Tuesday, December 28, 2010

Cinta Kita - episod dua belas :D

heyy :D
Aku baru balik dari Thailand. Hahah, ekspidisi mencari beg sekolah. Aku beli Levis, kaler merah. Dan semestinya bukan original. Ya la miskin kan ? Okeh sila baca episod 12. Mintak maaf sebab aku rajen lengahkan benda ni. Dah la nak dekat bukak sekolah dah. Dan aku tak sure boleh habeh dalam masa cuti ni jugak. Aku semakin busy dari hari ke hari. :’)

EPISOD DUA BELAS.

“Okey Qayyum cukup tak faham dengan abang ni. Kenapa beriya-iya nak ajak Farah tinggal di rumah kita?” Pertanyaan Qayyum cukup tegas apabila Qalishan menyatakan hasratnya ingin membawa Farah tinggal dengan mereka semula. Dato’ Zamri bagai tiada masalah, Datin Aisya pula bagai sudah bersedia menerima Farah kembali. Begitu juga dengan Aunty Rena. Kecuali Qayyum.

Qalishan hanya tersenyum mendengar kata-kata Qayyum yang dihamburkan kepadanya tadi. Kerana apa ? Kerana dia berasakan bahawa Qayyum tidak pernah membenci Farah. Jika ya, mana perkataan ‘perempuan’ yang Qayyum gelarkan kepada Farah ? Inilah peluang terbaik untuk menyatukan kembali adiknya itu dengan Farah.

“Aku rasa dia patut tinggal di sini. Kau patut rasa penderitaan dia Qayyum. Suami dia pergi ke rahmatullah. Siapa nak jaga dia? Mestilah kita sebagai keluarga angkat dia,” Qalishan memberi pendapatnya. Datin Aisya terus mengangguk setuju lalu dia menambah,

“Petang ni mama nak pergi pujuk dia. Mesti dia nak!”

“Mama sokong la anak kesayangan mama tu! Semua dia buat mama setuju. Papa pun sama! Seorang pun tak pernah faham apa yang Qayyum nak. Kadang-kadang Qayyum tak pernah rasa macam anak mama dengan papa tau tak?!” Ayat terakhir Qayyum membuatkan Qalishan terkejut. Adakah selama ini Qayyum tidak ikhlas memanggilnya abang? Qalishan selalu sedaya upaya membuat Qayyum berasa selesa tinggal di rumah ini, dia sentiasa mengalah dan menurut sahaja apa yang Qayyum suka.

“Kenapa kau cakap macam tu? Aku rasa kau ni dah lupa diri! Jadi selama ini kau tak pernah ikhlas ke anggap aku abang kau?” Qalishan meninggikan suaranya.

“Kalau aku kata ya macam mana? Memang aku tak suka dengan kau dari dulu lagi. Kau ingat aku tak tau apa yang kau buat belakang aku? Baru sehari kau balik Malaysia, dah kacau-kacau Farah. Kau ni memang abang tak guna,” Qalishan menggeleng kepalanya mendengar. Dato’ Zamri hendak memarahi Qayyum namun Qalishan sempat menahan.

“Come on Qayyum. Farah tu macam adik aku ja! Kenapa dengan kau ni? Ada masalah apa? Aku dah ada isteri. Aku sayang Nisa lebih dari aku sayang nyawa aku. Aku akan jaga dia sebaik mungkin sehingga akhir hayat aku. Aku takkan curang!” jelas Qalishan bersungguh-sungguh. Kalaulah Nisa berpeluang mendengar kata-kata suaminya sebentar tadi, pasti pengsan sehingga berdarah-darah hidung. XD

“Okey kalau macam tu kenapa dia perlu balik dan tinggal di sini? Kenapa kau beriya-iya sangat nak ajak dia? Penting ke Farah tu dengan keluarga kita? Dia bukan ada apa-apa pertalian pun dengan kita! Macam kutip anak jalanan!” Sebiji penampar singgah di pipi putih Qayyum. Tamparan itu daripada Datin Aisya. Sungguh mengejutkan semua yang ada.

