEMUDIAN…

“Farah! Malam ni kamu kena pergi sekolah kan?” jerit Puan Maesya dari bawah.

“Yes! I’ll never say no to reunion la mama. Farah rindu Amy,”ayat terakhir Farah agak dramatik ditambah pula dengan dengan mata yang terkejip-kejip. Dramatik kan?

“Hmm. Betul jugak. Mama tengok semenjak Amy tu pindah pergi duduk dengan papa dia, kamu pon dah macam tak betul. Elok sangat la kamu pergi jumpa dia. Kang sewel pulak anak tunggal mama ni kan?” perli Puan Maesya. Farah hanya mengangguk setuju. Dah betul nak buat macam mana kan?

“Bibik mana?”Farah menyoal ibunya sebelum naik lagi ke atas.

“Cuti. Minggu depan baru bibik datang. So hari ini, kita masak berdua. Cepat ambil apron!”

“Alaaaaaa…..,”

Ya, itu lah perangai Farah Qistina Muhammad Khuzairi apabila diajak masuk dapur. Bukan tak pandai masak, malas aje yang lebih. Anak muda zaman sekarang kan? Hmm mungkin sampai di sini sahaja episod satu CINTA KITA. Hampa rasa pendek ka panjang? Kalau pendek, aku say sorry okey? Kalau terlebih panjang, say sorry jugak. Hahahh, okey. Daa , asalamualaikum :)

Tunggu! Aku nak buat saspen jap!

Apakah akan terjadi kepada Farah di reunion mereka? Adakah dia hanya akan bertemu dengan Amy? Temui jawapannya di episod akan datang!

EPISOD AKAN DATANG…

“Budak tu kejam sikit bro! Ayat dia kalau kau dengar, fuh! Macam sambal belacan masakan Mak Miah aku la. Pedas gilaa! Tak payah layan la dia tu, muka ja lawa. Otak bukan boleh pakai sangat pon,” Qayyum ternyata kurang puas hati apabila nama Farah disebut oleh pemuda kacak zaman sekolahnya, Megat Arash Shazrique. Budak tu tak boleh famous lebih dari aku, keluh Qayyum……

Nantikan ya !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...