Wednesday, March 2, 2011

Bilik Akses SMK Ibrahim

Asalamualaikum :D

Oh, heaven. Sebagai pengawas PSS yang baik hati, bertanggungjawab dan gehgeh, aku jaga bilik akses hari ni. Penat sikit ja tapi sekarang tengah takdak oreng, so macam heaven jugak. Kihkih :D Meh sini aku describe bilik akses SMK Ibrahim. Sat, sebelum tu, adakah hampa semua ni manusia yang tau apa itu BILIK AKSES ?

Kalau taktau, kesian :D Okey la, bilik akses ni adalah satu bilik yang dipenuhi komputer dan disertai internet ! Diulangi, disertai INTERNET ! Macam bagus je. Tapi yang tak bagus tu bila cikgu pesan : Kalau ada budak bukak Facebook atau apa-apa laman sosial yang lain, sila halau dia keluaq.

Pastu kalau pengawas PSS yang bukak Facebook, adakah pengawas PSS sendiri akan menghalau dirinya ? *Merapu dah minah ni :D

Aku tak bukak Facebook lama dah, wuuh :/ Jom la, tadi kata nak describe kan , :D

Bilik akses ni cat dinding dia kaler kuning, tapi alas meja komputer dan skirting meja kaler hijau muda. I mean hijau apple. Kesemua sepuluh buah komputer dilengkapi internet yang aku rasa memang laju :D Sebab tu aku dengan rasa bahagia, menulis blog ni dekat bilik akses sekarang!

Hehehe, aku rasa nak datang sini setiap hari lepastu update blog. :D Boleh kan cikgu ?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...