Wednesday, December 22, 2010

Cinta Kita - episod sepuluh :D

Heyy :)
Huh baru episod 10. Aku ni lembab sikit kalau nak tulis, kena ikut mood. Kalau aku tak post lagi tu maksudnya mood aku takdak. Mood aku mempengaruhi jalan cerita sama ada menarik atau tak. Kalau kureng menarik tu, maksudnya aku takdak mood dan idea tak dak dalam otak. Okeh! Ini episod 10 =)

EPISOD SEPULUH.

Sebulan kemudian…

“Hei Alia! You ni dah jalankan tugas you ke belum?!” Sekali lagi Alia ditempik kekasihnya itu kerana gagal membuat Adryy menurut cakapnya. Alia tunduk memandang lantai.

“Bukan I tak cuba, tapi tak berhasil. Adryy…,” belum sempat Alia menghabiskan kata-katanya, lelaki itu memotong,

“Lagi-lagi pasal anak you yang degil tu! You ni kadang-kadang je pandai tapi kadang-kadang lembab! Tak boleh nak fikir penyelesaian yang mudah!” sembur lelaki itu. Alia tidak berani melawan.

“Singkirkan anak you dari rancangan kita! I taknak sebab budak mentah tu, semua rancangan kita gagal, musnah,” Akhirnya lelaki itu berkata-kata selepas 15 minit berdiam diri.

“Maksud you? Jauhkan diri I dari dia?” Alia membuat muka berani lalu memandang kekasihnya.

“Setakat jauhkan diri, anak you masih bebas membuat laporan polis atau cari bukti yang boleh sumbat you dengan I masuk penjara. You kena bunuh dia,”

“What?! He’s my son! My only son!” Alia menjerit tidak setuju. Lelaki itu mula baran dengan sikap Alia.

“You nak selamat ke tak?! Jadi you nak menyerah diri? Mana semangat you ni, tak ingat apa yang Maesya dan Khuzairi buat pada you dulu? Mana dendam yang selalu membara di diri you?” Bertubi-tubi soalan yang lelaki itu ajukan kepada Alia.

Alia terdiam seketika. Akhirnya dia setuju untuk menyingkirkan Adryy. Atas persetujuan Alia, lelaki itu terus merancang dengan anak-anak buahnya tentang satu lagi pembunuhan yang licik akan dilakukan sebentar sahaja lagi.

Alia hanya membisu di satu sudut rumah usang itu. Sebenarnya dia masih tidak pasti dengan keputusannya membunuh Adryy. Adryy merupakan anak kandungnya. Selepas suaminya meninggal, hanya Adryy setia menemaninya. Sehinggakan rancangan membunuh Maesya dan Khuzairi juga berjaya kerana Adryy. Adryy sanggup melakukannya kerana dendamnya. Tapi sekarang hanya kerana Adryy tidak mahu menurut arahannya lagi, dia harus membunuh anak kandungnya itu sendiri?

Di banglo tiga tingkat itu…

Nisa meninggalkan banglo itu dengan perasaan yang agak sedih. Dia terpaksa balik ke UK kerana ada sesuatu telah berlaku dengan syarikat modelingnya. Masalah bertimbun di sana menyebabkan dia tidak dapat tinggal di Malaysia begitu lama. Lagipun keluarganya yang tinggal di sana sudah banyak kali bertanya bila dia akan pulang UK.

“I’m so sorry sayang. I tak dapat ikut you balik rumah kita. I ada hal sikit kat sini. I janji bila hal syarikat ni dah selesai, I balik sana,” Qalishan berat hati ingin melepaskan isterinya ke UK seorang diri. Dia tidak dapat mengikut kerana terpaksa menguruskan hal syarikat di sini sementara Qayyum outstation ke Singapura selama dua bulan. Dia berlepas sebulan yang lalu. Bermakna ada lagi sebulan sebelum Qayyum pulang ke tanah air.

“Tak pe la. I tahu you ada urusan sini. Papa dah cakap. Nanti bila you nak datang UK, call I tau. I boleh jemput kat airport,”

“Insyaallah. Flight you pukul berapa ni? Jom la I hantar. I’ll miss you sayang,” Nisa tersengih kecil melihat suaminya. Mereka pun keluar dari banglo mewah tiga tingkat itu ke KLIA.

Petang itu…,

“You makan kek pandan tak?” Tiba-tiba Adryy bertanya kepada Farah semasa dia sedang bersiap ke bengkel Faris.

“Kek pandan? Tak, I tak suka. Kenapa ni?” Pelik pula Farah jadinya. Takda angin, takda ribut tiba-tiba tanya pasal kek pandan. Dah la aku dari dulu kalau tengok kek pandan mesti nak muntah, gumam Farah.

