Wednesday, March 9, 2011

The exam is overrrrrrr !

Weh !
Lega gila exam dah tamat tempoh.Serius aku ketaq sikit ja tang math dengan geo.Dah tak baca jadi macam ni la kan -.-

Geo tu!Aku baca yang form 1 ja banyak sebab takut lupa,alih-alih dia tanya topik form 2 banyak.Heish!Tak guna betoi.Aku la yang tak guna tu,bukan kertas :D

Selepas paper Sejarah tadi,aku jadi gila teruih.Jalan sana sini,bukan nak tolong susun meja pon.Memang aku tak tolong,aku cuma cakap Nii, yang ni senget! Ubah betoi-betoi laa , stai aku boss sama ? Hahha,tadi semua orang terlebih aura rajin.Taktau kenapa,rajin gila nak susun meja.Selalu kelas kami,dari form 1 lagi.Lepas habih exam,tinggal ja meja camtu pun.Nak belajaq dalam keadaan camtu pun,tak kisah.Lagi suka sebab macam stai ja :D

Mungkin sebab tahun ni PMR,dapat aura rajin kot nuh?Hmm,aku sorang la yang tak sedar diri lagi.Ish ish,teruknya.Anak sapa la ni -.-

Bm pun aku takut jugak.Well,actually aku ni dari dulu lagi,kalau pemahaman jarang la dapat A.Kalau bagi aku penulisan,Insyaallah.Aku sesangat la bersyukur sebab PMR nanti untuk BM depa campur pemahaman dengan penulisan.Sebab tu la aku tak dapat B untuk BM kecuali final exam last year.Aku dapat 78 jaa,kehkeh :D

Nampaknya aku ni bukan melayu kot noh?Bahasa melayu pon terkapai-kapai nak dapat A.Sampai budak Cina pon lagi terer dari aku!Sungguh tak sangka aku begitu lembap :D Jeles dengan Mariam sebab dia tidoq secara terang-terangan depan cikgu dalam kelas,tapi result dia,fuhh!Sangat membanggakan!Sebab tu cikgu tak berani cakap apa bila dia tidoq.

Agaknya la kan,aku ni tidoq dalam mata dan telinga terbuka.Hahha,aku nampak cikgu dengan jelas di hadapan,dengar gila apa yang cikgu cakap tapi bila suruh ulang,respon aku Apa dia taktau cikgu habaq tadi?Ulang balik boleh? -.-

Cikgu pulak kena bertungkus lumus ULANG balik kat aku sedangkan dia yang suruh aku ULANG. Kesian cikgu,tapi nak buat macam mana kan.Terpaksalah :D

*Kalau kelas Cikgu Jum aku tak berani arr buat macam tu.Gila?Nak mati ka apa cakap camtu dengan dia?Kalau nak cakap jugak,boleh tapi satgi pi duk luaq la.Oh ya,jangan lupa angkut meja dengan kerusi tau!Tu equipment tambahan untuk mengatasi masalah kegabaian -.-

Hah,dah panjang ni aku beleter.Macam mak + nenek = maknenek.
So,aku out dulu.Sebab esok merentas desa!Diulangi MERENTAS DESA!Feveret aku tuh,kali ni aku ingat nak bagi dapat top 20.*Cehhh macam la kuat sangat dia lari :D

Sokong aku,doakan aku okay?Insyaallah,kejayaan akan menyusuri aku.To all Ibrahimians,good luck esok.Tak kisah anda rumah sukan apa,yang penting kita rentas ja!Hee, asalamualaikum :D

p/s : Budak Syed Jan semangat sikit paa ! :D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...