Sunday, January 23, 2011

Sunday :D

Oh hari ni sungguh memenatkan. Hoi ingat apa jadi student form 3 ni? Muka habih tak terjaga bila kena buat homework tak kira masa. *Eh ada kaitan ka muka dengan homework? =='

Aku ingat hari ni adalah hari yang just fine sebab selalu hari ahad aku sentiasa indah dan baik dan berbunga. Oh yes semalam aku jumpa Afif kat Hasani. Aww tak sia sia aku pakai comei comei semalam. *Ei perasannya pompuan ni ==' Teruih senyum macam sial sampai ke malam, masuk mimpi segala :D

Okay teruskan cerita tentang hari ahad, iaitu hari ni. Haritu makjang kata dah tolong iron uniform aku. So semalam aku pulun la buat kerja sekolah tanpa tengok kat almari baju aku sama ada betui ka baju aku dah di iron. Aku suruh Afiq check ada tak baju aku. Dia kata ada, aku pun okay. Hadomakk bangun pagi ni lepas mandi baru terperasan kain dengan tudung takdak! Oii Afiq penipu betoi, tak sedaq ka dia dah menyusahkan aku pepagi buta ni?!

Kalut la makcik sorang ni meng iron kain dengan tudung. Nasib kemeja ada, kalau tak lambat jugak la aku pagi tadi. Baru ingat aku bertugas pagi ni, sapu sampah. Hish baru ingat nak buat kerja sivik yang tak siap. Aih kacau daun betui :/

Semua fine ja sampai la waktu balik. Kami sepatutnya balik pukui 2.10 tapi sebab cikgu sivik tak mai sekolah an, kami buleh balik 1.30. Yeah syok sebab aku bukan buat pun kerja sivik. Harap kerja sains pun teragak-agak nak buat, ni kan kerja sivik yang tak masuk exam langsung. ==' Calon PMR yang sungguh bijaksana :D

Memandangkan aku terlalu gembira sebab balik 1.30, sambil berjalan kat koridor nak turun tangga, aku nyanyi lagu Grenade dengan Wan tapi Wan nyanyi tak kuat macam aku. Ohhhh nyanyian aku yang indah tu stop tiba-tiba dengan kehadiran seorang jejaka perasan macho dan suka perli aku dari dulu lagi, Ahmad Uzair Daumi. Siapa dia? Anak Pakcik Daumi la! Senior Form5 yang berlagak macho dan hensem dan suka hati dia ja nak ajuk apa aku cakap. Dah la tak kenai aku pun lepastu suka hati kepala hotak dia ja mengutuk aku. Eh melampau kan?

Tapi kali ni dia tak perli aku tapi straight cakap dengan aku, "Weh aku dengaq hg nyanyi tadi. Sat gi aku rasa hujan turun la kot," Geram tak? Geram kan? Aih aku berikrar takkan nyanyi lagi! Wan balas,"Haram! Perli terok!" Aku balas,"Weh Wan, mamat ni dari dulu dok ajuk kita kan?"

Tau apa si Uzair tu cakap? Dia balas :-

"Weh stalker betui!"

Ewah ewah mamat ni. Sengaja buat aku naik darah ni. Haih, dia tak rasa lagi ni penangan Farhana yang hebat dan ada kuasa bak bateri baru di cas! *Pulun aih merapu! =='
Ingat dia hensem sangat ka sampai aku nak stalk dia? Hey tak rasa ka hg yang stalk aku? Pervert! Uzair pervert!

Lepastu ada SPBT. Aiseh pasepa Wan tetau dok buat forum perdana pulok dengan geng Akak Nanda pasai Afif. Macam la Afif ada kaitan dengan SPBT. Hisy Wan nih, dah la tak bawak whole buku maths tadi. Jenuh cover laa depan Puan Soon. Taktau la kalau kantoi an. Yang dia ingat, kuih pau yang tak berinti tu. Haha :D

Masa kemaskini buku buku untuk proses pelupusan buku lama, Akmal pulak sengaja mencabar aku. Aiseh kenapa ada lagi mamat yang sengaja cari masalah dengan aku hari ni selain Uzair pervert tu? By the way, siapa Akmal? Dia junior Form2 yang kecik dan okay la aku mengaku dia kiut. *Aku kiut lagi :D Kami lawan siapa kira paling cepat dia menang. ==' Wan label aku lebih childish daripada Akmal. Oh tidak! Sat sat, aku cakap dia kecik serupa macam aku tak kecik sama hahah :D

Waktu petang. Aku tunggu bas tapi tak tunggu lagi kat bus stop tu. Agak agak la, budak Convent keluaq pukui 6.45 petang pastu aku nak tercongok kat situ pukui 6 apa hal kan? Aku jalan jalan kat tempat pakguard tu. Syed Nasri dok perli perli aku. Pendek la apa la. Hisy dah lali la woih. Aku sedaq diri. *Cehh :D Syed Nasri cabar aku, masukkan duit kertas dalam mesin air tin tu. Memang duit kertas buleh masuk tapi selalu susah ar. Kadang kadang dia reject. Aku dengan bangga menerima cabaran Syed Nasri. Cewahh memang duit aku masuk dua ringgit beb!

Aku cakap la,"Hahh woih tengok ni. Stai tak masuk kot duit aku! Huh bukan macam hg tak reti," Alih alih bila pusing belakang, Syed Nasri hilang. Harei betoi dia tinggai macam tu ja. Aku pulak nampak macam noob mana mai, cakap sorang sorang depan mesin air tin. =='

Menyedihkan kan? :D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...