“Tak adalah. Kalau you suka, I nak beli lepas balik kerja nanti. Lepas tu you nak kek apa?” Adryy mendekati Farah lalu duduk di birai katil.

“You ni kenapa tiba-tiba tanya nak makan kek apa? I tak nak kek la. Lagipun tadi perut I tak selesa sikit. Pagi tadi pulak muntah-muntah,” ujar Farah perlahan.

“Ermm sengaja la I nak beli kek. Hari ni kan I dapat gaji. You muntah? You sakit ke?” Adryy semakin risau meninggalkan isterinya.

“Ah sakit la. Apa kata you duduk rumah hari ni?” Adryy mula menggeleng kepala apabila mendengar permintaan Farah. Hisy dia ni. Mesti sakit olok-olok taknak bagi aku pergi kerja, gerutu Adryy sambil tersengih-sengih.

“You sengih kenapa? Lawak sangat ke permintaan I tu? Boleh ya, you duduk rumah? Please,” Farah membuat muka kesian. Adryy terus meledakkan ketawanya.

“Tengok you ni! Gelak pulak! Kenapa?” Farah geram apabila suaminya tidak menjawab pertanyaannya.

“Takde la you ni macam budak-budak la. Please Farah, I pergi kerja, bukannya dating. Lagipun I dapat gaji harini, nanti you jugak nak beli barang kat dapur tu. Hah lepas tu, duit yang you guna pergi shopping dengan Nisa dan Amy tu, duit siapa? Duit I tau!” Adryy masih ketawa. Entah apa yang sungguh lucu, Farah pun tidak tahu.

“Ya la. Tapi harini I tak sihat..,” Adryy mencuit dagu isterinya sebelum berkata,

“Ala. Tak sihat mana? Okey je jerit-jerit kat I tadi? Keluar bilik air masih boleh nyanyi lagi?” Farah mencebik.

“Okeyla. I pergi dulu. Asalamualaikum sayang,” ujar Adryy dan kemudian dia mencium pipi Farah. Farah menyalami tangan suaminya. Adryy baru sahaja memulas tombol pintu, Farah memanggilnya.

“Ada apa lagi?” Adryy menoleh.

“Takda apa. Saja,” Farah terus menggeleng. Adryy tersenyum. Selepas seketika, terdengar bunyi deruman enjin kereta Adryy hilang. Farah yang masih di dalam bilik tidak dapat menyedapkan hatinya. Entah mengapa berat hatinya melepaskan Adryy pergi kerja pada hari ini. Seperti ada sesuatu akan menimpa suaminya. Farah terus bangun dan menuju ke bilik air untuk berwuduk. Selepas itu dia menunaikan solat Asar.

Dia memohon kepada Allah agar menjaga keselamatan suaminya ketika pergi dan pulang kerja. Dia sungguh risau. Hatinya, perasaannya dan fikirannya terganggu, betul-betul terganggu. Apa pun kerja yang dia lakukan semua tidak selesai kerana gagal menumpukan perhatiannya. Dia asyik memikirkan keselamatan Adryy. Akhirnya dia berserah kepada takdir. Terdengar sedikit keluhan kecil daripada mulutnya.

Pada malam itu…,

“Bagus! Alia!” Lelaki itu memanggil Alia yang masih menyendiri di dalam bilik. Alia terus menjengul kepalanya dari dalam bilik. Kemudian dia keluar dan mendekati kekasihnya itu.

“Rancangan kita berjaya lagi. Anak you yang mentah tu dah terima nasib dia,” jelas lelaki itu. Alia kaget sebentar.

“You jangan nak buat muka terkejut! You yang setuju dengan semua ni,” Lelaki itu takut juga jikalau Alia meraung memarahinya. Alia terus mengangguk perlahan.

“Dia mati ke? Korang sendiri tengok dia hembuskan nafas yang terakhir di situ?” Lelaki itu tergamak bertanya begitu.

“Err bos. Dia nampak tenat. Tapi kami tak pasti dia mati ke tak. Tapi kami rasa kalau bawak pergi hospital secepat mungkin pun takkan sembuhkan dia,” jawab salah seorang daripada mereka.

“Hmm kau Azrul! Pergi tengok, mana tahu dia belum mati dan dibawa ke hospital! Ikut dan bunuh dia lagi sekali kalau tak mati jugak,” arah lelaki itu kepada anak buahnya yang menjawab pertanyaannya sebentar tadi.

“Baik bos!” Lelaki yang dipanggil Azrul itu bergerak meninggalkan rumah usang itu. Alia pula masih berdiam diri.

“Yang you ni kenapa? Diam ja,” Baran pula lelaki itu melihat perubahan sikap Alia.

“Hisy I diam pun salah, I bising pun salah. You nak I jadi macam mana?” Alia bersuara perlahan. Lelaki itu merengus.

