Thursday, February 17, 2011

Hilanglah anda dari fikiran saya , tolong !

Mr. DevilYou, seorang makhluk Allah yang hidup kat muka bumi ni dan bersekolah di SMK Ibrahim jugak. Aku tau dia wujud lama dah cuma baru terperasan kewujudan dia tahun lepas selepas dia gedik gedik menonjolkan diri , Aku wujud !

=='

Okay la, dia tu mengganggu gila. Tapi tak dak la selalu, sebab kami pun jarang jumpa. Tapi kalau aku terjumpa dia, aku rasa macam nak mati pastu hidup balik untuk ambik PMR. Adoi, takmau tengok muka dia! Kalau dia pun nampak ja batang hidung aku, ada ja menda dia nak kacau nanti. Sesak nafas tau aku dengar! Kadang-kadang aku nak balas, tapi aku taktau kenapa mulut aku tak terbukak ? Idea nak bagi dia sakit hati tu ada, penuh lagi padat di minda, tapi tak tercakap !

Geram nya ! Dia sesuka hati cakap aku macam-macam tapi mulut aku kena gam, tak boleh balas balik! Eiiii ! :/

Selepas satu peristiwa pasal Mr. DevilYou, aku mula syoksendiri. Aku taktau kenapa aku mengharap tapi entah la, aku sendiri risau sebab aku mengharap pada orang yang salah. Pelik tapi benar, di mulut kata Dia tu bangkai bernyawa tau dak! Hei manusia tu, nak mati dengan aku! Tapi di hati Hmm boleh la, hensem gak mamat ni. So readers, jangan marah aku yang hipokrit ni :D

Waktu aku tengah sakit perut gila iaitu pada hari Rabu bertarikh 16 Februari 2011, aku terpaksa ambik MC untuk haritu dan aku tak pi sekolah. Hmm tension sikit tapi nak buat macam mana. Kalau sakit kat sekolah, menyusahkan orang lain pulak kan? Mak aku suruh tidur ja. So readers, you know what ?

Aku termimpi pasal Mr. DevilYou ! Oh mamat ni sengaja nya nak masuk mimpi aku, tak pakai tiket! Haih dah la sekarang aku tengah nafikan segala tuduhan hati aku yang aku pun syok kat dia, tiba-tiba dia masuk mimpi. Nampaknya dia semakin menghampiri. :'( Tak guna punya Mr. DevilYou.

Wan Nurnisa Atikah, besfren aku dari Form 1 lagi pun masuk mimpi aku jarang-jarang ja. Tapi dia, makhluk yang aku baru terperasan kewujudan dia, masuk mimpi aku duduk first seat! God, what is happening to me ? :/

Aku tak sampai hati nak cerita apa yang dia buat dalam mimpi aku tu. Baik sangat. Nanti hampa gelak, kata aku ni suka berangan, perasan, syoksendiri dan bla bla bla. :D Tak payah la noh ? Sebab Mr. DevilYou tu pun samar-samar ja orangnya pada penglihatan hampa so kalau aku cerita pun, tak dapat bayangkan dengan baik. Sorry :D

Jadi kepada Mr. DevilYou, aku harap hg boleh blah cepat-cepat dari fikiran aku sebab aku semak kepala hotak bila hg muncul tatkala aku tengah buat kerja sekolah. Mesti macam ni Hmm dia tengah buat kerja sekolah jugak pa sekarang ? Hah, rasa macam nak tampaq diri sendiri. Tapi kalau orang nak tampaq pun boleh gak. Sila jumpa aku kat SMK Ibrahim, 3a7. Cari Nur Farhana, penguin malaya. :D

Hilanglah anda dari fikiran saya , tolong !

2 comments:

  1. agak romantik skit ya...hehehehe....

    ReplyDelete
  2. Eh eh takda maknanya. Dia tu cuma lelaki senior yang belagak dan perasan macho. Hmm macam kenal je ni ? Form 2 kan ?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...