Sunday, November 14, 2010

Kursus setiausaha XP

Oh penat gila hari ni, aku tension sikit ja. Tapi syok banyak sebab dapat ponteng kelas untuk hadir kursus setiausaha tu. Hee, aku wakil KRS. Wan wakil kelab SPBT dan Dalia wakil kelab koperasi kot. Kami skip kelas dan perhimpunan pagi. Hohoh, macam bagus je.

Penceramah dia tu okey ja. Nama dia Abu Bakar kalau tak salah. Sesi satu, dia suruh semua perkenalkan diri. Aku orang terakhir sekali, gabai gila. Tapi yang paling gabai tu time aku terjerit nama Dalia. Masa tu satu dewan tengah diam, tetiba aku pi jerit. Apa la nak jadi dengan aku ni kan? Adehhh, malu gila. Tambah malu lagi bila Wan dengan Dalia tu dok kata “Wuuu, Farhana gabai gila!” Tapi Adawiyyah la penyelamat aku. Dia pi jerit sekali nama Dalia. Wuh, sayang hg super :D

Lepas tu untuk sesi dua, dia start bahagi group. Hish, tak suka aku kalau bahagi bahagi group camni. Segan la pulak nak interact dengan bebudak form 4. Kenai tu kenai tapi still segan. Satu group ada la around 12 orang. Aku group 4. Wan dengan Dalia group 5, sama dengan Zulhazim kesayangan Wan. Wan sirius nampak syokk tapi dia cover. Ceh, hg memang tak reti cover dengan aku la! Aku tau perasaan hg. Hahah (Wan takyah marah aku nah)

Aku satu group dengan Aisya, Adawiyyah, abg Naim, Syaqib, Kak Atin, Kak Syira, Kak Piqah , pastu ada lagi yang len. Dan yang paling teruk, aku sama group dengan Amirul Asyraf iaitu kawan baik si Zulhazim tu! Oh mai god, tolong aku bernafas! Tak cukup dengan satu group dengan dia, kena duduk pulak sebelah dia. Fuh, dahsyat sungguh nasib aku harini. Reaksi dia:-

Amirul: Wohh, apa ni? Hish, jangan dekat tau. Kita bukan muhrim.
Aku: Hg cakap stai aku taktau sama!
Amirul: Huh, dahla. Sat aku letak beg aku. Amik beg hg jugak, letak sini. Pemisah, pemisah!
Aku: Okeyla fine.

Pastu aku sedar dia macam usha aku lama jugak sambil tu tengok depan. Tetiba ja, dia kata:-

Amirul: Hmm, takpa la. Angkat balik beg hg tu. Semak ja.
Aku: Apa pulak beg aku semak? Cun apa beg ni!
Amirul: Angkat dah la! (Dia terus alihkan beg dia)

Okey sekarang aku sungguh tak faham. Dia pelik. Tapi kami dok sembang-sembang gak. Pasal dia mengantuk la, semalam tidur pukul berapa, satgi kita makan apa, nak koyak kertas macam mana. Macam macam jugak la. Aku pun jadi syok dok sembang dengan dia. Ya la, dah tadak kawan kan? Asal orang sebelah free, aku sembang la. Dia pun okey ja.

Lepas rehat iaitu pukul 11 pagi, Aisya dengan Adawiyyah tak masuk dewan. So memang aku boleh duduk tempat Adawiyyah atau Aisya tapi aku tak tau kenapa dengan aku yang still duduk sebelah Amirul dan sembang dengan dia. Time kami duk sembang tu, Dalia hantar mesej kat aku. Dia tanya aku tak gabai ka duduk sebelah Amirul. Masa tu aku baru sedar yang aku duduk terlalu rapat dengan dia. Aku rasa kalau ukur pun tak sampai 2 cm. Oh mai god, aku tak percaya. Dah tu bila aku pusing belakang, aku nampak tangan Amirul dekat belakang kerusi aku! Oh tidak, patut la penceramah tu asyik usha kami ja. Senoi gila aku , boleh tak sedar. Aku taktau motif dia, mungkin tak sengaja?

Hish, macam mana kalau ahli len pandang serong dengan kami? Takut ngat eh! Lepas kumpulan kami bentang, kumpulan Wan pulak pi bentang. Masa tu Amirul bangun pi sembang dengan Zulhazim kat kerusi belakang berserta sorang abang form 4 yang kiut ni, abg Nazmi Syah. Comei la! Aku terdengar la sikit sikit:-

Abg Nazmi: Wei Zul awat tak pi bentang?
Zulhazim: malaih la, biaqla pompuan yang bentang. (sambil gelak-gelak)
Abg Nazmi: Amirul hg ni kenapa? Terkepit kepit.
Zulhazim: Hg stim ka weh?
Amirul: Eh mana ada!
Abg Nazmi: Takyah tipu la, muka stim ja. Ingat aku tak tau ka. Hahahahah !
Zulhazim: Nahhhhh, takkan hg stim kot duk sebelah Farhana?
Amirul: Woi pelan la sikit. Shhh..
Zulhazim: Hmph, betoi la hg stim. Awat, dia raba hg ka?

Haram betoi Zulhazim tu, ingat aku nak raba Amirul ka! Aku pun teroih pusing belakang pastu jelling sedas. Diam teroih tiga ekoq tu. Hish, apala. Kotoq betoi. Tapi aku terfikir jugak , adakah aku terlalu menggoda? Huahahahahaha ! Sudah sudah, soalan mengarut tu. Takyah layan. Hmm , kami dapat cenderahati! Taddaaa ~



Pastu kami singgah kelas jap. Komik Hari Hari Midori yang Wan bawak tu kena rampas dengan Puan Soon sebab time tu Bard tengah tengok satu scene lucah dalam komik tu. Huaha, wan jugak yang kena. Dia jeling Bard habis habisan kot! Fuh, jelingan Wan memang menggerunkan. (Ini bukan rekaan) Pastu aku amik kertas ujian seni aku. Hua, dahsyat! Aku dapat 88 markah! Markah tertinggi aku pernah dapat dari form 1! Adakah ini sebab;-

1) berkat duduk depan sekali?
2) berkat duduk sebelah Aqil dan Zaki?
3) Berkat Syaz panggil aku FAZIL?
4) Berkat duduk jauh dari Wan yang mengganggu? (hehe)
5) Atau mata cikgu Jamal masuk habuk time tanda kertas aku?

Nahhh hampa tengok sendiri la. Tadaaa~



Afif kata nak bagi seratus markah kalau dia jadi cikgu. Kembang semanguk teroih aku. Huh, Afif sungguh mulia hati , wahhahaha :)
Okey sudah sudah . selamat membaca XP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...