“Jangan nak kurang ajar, mama tak pernah ajar Qayyum cakap macam tu! Kalau nak ikutkan, Qayyum la anak jalanan! Selama ni mama rasa betul merahsiakan perkara ni daripada Qayyum supaya Qayyum tak tersisih berada dalam rumah ni. Tapi apabila melihat perkara yang terjadi hari ni, mama salah besar! Mama tak sangka Qayyum boleh bongkak, lupa diri kerana harta yang ada,” suara Datin Aisya mula mengendur. Matanya sudah berkaca-kaca dan bertukar merah memandang Qayyum. Qayyum diam tanpa bicara.

“Farah memang bukan keluarga kita tapi papa bangga akhlak dia lebih terpuji daripada kau! Ya, kau memang bukan anak kami. Berat hati aku nak cerita semua ni tapi kalau aku tak cerita rasanya kau takkan pernah sedar,” Dato’ Zamri memegang kedua-dua belah bahu isterinya dan menyuruh isterinya bertenang.

“Kami jumpa kau dengan seorang lelaki tua di bahu jalan. Kami percaya lelaki tu ayah kau sebab dia nak sangat anak dia hidup bahagia. Dia kata dia dah tak ada hala tuju hidup tapi dia taknak anak dia pun hidup menderita macam dia. Jadi dia bernekad untuk meninggalkan kau di situ tapi Qalishan yang baru umur 5 tahun keluar dari kereta. Dia cakap jangan la tinggal baby kat sini. Kesian nanti hujan baby sejuk. Dia pujuk papa dengan mama bawak kau balik sebagai adik dia,” Dato’ Zamri mengelap air matanya yang mengalir. Mata Qayyum sudah menjadi merah dan berkaca-kaca. Seketika selepas itu, dia menangis tersengguk-sengguk sambil duduk melutut.

“Macam mana kau boleh kata Qalishan ni abang tak guna? Hei kau ni fikir pakai otak ke tak?” Dato’ Zamri menunjal kepala Qayyum dengan kasar. Qayyum hanya diam tanpa bersuara. Qalishan menahan tangan ayahnya dari terus menolak kepala Qayyum.

“Sudah la papa. Jangan seksa Qayyum macam ni. Kita …,” Belum sempat Qalishan menghabiskan ayatnya, Qayyum bangun menuju ke pintu depan dan terus mencapai kunci keretanya. Pintu depan dihempas kuat sekali dan selepas beberapa minit deruman enjin keretanya lesap.

Di apartment Farah…, *automatic jadi apartment Farah. Hahaha XD

Farah yang sedang mengelamun jauh terkejut mendengar pintu apartmentnya di ketuk dengan kuat. Selepas itu pintu tidak berdosa itu di tendang pula. Farah bingkas bangun. Siapa la manusia yang tak sabar-sabar ni. Nak bagi pintu kesukaan aku roboh ka?, keluh Farah. Dia membuka pintu depan itu.
“You? Nak apa ni? Ketuk serupa nak bagi roboh?” marah Farah. Terkejut dia dengan kehadiran Qayyum yang tidak disangka-sangka.

“Apa I kisah. Ikut I sekarang!” Qayyum terus menarik lengan Farah. Farah tidak berdaya melepaskan dirinya dari genggaman Qayyum. Tenaga wanitanya tidak mampu menolak Qayyum apatah lagi dia sekarang berbadan dua.

Farah ditarik kasar masuk ke dalam kereta Lamborghini mewahnya.

“Hei you nak bawak I pergi mana ni?” keras suara Farah. Pelik benar tingkah laku Qayyum kali ini.

“Diamlah! Bising tau tak!” Hanya itu yang keluar dari mulut Qayyum. Dia terus memandu dengan laju, selaju yang mungkin. Farah mula seram sejuk melihat Qayyum memandu begitu laju. Pada pandangannya, muka Qayyum yang merah itu menandakan dia sedang marah. Baran dia sudah sampai di tahap maksima namun Farah masih tidak tahu sebabnya.

