Sunday, January 16, 2011

Cerita lama takpayah la ungkit, I malu :')

Asalamualaikum :D

Emph tak banyak masa nak update ni. Sebab bukan bantai busuk yang melambai mesra, tapi karangan bm yang tak siap lagi tu yang melambai mesra. Aih dah la besok PJ, kena datang padang awai sebab banyak kelas PJ besok termasuk 4SN2. Cehhh Wan kembang setalam la bila tau ***** dia PJ sekali. Aku pulak tak selesa duk lari tergedik gedik kat padang sambil direnung pelik oleh Zeckri. Siapa Zeckri? Okay la tu nama glamour dia. Nama dia Ibnu Zeckri Mocktar.

Aku tak pernah sebut dia kan dalam blog? Okay sini nak cerita kenapa dia ada dalam blog aku kali ni. Aku cerita pasai dia ni sebab tetiba teringat dekat dia. Aih gediknya ==' Dia kelas 4SN1 dan PJ sekali hari Isnin esok bersama 4SN2. Selepas Dzul kutuk aku dengan teruk dulu, aku rasa macam loser gila mengharap kat dia. So aku nak hilangkan feel loser tu, aku saja usha budak laki lain yang cute cute. Baru terpandang Ibnu, aku kata dalam hati : Banyak kali dah aku nampak dia, dari form 1 lagi. Tapi nama dia apa eh?

Cara paling senang, apa lagi? Pakcik Afif kesayangan kan ada! Afif la bagitau nama dia Ibnu Zeckri. Stai kan nama dia? Aku suuuka :D *Nama ja ehh bukan orang dia.

Lepas tu aku selidik habih latar belakang dia, kawan kawan dia, budak kelas dia dan akhirnya aku ambik kesempatan untuk tanya best friend dia tentang dia. Aku tanya Akmal Zuhairy. Dia pun comei jugak. *Semua comei last last sorang pun tak dapat :') Salah aku jugak, pi tanya kat wall Akmal. Banyak orang baca terutama kakak kakak yang dalam kelas dia. Heboh lagi pasal aku dengan dia pulak. Aku tengok Ibnu macam tak kisah langsung. Macam nothing happen. Dia sungguh tenang. Aku puji :')

Bila Dzul campur tangan, musnah semua! Ibnu benci gila kat aku. Dulu laa, taktau kot sekarang dia macam dah takmau gaduh kan. Bila terpandang kat aku, teruih pusing muka. Kalau tak sempat pusing muka, aku dapat jelingan beb! Fuh panas :D Baru aku tau lelaki comei dan kecik macam dia pun ada aura yang urgh! *Err pada aku dia still comei :D

Dia dah remove aku sebagai friend dia tahun lepas. Even kakak dia sendiri pun tau pasai aku. Ahhh bangga sikit tapi tak syiok la dia tak searah pulok :'( Takpa la, aku bukan taste dia. Ya la, lelaki baik macam dia takkan pilih pompuan yang terhegeh-hegeh macam aku. Ya kan ? Betoi la dia dengan Dzul kata, aku memang pulun dan gedik. Sapa kata salah? Aku admit aku pulun dan gedik :D

Sekarang dia dah delete FB dia. Kalau dia baca blog aku, sila tau yang ;- I'm so sorry. Aku harap hg delete FB bukan pasal aku nah. Kalau ya sila buat balik FB. Sorry tau, tak berniat nak kacau hg. Ikhlas ni weh, doakan aku dalam PMR tau kalau sudi :D

Okey la, karangan bm dah menangeh tunggu aku tak kunjung tiba. Cehh :D

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...