Thursday, December 9, 2010

Sinopsis Cinta Kita :)

Heyyy :)
Disebabkan ada member aku iaitu Pacikk Mad yg cabar aku suh taip sinopsis ni sebelom 11.30 satni.Haih,aku rasa tak sempat kot sebab dengan keyboard aku yang sewel ni,aku pon sewel jugak.Memang takkan sempat punya.But aku still sahut cabaran Mad!Harini jugak aku post,tunggu hg!

Okayy teros pi pasal Cinta Kita dan lupakan Pacikk Mad tu. =="

Macam ni,Qayyum seorang lelaki yang cute dan lawak telah berkenalan secara tak sengaja di Sekolah Menengah Seri Melati,KL *Tak wujud pon sekolah ni. Masa tu,Qayyum Form2,Farah Form1.Yg boleh kenal tu sebab aunty Qayyum ni,iaitu mama kepada Amy dan Era duduk di sebelah rumah Farah.Aunty Rena,seorang ibu dan janda meletop di kawasan perumahan Bandar Afansa tinggal bersama anak sulung kembar mereka,Amy.Manakala Uncle Hazwan tinggal di tempat lain sesudah dia bercerai dengan Rena dan dia tinggal bersama Era.

Setelah 12 tahun,Farah,Qayyum,Arash,Amy,Era dan Adryy bertemu kembali dalam satu majlis reunion yang diadakan di Sekolah Menengah Seri Melati.Qayyum secara tidak sengaja telah terlepas menyebarkan keburukan Farah di hadapan Arash.Hal ini sama sekali menyebabkan Farah malu bersemuka dengan Arash dan Farah mula membenci Qayyum.

Era pula masih memendam rasa terhadap Qayyum dan merasakan inilah masanya untuk Qayyum menjadi miliknya.Era mengajak ayahnya,Hazwan untuk bertemu parents Qayyum dan mengajak Qayyum mengikat pertunangan.Namun begitu Qayyum tidak dapat menurutinya kerana Qayyum sama sekali tidak berkenan dengan sifat Era yang terlalu materialistik dan jenis yang tidak boleh menerima kenyataan.Untuk menyelamatkan maruah keluarga sepupunya itu,Qayyum mengajak Era berkawan dahulu.Mujur kedua buah keluarga itu setuju.

Arash cuba memujuk Farah untuk berbaik dengan Qayyum namun Farah tidak setuju.Akan tetapi demi tidak menghampakan perasaan Arash yg sudah cuba berulang kali,Farah akhirya setuju walaupon kurang ikhlas.Dia mula berbaik dengan Qayyum dengan meminta kerja di syarikat bapak Qayyum.Malangnya syarikat itu sudah menjadi hak milik Qayyum sepenuhnya jadi hanya Qayyum yang berhak mengambil arkitek lebih dalam syarikat depa.So bila tengok Farah yang mintak kerja,Qayyum automatik say no!Sebab dia pon bebai jugak kat Farah ni.

Sekali lagi Arash masuk campur dan akhirnya Qayyum setuju tapi Farah tidak akan jadi arkitek,cuma tukang buat air je.Farah rasa terhina namun dia tak dapat menolak permintaan Arash,jejaka pujaan hatinya yang turut bekerja di situ.Konflik turut terjadi apabila Arash terkantoi dengan Farah ketika cuba mengorat Amy.Akhirnya Farah sedar,Arash hanya untuk Amy dan mereka saling mencintai.

Mesti hampa semua teringin nak tau kan di mana karakter Adryy bermain?Huh,tunggu la.Adryy ni dipenuhi dendam terhadap Farah dan dia cuma tunggu masa ja untuk hancurkan Farah.

Okayy setakat sini dulu.Aku tau sinopsis dia tak cukup baik untuk menerangkan segalanya.But aku harap hampa selalu visit sini dan baca setiap episod noh? :)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...