Friday, January 28, 2011

This is the ending guys!

HEY :)
Selamat malam dan selamat pagi. Skema takk? Skema kan? Aku tau, tak payah bagitau. =='

This is the ending guys! Jujur, aku dah penat nak tulis drama aku tu. Kan aku dah kata aku suka buat kerja separuh jalan. Dah la stop dekat babak yang suspen semacam. Setiap hari aku pi sekolah, ada ja yang tanya : Bila hg nak sambung beb?

Aku dah malas dengaq! Malas! *Cewahh feel habih! :D

Sekarang ni aku dah sediakan ending dia untuk hampa. So tak la hampa rasa macam nak tikam aku sejuta kali bila tau yang aku liat dah nak sambung drama tu. Daripada sambungan episod 12, yang menjerit tu actually Farah. Bila dia tau anak dia mati, dia rasa macam dah tak dak guna dia hidup. Kerja dia setiap hari, menangis, menjerit macam orang gila, memecahkan barang-barang. Alia yang dah sedaq kesilapan dia, ambik Farah tinggai dengan dia. Dia rasa bersalah sebab bunuh anak sendiri, Adryy. Tapi dia tak pernah bagitau Farah tentang kematian Adryy.

Qayyum pulak lebih rasa bersalah. Dia punca utama kemurungan Farah. Dia banyak kali solat hajat, mintak tolong dengan Allah supaya permudahkan hubungan dia dengan Farah kelak. Akhirnya dia putuskan untuk kahwin dengan Farah. Sebab? Sebab dia masih cintakan Farah semestinya. Lagi satu, dia nak tebus kesalahan dia terhadap Farah. Mula mula Farah tolak mentah-mentah. Ya la, sapa yang nak kahwin dengan pembunuh anak sendiri right?

Tapi Farah tak dapat tahan air mata bila tengok Datin Aisya merana. Qayyum takkan balik ke banglo tiga tingkat yang mewah tu selagi Farah tak setuju untuk jadi isteri dia. Datin Aisya semakin mendesak dari hari ke hari. Farah yang sayang dengan Datin Aisya tak mampu untuk teruskan hidup sambil melukakan hati Datin Aisya. Dia setuju dan terima lamaran Qayyum.

Episod lawak bermula di sini. Farah pada mulanya langsung tidak mahu menerima kehadiran Qayyum sebagai suami. Tapi dia still hormat dan jaga kebajikan Qayyum walaupun tak searah. Tapi lama mana dia nak bermasam muka, berdiam diri dengan Qayyum? Hati seorang wanita, jika dilayan sebaik mungkin pasti cair. Tambah tambah Qayyum cinta pertama Farah.

Bersambung lagi.. *Mengantuk :D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...