“Dah! Ni I kenalkan, seorang yang gantikan Adryy untuk jayakan rancangan kita,” Lelaki itu menarik lengan Era dan Era berkenalan dengan Alia.

“Macam mana you boleh kenal dia?” tanya Alia kepada kekasihnya.

“Dia ni anak adik I, Hazwan. You ingat kan I pernah bagitau you pasal Hazwan?” Alia hanya mengangguk-angguk faham. Era tersenyum-senyum bagai tiada apa yang hendak diperkatakan. Peluangnya untuk menjatuhkan Farah dan mendapatkan Qayyum semakin besar apabila mendengar tawaran ayah saudaranya itu. Lalu dia mengambil keputusan untuk mengikuti rancangan jahat mereka.

Apapun yang terjadi, Qayyum harus menjadi miliknya!, Era tersenyum sendirian.

Di apartment Adryy dan Farah….

Farah masih tidak sedap hati memikirkan tentang Adryy. Tiba-tiba dia terimbas apa yang dikatakan Adryy sebelum Adryy berangkat ke bengkel tempatnya bekerja. Kek? Kenapa pula harus beli kek?

Farah terus mundar-mandir di dapur. Tiba-tiba dia terlihat secebis kertas kecil berwarna biru dilekatkan di peti sejuk dengan magnet. Farah lantas mencapai kertas itu kerana dia tidak lihat kertas itu semalam, dari mana pula muncul ya?

Itu tulisan tangan Adryy, Farah terus membaca,

Its 12 of July. Happy Birthday to me, Isyraf Adryy!

Farah tersenyum kecil. Jadi hari ini hari lahirnya? Farah bingkas mencapai apron yang tergantung di tepi rak pinggan mangkuk dan bersiap untuk memasak.

Jarum jam menunjukkan tepat pukul 11 malam. Adryy masih belum pulang. Farah pula sudah tersengguk-sengguk mengantuk di sofa. Tiba-tiba telefon berdering. Farah terus menjawab.

“Asalamualaikum. Boleh saya bercakap dengan Puan Farah?” Terdengar suara garau di corong telefon.

“Ya saya Farah. Encik ni siapa?”

“Kami pihak Hospital Besar Kuala Lumpur. Suami puan kemalangan dan dia dirawat di sini. Jadi diminta puan datang ke hospital dengan segera,” Farah jatuh terduduk. Wajahnya pucat serta-merta. Segera dia menyalin pakaian dan terus pergi ke hospital.

Sesampai di hospital…

“Puan ni Puan Farah ke?” serbu seorang doktor yang bertugas di situ sebaik sahaj Farah tiba di hospital.

“Macam mana suami saya doctor?” Wajah Farah masih pucat.

“Saya dan doktor lain cuba untuk menyelamatkannya. Kelihatan seperti dia dibelasah dengan teruk selain mengalami kemalangan. By the way I’m Doktor Hafiz,” Farah menggeleng berkali-kali mendengar kata-kata doktor itu.

“Kepalanya terhantuk dengan kuat dan telah menyebabkan tengkoraknya pecah. Tulang belakangnya patah dan mukanya rosak teruk. Kami akan cuba untuk menyelamatkannya. Sabar puan,” ujar doktor yang bertugas itu. Dia terus berlalu.

Farah terduduk di kerusi yang disediakan. Ya Allah, dugaan apa ini? Farah menangis teresak-esak di kerusi itu. Dia tidak tahu hendak ceritakan kepada siapa. Nisa sudah berangkat ke UK. Amy menyertai Arash ke Singapura bersama Qayyum atas urusan kerja.

Akhirnya dia memutuskan ingin bersendirian sahaja menanggung apa pun derita. Biarlah semua hidup seperti biasa dan tidak dibebani masalahnya. Tiba-tiba Doktor Hafiz muncul di hadapannya dengan wajah yang sedikit gelisah. Farah sudah tidak sedap hati.

“Macam mana suami saya? Dia okey ke?” Farah bersuara lirih sambil menyeka air mata yang mengalir.

“Maaf puan. Kami…tak dapat menyelamatkan nyawa suami puan. Allah lebih menyayanginya,” Hanya itu yang Doktor Hafiz dapat ucapkan kepada Farah. Farah kaku di situ. Lututnya terasa lembik, badannya lemah. Kepalanya terasa berpinar-pinar dan pandangannya kabur. Farah rebah dan tidak sedarkan diri.

Bagaimanakah Farah akan meneruskan kehidupannya tanpa Adryy? Apa rancangan Era dan Alia untuk memusnahkan Farah? Temui segalanya dalam episod akan datang!

EPISOD AKAN DATANG…

“Aku tak kan biarkan dia dan anak dia hidup!” Era berteriak kuat…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...