“You marah dengan siapa ni? I? Qayyum, berhentikan kereta ni! Kalau you memandu dalam keadaan marah, banyak perkara buruk boleh berlaku!” Farah menjerit di muka Qayyum. Dah la dia bawak aku entah kemana lepas tu pandu pulak laju-laju. Dia ingat aku ni patung ke takdak perasaan takut, desis Farah kecil.

Qayyum masih tidak menoleh ke arah Farah apatah lagi menghentikan keretanya. Malah dia memandu semakin laju daripada sebelumnya. Farah sudah naik angin. Muak dia dengan sikap panas baran Qayyum. Farah yang sudah tidak terkawal itu menolak tangan Qayyum yang memegang stereng, lalu dia memusingkan ke arah lain.

Mereka berebut dengan teruk di dalam kereta itu sehingga tidak tumpu di jalan raya. Keadaan pemanduan sudah tidak terkawal dan kedua-dua mereka malah lebih teruk bergaduh. Tiba-tiba tanpa mereka sedari kereta Qayyum itu menghalang sebuah lori yang besar di jalan. Farah yang terpandangkan kelibat lori itu sempat menjerit sebelum kereta Qayyum merempuh penghadang jalan dan terperosok ke bawah lori itu.

Farah yang bertubuh kecil dan ringan terus terpelanting keluar menembusi cermin kereta di hadapan. Cermin kereta hadapan itu pecah semuanya.Tubuh kecilnya dipenuhi darah dan dia dalam keadaaan separuh sedar. Seketika kemudian dia terasa ada cecair mengalir di celah pahanya dan matanya terus terpejam.Manakala Qayyum parah di bahagian kepala akibat terhantuk, kakinya terperosok di bawah lori. Dia tidak sedarkan diri.

Di banglo tiga tingkat itu…

“Farah tinggal la di sini nak.,” pujuk Datin Aisya sambil memeluk erat foto Farah yang ada dalam simpanannya.

“Qalishan, pergi cari adik kamu tu. Papa..,” Qalishan terus memotong percakapan ayahnya,

“Papa.. Qalishan rasa he needs time. Berilah dia peluang untuk berubah pa. Jangan paksa dia,” ujar Qalishan lemah. Dia masih terkesan dengan kata-kata Qayyum dimana Qayyum tidak menyukai dirinya sejak dahulu lagi.

Dato’ Zamri masih menenangkan Datin Aisya. Qalishan pula terduduk lemah di samping ibu saudaranya, Aunty Rena. Tiba-tiba Datin Aisya bersuara,

“Qalishan.. Call Arash. Tanya dia ada tak Qayyum pergi rumah dia? Mama risaukan Qayyum jugak,” Qalishan yang mendengar memandang Dato’ Zamri. Dato’ Zamri mengangguk setuju. Qalishan mengeluarkan telefon bimbitnya lalu nombor Arash didail secepat mungkin.

“Asalamualaikum. Ada apa call ni ?” Kedengaran suara Arash di hujung talian.

“Aku nak tanya adik aku ada pergi rumah kau tak ?”

“Tak ade pulak. Kenapa ? Kau bergaduh dengan dia ke ?” Ternyata tekaan Arash tepat.

“Ada la masalah sikit. Hmm kau boleh tolong aku tak ? Cari dia kat mana-mana boleh ?”

“Insyaallah lagipun aku tak ada kerja sekarang,”

“Terima kasih. Family kami risau la, dah nak dekat pukul 12 malam ni dia still tak balik,”

“Okey nanti aku try cari,” Qalishan mengangguk lega mendengar persetujuan Arash. Begitu juga Datin Aisya, Dato’ Zamri dan juga Aunty Rena.

Apakah yang akan terjadi nanti? Dapatkan Farah menerima bahawa anaknya bersama Adryy sudah tiada? Bagaimana pula dengan Qayyum? Adakah dia akan berasa bersalah terhadap Farah? Saksikan segalanya dalam episod akan datang !

EPISOD AKAN DATANG…

“Aku tak kenal siapa kau! Pergi!” Bergema jeritannya di situ…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...